2020-04-27

Customer ada yang banyak songeh



Tak sangka ada lagi yang tak faham istilah COD.
Sejenis yang tak nak bertanya apa maksudnya COD.
Dia ambik mudah anggap COD tu adalah tak payah pos.
Dah tu, kalau tak payah pos, barang tu sampai kat mata kau guna khidmat tok bomoh kelapa 2 bijik ke?

Orang sebut COD, kau pun nak sebut COD, tapi tak tahu hujung pangkal.
Bila dengar ada charge penghantaran, terus kensel.
Ada yang lagi bengap, pi question "Eh, tapi kan tak payah pos? Kenapa nak ada caj pulak?"
Karang kalau aku cakap bangang, sentap.

COD = Cash on delivery.
Maknanya, penerima/pembeli buat pembayaran at the time of delivery.
Barang sampai depan pintu, kau bayar dan ambil.
Maksudnya, kalau harga produk tu RM100 termasuk pos, kau tetap kena bayar harga yang sama dengan COD. Tak berkurang se-sen pun.
COD ni kelebihan untuk customer yang takut ditipu.
Jadi, dia boleh bayar bila barang betul-betul sampai kat tangan.
Takde kaitan dengan diskaun penghantaran lansung.

Kalau nak free delivery charge, itu namanya SELF-COLLECT.
Kau datang tempat seller, ambik sendiri barang.
Ok yang ni, kau bayar barang sahaja, tanpa perlu bayar cak penghantaran.

Hari tu aku nampak someone share conversation dia dengan customer.
Customer tanya "Habis tu kalau awak caj duit minyak awal untuk COD, dah tu saya pi collect, duit minyak saya macamana pulak?"

Eh hello, dengar sini aku cakap.

Seller letak caj PENGHANTARAN, bukan caj PENGUTIPAN.
Kau nak beli barang tanpa ada kos PENGHANTARAN, no choice, kau kena datang ambik.
Jadi, bila kau taknak bayar caj penghantaran, agak-agak apa cara barang tu nak sampai kat kau?
Nak suruh seller bela jin hantar kat kau?
Kau pi mall beli barang pun keluar duit minyak, duit toll, duit tambang bagai, kan?
Ada kau mintak mall reimburse duit minyak, duit tol, duit parking kau segala?
So apa bezanya kalau kau datang ambik barang kat seller.
Selalunya, kalau ikut pengalaman aku 12 tahun in bisnes, yang berkira sangat dengan kos penghantaran ni bukannya beli banyak pun, tapi dia punya songeh macamkan beli beribu.

Samalah juga dengan free gift.
Dari zaman aku jual barang biotek lagi dah ada penyakit ni.
Belinya tak seberapa, tapi mintak sponsor, mintak free gift, macamkan dia key customer.
Yang key customer beli beratus ribu sikit tak mintak free gift ke apa, dorang selalu mintak sponsor 1-2 student pi seminar atau talk.
Tapi yang beli sikit-sikit ni, raya cina mintak sponsor oren, raya puasa mintak sponsor open house [office], tu belum lagi kalau ada program fakulti segala tok nenek permohonan sponsor keluar.
Belinya sikit, mintak kemain banyak.
Dah la sebelum close deal minta macam-macam diskaun and gift dah.

Time PKP ni banyak pulak cerita orang berkira nak bayar runner/grab delivery.
Adoiyaiii, kau nak bayar barang nak mencekik sendiri pun berkira ke.
Orang dah hantar sampai ke depan pintu, kau nak macamana lagi.
Bila netizen share artikel orang susah miskin melarat, kau tanya kenapa orang kampung tak bantu, tapi kau buat benda yang sama kat rider.
Kau tak malu ke beli barang harga RM100 boleh, tapi nak sedekah rider extra RM3 pun berkira?

Daripada dulu aku always cakap kat anak-anak buah aku - jangan buang masa layan orang yang banyak songeh.
Kau dapat penat.

Songeh yang macamana?

Kalau yang tanya pasal produk - ini bukan songeh.
Ini adalah marketing.
Bila ada orang bertanya, this is good.
This is the time kita marketkan our product dengan cara explain tentang our product.

Yang jenis songeh ni jenis "Free gift tu gift apa eh?"
"Kalau saya tak nak free gift, boleh tak tukar nilai gift ke diskaun?"
"Kenapa orang tu boleh bagi harga kurang RM5, awak tak boleh?"
"Boleh tak masukkan dalam kotak, and belikan kad tulis Happy Birthday?"

Haaa...gitu songehnya.
Beli nak harga diskaun, pastu request wish card letak ribbon bagai. Ewahhh.
Kau nak bagi hadiah kat orang pun berkira ke?

Ramai blog readers aku ni agen untuk barang-barang kosmetik.
Ada yang mengadu kat aku macamana nak handle customer yang mintak diskaun padahal harga barang RM25 je.
Aku cakap "Jangan layan".

