2011-11-03

Akai ada?

Aku terima satu link dari reader.
Link kepada satu artikel yang rasanya artikel tu dah di-delete.
So disebabkan artikel tu dah di-delete and aku tengok penulis blog dah pun minta maaf, tak perlu la kot aku letakkan link tu kat sini.
And kalau ada sesape yang letak komen kat entry ni beserta link kepada artikel tu, aku minta maaf siang-siang, aku takkan publish.


Cuma sebagai seorang bekas penuntut UNIMAS, aku rasa terkilan la jugak dengan penulis blog tu yang berasal dari Selangor.
Apa yang aku boleh cakap, luahan dia tu adelah semata-mata luahan dari satu dua individu je. Bukan majoriti. Suara-suara minoriti je

Generasi UNIMAS skarang adelah generasi yang jauh lagi beruntung.
Dan mungkin sesetangah anak-anak ni membesar dalam keadaan yang serba-serbi ada, jadi bila berhadapan dengan persaingan dan kekurangan, masing-masing ambik jalan mudah - AMUKAN.

Amukan tu boleh.
Tapi biar amukan yang bijak.
Sebab kalau kita mengamk tanpa ada sebab yang lojik, amukan tinggal amukan je la.
Kau sendiri mengamuk, pastu kau sendiri yang sakit jiwa.
Orang lain just pandang kau je dari jauh yang tengah dok merempan-merempan tu sambil geleng-gleng kepala "Kesiannnnn".

Kepada that blogger, meh sini akak nak cerita.


 Sorry, semua kepala di-slashkan. 
Depan sekali tu aku (biasa la, kakak kawasan lah katakan)


Agak-agak masa kau masuk UNIMAS, UNIMAS ada rupa cenggini tak, dik? Tak kan?

Aku adelah batch ke-ompek UNIMAS, dan batch pertama di Pusat Matrikulasi Chermai Jaya (gambar).
Matrikulasi UNIMAS batch 95 dipecah kepada 2.
Satu group masuk main campus.
Lagi satu group masuk kampus luar iaitu PMCJ ni.
Amacam pusat matrikulasi aku time ni?
Macam padang jarak padang tekukur kan?

Kalau adik nak tau, selama 6 bulan takde terpacak satu public phone pun kat sini.
And masa tu henfon belum menjadi satu benda yang wajib ada pada semua orang.
Bayangkan selama 6 bulan tu kitorang semua main tulis-tulis surat.
Email-email pun tarak lagi masa ni okkk.

Selama 6 bulan tu la Pengetua PMCJ, En Ismail pinjamkan henfon dia pada kitorang untuk call mak bapak.
Boleh tahan melambung la bil orang tua tu.

Kitorang semua belajar dalam keadaan yang serba serbi kurang.

Tandas kat kawasan kelas memang tak berfungsi lagi.

Nak tercirit?
Silakan transform jadi Watson Nyambek pecut balik rumah.

Library??
Jangan harap ada.

Public phone lagi haram.
Sebatang pun takde.

Masa kitorang sampai Kuching, hari dah malam.
Dengan keadaan tempat yang masih baru, bayangkan lapanggggggg je kawasan kolej.
Takde pemisah antara rumah laki dan rumah perempuan. Langsir bilik pun tempah sendiri ok?

Masa kitorang masuk sini, sebulan semua mandi bilik air tingkat bawah je.
Tingkat atas lansung takde air.

Town Kota Samarahan dulu memang takde apa!
Ada sebijik kedai jual mee kolok sebelah kedai sukan, and satu gerai kat food court jual nasi ayam.
Most of the time memang kaya la Wak Kijo (tuan punya kantin) time tu. Memang kat kantin je la port kitorang kalau kebulur. Agak-agak nak makan KFC, kirim kat brader-brader warden or abang-abang yang keje kat admin tolong belikan. Sometimes, brader-brader tu yang singgah depan rumah tanya nak pesan apa-apa tak sebab dorang nak pi town.

Tapi alhamdulillah, kawan-kawan yang Sarawakian memang tolong kitorang.

Masing-masing bergilir-gilir buat jadual temankan budak-budak Semenanjung ke town sebab takut kitorang sesat. Abang-abang admin yang Sarawakian tu kalau nampak kitorang setakat 2-3 orang nak ke town, dorang akan teman sampai kitorang dapat van (teksi) supaya dorang boleh bercakap dalam bahasa Sarawak dengan driver van.

