2011-11-14

Eat

Khamis lepas, aku cuti.
Hajat di hati tu nak rewang-rewang rumah mak sedara aku kat Bangi, sebab esoknya (Jumaat) cousin aku nikah, so masing-masing sibuk ambik tugasan.
Aku pun ingat nak bungkus-bungkus coklat.
Sudahnya aku terbungkus depan TV rumah Mak Aji, melayan ulangan Anugerah Skrin.

Cis, sia-sia je aku perabiskan masa mengangkang depan tv, hampeh semata-mata Anugeraj Skrin. Baik aku layan Sanggarama Channel.
Pelik apesal penyanyi yang perform malam tu semua tak best?
Dah la tu majlis anugerah, semua orang stress nak tunggu siapa menang siapa kalah.
Kau bagilah performance yang merelasekan tension sikit.
Aku yang tengok kat TV ni pun boleh stress.
Apetah lagi yang duduk betul-betul depan stage.
Macam program syok sendiri je.

Boring punya pasal, aku pause-kan kejap and ajak Mak Aji and Pak Aji gi lunch.
Call Ibal ajak dia lunch sekali.

Aku lunch kat Little White Cafe.
Aku pernha blog pasal cafe ni dulu, tapi dulu aku tulis 'The Little Kitchen'.
Gila belasah kan aku?


...by fzld tu maksudnya Faizal Zainal Lifestyle Design.

Tapi sebenarnya aku lupa whether it's Zainal or Zairi.
Sebab setau aku nama wife anty Faizal ni Zairi. Or maybe, Zainal tu bapak dia.

Aunty Faizah ni selain ada cafe, dia jugak adelah interior designer.
Rumah Mak Aji dia yang buat renovation.
Cafe ni pun sebenarnya designer cafe.
Kalau masuk sini senyap-senyap sudah ye, kalau nak memekak-memekak, boleh gi mamak kat korner tu.


Pembuka bicara kat menu book


Pak Aji masuk sini nak order nasik. 
Boleh?

Terang lagi bersuluh kat menu tu tulis PASTA, SANDWICH, SOUP, bla bla bla...



Makanan paling mahal kat sini adelah Rack of Lamb.
Tiada yang lebih mahal dari ini.
So, don't worry, bawak RM100 adelah mencukupi.



Pak Aji memula macam nak taknak je order, sebab 'Papa tak reti la'.

Bukan tak reti.
Sebenarnya dia nak makan nasik.
Aku tak kira, aku nak torture dia makan western gak.
Sebab time-time takde En Wan ni je la aku boleh melayan tekak nak feeling-feeling omputih.Kalau ada En Wan memang haram aku nak masuk tempat macam ni, konfem dia heret aku masuk mamak.



Masa ni la nak feeling-feeling anak dara.
Jalan ngan mak bapak je, makan pun sebelah omak.




Pemandangan dalam cafe



Sebenarnya aku nak tunjuk baju yang aku pakai tu tapi tak nampak pulak. 
Yang baju ni kendian-kendian kat entry lain aku cerita.


Appetizer - Sausage Toasties.

Sedapppppppppppppppppppp.

Meleleh-leleh cheese kat atas tu.
Abaikan je la perut yang dah sedia berlipat tiga ni.


Mak Aji punya - Chicken Spagetti.

Tak paham aku dia ni.
Padahal hari-hari kat rumah jual spagetti.
Lagiiiiiiiiiiiiiiiii nak makan spagetti kat luar.


Pak Aji and Mak Aji punya starter - Broccoli Soup.

Series wehhh, yang ni sedap!



Kitorang dah habis makan, baru Ibal sampai.


Ibal punya - Chiccken Grill



Pak Aji punya - Salmon apa ntah....tapi Salmon la.



Aku punya - Ribeye Steak yang walaupun well done tapi tetap juicy.



Nescafe tarik Pak Aji punya.

Memula aku risau je Pak Aji order nescafe sebab aku mana boleh bau kopi ni semua.
Kang mau terbelahak atas meja, nak pulak masa tu aku tengah kekenyangan.
Tapi tak!
Nescafe dia lansung tak bau.
Aku tak tau apa tajuk nescafe dia ni.
Eh, tapi nama pun nescafe, mestila tajuk dia pun nescafe kan?

Peach crumble Mak Aji.

Peach crumble ni dihidang dengan dua cara, either with yogurt or ice cream.
Tapi konon nak diet (dah belasah sepinggan sapegtti baru teringat nak diet), lalu dia memilih with yogurt.
Dah half way makan dia cakap 'Kalau dengan ice-cream mesti lagi sedap'.

Pendamkan je la hajat nak diet tu.

Hilang

Dari start awal tahun sampai sekarang, everytime Redza balik skolah, mesti pensil hilang, eraser hilang, ruler hilang.
Anak-anak korang ada perangai macam ni tak?
Ke anak aku je yang malang nasib asik la hilang barang?

Aku kan sampai takde ikhtiar lain melainkan belikan dia pensil ngan eraser EVERY WEEK.
Aku tak sure kalau anak aku makan eraser kat skolah.
Asal malam kitorang check beg pensil case dia, mesti kalau tak hilang pensil, hilang eraser. Tak hilang eraser, hilang ruler. Tapi memang wajib satu barang hilang.
Botol air ada la kot 10 bijik dah hilang.

Bila komplen kat En Wan, bapak dia rilek je reply 'Nasib baik dia hilang barang, kalau dia bawak balik barang orang camne?'

Ok la. Ok la.
Aku bersukorrrrrrrrrrrrrr lah anak aku tak bawak balik barang orang, tapiiiiiiiiiiiii apekah aku ini berak duit sampai hari-hari nak kena beli pemadam pensil pembaris dia segala???

Heloooooooo!?

Aku dulu pegi skolah sampai takut nak guna pensil sebab takut pensil tu makin lama makin kontot. Sanggup tak pakai sharpener, aku pakai pisau asah nak asah pensil. Kalau pakai sharpener lagi cepat pensil aku habis. Mak Aji pulak asal aku mintak duit beli pensil je 'Apesal kau ni kejap-kejap beli pencil? Kau kat skolah kunyah pensil?'.

Perasan dia baru 2 hari lepas dia belikan aku pensil.
Padahal dah 2 bulan aku tak beli pensil.

Si Redza ni pulak macam dah satu keje pulak tetiap hari aku kena replace stationary dia. Aku rasa ada la kot dalam 100 biji pemadam ngan pensil aku beli tahun ni.

Bila ditanya mana pergi pensil, dia jawab kawan dia pinjam tak pulang balik.
Bila aku tanya apesal tak mintak balik, dia diam.
Penakut la tu kan?
Sia-sia aku hantar kau pergi tekwando.
Bukan la aku mintak dia terajang kawan-kawan yang tak pulangkan pensil dia tu, tapi biar lah jadi berani sikit.

3 bulan lepas, seminggu dia tak boleh makan, sebab dia balik tengok atas bibir dia macam terkoyak sikit. Mak mertua aku tuam dengan kulit kayu manis nak bagi surut bengkak.
Dia cakap kawan dia tertumbuk sebab main polis sentri.
En Wan macam tak percaya je, sebab En Wan kata bila dia tanya Redza, Redza cakap satu kawan dia pegang tangan dia, satu lagi tumbuk dia.
Ah sudah.
Gengsterism ke apa ni?
Ke budak-budak sekarang main pesen macam ni?

Tapi kitorang buat dek je lagi, until la 3 minggu lepas gamaknya asik kena buli kat skolah, dia bagitau En Wan kat skolah ada budak suka ketuk kepala dia dengan pembaris.

Wah wah wahhhhhhhh!
Main ketuk-ketuk kepala budak-budak zaman skarang ni ye.
Tanda mesra ka kottt.

Kalau dulu dia mati-mati cakap kawan pinjam pensil, kawan pinjam pembaris apa semua kan? Last-last gamaknya tak tahan, dia bagitau kawan dia suka selongkar beg dia ambik pensil and pemadam dia. Aku tanya nama, dia bagitau. Bila aku tanya kenapa tak pernah bagitau aku? Dia kata dia takut aku pegi skolah sebab budak yang ambik barang dia tu anak cikgu.

