2020-05-04

Standard memilih jodoh



Mencari calon suami/isteri memang tak senang.
Kita boleh nampak ada di kalangan ahli keluarga kita sendiri, maybe adik-beradik, sepupu, kenalan rapat atau orang kampung yang kita kenal, ada je yang dah cukup umur tetapi belum kawen-kawen.

Memang soal jodoh tu Allah tentukan tapi ikhtiar adalah usaha kita.
Of course, kita ada kriteria dalam memilih jodoh.
Kita nak yang tinggi, yang cantik, yang mata besar, yang hidung mancung, yang kelakar, yang bijak - ini semua kita decide.
However urusan menggerakkan hati, bukanlah urusan kita.

Contohnya, love at first sight.
Berjumpa sekali je, itupun tak bercakap, cuma terpandangkan Hamba Allah tu melintas tapi dah buatkan hati terpaut. Sepanjang hari teringat-ingat.
Padahal ada je orang yang kita jumpa everyday, bersembang hampir setiap hari, tapi tak meninggalkan kesan di hati.

Nak bercouple senang, takde masalah.
Tapi nak menghalalkan hubungan tu, selalu buat kita confuse.
Jangan ingat terlampau banyak pilihan je yang buat kita confuse.
Kadang-kadang takde pilihan pun boleh buatkan kita confuse.

Jodoh adalah perkara yang Allah dah tetapkan, itu semua orang tahu.
Memang takde dakwa-dakwi lagi tentang ni, tetapi macamana nak tahu dia memang ditakdirkan untuk kita - hat ni lah yang paling payah sekali.
Sebab fitrah manusia, macamana dia gila-gila pun, macamana dia huhahuha pun, bila bab pasangan hidup mesti nak cari yang boleh pikul tanggungjawab.
Itu yang kadang-kadang kita jadi terlalu cerewet memilih pasangan.
Terlampau cerewet pun payah gak.

Ada kajian cakap, manusia hanya guna 15% je daripada keseluruhan akalnya tetapi menggunakan hampir 85% daripada hatinya setiap kali mencari jawapan.
Sebab itulah agaknya manusia selalu stress, sebab kebanyakkan tindakan mengikut perasaan.
Tapi Maha Baiknya Allah, dia kurniakan kita "back-up system".
Telinga untuk mendengar, mata untuk melihat.
Bagaimana akal dan hati berfungsi bergantung kepada kita sendiri cari jawapan menggunakan segala sistem yang Allah dah bagi, termasuklah mata and telinga.

Islam adalah agama yang sempurna, yang mengatur kehidupan manusia secara proporsional, sehingga tak ada satu pun ajaran Islam kecuali membawa kemaslahatan bagi manusia itu sendiri.
Salah satunya, berkahwin.
Oleh kerana berkahwin adalah ibadah, jadi proses menuju ke sana juga mesti berlandaskan apa yang Islam mahukan.
Dan untuk memastikan calon kita adalah type yang boleh membimbing kita dan keluarga, maka kat sinilah fungsi mata telinga akal dan hati tadi.
Kita mesti perhatikan dan timbang-timbangkan sebelum move to another level.
Tapi, tak perlu cerewet sangat bila menimbang-nimbang tu.
Rasulullah saw dah bagi guideline, 3 je kita kena tengok.
Hat ni paling utama sekali iaitu - agama, harta, kecantikan.
Agama kena yang atas sekali lah.

Aku pernah tanya ustaz aku, macamana kita nak tahu orang tu beragama ke tak, sebab biasanya zaman bercinta, manusia tend to potray akhlak yang baik-baik je.
Belum tentu lagi apa yang kita nampak tu adalah dirinya yang sebenar.
Ustaz aku cakap, kalau dapat yang betul-betul faham agama adalah paling baik.
Tetapi kalau dia tahu solat, tahu puasa, tahu adab - ini pun dah dikira tahu agama.
Dalam bahasa mudah, janganlah jahil sangat sampai timbulkan masalah.
Lainlah kalau kita berani ambil tanggungjawab, jangan sampai nanti kita pun sama jadi jahil.

"Sesungguhnya perempuan itu dinikahi kerana agamanya, hartanya, kecantikannya dan nasabnya, maka pilihlah yang beragama" [Muslim dan Tirmidzi].

Melalui hadis ni, Rasulullah saw dah jelaskan dengan transparent bahawa dalam memilih calon, tak kira siapa pun dia, ada standard yang kita boleh follow - kecantikan/kehenseman, kekayaan, nasab [keturunan], dan agama.
Jadi, kalau nampak orang tu kawen dengan perempuan kaya, atau lelaki berharta, kita toksah sibuk lah kata dia kejar harta benda. Tak salah pun, boleh je.
Yang tak boleh tu kalau dia kejar laki aku. Kahkahkah.

Mana-mana manusia normal, dah tentu nak [kalau boleh] calon yang ada semua kriteria yang Rasulullaw saw sebut.
Siapalah yang tak bangga dapat pasangan hensem, kaya, bijak, keturunan baik-baik, dah tu faham agama pulak.
Itu cerita kalau dapat semua kriteria. What if kalau tak dapat?
Kat sinilah bergunanya hadis tadi.
Hadis tu sebenarnya bagi kita guideline, ketika dalam keadaan pasangan tak memenuhi standard - tak kaya, tak bijak, tak cantik, nasab tak pasti - maka perhatikanlah kalimat terakhir dari sabda Rasulullah saw, iaitu "Maka pilihlah yang beragama".

Kalau aku, aku tambah satu lagi - perangai tu biar jangan poyo.
Aku tak boleh tolerate dengan lelaki yang kontrol macho depan perempuan lain, padahal aku ada kat sebelah.
Lepas tu, setiap kali jumpa kawan-kawan, dia pulak yang gelabah lebih.
Keja-kejap tanya does he look ok? Baju dia ok tak, muka dia ok tak, gelupur tak tentu arah. Kau apesal syaiton?
Jenis lelaki macam ni, jangan dibuat jadi laki.
Chances are, dia punya poyo tu takkan berubah walau dah beranak dua [jangan tanya aku la kenapa, kau baca je dah].

Nak jadi baik 100% tu mustahillah, manusia mana terlepas dari buat dosa.
Dan kita semua masih lagi dalam proses belajar dan terus belajar memperbaiki diri.
Cuma aku bercakap melalui pengalaman.
Aku and En Wan dulu tak berapa bersungguh dalam mengamalkan agama.
Buat betul-betul yang wajib je, tak pernah terfikir lansung nak tambah-tambah dengan amalan sunat, let alone nak blaja agama.
Jadi, proses kesedaran tu jadi lama.
Kitorang bernasib baik mak bapak masih ada, keluarga pun jenis rapat, jadi nak buat jahat tu mikir jugalah 2-3 kali.

That's why mana yang muda-muda ni, yang masih mencari, kalau boleh carilah yang beragama.
Orang kalau faham agama, insyallah tanggungjawab dia memang jaga.
Tapi tak janji lah kaya berharta, tapi barokah pasti.





Hari ni genap 19 tahun dengan En Wan.
Hashtag till jannah