Takde istilah orang Semenanjung dibuli oleh orang Sarawak.

Part blogger ni tulis pelajar semenanjung ditahan di balai polis Sarikei, aku rasa itu semua salah faham je.

Come on la, polis Sarawak, polis Sabah, polis Johor, polis Perlis, semua tu under PDRM.
Semua pakai undang-undang yang sama.

Of course dia tahan kau.
Polis mana yang tak tahan kereta yang ada sekumpulan budak-budak muda, pastu bawak kereta tanpa hala tujuan sebab sesat, pulak tu dialek kau dialek semenanjung.
Bukan dia tahan kau sebab kau orang semenanjung.
Tapi dia tahan kau sebab sah-sah kau sesat, pastu kau bukan dari tempat dorang.
Dorang tau kau pelajar, mak bapak dah tentu-tentu takde kat sini kalau jadi apa-apa kat kau.
So sebelum apa-apa terjadi pada kau kat luar sana, baik dia simpan kau dalam balai.

Polis tu mintak passport memang ada sebab.
Aku pun dah lupa, but setau aku ada a few rules yang dipractisekan hanya di Sabah Sarawak (kalau tak silap la), one of the rules is penggunaan passport.
Yang tu kau tak boleh nak pertikaikan.
Itu dah memang ada dalam undang-undang.
Bukan kejer kita nak question kenapa polis Sarawak mintak passpor masa dia tahan kau.

Oh btw, apesal nak question polis sana check passport?
Bukan ke korang masuk Sarawak pun memang pakai passport, so maksudnya mana-mana korang pergi pun silalah bawak passport, faham?


Kau kena tahan je kan?
Ada kena belasah ke???
Tak kan?

Part kena "tendang kolej" lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la aku macam 'alahai dikkkkk. jangan bikin malu negeri buleh tak?'

Dikkkk.....
Tak kisah la kau masuk U mana pun, selalunya 1st year je kau duduk kolej.
Tahun kedua dan seterusnya, sila la blah carik rumah.

Bila budak ni question kan, kalau nak duduk dalam kolej kena score, itu adelah standard!!!!

Akak dulu, masa 1st year je duduk dalam, selepas tu terus duduk luar.
Tapi alhamdulillah, sebab akak terpilih jadi LO (Liason Officer) untuk jaga freshies, so tahun kedua tu akak masih lagi tinggal dalam kolej.

Tak payah la guna perkataan "tendang kolej" dik oiii.
Biar lah bijak sikit bila berbahasa tu.
Tendang kolej tu macam exbf akak dulu.
Dapat satu pointer je terus kena tendang.
Bukan takat tendang kolej, terus tendang keluar dari Sarawak.
Hambik kau.

Kena la pikir sikit masalah universiti.
Dorang ambik berjuta student bukan sukati-sukati mak bapak dorang okk.
Dorang dibenarkan ambik berjuta student sebab kuota dorang membenarkan dorang ambik ramai student.
So, jangan salahkan UNIMAS ambik berjuta student tapi tak bagi tempat tinggal.
UNIMAS tu tempat kita belajar.
Perjanjiannya adelah kau belajar sehingga graduate, provided kau menepati syarat yang ditetapkan oleh universiti. Aku tak rasa UNIMAS janji nak sediakan kau tempat tinggal sampai kau graduate.
Ada ke?

Lagi satu budak ni cakap "sepatutnya kau dah ambik student ramai-ramai tu, bagilah prioriti kepada student semenanjung untuk duduk dalam".

Eh apa ni????
Apa benda kejadah haram ayat ni???

Ayat budak universiti ke ni?

Dikk, itu mujur kerajaan hantar kau dekatttt je.
Seberang laut je dik.
Kalau kau kena pi US tu agaknya kau nak demand macam ni ke?

Saya datang dari Malaysia, 20 jam naik kapal terbang, mak bapak saya takde kat US ni, susah saya nak carik rumah sewa kat sini, maka bagilah saya tinggal dalam kampus.

Pelempang mau??

UNIMAS bagi kau tinggal tahun pertama kat dalam kolej bukan sebab kau orang semenanjung ye.
Tapi sebab nak bagi kau penghormatan sebagai pelaja baru, dan disamping tu kau boleh buat persediaan selama setahun untuk kenal-kenal kawasan, kenal-kenal kawan-kawan yang baru, get use to the new environment. Bukan sebab kau datang dari jauh maka kau patut diberi prioirit duduk kat dalam.
Plis dik, gunakan akal dengan baik, dan berfikir secara lojik!