DANGGGGGGGGGGG!

Anak cikgu jadi gengster???

Tapi aku malas la nak create-create scene at school ni. Anggap je la :

1. Redza yang start carik gaduh dulu.
2. Budak tu berkenan dengan alat tulis Redza sebab mak bapak dia tak belikan alat tulis katun-katun.
3. Kalau betul anak cikgu tu yang buat hal, konfem cikgu tu malu kalau aku buat laporan kan. Jaga la airmuka dia.

Tapi aku hangin la kan.
Dah hujung tahun baru kau nak report kat aku segala.

En Wan cakap 'Selagi dia takde rasa takut nak pergi skolah, maknanya still ok lagi la tu'.

Ok la.
Aku pun malas la nak carik-carik pasal ni.
Aku dulu pun mangsa buli gak kat skolah.
Cuma aku harap Redza ni strong la dengan buli-buli ni.

Kena buli sikit-sikit, hilang pensil, pemadam tu semua takpelah, aku anggap je la budak-budak punya perangai. Yang aku tak boleh terima tu bila 2 minggu lepas, dia turun van dengan kaki terhencot-hencot.

Rupanya kasut dia hilang.

Kasut hilang okkkkkkkkkkkkkkk.


Mujur kau hilang kasut dah hujung-hujung tahun.
Kau pakai la kasut yang lagi sepasang tu.
Nama aku nak belikan baru memang takde la.

Tahun depan aku nak belikan terus 5 pasang kasut.
200 biji pemadam.
400 batang pensil.
And mungkin sediakan 3 bijik beg skolah sebagai persediaan kot tahun depan tetiba beg skolah pulak hilang.

2011-11-11

Maid


Assalam kak di,

nak minta tolong.. my maid baruuuu melarikan diri ikut jantan kontrak. huhu.. attached tu gambar dia. nama RUHAETI. Asal Jawa Barat. Nak mintak tolong publishkan gambarr dia dalam blog kak di boleh tak? Biar majikan laen tak terkena.. saya pon dah create group page dekat FB. Kot readers Kak Di yang maid dia lari, soh dia upload gambar maid tu dekat page ni ye dengan details sekali.

http://www.facebook.com/pages/Pembantu-Rumah-Lari-The-Runaway-Maid/263889996989901

Thanks a lot kak di!
--
love,
perfumeRack
http://perfumerack.blogspot.com

Aku kalau boleh dah taknak lalui pengalaman macam ni.

Bibik aku yang first dulu keje ok, cepat. Jaga Redza dari umur dalam pantang, sampai lah Redza 2 tahun. Age 32. Tapi suka sangat melayan jantan. Asal ada mat-mat indon yang buat rumah jiran ke, apa ke, memang dia konfem ada situ jugak melayan sembang. Tapi aku tak kisah sangat la sebab janji keje-keje yang aku gajikan kau untuk buat tu semua settle and aku puas hati apa yang kau buat.
Tinggal lagi jiran je la yang dok berkata-kata.

Bibik aku yang kedua yang paling sialpalis sekali.
Pakkal aku tak simpan gamba dia, kalau tak memang aku print banyak-banyak, tepek kat setiap tiang lampu and pokok-pokok kat Malaysia ni.
Pantang dapat duit je terus beli aiksrim, beli jajan (dia panggil bon-bon), macam budak-budak sangat.
Bangun pagi layan katun sambil mencangkung depan tv.
Mencangkung ok?

Ok, aku ada misi pagi ni, so aku taknak ruinkan mood sendiri bercerita pasal perempuan sakai ni.
Kang tak pasal darah aku naik.

Maid yang ketiga ok, keje dengan aku 2 tahun setengah.
Tapi sebab anak dia mintak dia balik, so dia terpaksa balik.
Bibik ni paling flexible la.
Dia boleh jadi maid, jadi tukang urut, jadi pemain bola sepak, jadi bangla potong rumput dan jadi tukang masak.

Maid yang now so far alhamdulillah.

Maid-maid ni sebenarnya ikut nasib-nasib.
Kadang-kadang kau dapat yang tak ok.
Kadang-kadang dia ok, tapi kita tak ok.
Kadang-kadang dia sebenarnya ok, cuma standard yang dia perform tu tak meet kita punya expectations, maka kita jadi tak ok dengan dia.

Macam maid aku yang first tu, lepas setahun dia balik Indon, dia datang Malaysia balik. Tapi now dia keje dengan Kak Ngan En Wan pulak.
Sebelum dia keje dengan Kak Ngah, dia keje dengan family India (no offense) kat area KL.
Tapi dia lari sebab tak tahan dengan famili tu.
Kat situ dia kena basuh 6 toilet setiap hari, basuh 4 bijik kereta every other day, masak lauk fresh setiap waktu makan (tak main perangat-perangat lauk) and makan bercatu. Pulak tu, kat rumah tu ada nenek. So this nenek yang akan monitor dia eventho majikan pergi keje. This nenek yang over (katanya la), sampaikan dia nak berenti solat pun nenek ni just bagi masa 10 minit je lepas tu kena keje balik.
Rasanya sebulan je dia tahan pastu dia lari.
Pandai pulak tu tahan teksi and hala ke rumah aku. Dah satu hal pulak aku nak menyorokkan dia.
Last-last Kak Ngah ambik dia keje, now dah 3 tahun dengan Kak Ngah secara legal.

Jiran aku selang 3 rumah pulak lain hal.
Maid dia ni suka sangatttttt 'ziarah' ke ruah jiran tetangga.
Pulak tu rajin bawak mulut.
Dengan semua maid-maid dia ajak bergaduh.
And suka berlagak hero.
Pernah satu kali tu selamba bahabi je dia sound jiran sebelah rumah aku 'Hei, kamu tu sepatutnya bagi kebebasan kepada bibik kamu keluar ke taman setiap petang'.
Amacam, legend tak?
Terkebil-kebil jiran aku kat porch, dah la aku ada kat lawn sekali masa tu.


Masa aku buat housewarming, majikan  dia tak masuk rumah aku pun, just lepak kat khemah. Tapi si bibik ni salam aku and directttttttt ke dapur. Selamba badak bukak periuk-periuk tengok lauk-pauk.

Ok, bibik macam ni memang harus dilempang.

Disebabkan dia sound jiran aku, akibatnya sampai ke skarang aku tak pernah nampak-nampak bibik sebelah ni keluar dari rumah, even ke halaman rumah.
Tak pasal je disebabkan majikan takut dia berkawan dengan maid-maid takde otak, akhirnya dia yang jadi mangsa kena kurung terus dalam rumah takleh keluar-keluar.

Sebab tu aku cakap maid ni nasib-nasib.
Ye la, dorang tu pun manusia.
Kalau dah nama manusia ni memang kita takleh nak jangka la perangai masing-masing.

So, kalau korang terjumpa maid ni, sila buat laporan or contact Perfume Rack or heret ke balai polis je terus.
Bukan nak menganiaya dia, tapi kita cuma buat laluan yang betul.

Soft toys


Kalau ada sesape interested nak beli soft toys smurf or stationary set smurf and angry birds untuk anak-anak nak masuk skolah next year, boleh ke sini

Filla ada jual.

Aku tak sure berapa harga dia.
Hari tu aku ada gak tengok kat Pasar Payang, tapi aku tak check quality macam mana.
Sape ntah hari tu ada cakap dia beli kat Ayer Itam.
Yang Filla punya ni aku tak sure dia ambik dari mana, tapi boleh tanya harga, quality, bla bla bla kat dia. Ok?

Hanya dia saje yang mampu.

Cuba geleng-gelengkan kepala, korang nampak apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

BOSS!!!!!!

2011-11-08

Unboxing

Advertorial post for 48hrs. Please scroll down for new updates.



Semakin menggila nampaknya henfon-henfon kat market.

The new one now yang bakal menjadi kegilaan dan fenomena mungkin the new Samsung Galaxy Note!

Aku yang tak gila gajet ni pun, bila tengok Galaxy Note for the first time macam alahaiiiiiiiiiii kenapa la kau ni smart sangatttttt???
Aku baru nak berbangga dapat iPAD2, sekali Samsung Galaxy Note ni lagi smart dari iPAD2, 3 or mungkin 15.

