walk on wings, tread in air: Ujung-ujung.....DANG!!!! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Ujung-ujung.....DANG!!!!
2011-10-31



 

Bahagian yang aku padamkan tu adelah komen dari orang yang sama.
Tapi dia komen banyak kali.
Tak puas hati kot...

Akhirnyaaaaaa.....kan?

*smile*

*big smile*


Mula-mula cakap macam syukur...syukur....rezeki Allah...berusahalah...last-last riak dengan tanpa disedari.
Or sebenarnya dia memang dah ada riak dalam diri tapi cover line.

Tu la kan, bila orang persoalkan kenapa orang-orang sebegini (not all yang terlibat dalam bisnes/line yang sama gunakan kekdah marketing posing depan kereta) balik-balik tunjukkan kejayaan dalam berbisnes dengan cara berposing depan kereta, nanti dikata kita jeles.
Masalahnya, aku bukan takde keta.
Aku ada keta.
Tak kisah la aku pakai keta apa, kau pakai keta apa.
Keta aku, aku bayar.
Keta kau, kau bayar.

Masalahnya apesal modus operandi kau mesti nak berposing depan kereta?
Kereta tu lambang kemewahan ke?

Series?????

Kalau buat bisnes saje boleh pakai kereta mewah (???), tak buat bisnes takleh pakai kereta mewah?

Oh btw, kereta mewah tu yang macamana ye?

Toyota mewah??
Honda mewah?
BMW mewah?
Ke, Bugati mewah?

Aku pernah tengok CDM Premium Beautiful berposing depan ASX siap denagan caption 'Alhamdulillah, akhirnya kereta ni milikku' (ha, check cepat saper, saper?)
Aku macam eh, ASX?
Bukan ke korang kalau bergamba kalau tak dengan Merz tak sah?

Tapi tu la kan, 'mewah' tu adelah berbeza untuk setiap orang.
Tak mewah bagi kau, tapi cukup mewah bagi dia.
So apesal nak megah sangat dengan 'kereta mewah'?
Kau je yang rasa mewah, kalau tunjuk kat orang kaya-raya dia kesian kat kau ok?
Takat 'kereta mewah' kau, dia buat gi pasar tani je angkut daging.

Orang-orang macam ni bangsa gelabah dapat pakai kereta gempak sikit (sikit je pun) dari kereta-kereta kebiasaan kita, memang sakai sikit perangai. Sebab dia rasa kawan-kawan kat FB and blog takkan ada kereta macam dia, so boleh la berlagak. Cuba kita ajak masuk group lain tengok takat mana kau boleh berlagak dengan 'kereta mewah' kau tu. Jangan la perlekehkan sangat kawan-kawan kau kat FB/blog tu bai. Dorang tak tayang kereta mewah macam kau bukan bermaksud dorang sengkek.


Orang-orang macam ni aku pelik.
Konon taknak menunjuk padahal sebenarnya kau memang nak menunjuk.
Kalau kau yakin dengan produk kau, kau patutnya marketkan produk kau.
Bukan gunakan gambar kereta and rumah sebagai tools utama untuk market the product.
Kau nak jual apa sebenarnya ni?
Jual produk ke apa?

Nampak sangat kau sendiri tak berapa yakin dengan keberkesanan produk kau maka kau lebih marketkan 'kekayaan' kau dengan harapan orang lain akan kagum lalu nak jadi macam kau.

"Nak jadi macam saya?
Baiklah, mari saya tunjuk bagaimana anda boleh menjadi seperti saya!"


Kan?

Ada sorang makcik ni, orang kampung En Wan mengajak aku beli barang dia.
Pil kesihatan apa ntah.
Aku layankan aje la dengar. Orang bagi ilmu kan, kita dengar je la.
Kau nak suruh aku beli memang tak la kot.
Aku punya jamu Mak Dara pun tak habis makan lagi.

Mula-mula dia suruh aku makan pil ni, makan pil tu, minum air ni, pastu tepek dengan bendalah tu, eh macam-macam la.
Bila dia tengok aku banyak bertanya pasal produk dia, dia ingat aku  berminat kot, terus tetiba melencong ke line 'Kalau nak beli, akak suggest awak jadi member. Boleh dapat murah'.

Takpe la, itu standard.
Kau beli buku kat MPH pun dorang suggest kau jadi member kan.

So aku ambik je form keahlian tu saje nak tengok-tengok.

Pastu dia masuk lak ke topik 'Akak ajar Diana macam ni. Diana masuk bawah akak, pastu nanti Diana jual produk ni kat orang, ajak dia masuk bawah Diana. Jangan sub-sub tau. Rugi. Kalau masuk bawah Diana, Diana pun akan dapat sikit percentage dari apa yang orang bawah Diana jual.

Ha'ah kan?
Dalam erti kata yang lain, kau pun dapat kan?
Pastu apa yang aku jual pun kau dapat jugak kan?

So skarang ni kau aim nak jual produk ke nak apa sebenarnya?
Kau bukan nak jual sangat produk kau kan?

Aku tau masih ada orang yang betul-betul jual and market produk dorang tanpa gunakan modus operandi tayang 'kemewahan'. Tapi kebanyakkannya guna modus operandi macam ni la.

Baru-baru ni ada satu blogger call aku mintak pendapat pasal satu korset ni sebab dia kata ada orang approach dia untuk promote korset kat blog. Aku cakap korset tu tak begitu menjadi di badan aku, tapi mungkin menjadi dengan badan orang lain. Tapi mungkin jugak korset tu tak begitu nampak keberhasilannya sebab dulu berat aku 47kg, now 49kg. Tak lari jauh sangat. Kira ok lagi la tu kan, takkan sampai ke tua aku nak maintain 47kg kot.

So budak ni cakap this tukang jual korset mitak dia promotekan.
Bila blogger ni refuse and suggest kawan dia yang promotekan, si tukang jual korset ni boleh cakap 'Ala, yang ni gemuk sangat'

Aik??
Kau sendiri tak yakin dengan produk kau ke dey?
Patutnya dapat yang gemuk la lagi bagus.
Kau boleh buktikan kat orang yang produk kau berkesan.
Melainkan kau sendiri akui produk kau scam!

*opss sorry, aku bukan cakap pasal the produk tapi pasal perangai tukang jual produk itu*

Berbalik pada snapshot FB aku tu, satu benda yang aku selalu peratikan, spesis-spesis yang 'berusaha tangga kejayaan sangat' ni, selalu gunakan phrase like 

"rezeki atas usaha yang tak mengenal putus asa"
"terima kasih Allah"
"Tuhan takkan menzalimi hambanya yang beusaha"

bla bla bla bla....*yawnnnn*

Kelakar kan?

I mean bukan the phrases tu yang kelakar.
But cara dia tu yang mega lawak.

Sebenarnya kau nak meriak tapi taknak orang kata kau riak maka letaklah caption yang berunsur agama sikit lebih kurang so that orang takde la kata kau berlagak.

Kan?

Padahallll.
You know I know.

Just like snapshot FB kat atas.
Tu yang buatkan aku senyum bila baca.
Mula-mula bagi hujan motivasi segala, pastu masuk sikit keagamaan, ujung-ujung terserlah POYO.

Lain kali, apa saje yang kita buat biar dari hati.
Kalau hati kita rasa kita memang nak berlagak, tak payah la nak cover line yang kita sebenarnya tak berlagak. Sebab ujung-ujung terpampang jugak kebelagakkan kau.
Kalau kita rasa kita memang nak menunjuk-nunjuk tapi takut kantoi, bawak-bawak la ambik wuduk bagi setan lari kejap.
posted by aveo757 @ 11:00 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER