2011-11-14

Eat

Khamis lepas, aku cuti.
Hajat di hati tu nak rewang-rewang rumah mak sedara aku kat Bangi, sebab esoknya (Jumaat) cousin aku nikah, so masing-masing sibuk ambik tugasan.
Aku pun ingat nak bungkus-bungkus coklat.
Sudahnya aku terbungkus depan TV rumah Mak Aji, melayan ulangan Anugerah Skrin.

Cis, sia-sia je aku perabiskan masa mengangkang depan tv, hampeh semata-mata Anugeraj Skrin. Baik aku layan Sanggarama Channel.
Pelik apesal penyanyi yang perform malam tu semua tak best?
Dah la tu majlis anugerah, semua orang stress nak tunggu siapa menang siapa kalah.
Kau bagilah performance yang merelasekan tension sikit.
Aku yang tengok kat TV ni pun boleh stress.
Apetah lagi yang duduk betul-betul depan stage.
Macam program syok sendiri je.

Boring punya pasal, aku pause-kan kejap and ajak Mak Aji and Pak Aji gi lunch.
Call Ibal ajak dia lunch sekali.

Aku lunch kat Little White Cafe.
Aku pernha blog pasal cafe ni dulu, tapi dulu aku tulis 'The Little Kitchen'.
Gila belasah kan aku?


...by fzld tu maksudnya Faizal Zainal Lifestyle Design.

Tapi sebenarnya aku lupa whether it's Zainal or Zairi.
Sebab setau aku nama wife anty Faizal ni Zairi. Or maybe, Zainal tu bapak dia.

Aunty Faizah ni selain ada cafe, dia jugak adelah interior designer.
Rumah Mak Aji dia yang buat renovation.
Cafe ni pun sebenarnya designer cafe.
Kalau masuk sini senyap-senyap sudah ye, kalau nak memekak-memekak, boleh gi mamak kat korner tu.


Pembuka bicara kat menu book


Pak Aji masuk sini nak order nasik. 
Boleh?

Terang lagi bersuluh kat menu tu tulis PASTA, SANDWICH, SOUP, bla bla bla...



Makanan paling mahal kat sini adelah Rack of Lamb.
Tiada yang lebih mahal dari ini.
So, don't worry, bawak RM100 adelah mencukupi.



Pak Aji memula macam nak taknak je order, sebab 'Papa tak reti la'.

Bukan tak reti.
Sebenarnya dia nak makan nasik.
Aku tak kira, aku nak torture dia makan western gak.
Sebab time-time takde En Wan ni je la aku boleh melayan tekak nak feeling-feeling omputih.Kalau ada En Wan memang haram aku nak masuk tempat macam ni, konfem dia heret aku masuk mamak.



Masa ni la nak feeling-feeling anak dara.
Jalan ngan mak bapak je, makan pun sebelah omak.




Pemandangan dalam cafe



Sebenarnya aku nak tunjuk baju yang aku pakai tu tapi tak nampak pulak. 
Yang baju ni kendian-kendian kat entry lain aku cerita.


Appetizer - Sausage Toasties.

Sedapppppppppppppppppppp.

Meleleh-leleh cheese kat atas tu.
Abaikan je la perut yang dah sedia berlipat tiga ni.


Mak Aji punya - Chicken Spagetti.

Tak paham aku dia ni.
Padahal hari-hari kat rumah jual spagetti.
Lagiiiiiiiiiiiiiiiii nak makan spagetti kat luar.


Pak Aji and Mak Aji punya starter - Broccoli Soup.

Series wehhh, yang ni sedap!



Kitorang dah habis makan, baru Ibal sampai.


Ibal punya - Chiccken Grill



Pak Aji punya - Salmon apa ntah....tapi Salmon la.



Aku punya - Ribeye Steak yang walaupun well done tapi tetap juicy.



Nescafe tarik Pak Aji punya.

Memula aku risau je Pak Aji order nescafe sebab aku mana boleh bau kopi ni semua.
Kang mau terbelahak atas meja, nak pulak masa tu aku tengah kekenyangan.
Tapi tak!
Nescafe dia lansung tak bau.
Aku tak tau apa tajuk nescafe dia ni.
Eh, tapi nama pun nescafe, mestila tajuk dia pun nescafe kan?

Peach crumble Mak Aji.

Peach crumble ni dihidang dengan dua cara, either with yogurt or ice cream.
Tapi konon nak diet (dah belasah sepinggan sapegtti baru teringat nak diet), lalu dia memilih with yogurt.
Dah half way makan dia cakap 'Kalau dengan ice-cream mesti lagi sedap'.

Pendamkan je la hajat nak diet tu.