Galaxy Note is coming to Malaysia soon.
Aku belek-belek YT nampak unboxing video Samsung Galaxy Note.
Ni aku bagi korang tengok quick overview of apa ada dalam itu kotak Samsung Galaxy Note :

Samsung Galaxy Note (Unboxing) by Winnie http://bit.ly/vhO2Vu


Ini video unboxing dalam bahasa melayu pulak :


Samsung GALAXY Note (unboxing) by Amanz http://bit.ly/umlcDb


Korang boleh gak ke sini kalau nak tengok review unboxing yang lain-lain :



Yang kain-lain features tu aku tak kisah sangat.
Tapi bab DIGITAL MEMO ni aku ada sikit dengki.
.....dan juga kagum *nangis sambil hentak-hentakkan iPAD kat bucu meja*

Aku ingatkan S pen tu hanyalah stylus biasa.
Rupanya tidak okkk, TIDAK!!

Kau boleh pilih nak tulis dengan mode pencil, pen, paintbrush or highlighter.
TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Tak caya tengok video ni.
See if ada yang nak nangis jemaah dengan aku.
Tengok kasik habis!



Amacam?
Nangis jom?
Nangis sambil check berapa belen duit dalam akaun.


Samsung GALAXY Note, fits our pockets! http://bit.ly/vu8qGO


Dah la screen besar.
5.3" HD Super amoled adelah sangat enjoy kalau nak tengok movie ye. Gambar memang cantik la. Nak membaca pun tak sakit mata.

Processor dia 1.4GHz Dual Core.
Kau boleh multitasking, buat la apa pun, download movie ke, apa ke, at the same time phone kau still responsive.

Nak lagi tension, tengok video ni :


Tension tak???

Terima kasih atas nasihat tapi sebelum nasihat orang, nilai diri sendiri dulu

Penat betul today sehari suntuk aku atas jalan kesana sini.
Tapi malam ni aku penat bukan saje badan dan otak, tapi HATI sekali!!

Siang tadi aku singgah masjid kat area Subang Parade untuk zohor.
Masa aku solat tu ada sorang akak nurse solat sekali.
Kalau nak ikut gayanya akak tu macam biasa solat situ sebab dia yang tunjukkan aku tempat solat muslimat sebab nampak aku tercangak bangak cari tempat solat.
Akak tu habis solat awal, so tinggal aku sorang je akat surau muslimat.
Lepas habis solat tu biasa la kan, touch up.
Masa aku bersila ngadap cermin aku nampak ada sorang akak ni masuk.
Tau-tau akak ni pergi depan aku and dengan rudenya sound 'Kat sini tak boleh mekap ye sebab sini ada malaikat'.

Gila tersentak aku sekejap.

Tapi adat masuk tempat orang (walaupun secara lojiknya masjid adelah harta wakaf), aku just cakap 'Oh, ye ke? Sorry'.

Terus kemas-kemas barang and keluar.
Tak sempat nak sampai kat car park aku dah berjurai airmata.
Aku rasa macam terhina gila and buruk sangat bila dia mention 'Sini ada malaikat' seolah-olah aku ni setan yang tersalah masuk tempat.

Aku tak faham apa motif dia cakap 'Sini ada malaikat' dengan situasi aku sedang touch up????

Tapi after a while aku cuba bersangka baik.
Maybe dia bermaksud nak cakap yang tak payah la nak bermekap ni segala, haram hukumnya berhias kalau bukan untuk suami.
Tapi apesal akau biadap sangat tegur amacam tu?
Seriesly cara dia tu tak kena lansung.
Sometimes aku terfikir apesal la orang-orang yang 'tebal iman' ni kebanyakkannya berdakwah tak guna otak and suka perlekehkan orang?
Bukan ke dakwah tu ada caranya?
Kalau macam ni la gayanya 'pendakwah', aku rasa ramai yang lebih rela tak berubah ke arah kebaikan kot.

Aku tak pernah jumpa la orang macam ni peliknya perangai.
Aku boleh bayangkan la spesis ni bangsa yang takde saper nak buat kawan.
Kalau dia hidup berkawan, bermasyarakat, mesti dia tau apa itu adab bermasyarakat.

Ni samala macam budak HUKM yang tegur aku kat tengah-tengah jalan dulu.
Selamba tapir je tanya 'Keje awak ni ada kaitan ke dengan cara berpakaian?'.
Kau ingat aku melacur ke????

Ni semua bangsa nak 'berpesan-pesan' tapi tak kena gaya.

Likd makcik kat masjid tadi, tak boleh ke kau cakap 'Mintak maaf ye nak, kat sini tak boleh mekap'. Or kalau nak berdakwah sangat pun tak boleh ke kau cakap 'Kalau boleh tak payah la mekap sangat-sangat kalau keluar rumah, tak elok. Boleh mendatangkan fitnah'.
Aku pun sedap sikit dengar.

Ni tak.
Apesal kau nak kena mention 'sini ada malaikat'?
Setau aku malaikat ni ada kat mana-mana.
Cara dia sebut tu macam aku ni bawak najis masuk masjid.

Ni la first time aku dengar orang kata dalam masjid tak boleh bersiap.
Selama ni kalau aku singgah mana-mana masjid TAK PERNAH sekalipun orang cakap dalam masjid tak boleh mekap.

Nak tegur tu biar la dengan cara yang betul dan berhemah.
Cuba selidik dulu kaji dulu, dalami dulu tindakan kau tu betul ke tak.
What if ada mat rempit yang singgah solat dengan selauar jeans lusuh, baju gamba metal rabak-rabak?
Kau nak sound direct ke?
Setau aku yang tak cetek ilmu agama lagi tak alim ni, apa-apa perubahan ke arah kebaikan kita perlu gunakan pendekatan perlahan-lahan. Apa motif kau sound secara rude kalau bukan untuk memalukan dan menghina?

Muka kalau mekap-free, tapi hati busuk, aku rasa malaikat pun taknak dekat jugak.

Beliau berada di tempat yang salah

Orang selalu berkata 'Jangan percaya kepada sesuatu sehingga kita dapat kesahihannya'.

Contohnya gambar ni.

Kalau sekali pandang memang nampak 18SX.
Dua kali pandang pun 18SX gak.
Tiga kali pandang dah bukan 18SX dah. Tu dah jadi modal namanya.

Anyone can spot apa yang tersembunyi kat gamba ni?


Raya Haji 2011

Tahun ni buat korban untuk Redza, ada sebahagian lagi belum cukup.
Aku pun lupa. Haha.
Lagi seminggu nak balik raya En Wan cakap 'Rasanya Redza buat sebahagian je dulu'

Oh ye ke?

Baiklah, kita kensel qorban untuk Rayyan.
Rayyan buat tahun depan je.

Aku tengok rumah-rumah kat Tganu ada di antaranya yang beraya beria-ia siap ada biskut raya atas meja. Aku macam gila lah raya haji pun buat kuih.
Aku ni raya puasa pun takde kuih inikan raya haji?
Seb baik la raya haji tu cuti, kalau keje agaknya lepas solat raya, aku gi opis.

Tapi aku balik Tganu ni bukan fokus sangat pada qorban.
Aku kalau balik Tganu, akan fokus kepada nak pi makan sotong kat Batu Burok.


Tapi apa-apa pun, kena singgah tempat wajib singgah iaitu gerai Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang.
Dulu aku tak paham kenapa En Wan suka sangat dengan pulut panggang inti ikan sebab aku dah biasa makan inti udang (pehhhhh, terlioq jap).
Last-last now aku yang ketagih.
Asal dia singgah beli je, tak sempat tunggu balik rumah. Dalam kereta aku dah belasah 2 batang.
2 batang dia bukan besar-besar jari kelingking ok?
Besar gabungan 2 ibu jari!


Of cossssssssssssssss.
Of cossssssssssssssssssssssssssssss.

.......pekena goreng-goreng kat Batu Burok.

Walaupun ramai yang suggest gi pekena sotong kat Tok Jembal la apa la, pedulikkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Aku nak kat Batu Burok gak sebab boleh singgah AnW pastu.
Lagipun kat Batu Burok ni selesa sikit, boleh bersantai-santai jalan ngan En Wan kat tepi pantai.