No, bukan aku pandang lekeh nilai RM25 tu tapi tak berbaloi nak dapatkan RM25 melayan karenah manusia yang macam tu.
Sebenarnya lagi senang jual benda mahal dari jual benda murah. Seriously.
Benda mahal, yang beli adalah orang yang ada duit.
Not necessarily banyak duit, tapi ada duit.
Duit bukan masalah untuk mereka as long as they dapat produk tu.
Bila jual benda murah, yang beli selalunya dari kalangan yang berkira.
Bukan golongan tak mampu tau, tapi golongan berkira.
Sebabkan dia jenis berkiralah maka dia go for cheap produk DAN lepas tu buat perangai songeh.
Dah bagi murah, nak murah lagi, tapi demand bukan main tinggi, komplen pun macam-macam.

Salah satu contohnya, produk hand sanitizer aku.
Customer ni tak beli dengan aku, dia request dari FB XZIZ.

Mula-mula mintak MSDS.
Kita bagi.

Pastu dia tanya dah buat lab testing ke? [obviously dia tak tahu ini lab product, tapi soalan mesti mau konfiden kan].
Kita bagi dia product specs.

Pastu sikit masa lagi dia tanya ada KKM tak.
Kita pun bagi nombor NOT KKM.

Ujung-ujung senyap.

Aku instruct staff aku PM dia sehari 4 kali tanya "So, cik nak order berapa botol? Semua dokumen kita dah bagi. Kalau nak beli 1000 botol, bos bagi diskaun."

Saje je nak spam inbox dia.
Senyap sepi sampai ke sudah tak berjawab-jawab.
Nak sangat kan, meh sini aku menganjing kau balik.
Sebab tu aku cakap, jenis yang banyak songeh ni samada beli tak banyak atau tak beli lansung.
Tapi dia punya demand, macamkan nak beli 1 lori.

Tak, aku tak hangin pun dia tak beli.
Aku dah boleh agak dah from the very beginning sebab aku dah masak sangat dah dengan spesis macam ni.
Baik online atau offline, spesis ni wujud.
Cuma aku saja mintak staff aku melayan supaya dorang ada experience handle karenah customer.

Customer ada macam-macam jenis.
Aku pun seorang customer.
Aku kategorikan diri aku as "mission customer".
Aku pernah beli barang dengan a few blog readers/followers, and aku rasa dorang tahu style aku beli barang macamana.
Aku pilih, beli dan bayar. Settle.

Customer on mission selalunya dia dah tahu apa dia nak.
Even kalau aku pi mall pun, aku tak suka wander around. Penat and buang masa.
Aku terus tuju tempat aku nak pegi, beli dan balik.
Kalau aku tak nak balik pun aku akan cari tempat makan.
Tapi kalau nak tengok aku singgah satu kedai, masuk, keluar, masuk kedai lain, keluar - memang tak.

Tapi shoppers on a mission ni ada perangai sikit.
Dia tak suka menunggu.
As a seller, customer ni kau kena bagi perhatian dulu sebab ini confirm deal because dia dah tau apa dia nak, dia dah pilih barang dah pun, tinggal tunggu kau bagi total je.
JANGAN UPSELL.
Kira terus total barang dia, mudahkan uruskan pembayaran, maka komisyen kau selamat.
Tak payah nak offer "Kita juga ada barang A dan barang B..." - NO NEED!
Jenis customer on a mission ni dia tau apa dia nak dan dia tau apa dia tak perlu.

Kalau kau nak promote atau upsell, buat kat confused customer.
Confused customer ni dia berminat dengan produk tapi dia tak sure apa yang dia patut beli.
Ok, yang ni kau boleh promote and ajak dia sembang.
Orang-orang ni perlukan bantuan untuk decide apa yang dia patut beli sesuai dengan keperluan dia.
Educate them on what they need to know.
Tanya dia soalan.
Apa yang dorang cari, ada masalah ke nak faham produk, apa ciri masalah dorang hadapi, apa yang dorang tahu atau belum tahu tentang produk tu, etc.

Aku suka customer macam ni.
Kita as seller pun senang nak decide what produk sesuai untuk selesaikan masalah dia.

Yang paling aku menyampah, jenis yang aku cakap awal tadilah - bargain hunter.
Kerjanya hanya nak dapat diskaun, free give, free delivery and harga murah.
They are after the lowest price and brand loyalty doesn't really come into play here.
They don't care pun what your product can do, dia always go for cheapest price only.
Kadang dah dapat yang murah pun, next time kalau ada brand lain yang lebih murah dia akan beli brand tu pulak.
Dia tak stay pada satu-satu brand.

Kalau nak attract bargain hunter, kau kena sediakan 1-2 produk sampingan yang harga lebih rendah dan kualiti rendah sikit dari your master produk.
Bukan produk takde kualiti, tapi kualitinya rendah sikit.
Maybe packaging tak secantik yang master, atau kuantiti kurangkan sikit.
Tapi selalunya orang gini, nak benda murah tapi nak segala tip top.

Yang paling best adalah Regular Customer.
Sebab itulah GreenAard buat sistem point, untuk mengharga regular customer.
Apa-apa special deal, kita akan dulukan regular customer.
Dorang ni yang akan dapat tahu dulu apa-apa upcoming and new deal.
Kita email atau whatsapp them personally, especially kalau ada limited gift.
Sebab tu, yang beli GreenAard, please create akaun. Insyallah, tak rugi.
Hari ni dah start officially kita blast to all customers Ramadhan Sale.
Sila check SMS masing-masing.
Kalau tak dapat SMS, Whatsapp SINI untuk tahu harga sale.






We are KKM approved.