2011-11-11

Maid


Assalam kak di,

nak minta tolong.. my maid baruuuu melarikan diri ikut jantan kontrak. huhu.. attached tu gambar dia. nama RUHAETI. Asal Jawa Barat. Nak mintak tolong publishkan gambarr dia dalam blog kak di boleh tak? Biar majikan laen tak terkena.. saya pon dah create group page dekat FB. Kot readers Kak Di yang maid dia lari, soh dia upload gambar maid tu dekat page ni ye dengan details sekali.

http://www.facebook.com/pages/Pembantu-Rumah-Lari-The-Runaway-Maid/263889996989901

Thanks a lot kak di!
--
love,
perfumeRack
http://perfumerack.blogspot.com

Aku kalau boleh dah taknak lalui pengalaman macam ni.

Bibik aku yang first dulu keje ok, cepat. Jaga Redza dari umur dalam pantang, sampai lah Redza 2 tahun. Age 32. Tapi suka sangat melayan jantan. Asal ada mat-mat indon yang buat rumah jiran ke, apa ke, memang dia konfem ada situ jugak melayan sembang. Tapi aku tak kisah sangat la sebab janji keje-keje yang aku gajikan kau untuk buat tu semua settle and aku puas hati apa yang kau buat.
Tinggal lagi jiran je la yang dok berkata-kata.

Bibik aku yang kedua yang paling sialpalis sekali.
Pakkal aku tak simpan gamba dia, kalau tak memang aku print banyak-banyak, tepek kat setiap tiang lampu and pokok-pokok kat Malaysia ni.
Pantang dapat duit je terus beli aiksrim, beli jajan (dia panggil bon-bon), macam budak-budak sangat.
Bangun pagi layan katun sambil mencangkung depan tv.
Mencangkung ok?

Ok, aku ada misi pagi ni, so aku taknak ruinkan mood sendiri bercerita pasal perempuan sakai ni.
Kang tak pasal darah aku naik.

Maid yang ketiga ok, keje dengan aku 2 tahun setengah.
Tapi sebab anak dia mintak dia balik, so dia terpaksa balik.
Bibik ni paling flexible la.
Dia boleh jadi maid, jadi tukang urut, jadi pemain bola sepak, jadi bangla potong rumput dan jadi tukang masak.

Maid yang now so far alhamdulillah.

Maid-maid ni sebenarnya ikut nasib-nasib.
Kadang-kadang kau dapat yang tak ok.
Kadang-kadang dia ok, tapi kita tak ok.
Kadang-kadang dia sebenarnya ok, cuma standard yang dia perform tu tak meet kita punya expectations, maka kita jadi tak ok dengan dia.

Macam maid aku yang first tu, lepas setahun dia balik Indon, dia datang Malaysia balik. Tapi now dia keje dengan Kak Ngan En Wan pulak.
Sebelum dia keje dengan Kak Ngah, dia keje dengan family India (no offense) kat area KL.
Tapi dia lari sebab tak tahan dengan famili tu.
Kat situ dia kena basuh 6 toilet setiap hari, basuh 4 bijik kereta every other day, masak lauk fresh setiap waktu makan (tak main perangat-perangat lauk) and makan bercatu. Pulak tu, kat rumah tu ada nenek. So this nenek yang akan monitor dia eventho majikan pergi keje. This nenek yang over (katanya la), sampaikan dia nak berenti solat pun nenek ni just bagi masa 10 minit je lepas tu kena keje balik.
Rasanya sebulan je dia tahan pastu dia lari.
Pandai pulak tu tahan teksi and hala ke rumah aku. Dah satu hal pulak aku nak menyorokkan dia.
Last-last Kak Ngah ambik dia keje, now dah 3 tahun dengan Kak Ngah secara legal.

Jiran aku selang 3 rumah pulak lain hal.
Maid dia ni suka sangatttttt 'ziarah' ke ruah jiran tetangga.
Pulak tu rajin bawak mulut.
Dengan semua maid-maid dia ajak bergaduh.
And suka berlagak hero.
Pernah satu kali tu selamba bahabi je dia sound jiran sebelah rumah aku 'Hei, kamu tu sepatutnya bagi kebebasan kepada bibik kamu keluar ke taman setiap petang'.
Amacam, legend tak?
Terkebil-kebil jiran aku kat porch, dah la aku ada kat lawn sekali masa tu.


Masa aku buat housewarming, majikan  dia tak masuk rumah aku pun, just lepak kat khemah. Tapi si bibik ni salam aku and directttttttt ke dapur. Selamba badak bukak periuk-periuk tengok lauk-pauk.

Ok, bibik macam ni memang harus dilempang.

Disebabkan dia sound jiran aku, akibatnya sampai ke skarang aku tak pernah nampak-nampak bibik sebelah ni keluar dari rumah, even ke halaman rumah.
Tak pasal je disebabkan majikan takut dia berkawan dengan maid-maid takde otak, akhirnya dia yang jadi mangsa kena kurung terus dalam rumah takleh keluar-keluar.

Sebab tu aku cakap maid ni nasib-nasib.
Ye la, dorang tu pun manusia.
Kalau dah nama manusia ni memang kita takleh nak jangka la perangai masing-masing.

So, kalau korang terjumpa maid ni, sila buat laporan or contact Perfume Rack or heret ke balai polis je terus.
Bukan nak menganiaya dia, tapi kita cuma buat laluan yang betul.