Line "Korg dah amek student dari semenanjung bawak dtg sini, pastu campak luar biar merempat. Dah lah hukum agama kat sini tak ketat sangat. Laki pompuan pun boleh duduk satu rumah sekali. Memang rosaklah bebudak" sangatttttttttttttttttttttttttttttt shallow!

Jangan main hukum-hukum kalau kita sendiri tak berapa celik hukum.
Dalam Malaysia ni semua pakai undang-undang yang sama.
Nak-nak lagi benda-benda sensitif like agama-agama ni, mana boleh sesuka hati buat undang-undang.
Laki perempaun duduk satu rumah tu, bukan kat Sarawak je dik oi. Kat semenanjung ni pun ada.
Benda-benda jahat ni kalau nak buat bukan disebabkan kat tempat yang kita duduk.
Kita yang buat kan, apesal nak salahkan undang-undangagama ketat ke tak ketat.
Ketat macamana pun undang-undang, kalau kaudah  nak buat tu, kau buat jugak.

Kawan-kawan akak ni dulu, tahun kedua duduk menyewa kat apa nama tempat tu lupa pulak dah, takde pulak nak duduk serumah? Elok je duduk asing-asing tapi dalam satu taman perumahan yang sama.
Rumah gfs kat belah sini, rumah bfs kat belah sana.
Dorang memang tak  boleh duduk jauh sebab semua gf ni menumpang moto bf masing-masing untuk ke kelas.
Takde pun timbul duduk serumah?

Benda-benda macam ni jangan salahkan undang-undang or negeri kita duduk tu.
Kita ni kalau nak buat baik ke, jahat ke, semua atas diri kita sendiri.

Part rymah sewa, yes betul rumah sewa susah nak dicarik kat Sarawak.
Tapi bukan kat Sarawak je, kat mana-mana pun sebab tuan rumah nak jugak tengok kepada siapa dia nak bagi sewa.

Memang tak dinafikan zaman aku dulu ada segelintir orang Sarawak yang tak suka kita, dia paggil kita 'Orang Malaya' tapi bukan dikalangan kawan-kawan se-unibersiti. Itu cuma golongan minoriti je, sama macam cik adik ni la...
Golongan minoriti.

Benda-benda macam ni sometimes kita kena akur.
Pernah dengar "semangat kenegerian"?
Itu benda yang memang berlaku bukan saje kat Sarawak, malah seluruh Malaysia.
Like orang Kelantan, akan lebih selesa berkawan dengan orang Kelantan jugak.
Orang Kedah akan bangga bila jumpa member yang senegeri.

So, apa masalahnya bila orang Sarawak susah nak bagi sewa rumah kat orang semenanjung?
Jangan salahkan dorang.
Kita ni yang kena sedar diri kita walaupun senegara, tapi kita ni ada kat tanah orang.
Pandai-pandailah bawak diri. Tak semua orang Sarawak macam tu.
Maybe segelintir je, itupun sebab mungkin dorang kurang pendedahan dengan orang dari semenanjung, or dorang ada bad history dengan student semenanjung yang menyebabkan dorang dah taknak bagi sewa rumah kat kita. Sama la macam nenek-nenek kita kat kampung tu jugak. Susah nak percaya orang luar. Nak pujuk pegi hospital pun satu azab macamkan kita nak sumbatkan dia dalam jail.

"Aku mintak lah sesangat kat pihak Timur Malaysia, pihak Universiti, pihak Kerajaan Malaysia supaya ambil tindakan. Jangan abaikan student semenanjung. Jangan layan kami spt warga asing. Kalau tidak, jangan hantar kami belajar di sini. Punya lah berlonggok Universiti kat semenanjung tu, kenapa kat sini jugak aku kena campak ? Pointer aku not bad what time matriks. Ada UPU pun tak boleh pakai. Main sesuka hati je campak2 orang sana sini"

*smile*

Selfishnya dikkkkk.
Jangan bangga sangat the pointer yang "not bad" tu.
Teruk sangat ke UNIMAS sampai adik rasa pointer adik yang not bad tu selayaknya dapat U lain?

Baik buruknya universiti tu bukan pada namanya, tapi pada bakal-bakal graduannya.