En Wan dan satey ikannya yang ................eiiiiiiiiiiiii tak leh masuk tekak aku.
Tak sedap.
Tak sedap.
Tak sedapppppppp.

Hahaha.

Anak mana?
Oh, sudah tentulah anak ditinggal-tinggalkan di rumah.
Bukankah itu tandanya sayang?

Ni semua kejadian hari Sabtu.
Sebab esoknya Ahad dah raya, so Sabtu je la waktu nak bersenggang.


Kalau buat qorban memang port dia kat rumah mak nombor dua.
Mak mertua aku punya kawasan rumah semua bersimen, so sangat tak sesuai nak sembelih lembu kat situ.

Ni je la gambar saat-saat cemas SELEPAS lembu disembelih.
Scebe SEBELUM disembelih aku memang takkan tengok punya.
Ni pun time lembu menggelepar aku tak sanggup nak tengok.
Kang aku kesian.
Orang kata kalau kita kesian kat lembu tu jatuh hukum tak boleh makan, betul ke?

Time orang sembelih ni dorang pakat-pakat gi tengok.
Aku je duduk dalam rumah layan tv.
Puncanya adelah tanah lembap, sebab kat sana asik hujan.
So aku takut kot-kot la ada pacat ke apa kan, jadi aku tak pergi.
Masa ni la ada satu makcik kat dalam rumah tu tanya 'Ni bini Pok Ayie ke?'

Aku : Ha'ah. Saya.


Dia : Laa...pakai tudung dok comey.

Cilakabanat kan?
Time aku tak bertudung kemain lagi kau terjuih-juih mengata aku sampai nak terbalik bibir.
Bila aku bertudung pun kau nak kondem lagi.
Aku syak dia ni mesti tensen tak dapat kawenkan anak dia ngan En Wan.
Mesti punya ni!
Padan muka.
Hahahaha.


Lembu Redza.




Tu diaaaa tukang lapah daging.
Sampai melecet jari dia melapah 3 bahagian.

First time dia buat keje melapah ni.
Selalunya dia tolong pegang bontot lembu je.
Kali ni kerahan tenaga sikit sebab terlampau ramai orang yang buat qorban sampai takde tenaga kerja nak lapah. So, sendiri punya lembu, sendiri buat.
Aku tukang ambik gamba je.

Malam tu buat kenduri sikit kat rumah mak.
Marvelles la gulai daging.
Tapi aku makan 2 ketul je.
Sebab orang punya lah ramai.
Tak sangka ramai macam tu orang datang, sampai aku kena beralih tempat bagi ruang kat tetamu.
Aku beralih terusssssssssssssssssss ke dalam bilik tido.
Heaven!

Aku malas la nak bersesak-sesak kat hall.
Join tahlil dah la, time makan dah nama pun buffet, korang pandai-pandai la layan diri.
Aku nak melayan tonton.com jap.

Agak-agak macam dah senyapppp je kat hall, barulah kita turun kemas-kemas apa yang patut.
Macam biasa la, post-kenduri adelah saat paling best.
Macam-macam gosip keluar.
Antara yang wajib dan yang aku dah boleh target adelah tetamu yang datang sakan membungkus lauk untuk diri sendiri padahal kita tak pelawa pun.
Aku memang tak paham jenis macam ni.
Kau dah la datang time orang dah nak habis tahlil.
Kalau kau datang just untuk makan kenduri je pun aku tak marah.
Ni siap nak membungkus untuk keluarga ka rumah dia yang tak dapat datang.
Akai ada ka????

Yang tak datang tu tak datang la.
Kau nak kisahkan apa diorang tak datang?
Mentang-mentang kita jemput makan, wahhhhhhh sakan nak membungkus bagai.
Aku tau la rakyat Malaysia ni memang cukup suka barang free, aku pun suka barang free.
Tapi janganlah pelahap sangat sampai takde adab.
Pikir-pikir la sikit orang lain yang sama-sama nak makan.
Pikir sama tuan rumah dah makan ke belum.
Pikir tembolok kau anak-beranak je.

Bangsa-bangsa macam ni kan, jenis yang kalau hak orang tu kemain laju,
Tapi time dia buat kenduri kemain bercatu-catu lagi.



Ok, dia ni memang series tuan besar.
Aku pergi balik Tganu kali ni dok meriba Redza yang 20 kilo kat depan sebab tuan besar ni nak bergolek-golek atas tilam kat belakang.
Kitorang ni bertimpa-timpa kat depan, dia leh santai-santai dilayan dua inang makan desert kat blakang.

Aku memang kena consider beli caravan macam ni.

2011-11-04

Padah bila derhaka

Semalam En Wan balik lambat lagi.
Dia ni kalau tak cecah 7.30pm ke, 8.00pm ke, memang takkan nampak batang hidung kat rumah. Semalam birthday Rayyan kan, lagi la aku tensi.
Memang la plan-nya taknak buat celebration lagi sebab weekdays, pastu dah dekat nak raya semua, memang plan nak postpone pun tapiiiiiiiiiiiiiii agak-agak la kan.
Dah la tetiap hari kau balik lambat, hari jadi anak macam ni kau cubalah balik awal sikit. Pastu esok kau nak berumah bertangga kat kilang tu taknak balik-balik pun takpe.

Aku ni sexcited gila masak lauk-lauk dar petang.
Dah terbayang dah ni balik kang, makan sama-sama, pastu nak ajak gi beli kek untuk Rayyan buat syarat. Padahal aku yang nak makan.

Kul 6.30pm dh siap dah semua terhidang.
Aku pun naik atas, mandi-mandi semua pastu duduk tunggu dia balik.
Kul 7pm tak sampai lagi.
Aku dah call, dia cakap 'Jap..jap..abang baru kuar ofis'.

Ok takpe, aku tunggu.

Kul 7.30pm, pun tak sampai-sampai lagi.
Aku call, dia kata baruuu nak keluar, tadi solat dulu kat opis.

Kul 8.15pm aku call lagi.
Dia kata ada kat KESAS, jem.

Masa ni aku dah tersurap-sirap dah.
Pakkal ada microwave, boleh gak aku panaskan lauk.

Sekali dah nak kul 9pm dia tak sampai-sampai lagi, kau tak hangin satu badan??????


Aku pun apa lagi kan, nak menengking nampak sangat kuang ajarnya, maka kita derhaka dalam diam.
Caranya adelahhhhhhhhhh HABISKAN SEMUA LAUK!
Protes la ni kan.
Tension aku dah 2 kali panaskan lauk dia tak sampai-sampai lagi.

Masa aku cuci pinggan aku dan bajet dah, ni kang kalau dia sampai kang, aku ank buat dek.
Aku nak duduk bilik taknak turun-turun.
Aku dah boleh bayangkan mesti dia akan goreng telur sendiri makan ngan nasi and kicap.
Padan muka.

Aku taknak layan!!!
Keraskan hati!
Keraskan hati!
Keraskan hati!

...tetiba dengar gate terbukak.

En Wan : Dii...! Dii..! Meh turun jap.


Aku : (turun bawah tapi buat muka bengkak. Dah get ready nak amukan ni)


Sekali kan......



En Wan : Sorry, abang lambat. Abang gi carik kek untuk celebrate. Abang carik Blackforest awak ni. Susah betul nak jumpa. Kek lain ada, tapi kang Di tak makan lak.

Terus lemahhhhhhhhhh urat-urat aku semua.

Ye ye je aku protes siap habiskan lauk, merempan-rempan tak tentu pasal, rupanya laki aku gigih nak buat surprise carikkan kek. Kek orang lain semua jumpa. Kek aku je dia tak jumpa-jumpa.
Rupanya dia menggagau carik blackforest aku

Terasa diri sumpah gila babi punya derhaka!

Lepas dah makan kek semua, En Wan tanya 'Di masak?'

Ok, gelabah tak tau nak jawab apa.

Belum sempat nak jawab dia cakap 'Takpelah, kalau tak masak. Abang masak meggi. Di nak?'.

Dia ni kan, suka tau buat cerita sedih.
Kalau kau kata 'takpelah, abang goreng telur' aku ok lagi.
Ini nak makan makanan yang lagi sedih dari telur goreng siap nak tawarkan diri masak untuk aku tu yang aku takleh terima. Boleh tak jangan buat aku rasa bersalah sangat?

