walk on wings, tread in air: Hilang <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hilang
2011-11-14
Dari start awal tahun sampai sekarang, everytime Redza balik skolah, mesti pensil hilang, eraser hilang, ruler hilang.
Anak-anak korang ada perangai macam ni tak?
Ke anak aku je yang malang nasib asik la hilang barang?

Aku kan sampai takde ikhtiar lain melainkan belikan dia pensil ngan eraser EVERY WEEK.
Aku tak sure kalau anak aku makan eraser kat skolah.
Asal malam kitorang check beg pensil case dia, mesti kalau tak hilang pensil, hilang eraser. Tak hilang eraser, hilang ruler. Tapi memang wajib satu barang hilang.
Botol air ada la kot 10 bijik dah hilang.

Bila komplen kat En Wan, bapak dia rilek je reply 'Nasib baik dia hilang barang, kalau dia bawak balik barang orang camne?'

Ok la. Ok la.
Aku bersukorrrrrrrrrrrrrr lah anak aku tak bawak balik barang orang, tapiiiiiiiiiiiii apekah aku ini berak duit sampai hari-hari nak kena beli pemadam pensil pembaris dia segala???

Heloooooooo!?

Aku dulu pegi skolah sampai takut nak guna pensil sebab takut pensil tu makin lama makin kontot. Sanggup tak pakai sharpener, aku pakai pisau asah nak asah pensil. Kalau pakai sharpener lagi cepat pensil aku habis. Mak Aji pulak asal aku mintak duit beli pensil je 'Apesal kau ni kejap-kejap beli pencil? Kau kat skolah kunyah pensil?'.

Perasan dia baru 2 hari lepas dia belikan aku pensil.
Padahal dah 2 bulan aku tak beli pensil.

Si Redza ni pulak macam dah satu keje pulak tetiap hari aku kena replace stationary dia. Aku rasa ada la kot dalam 100 biji pemadam ngan pensil aku beli tahun ni.

Bila ditanya mana pergi pensil, dia jawab kawan dia pinjam tak pulang balik.
Bila aku tanya apesal tak mintak balik, dia diam.
Penakut la tu kan?
Sia-sia aku hantar kau pergi tekwando.
Bukan la aku mintak dia terajang kawan-kawan yang tak pulangkan pensil dia tu, tapi biar lah jadi berani sikit.

3 bulan lepas, seminggu dia tak boleh makan, sebab dia balik tengok atas bibir dia macam terkoyak sikit. Mak mertua aku tuam dengan kulit kayu manis nak bagi surut bengkak.
Dia cakap kawan dia tertumbuk sebab main polis sentri.
En Wan macam tak percaya je, sebab En Wan kata bila dia tanya Redza, Redza cakap satu kawan dia pegang tangan dia, satu lagi tumbuk dia.
Ah sudah.
Gengsterism ke apa ni?
Ke budak-budak sekarang main pesen macam ni?

Tapi kitorang buat dek je lagi, until la 3 minggu lepas gamaknya asik kena buli kat skolah, dia bagitau En Wan kat skolah ada budak suka ketuk kepala dia dengan pembaris.

Wah wah wahhhhhhhh!
Main ketuk-ketuk kepala budak-budak zaman skarang ni ye.
Tanda mesra ka kottt.

Kalau dulu dia mati-mati cakap kawan pinjam pensil, kawan pinjam pembaris apa semua kan? Last-last gamaknya tak tahan, dia bagitau kawan dia suka selongkar beg dia ambik pensil and pemadam dia. Aku tanya nama, dia bagitau. Bila aku tanya kenapa tak pernah bagitau aku? Dia kata dia takut aku pegi skolah sebab budak yang ambik barang dia tu anak cikgu.

DANGGGGGGGGGGG!

Anak cikgu jadi gengster???

Tapi aku malas la nak create-create scene at school ni. Anggap je la :

1. Redza yang start carik gaduh dulu.
2. Budak tu berkenan dengan alat tulis Redza sebab mak bapak dia tak belikan alat tulis katun-katun.
3. Kalau betul anak cikgu tu yang buat hal, konfem cikgu tu malu kalau aku buat laporan kan. Jaga la airmuka dia.

Tapi aku hangin la kan.
Dah hujung tahun baru kau nak report kat aku segala.

En Wan cakap 'Selagi dia takde rasa takut nak pergi skolah, maknanya still ok lagi la tu'.

Ok la.
Aku pun malas la nak carik-carik pasal ni.
Aku dulu pun mangsa buli gak kat skolah.
Cuma aku harap Redza ni strong la dengan buli-buli ni.

Kena buli sikit-sikit, hilang pensil, pemadam tu semua takpelah, aku anggap je la budak-budak punya perangai. Yang aku tak boleh terima tu bila 2 minggu lepas, dia turun van dengan kaki terhencot-hencot.

Rupanya kasut dia hilang.

Kasut hilang okkkkkkkkkkkkkkk.


Mujur kau hilang kasut dah hujung-hujung tahun.
Kau pakai la kasut yang lagi sepasang tu.
Nama aku nak belikan baru memang takde la.

Tahun depan aku nak belikan terus 5 pasang kasut.
200 biji pemadam.
400 batang pensil.
And mungkin sediakan 3 bijik beg skolah sebagai persediaan kot tahun depan tetiba beg skolah pulak hilang.
posted by aveo757 @ 10:44 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER