2020-05-09

Doa


Kalau kita faham bahawa doa adalah ibadah, kita juga perlu faham bahawa doa adalah satu permintaan tolong.
Namanya pun "minta tolong", dah tentu terserah kepada si tukang tolong samada dia nak tolong atau tak.
Tak masuk akal kita minta tolong orang, tapi pertolongan tu bersifat paksaan.

Contoh, kita nak pinjam duit kat kawan.
Kawan keberatan nak menolong, lalu kita kata "Kau ni takde timbang rasa lansung kat aku, menyesal aku belanja kau makan dulu".

Cuba kita tukar dialog tu, dari seorang hamba kepada Tuhannya.
"Ya Allah, aku dah doa banyak kali. Aku buat semua kau suruh. Aku solat, aku mengaji, aku sedekah. Kenapa doa aku masih tak kau kabulkan?"

Bila buat kat orang tak rasa biadap, tapi bila cakap macam tu kat Tuhan terasa benar biadapnya.
Hakikatnya itulah kita.
Secara zahir nampak macam mintak tolong, padahal memaksa.

Walaubagaimanapun, antara permintaan kepada manusia dan permintaan kepada Allah ada perbezaan yang sangat besar.
Manusia, kadang-kadang tolak permintaan, kadang-kadang tolong.
Tapi ketika kita minta tolong dari Allah, Dia selalu penuhi permintaan kita dan bagi lebih dari apa yang diminta.

Mana hadisnya?

Ini : Dan Allah berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina" [Al-Mu’min, 60].

Salah satu sebab terhalangnya doa adalah bila kita nak doa tu cepat dikabulkan.
Mengulang-ulang doa yang sama tak pernah salah. Boleh.
Tapi bila kita dah start mengeluh, dah namapak hawa-hawa nak putus asa, dalam tak sedar kita hilang yakin pada Allah.
Dan akhirnya, kita stop berdoa.
The thing is, kalau pada anggapan kita Allah tak penuhi permintaan, agak-agak siapa boleh?
Memang takdelah yang boleh.
Jadi, kenapa berhenti doa?
Kan lagi baik teruskan je berdoa, kalaupun apa yang kita minta tak dapat, yang pasti pahala dah confirm dapat sebab berdoa umpama beribadah.
Esok kat akhirat kita tercengang tengok berlambak-lambak pahala, mana datang tak tahu.
Rupanya itulah pahala kita berdoa.

Aku pernah dengar ceramah kat YouTube, sorang ustaz ni bercerita ada seorang mualaf berdoa bertahun-tahun supaya Allah bagi hidayah kat mak bapak dia untuk peluk Islam, tapi mak bapak dia meninggal tanpa sempat mengucap syahadah.
Mualaf ni tanya adakah kerana dosa-dosa dia maka Allah tak kabulkan permintaan.

Ustaz kata, antara penyebab doa tak dikabulkan memang salah satunya kerana dosa-dosa kita, tetapi boleh jadi Allah tahan doa itu sebab ada perkara yang lagi hebat Allah nak bagi.
Boleh jadi juga Allah dah pun gantikan doa muallaf tu dengan kebaikan lain yang dia tak sedar.
Atau, sengaja Allah simpan doa tu sebab Allah suka dengar dia merintih minta tolong.

Bayangkan betapa banyak pahala muallaf ni kat akhirat kelak asbab doa yang tak terkabul tu.
Bertahun-tahun dia berdoa, bertahun-tahun dia menangis merintih, nanti di Padang Mahsyar setiap airmata yang jatuh ketika berdoa akan jadi pelindung dirinya dari panas matahari.
Waktu buku amalan dihisab, pahala berdoa yang dikumpul bertahun-tahun tu semua dia akan nampak.
Boleh jadi Allah sengaja simpan semua permintaan tu sebab nak bagi urusannya di akhirat lancar.

Dari sini dah tahu kita kena pasak dalam kepala - adat meminta tolong, jangan memaksa.
At the same time fahamkan yang setiap kali minta tolong dari Allah, pasti dikabulkan.
Boleh jadi dapat apa yang kita minta, boleh jadi ditukar ke dalam bentuk yang lebih baik atau disimpan untuk di-collect kat akhirat.
Pusing kat mana pun, kita masih beruntung.

Nabi Musa minta Allah hancurkan Firaun setiap hari.
Bila Allah kabulkan? On the spot ke?
Tak.
40 tahun berdoa baru Allah hancurkan.
Sampai waktunya, Allah hancurkan dengan cara yang paling dahsyat sekali, pada waktu yang sangat tepat.

Imagine, seorang Nabi berdoa selama 40 tahun baru Allah perkenankan.
Kita siapa?
Nabi memang taklah. Ulama' jauh sekali.
Imam? Hmphh...jadi makmum pun kadang-kadang.
Tapi bila berdoa nak cepat-cepat. Lambat sikit mengeluh.
Lepas tu ugut-ugut taknak solat dah, taknak mengaji dah, taknak buat baik dah.
Baik buat jahat je. Eh kau ni.

Allah lebih tahu apa yang kita perlukan.
Kalau doa belum dikabulkan, positive thinking saja.
Maksudnya, maybe belum waktunya kita dapatkan apa yang kita minta.
Atau memang yang kita nak tu tak mendatangkan kebaikkan.

Hikmah berdoa ni sebenarnya, bila kita minta pada Allah, kita jadi kurang meminta-minta dari manusia.
Orang yang kurang meminta dengan manusia akan jadi mulia kerana tinggi tawakkal pada Allah.
Hakikat meminta pertolongan Allah akan nampak pada sikap seseorang ketika berdoa.
Maka, sabarlah dalam berdoa.
Kerana sabar itu bukan diam, tetapi berikhtiar dan dalam masa yang sama menerima takdir Allah.