Lalu aku pun tawarkan diri untuk masak.
Tak pepasal je kul 10mlm aku memasak lagi.
Orang lain semua dah siap spray-spray bilik nak tido, kau menumis-numis kat dapur kan?




Kek Rayyan.
Pandai pulak laki aku ni pi beli patung baby ni.

Tapi macam biasa la, kek ni penyudahnya dapat kat Redza.
Dia kan mana boleh orang lain sambut birthday.
Memang kek tu akan jadi hak dia punya.




Rayyan mana heran kek-kek ni segala.
Dia ambik patung tu jadiklahhhh.




Birthday boy tahun ni buat korban.
Excited aku nak memperkenalkan dia kat lembu.


Aku balik malam ni, now nak packing.
Selamat Hari Raya you all.
Semoga Tganu tak banjir.

Bye.

2011-11-03

Akai ada?

Aku terima satu link dari reader.
Link kepada satu artikel yang rasanya artikel tu dah di-delete.
So disebabkan artikel tu dah di-delete and aku tengok penulis blog dah pun minta maaf, tak perlu la kot aku letakkan link tu kat sini.
And kalau ada sesape yang letak komen kat entry ni beserta link kepada artikel tu, aku minta maaf siang-siang, aku takkan publish.


Cuma sebagai seorang bekas penuntut UNIMAS, aku rasa terkilan la jugak dengan penulis blog tu yang berasal dari Selangor.
Apa yang aku boleh cakap, luahan dia tu adelah semata-mata luahan dari satu dua individu je. Bukan majoriti. Suara-suara minoriti je

Generasi UNIMAS skarang adelah generasi yang jauh lagi beruntung.
Dan mungkin sesetangah anak-anak ni membesar dalam keadaan yang serba-serbi ada, jadi bila berhadapan dengan persaingan dan kekurangan, masing-masing ambik jalan mudah - AMUKAN.

Amukan tu boleh.
Tapi biar amukan yang bijak.
Sebab kalau kita mengamk tanpa ada sebab yang lojik, amukan tinggal amukan je la.
Kau sendiri mengamuk, pastu kau sendiri yang sakit jiwa.
Orang lain just pandang kau je dari jauh yang tengah dok merempan-merempan tu sambil geleng-gleng kepala "Kesiannnnn".

Kepada that blogger, meh sini akak nak cerita.


 Sorry, semua kepala di-slashkan. 
Depan sekali tu aku (biasa la, kakak kawasan lah katakan)


Agak-agak masa kau masuk UNIMAS, UNIMAS ada rupa cenggini tak, dik? Tak kan?

Aku adelah batch ke-ompek UNIMAS, dan batch pertama di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya (gambar).
Matrikulasi UNIMAS batch 95 dipecah kepada 2.
Satu group masuk main campus.
Lagi satu group masuk kampus luar iaitu PMCJ ni.
Amacam pusat matrikulasi aku time ni?
Macam padang jarak padang tekukur kan?

Kalau adik nak tau, selama 6 bulan takde terpacak satu public phone pun kat sini.
And masa tu henfon belum menjadi satu benda yang wajib ada pada semua orang.
Bayangkan selama 6 bulan tu kitorang semua main tulis-tulis surat.
Email-email pun tarak lagi masa ni okkk.

Selama 6 bulan tu la Pengetua PMCJ, En Ismail pinjamkan henfon dia pada kitorang untuk call mak bapak.
Boleh tahan melambung la bil orang tua tu.

Kitorang semua belajar dalam keadaan yang serba serbi kurang.

Tandas kat kawasan kelas memang tak berfungsi lagi.

Nak tercirit?
Silakan transform jadi Watson Nyambek pecut balik rumah.

Library??
Jangan harap ada.

Public phone lagi haram.
Sebatang pun takde.

Masa kitorang sampai Kuching, hari dah malam.
Dengan keadaan tempat yang masih baru, bayangkan lapanggggggg je kawasan kolej.
Takde pemisah antara rumah laki dan rumah perempuan. Langsir bilik pun tempah sendiri ok?

Masa kitorang masuk sini, sebulan semua mandi bilik air tingkat bawah je.
Tingkat atas lansung takde air.

Town Kota Samarahan dulu memang takde apa!
Ada sebijik kedai jual mee kolok sebelah kedai sukan, and satu gerai kat food court jual nasi ayam.
Most of the time memang kaya la Wak Kijo (tuan punya kantin) time tu. Memang kat kantin je la port kitorang kalau kebulur. Agak-agak nak makan KFC, kirim kat brader-brader warden or abang-abang yang keje kat admin tolong belikan. Sometimes, brader-brader tu yang singgah depan rumah tanya nak pesan apa-apa tak sebab dorang nak pi town.

Tapi alhamdulillah, kawan-kawan yang Sarawakian memang tolong kitorang.

Masing-masing bergilir-gilir buat jadual temankan budak-budak Semenanjung ke town sebab takut kitorang sesat. Abang-abang admin yang Sarawakian tu kalau nampak kitorang setakat 2-3 orang nak ke town, dorang akan teman sampai kitorang dapat van (teksi) supaya dorang boleh bercakap dalam bahasa Sarawak dengan driver van.

Takde istilah orang Semenanjung dibuli oleh orang Sarawak.

Part blogger ni tulis pelajar semenanjung ditahan di balai polis Sarikei, aku rasa itu semua salah faham je.

Come on la, polis Sarawak, polis Sabah, polis Johor, polis Perlis, semua tu under PDRM.
Semua pakai undang-undang yang sama.

Of course dia tahan kau.
Polis mana yang tak tahan kereta yang ada sekumpulan budak-budak muda, pastu bawak kereta tanpa hala tujuan sebab sesat, pulak tu dialek kau dialek semenanjung.
Bukan dia tahan kau sebab kau orang semenanjung.
Tapi dia tahan kau sebab sah-sah kau sesat, pastu kau bukan dari tempat dorang.
Dorang tau kau pelajar, mak bapak dah tentu-tentu takde kat sini kalau jadi apa-apa kat kau.
So sebelum apa-apa terjadi pada kau kat luar sana, baik dia simpan kau dalam balai.

Polis tu mintak passport memang ada sebab.
Aku pun dah lupa, but setau aku ada a few rules yang dipractisekan hanya di Sabah Sarawak (kalau tak silap la), one of the rules is penggunaan passport.
Yang tu kau tak boleh nak pertikaikan.
Itu dah memang ada dalam undang-undang.
Bukan kejer kita nak question kenapa polis Sarawak mintak passpor masa dia tahan kau.

Oh btw, apesal nak question polis sana check passport?
Bukan ke korang masuk Sarawak pun memang pakai passport, so maksudnya mana-mana korang pergi pun silalah bawak passport, faham?


Kau kena tahan je kan?
Ada kena belasah ke???
Tak kan?

Part kena "tendang kolej" lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la aku macam 'alahai dikkkkk. jangan bikin malu negeri buleh tak?'

Dikkkk.....
Tak kisah la kau masuk U mana pun, selalunya 1st year je kau duduk kolej.
Tahun kedua dan seterusnya, sila la blah carik rumah.

Bila budak ni question kan, kalau nak duduk dalam kolej kena score, itu adelah standard!!!!

Akak dulu, masa 1st year je duduk dalam, selepas tu terus duduk luar.
Tapi alhamdulillah, sebab akak terpilih jadi LO (Liason Officer) untuk jaga freshies, so tahun kedua tu akak masih lagi tinggal dalam kolej.

Tak payah la guna perkataan "tendang kolej" dik oiii.
Biar lah bijak sikit bila berbahasa tu.
Tendang kolej tu macam exbf akak dulu.
Dapat satu pointer je terus kena tendang.
Bukan takat tendang kolej, terus tendang keluar dari Sarawak.
Hambik kau.

