2020-05-07

Niat yang terpesong


Niat adalah perkara yang paling susah nak dijaga dan paling senang berubah.
Padahal kat situlah penentu samada amalan kita bernilai ibadah atau tak.
Sungguh, memang susah nak meluruskan niat.

Ustaz kata, ikhlas hanya didedikasikan kerana Allah saja.
Ikhlas tak dipengaruhi oleh pujian atau kutukan orang lain.
Puji atau kutuk, perasaanya sama, tak terusik sikit pun.
Ustaz kata lagi, ikhlas adalah sikap menerima apa je yang berlaku tanpa reserve.
Secara teori, itulah maksud ikhlas. Memang tak senang nak buat, kan?

Sesiapa yang boleh ikhlas macam tu, maknanya makam ikhlasnya dah mencapai makam yang lengkap di mana kerja-kerja baik dia tak dapat dikesan oleh malaikat ataupun syaitan pun.
Hanya Allah saja yang tahu.
Even malaikat pun tak dapat catat sebab tak perasan.
Syaitan lagilah out of the story, memang tak dapat nak goda lansung.

Allah, bila dengar ustaz cakap macam tu, bergenang airmata.
Jauh sangatlah ikhlas aku dengan ikhlas yang betul.
Ikhlas aku ni kategori bajet-bajet ikhlas je.

Salah sebab kenapa kita [aku] payah nak ikhlas yang betul-betul ikhlas [ini teori aku je] adalah kerana niat kita tidak lagi sederhana.
Niat kita dah ke -mana-mana, dah meluas, dah ditokok tambah dengan pelbagai hiasan.
In fact, niat yang asal [yang mungkin tulus] tau-tau dah dikelirukan dengan niat tambahan.

Contoh, niat hantar anak pi skolah.
Asalnya niat biar anak dapat pendidikan, biar jadi orang berilmu.
Kerana menuntut ilmu itu perintah agama supaya manusia tak meninggalkan generasi yang lemah.
But along the way our intentions are growing.
Kita mula nak provide the best education supaya anak-anak jadi the best antara semua.
Niat tu kemudian semakin tersasar, dah bukan lagi sekadar memberikan pendidikan tapi dah masuk elemen parental prestige.
Sekolah mana anak-anak belajar dah semacam melambangkan status mak bapak.
Sadly, nilai prestij ini sebenarnya yang lebih menguasai niat asal.
Bila achievement anak-anak tak mencapai standard kita, kita marah.
Tak cukup marah anak, marah cikgu sekali sebab kita tak salah. Kita betul.
Anak orang lain lebih berjaya, kita marah sekolah buat Majlis Anugerah.
Bila dah menjadi soal prestij, semakin susah untuk kita untuk menjaga niat.

Dari sudut kerjaya, pada awalnya nak cari kerja sebab nak cari nafkah.
Along the way, niat menjadi semakin besar dan tersasar.
Dah bukan sekadar mencari nafkah lagi tapi menjadi persaingan antara satu sama lain.
Gaji siapa paling banyak, pangkat siapa lebih tinggi, bonus siapa paling banyak.
Kita dah mula mencari prestij mengejar nama dan kedudukan untuk memuaskan keinginan kita.
Ini dah jadi lagi susah nak menyusun niat ikhlas kerana ada kaitan dengan hubungan kerja antara rakan sekerja dan pihak atasan [majikan].
Niat awal tadinya nak mencari nafkah dah jadi satu hope agar dinilai bagus oleh majikan, diberikan pangkat yang tinggi, gaji dan bonus yang lebih banyak.

Yang berbisnes pun tak terkecuali.
Niat awal berniaga untuk cari nafkah pelan-pelan bertukar jadi persaingan siapa lebih berjaya, siapa lebih cepat jadi jutawan.
Itu belum lagi menharapkan perhatian supplier dan customer.

Susahnya menjaga niat.
Kita sering terkeliru dengan niat kita sendiri.
Lalu kita mencipta alasan demi alasan untuk menjustifikasikan tindakan kita supaya Allah faham.
Hakikatnya Allah jauh lebih faham isi hati kita.
Kita yang selalu keliru dengan isi hati sendiri.

Betapa banyak niat yang awalnya hanya berharap kepada Allah berubah menjadi berharap kepada manusia.
Itu baru cerita urusan dunia.
Urusan akhirat pun tak kurang hebatnya nak menjaga niat.
Niat ibadah kita - solat, puasa, sedekah, ziarah - sangat mudah  dipesongkan oleh syaitan.
Ketika seseorang bersedekah, ketika ulama sedang memberikan ceramah, ketika para mujahid berjihad di jalan Allah - syaitan sangat busy memesongkan niat.
Bak kata ustaz aku "Saya ni mengajar di depan sebenarnya sedang berperang dengan niat saya sendiri. Takut dalam tak sedar saya merasa diri saya lebih berilmu, lebih bertakwa daripada kamu semua".

Termasuklah tulisan ni.
Niat unak berkongsi ilmu supaya jadi amal jariah, entahkan lurus ke tak ni.
Entah-entah berubah jadi niat nak dapat pujian dari readers.

Syaitan sebenarnya takut sangat dengan manusia yang ikhlas.
Dia kalau bab memesongkan niat memang cukup pakar, sampaikan tak terasa niat dah berubah.
Tahu-tahu je kat akhirat nanti baru kita nampak rupanya banyak perbuatan baik kita Allah tolak kerana di sisi Allah ia tak membawa makna apa-apa.
Oleh sebab tu, janganlah kita persoalkan niat orang lain kalau kita sendiri payah nak menjaga niat.
Sedangkan niat kita sendiri bersepah-sepah ke sana sini.

Betul orang kata, angan-angan tinggi memendekkan harapan dan memesongkan niat.
Nampak macam kita buat benda yang betul.
Itu di mata manusia, di sisi Allah belum tahu.

Ya Allah, luruskanlah niatku.
Yang kadang-kadang mengatur kalimat hanya untuk menyindir.
Yang kadang-kadang memberi nasihat hanya untuk menyinggung.