2020-05-11

Bahagia


Demi nak mendapat isteri sesuai dengan kriteria, Qabil berani bunuh Habil, darah dagingnya sendiri.
Kerana Qabil percaya hanya dengan berkahwin dengan perempuan yang dia cinta saja dapat membahagiakan hidupnya.
Walaupun pada ketika itu, syariat melarang, dia tak peduli, lalu dia bunuh Habil.
Itulah pertumpahan darah pertama di dunia.
Yang sedih, ia berlaku dalam kalangan adik-beradik sendiri.
Qabil berjaya kawen dengan perempuan yang dia suka.
Tapi, adakah Qabil bahagia?

Demi nak menjaga penguasaannya terhadap rakyat Mesir, Firaun sanggup arahkan supaya semua bayi lelaki yang lahir dibunuh.
Punyalah insecure.
Pada ketika itu semua baby lelaki dari keturunan Bani Israel takde yang hidup.
Sanggup dia buat macam tu asalkan takde siapa boleh ganggu kekuasaan dia di Mesir.
Tapi, adakah Firaun bahagia?

Samalah keadaannya dengan dengan sorang muazzin yang sanggup murtad demi nak kawen dengan perempuan Nashara yang cantik.
Dia rasa boleh bahagia dapat kawen dengan perempuan yang dia suka.
Malangnya belum sempat first nite dengan wife, dia mati sebab terjatuh dari bumbung, dalam keadaan murtad.
Adakah dia bahagia? Obviously tak.

That's a few stories tentang orang-orang yang mencari bahagia dari luar.
Mereka anggap bahagia itu datang dari manusia, dari kuasa, dari material, but instead meet endless misery.
Penting untuk kita memahami bahawa hati adalah sumber bahagia.

Kalau bahagia ditentukan dengan jumlah duit, nescaya takde manusia yang bahagia sebab duit tak pernah cukup.
Kalau bahagia ditentukan dengan jumlah harta, manusia akan dapat penat mengejar harta sebab nafsu pada harta ni kejap je.
Lepas dapat satu harta, manusia akan merancang untuk dapatkan harta lain pulak.
Nafsu kita always mengarahkan kita pada kekayaan lain.
Contohnya set pinggan mangkuk atau cookingware.
Dah beli satu, mesti berjangkit nak beli yang seterusnya bagi cukupka set.
Pakainya ntah bila, janji set cukupkan dulu.

Kekayaan ini kalau kita dah terjebak, akan jadi semacam ketagihan.
Godaannya luar biasa. Apa pun sanggup dibuat asalkan boleh kaya.
Keluarga pun dah takde makna kalau mengejar kaya.
Berapa banyak cerita kita dengar pasal harga boleh bergaduh adik-beradik, putus sedara, sampai sanggup berbunuhan?
Cuba tengok sejarah kes-kes rasuah dalam negara, siapa yang berani rembat duit banyak-banyak?
Bukannya yang gaji rendah-rendah buat kerja ni.
Kebanyakkannya yang bergaji tinggi, yang dah mewah.

Then why are they corrupt?

Sebab, menjadi kaya dah jadi ketagihan.
Dia rasa dia boleh bahagia bila duit bertompok padahal dia sedang 'sakit', bukannya bahagia.

Hakikatnya, bahagia dan kaya adalah dua benda yang berbeza.
Kaya tu letaknya di luar diri, sedangkan bahagia letakanya dalam diri, dalam hati.
Kaya tu perlu dicari, perlu kerja keras, perlu kesungguhan, sedangkan bahagia boleh dapat dengan menikmati dan mensyukuri apa yang Allah beri, baik sikit atau banyak.
Orang yang kurang bersyukur susah nak jumpa bahagia.

Ada orang cukup bahagia kalau hari ni dapat makan.
Tapi ada orang hanya dapat rasa bahagia kalau berjaya beli sport car.

Ada yang rasa bahagian kalau anak sembuh dari sakit.
Tapi ada orang yang selagi anak dia tak jadi Direktor sebuah company besar, dia tak tenang hati.
Gelisah 24 jam takut position tu dapat kat orang lain.

Ada yang rasa bahagia cukup dengan minum kopi lawan pisang goreng dengan kawan.
Tapi ada orang yang walaupun makan pagi petang siang malam dengan business partner di hotel mewah, masih tak bahagia.

Sesungguhnya BAHAGIA adalah milik orang yang merasakan mereka cukup, bukan ketika memiliki segalanya.
Orang yang bahagia adalah orang yang hatinya tenang, tak rasa tergugat dengan kemewahan orang lain.
Dia memandang kesederhanaan dan kebersahajaan [aku tak tahu lah ada perkataan ni ke tak].
Dia mencari ketenangan dan ketenteraman bersandarkan pada Allah.
Kerana dia percaya kebahagiaan adalah rasa syukur dan ikhlas menerima apa sahaja yang dia dapat.

Kebahagiaan itu milik Allah dan hanya ada satu jalan untuk mendapatkannya, iaitu sentiasa sedar sebagai hamba Allah, kita ada misi besar - iaitu mencari redhaNya.
Bukan sibuk memikir apa orang komen, apa orang kata.
Jangan biar diri kita hilang momentum.
Terlampau banyak pikir apa orang kata, akan buatkan kita hilang banyak masa untuk buat benda baik.
Semoga Allah selalu jaga kita dalam kasih dan cintaNya supaya kita selalu istiqomah pada jalan ketaatan, selalu memegang aturan Islam di waktu senang maupun sempit dan Allah berikan ketenangan dan kebahagian dalam hidup ini dan tak lagi peduli dengan cakap-cakap manusia.