Kena la pikir sikit masalah universiti.
Dorang ambik berjuta student bukan sukati-sukati mak bapak dorang okk.
Dorang dibenarkan ambik berjuta student sebab kuota dorang membenarkan dorang ambik ramai student.
So, jangan salahkan UNIMAS ambik berjuta student tapi tak bagi tempat tinggal.
UNIMAS tu tempat kita belajar.
Perjanjiannya adelah kau belajar sehingga graduate, provided kau menepati syarat yang ditetapkan oleh universiti. Aku tak rasa UNIMAS janji nak sediakan kau tempat tinggal sampai kau graduate.
Ada ke?

Lagi satu budak ni cakap "sepatutnya kau dah ambik student ramai-ramai tu, bagilah prioriti kepada student semenanjung untuk duduk dalam".

Eh apa ni????
Apa benda kejadah haram ayat ni???

Ayat budak universiti ke ni?

Dikk, itu mujur kerajaan hantar kau dekatttt je.
Seberang laut je dik.
Kalau kau kena pi US tu agaknya kau nak demand macam ni ke?

Saya datang dari Malaysia, 20 jam naik kapal terbang, mak bapak saya takde kat US ni, susah saya nak carik rumah sewa kat sini, maka bagilah saya tinggal dalam kampus.

Pelempang mau??

UNIMAS bagi kau tinggal tahun pertama kat dalam kolej bukan sebab kau orang semenanjung ye.
Tapi sebab nak bagi kau penghormatan sebagai pelaja baru, dan disamping tu kau boleh buat persediaan selama setahun untuk kenal-kenal kawasan, kenal-kenal kawan-kawan yang baru, get use to the new environment. Bukan sebab kau datang dari jauh maka kau patut diberi prioirit duduk kat dalam.
Plis dik, gunakan akal dengan baik, dan berfikir secara lojik!

Line "Korg dah amek student dari semenanjung bawak dtg sini, pastu campak luar biar merempat. Dah lah hukum agama kat sini tak ketat sangat. Laki pompuan pun boleh duduk satu rumah sekali. Memang rosaklah bebudak" sangatttttttttttttttttttttttttttttt shallow!

Jangan main hukum-hukum kalau kita sendiri tak berapa celik hukum.
Dalam Malaysia ni semua pakai undang-undang yang sama.
Nak-nak lagi benda-benda sensitif like agama-agama ni, mana boleh sesuka hati buat undang-undang.
Laki perempaun duduk satu rumah tu, bukan kat Sarawak je dik oi. Kat semenanjung ni pun ada.
Benda-benda jahat ni kalau nak buat bukan disebabkan kat tempat yang kita duduk.
Kita yang buat kan, apesal nak salahkan undang-undangagama ketat ke tak ketat.
Ketat macamana pun undang-undang, kalau kaudah  nak buat tu, kau buat jugak.

Kawan-kawan akak ni dulu, tahun kedua duduk menyewa kat apa nama tempat tu lupa pulak dah, takde pulak nak duduk serumah? Elok je duduk asing-asing tapi dalam satu taman perumahan yang sama.
Rumah gfs kat belah sini, rumah bfs kat belah sana.
Dorang memang tak  boleh duduk jauh sebab semua gf ni menumpang moto bf masing-masing untuk ke kelas.
Takde pun timbul duduk serumah?

Benda-benda macam ni jangan salahkan undang-undang or negeri kita duduk tu.
Kita ni kalau nak buat baik ke, jahat ke, semua atas diri kita sendiri.

Part rymah sewa, yes betul rumah sewa susah nak dicarik kat Sarawak.
Tapi bukan kat Sarawak je, kat mana-mana pun sebab tuan rumah nak jugak tengok kepada siapa dia nak bagi sewa.

Memang tak dinafikan zaman aku dulu ada segelintir orang Sarawak yang tak suka kita, dia paggil kita 'Orang Malaya' tapi bukan dikalangan kawan-kawan se-unibersiti. Itu cuma golongan minoriti je, sama macam cik adik ni la...
Golongan minoriti.

Benda-benda macam ni sometimes kita kena akur.
Pernah dengar "semangat kenegerian"?
Itu benda yang memang berlaku bukan saje kat Sarawak, malah seluruh Malaysia.
Like orang Kelantan, akan lebih selesa berkawan dengan orang Kelantan jugak.
Orang Kedah akan bangga bila jumpa member yang senegeri.

So, apa masalahnya bila orang Sarawak susah nak bagi sewa rumah kat orang semenanjung?
Jangan salahkan dorang.
Kita ni yang kena sedar diri kita walaupun senegara, tapi kita ni ada kat tanah orang.
Pandai-pandailah bawak diri. Tak semua orang Sarawak macam tu.
Maybe segelintir je, itupun sebab mungkin dorang kurang pendedahan dengan orang dari semenanjung, or dorang ada bad history dengan student semenanjung yang menyebabkan dorang dah taknak bagi sewa rumah kat kita. Sama la macam nenek-nenek kita kat kampung tu jugak. Susah nak percaya orang luar. Nak pujuk pegi hospital pun satu azab macamkan kita nak sumbatkan dia dalam jail.

"Aku mintak lah sesangat kat pihak Timur Malaysia, pihak Universiti, pihak Kerajaan Malaysia supaya ambil tindakan. Jangan abaikan student semenanjung. Jangan layan kami spt warga asing. Kalau tidak, jangan hantar kami belajar di sini. Punya lah berlonggok Universiti kat semenanjung tu, kenapa kat sini jugak aku kena campak ? Pointer aku not bad what time matriks. Ada UPU pun tak boleh pakai. Main sesuka hati je campak2 orang sana sini"

*smile*

Selfishnya dikkkkk.
Jangan bangga sangat the pointer yang "not bad" tu.
Teruk sangat ke UNIMAS sampai adik rasa pointer adik yang not bad tu selayaknya dapat U lain?

Baik buruknya universiti tu bukan pada namanya, tapi pada bakal-bakal graduannya.

Setahun


Nama saya Wan Muhammad Rayyan Akmal bin Wan Muhmmad Ridzuan.
Saya suka lepak-lepak bilik mak saya.
Saya tak suka mainan.
Saya suka main wallet bapak saya, hanger, pensil case abang saya dan juga alas kaki.
Yang paling saya suka adelah tasbih gelang mak saya.
Bila mak saya pangku saya, saya akan menggentel tasbih gelang dia.
Dia selalu bagi saya main tasbih gelang itu.
Semalam, dia dengan baik hantinya tanggalkan tasbih gelang dari tangannya dan mem-bagi kepada saya untuk main.

Maka saya pun main lahh...

Lama-lama saya boring.
Lalu saya mencampakkan tasbih gelang tersebut dan berlalu dari situ untuk main benda lain pulak.


Bila saya dah tido baru emak saya perasan tasbih gelang dia dah tertanggal sebijik.
Soalannya....di manakah sebijik tasbih itu???


Kan?????
Gabra siallll aku menvacuum satu bilik, pastu geledah sampah sarap vacuum tu nak check mana pergi sebijik ni hilang.
Aku syak dia tertelan.
Member dah ada 6 batang gigi, memang konfem dia gigit sampai tertanggal pastu tertelan.
Tadi pagi gigih aku tunggu dia berak.
Sudah berak dengan jayanya.

Kalau betul tertelan, aku harap sangat tasbih tu dah keluar.
Memang la aku takkan kuis-kuis taik dia untuk ambik balik the tasbih, cuma nak make sure benda tu dah selamat keluar sebab memang aku dah vacuum, dan punggang segala bantal, cadar, bawah karpet tak jumpa sebijik yang hilang tu.




Ok, ni semalam aku terima package dari Nuraina.
Actually dik, akak memang terlupa lansung siapakah gerangannya AIDHSHOP.COM ni.
Maybe akak pernah promote (???) oh seriesly dik, sorry akak kau ni memang pelupa.
Selama ni kalau ada orang hantar package secara tetiba, aku macam oh hem ji siapakah???
Lantas bukak balik blog, FB, twitter, email segala punggah balik check sape lah yang bagi ni.
Segan aku ok, orang bagi hadiah tapi aku tak kenal.

Anyways, Nuraina bagi aku 3 helai shawl yang dia buat sendiri.
Memang tau je kau ye akak suka pakai selendang.

Oh yes, hari tu ada budak tanya macamana style tudung aku tu.
Tudung aku tu sebenarnya 2-piece style.
Dalam pakai anak tudung berawning (bukan lah anak pun sebenarnya, boleh je kalau kau nak pakai tudung dalam tu stand alone), pastu aku sarung shawl kat luar. Tu je.

Konsep lilitan tudung adelah konsep sukati.



Kemain cantik lagi packaging dia. 
Rasanya Ahmat Izzat pun buat packaging macam kan?
Korang dua se-geng ke apa?




PINK!!!!
Hahahah...mati laaa En Wan bising aku asik pakai kaler pink.

Thank you la dikkk.
Kau memang tau kaler feveret akak.



Shawl aku belum banyak lagi.
Aku kan memang spesis outdated and 'asal boleh-type'.
Nak pulak lagi now tengah era color block trend. Lagi la selamba je aku bantai bju oren tudung pink, baju biru tudung kuning. Hahahha.
Terima kasih la kepada fashion designer yang mewujudkan trend colour block ni.
Jimattttttttttt duit aku.


Berminat kalu, boleh pi SINI


Oh yes.
Hari ni Rayyan genap setahun :)

Happy birthday Rayyan!

Tapi tu la kan, dia lahir tak cukup bulan, so dah setahun pun still takleh berjalan lagi. Macam Redza dulu, setahun dah boleh berlari.
Tapi aku notice Rayyan ni berbeza 360 darjah perangai dari abang dia.
Redza ni jenis pemalu and penakut.
Salam orang malu, nak mintak tisu kat mamak malu, bergamba lagi la pemalu.
Sebab tu asal bergamba keluarga je memang payah nak jumpa muka Redza, nak lagi gamba raya. Boleh jadi bergaduh pagi-pagi raya tu nak suruh dia bergamba.
Kalau si adik ni pulak, pantang aku halakan kamera je, sengih.
Pastu dengan semuaorang dia nak.
So aku memang boleh je nak makan kat rumah orang dengan tenang.
Ambik la pegang anak aku, bawak dia main jauh-jauh sikit. Aku nak mentekekedarah.

Dulu aku ingat Redza yang akan jadi pen-jeles dengan adik.
Dulu masa aku mengandung Rayyan siap nak langgar adik dia dengan basikal lagi.
Now tak.
Gila penyayang.
Bangun je pagi, lepas mandi, varik adik dulu.
Kiss kiss.
Pastu balik skolah berlari carik adik dulu.
Apa adik buat tak kisah.
Yang si adik pulak suka gigit abang, suka tarik rambut abang. Abang dia diamkan aje.
Kesian pulak aku tengok.


 Umangaiiiiii, apo abang aku buek ni?
Macam sodap yo monatang ni buek main.


Bak sini den terai jap papan koping ni. 
Dapek sejam duo kang den bagi la ang balik.


Kau tanak bagi aku main bang?
Nah hambik nih PAKKKKKKKK kek dado.


HAPPY BIRTHDAY RAYYAN.

2011-11-02

Bahagia kau je la...


Aku nampak ada orang letak ni semalam kat FB lalu aku sharekan kat wall aku pulak.

What say you?

Guys, anyone?


Kelakar gila la dengan laporan berita macam ni.
Of course kecantikkan tu salah satu cabang kebahagiaan.
Takde sape nak berbinikan pompuan yang tak cantik.
Pompuan hitam takpe. Eh.

Kalau tak cantik, takde la kau berkenan dengan bini kau dulu kan.
Sebab dia cantik la maka kau ajak dia kawen.
Tapiiiiiiiiiii, kecantikkan tu sangatlah berbeza ikut pada pandangan mata masing-masing. Kalau tanya laki kau, konfem dia jawab kau yang cantik di mata dia.
Belum tentu cantik di mata orang.
Asal cantik kat mata dia sudah la.

Masalahnya skarang, kebanyakkan kita suka sangat nak jadi cantik di mata semua orang.
Yang si lelaki pulak suka kalau yang paling cantik di antara semua orang tu adelah hak dia.
Yang perempuan boleh la feeling-feeling hot.
Yang lelaki pulak boleh feeling-feeling 'the best man win'.

Tahik lah.

Aku rasa news macam ni sangat lah bodoh.
Dan kurang sensitiviti.
Bersifat sebelah pihak je.

RAMPING RAHSIA KEBAHAGIAAN?

Kebahagiaan pihak kau je la yang kau nak kira.
Kebahagian pihak aku kau taknak tanya.
Kalau aku je yang beria-ia ramping, tapibadan kau pat persegi, nak bahagia macamana?
Kau je la yang bahagia kot.
Aku?

Ni bukan apa ni.
Sebenarnya wartawan ni stress dengan life dia.
Kau kalau tension bini kau gemuk, tak payah la susah-payah buat kajian bodoh macam ni semata-mata nak hint-hint kat bini kau.
Apa kesiyal la tajuk news "Ramping..."
Cakap je la terang-terang "Lelaki tak suka dapat bini gemuk"*, pastu kita sama-sama tengok tahan lama mana kajian kau tu.
 
Kalau kajian pasal kebahagian yang ada sangkut-paut dengan kote kau, kemain laju buat news.
Ye la kan, sebab pikir bahagia kau sorang je.
Cuba buat kajian pasal tanggungjawab dari segi pemberian nafkah zahir or tanggungjawab kebajikan terhadap isteri dan anak-anak.
Ini tak, balik-balik buat kajian berat badan isteri.
Tu semua untuk kebahagiaan kau sorang je.
Belum tentu rumah tangga bahagia sebab kebahagiaan rumah tangga ni bukan setakat kecantikkan je.
Kalau bini kau ramping, body solid molid tapi pemalas, rumah bersepah, toilet berkerak, dapur harap masak air je, bahagia sangat lah kot. Kan?

Yang si laki pulak pulak, kalau aku je beria-ia ramping tapi ukur lilit pinggang kau dah macam 6 biji tong gas, bahagia betul aku dapat kau kan?
Tambah pulak kalau muka je hensem, body je sedap tapi pemalas, doplohpatjam mengadap tablet, duit gaji 50% buat perabis beli gajet, nak beli MekDi seminggu sekali pun berkira-kira, eh boleh blaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Banyak la kau punya kebahagiaan.



Takde pompuan yang nak berbadan straight la baiiiii.
Semua perempuan sentiasa berusaha nak kuruskan badan, sentiasa nak bercantik-cantik, sentiasa nak berwangi-wangi. Tapi kau pun haruslah ukur baju kat badan sendiri. Kalau kau sendiri boroi, jangan la nak demand bini ramping.
Yang kau pun agak-agak la kalau nak bini sentiasa cantik.
Jangan la bandingkan bini kau yang dah beranak empat dengan body Cameron Diaz.
Cameron Diaz yang supermodel tu sendiri aku tengok manjang boifren tak pernah lekat.
Apa lagi yang kurang agak-agak?
Muka dan cun.
Tinggi.
Toksah kata ramping, dah leper dah aku tengok.

Erra Fazira tu pun badan nampak beza lepas lahirkan anak.
Kita memang la nampak dia masih ramping. Sebab kita dok bandingkan badan dia dengan badan kita.
Tapi laki dia of cos nampak badan bini dia dah tak seramping zaman sebelum beranak dulu.

Kalau nak ikutkan kebahagiaan yang kita nak, memang takkan ada kesudahannya.
Memula nak yang cantik.
Dah dapat yang cantik, tengok pulak bijak ke tak.
Dah dapat bijak, tengok pulak sengkek ke tak.
Pastu tengok budi bahasa ada ke tak.
Pastu tengok boleh urus rumah tangga boleh ke tak.
Bla..bla..bla...

Kebahagiaan ni bukan takat body cantik saje.
Kajian-kajian macam ni boleh ditanya kat budak-budak belum kawen je.
Memang tu je yang dorang nampak - cantik, cun, hensem, kaya, gojes, macho.
Kalau tanya kat orang yang dah berkeluarga aku bet kebanyakkannya akan bagi jawapan yang berbeza.
Sebab hanya orang yang dah berkeluarga saje tau apa erti kebahagiaan dalam rumah tangga.

Aku tunjuk keratan paper ni kat En Wan.

Aku : Bang, kelakar tak news macam ni? Abang sebagai lelaki yang dah kawen abang rasa camana?


En Wan : Ni kajian untuk orang kaya-kaya je. Dorang takde benda lain dah nak dipikirkan. So pikir nak bini cantik je la.


Aku : Ha'ah kan? Tapi betul ke kalau bini ramping, badan cun lelaki lagi bahagia?

En Wan : Mengarutlah! Abang ok je dengan awak. Takde apa-apa pun.



"ABANG OK JE DENGAN AWAK".

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiii gemuk sangat ke aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?





*no offense

Attention!

ATTENTION!

To be fair to all, semua iklan kat sidebar ni aku akan turunkan bagi menggantikan dengan iklan-iklan yang baru.
Sesiapa yang nak letak iklan kat blog ni, silakan hantar coding to me.

Thank you.

2011-10-31

Ujung-ujung.....DANG!!!!




 

Bahagian yang aku padamkan tu adelah komen dari orang yang sama.
Tapi dia komen banyak kali.
Tak puas hati kot...

Akhirnyaaaaaa.....kan?

*smile*

*big smile*


Mula-mula cakap macam syukur...syukur....rezeki Allah...berusahalah...last-last riak dengan tanpa disedari.
Or sebenarnya dia memang dah ada riak dalam diri tapi cover line.

Tu la kan, bila orang persoalkan kenapa orang-orang sebegini (not all yang terlibat dalam bisnes/line yang sama gunakan kekdah marketing posing depan kereta) balik-balik tunjukkan kejayaan dalam berbisnes dengan cara berposing depan kereta, nanti dikata kita jeles.
Masalahnya, aku bukan takde keta.
Aku ada keta.
Tak kisah la aku pakai keta apa, kau pakai keta apa.
Keta aku, aku bayar.
Keta kau, kau bayar.

Masalahnya apesal modus operandi kau mesti nak berposing depan kereta?
Kereta tu lambang kemewahan ke?

Series?????

Kalau buat bisnes saje boleh pakai kereta mewah (???), tak buat bisnes takleh pakai kereta mewah?

Oh btw, kereta mewah tu yang macamana ye?

Toyota mewah??
Honda mewah?
BMW mewah?
Ke, Bugati mewah?

Aku pernah tengok CDM Premium Beautiful berposing depan ASX siap denagan caption 'Alhamdulillah, akhirnya kereta ni milikku' (ha, check cepat saper, saper?)
Aku macam eh, ASX?
Bukan ke korang kalau bergamba kalau tak dengan Merz tak sah?

Tapi tu la kan, 'mewah' tu adelah berbeza untuk setiap orang.
Tak mewah bagi kau, tapi cukup mewah bagi dia.
So apesal nak megah sangat dengan 'kereta mewah'?
Kau je yang rasa mewah, kalau tunjuk kat orang kaya-raya dia kesian kat kau ok?
Takat 'kereta mewah' kau, dia buat gi pasar tani je angkut daging.

Orang-orang macam ni bangsa gelabah dapat pakai kereta gempak sikit (sikit je pun) dari kereta-kereta kebiasaan kita, memang sakai sikit perangai. Sebab dia rasa kawan-kawan kat FB and blog takkan ada kereta macam dia, so boleh la berlagak. Cuba kita ajak masuk group lain tengok takat mana kau boleh berlagak dengan 'kereta mewah' kau tu. Jangan la perlekehkan sangat kawan-kawan kau kat FB/blog tu bai. Dorang tak tayang kereta mewah macam kau bukan bermaksud dorang sengkek.


Orang-orang macam ni aku pelik.
Konon taknak menunjuk padahal sebenarnya kau memang nak menunjuk.
Kalau kau yakin dengan produk kau, kau patutnya marketkan produk kau.
Bukan gunakan gambar kereta and rumah sebagai tools utama untuk market the product.
Kau nak jual apa sebenarnya ni?
Jual produk ke apa?

Nampak sangat kau sendiri tak berapa yakin dengan keberkesanan produk kau maka kau lebih marketkan 'kekayaan' kau dengan harapan orang lain akan kagum lalu nak jadi macam kau.

"Nak jadi macam saya?
Baiklah, mari saya tunjuk bagaimana anda boleh menjadi seperti saya!"


Kan?

Ada sorang makcik ni, orang kampung En Wan mengajak aku beli barang dia.
Pil kesihatan apa ntah.
Aku layankan aje la dengar. Orang bagi ilmu kan, kita dengar je la.
Kau nak suruh aku beli memang tak la kot.
Aku punya jamu Mak Dara pun tak habis makan lagi.

Mula-mula dia suruh aku makan pil ni, makan pil tu, minum air ni, pastu tepek dengan bendalah tu, eh macam-macam la.
Bila dia tengok aku banyak bertanya pasal produk dia, dia ingat aku  berminat kot, terus tetiba melencong ke line 'Kalau nak beli, akak suggest awak jadi member. Boleh dapat murah'.

Takpe la, itu standard.
Kau beli buku kat MPH pun dorang suggest kau jadi member kan.

So aku ambik je form keahlian tu saje nak tengok-tengok.

Pastu dia masuk lak ke topik 'Akak ajar Diana macam ni. Diana masuk bawah akak, pastu nanti Diana jual produk ni kat orang, ajak dia masuk bawah Diana. Jangan sub-sub tau. Rugi. Kalau masuk bawah Diana, Diana pun akan dapat sikit percentage dari apa yang orang bawah Diana jual.

Ha'ah kan?
Dalam erti kata yang lain, kau pun dapat kan?
Pastu apa yang aku jual pun kau dapat jugak kan?

So skarang ni kau aim nak jual produk ke nak apa sebenarnya?
Kau bukan nak jual sangat produk kau kan?

Aku tau masih ada orang yang betul-betul jual and market produk dorang tanpa gunakan modus operandi tayang 'kemewahan'. Tapi kebanyakkannya guna modus operandi macam ni la.

Baru-baru ni ada satu blogger call aku mintak pendapat pasal satu korset ni sebab dia kata ada orang approach dia untuk promote korset kat blog. Aku cakap korset tu tak begitu menjadi di badan aku, tapi mungkin menjadi dengan badan orang lain. Tapi mungkin jugak korset tu tak begitu nampak keberhasilannya sebab dulu berat aku 47kg, now 49kg. Tak lari jauh sangat. Kira ok lagi la tu kan, takkan sampai ke tua aku nak maintain 47kg kot.

So budak ni cakap this tukang jual korset mitak dia promotekan.
Bila blogger ni refuse and suggest kawan dia yang promotekan, si tukang jual korset ni boleh cakap 'Ala, yang ni gemuk sangat'

Aik??
Kau sendiri tak yakin dengan produk kau ke dey?
Patutnya dapat yang gemuk la lagi bagus.
Kau boleh buktikan kat orang yang produk kau berkesan.
Melainkan kau sendiri akui produk kau scam!

*opss sorry, aku bukan cakap pasal the produk tapi pasal perangai tukang jual produk itu*

Berbalik pada snapshot FB aku tu, satu benda yang aku selalu peratikan, spesis-spesis yang 'berusaha tangga kejayaan sangat' ni, selalu gunakan phrase like 

"rezeki atas usaha yang tak mengenal putus asa"
"terima kasih Allah"
"Tuhan takkan menzalimi hambanya yang beusaha"

bla bla bla bla....*yawnnnn*

Kelakar kan?

I mean bukan the phrases tu yang kelakar.
But cara dia tu yang mega lawak.

Sebenarnya kau nak meriak tapi taknak orang kata kau riak maka letaklah caption yang berunsur agama sikit lebih kurang so that orang takde la kata kau berlagak.

Kan?

Padahallll.
You know I know.

Just like snapshot FB kat atas.
Tu yang buatkan aku senyum bila baca.
Mula-mula bagi hujan motivasi segala, pastu masuk sikit keagamaan, ujung-ujung terserlah POYO.

Lain kali, apa saje yang kita buat biar dari hati.
Kalau hati kita rasa kita memang nak berlagak, tak payah la nak cover line yang kita sebenarnya tak berlagak. Sebab ujung-ujung terpampang jugak kebelagakkan kau.
Kalau kita rasa kita memang nak menunjuk-nunjuk tapi takut kantoi, bawak-bawak la ambik wuduk bagi setan lari kejap.