2011-11-02

Bahagia kau je la...


Aku nampak ada orang letak ni semalam kat FB lalu aku sharekan kat wall aku pulak.

What say you?

Guys, anyone?


Kelakar gila la dengan laporan berita macam ni.
Of course kecantikkan tu salah satu cabang kebahagiaan.
Takde sape nak berbinikan pompuan yang tak cantik.
Pompuan hitam takpe. Eh.

Kalau tak cantik, takde la kau berkenan dengan bini kau dulu kan.
Sebab dia cantik la maka kau ajak dia kawen.
Tapiiiiiiiiiii, kecantikkan tu sangatlah berbeza ikut pada pandangan mata masing-masing. Kalau tanya laki kau, konfem dia jawab kau yang cantik di mata dia.
Belum tentu cantik di mata orang.
Asal cantik kat mata dia sudah la.

Masalahnya skarang, kebanyakkan kita suka sangat nak jadi cantik di mata semua orang.
Yang si lelaki pulak suka kalau yang paling cantik di antara semua orang tu adelah hak dia.
Yang perempuan boleh la feeling-feeling hot.
Yang lelaki pulak boleh feeling-feeling 'the best man win'.

Tahik lah.

Aku rasa news macam ni sangat lah bodoh.
Dan kurang sensitiviti.
Bersifat sebelah pihak je.

RAMPING RAHSIA KEBAHAGIAAN?

Kebahagiaan pihak kau je la yang kau nak kira.
Kebahagian pihak aku kau taknak tanya.
Kalau aku je yang beria-ia ramping, tapibadan kau pat persegi, nak bahagia macamana?
Kau je la yang bahagia kot.
Aku?

Ni bukan apa ni.
Sebenarnya wartawan ni stress dengan life dia.
Kau kalau tension bini kau gemuk, tak payah la susah-payah buat kajian bodoh macam ni semata-mata nak hint-hint kat bini kau.
Apa kesiyal la tajuk news "Ramping..."
Cakap je la terang-terang "Lelaki tak suka dapat bini gemuk"*, pastu kita sama-sama tengok tahan lama mana kajian kau tu.
 
Kalau kajian pasal kebahagian yang ada sangkut-paut dengan kote kau, kemain laju buat news.
Ye la kan, sebab pikir bahagia kau sorang je.
Cuba buat kajian pasal tanggungjawab dari segi pemberian nafkah zahir or tanggungjawab kebajikan terhadap isteri dan anak-anak.
Ini tak, balik-balik buat kajian berat badan isteri.
Tu semua untuk kebahagiaan kau sorang je.
Belum tentu rumah tangga bahagia sebab kebahagiaan rumah tangga ni bukan setakat kecantikkan je.
Kalau bini kau ramping, body solid molid tapi pemalas, rumah bersepah, toilet berkerak, dapur harap masak air je, bahagia sangat lah kot. Kan?

Yang si laki pulak pulak, kalau aku je beria-ia ramping tapi ukur lilit pinggang kau dah macam 6 biji tong gas, bahagia betul aku dapat kau kan?
Tambah pulak kalau muka je hensem, body je sedap tapi pemalas, doplohpatjam mengadap tablet, duit gaji 50% buat perabis beli gajet, nak beli MekDi seminggu sekali pun berkira-kira, eh boleh blaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Banyak la kau punya kebahagiaan.



Takde pompuan yang nak berbadan straight la baiiiii.
Semua perempuan sentiasa berusaha nak kuruskan badan, sentiasa nak bercantik-cantik, sentiasa nak berwangi-wangi. Tapi kau pun haruslah ukur baju kat badan sendiri. Kalau kau sendiri boroi, jangan la nak demand bini ramping.
Yang kau pun agak-agak la kalau nak bini sentiasa cantik.
Jangan la bandingkan bini kau yang dah beranak empat dengan body Cameron Diaz.
Cameron Diaz yang supermodel tu sendiri aku tengok manjang boifren tak pernah lekat.
Apa lagi yang kurang agak-agak?
Muka dan cun.
Tinggi.
Toksah kata ramping, dah leper dah aku tengok.

Erra Fazira tu pun badan nampak beza lepas lahirkan anak.
Kita memang la nampak dia masih ramping. Sebab kita dok bandingkan badan dia dengan badan kita.
Tapi laki dia of cos nampak badan bini dia dah tak seramping zaman sebelum beranak dulu.

Kalau nak ikutkan kebahagiaan yang kita nak, memang takkan ada kesudahannya.
Memula nak yang cantik.
Dah dapat yang cantik, tengok pulak bijak ke tak.
Dah dapat bijak, tengok pulak sengkek ke tak.
Pastu tengok budi bahasa ada ke tak.
Pastu tengok boleh urus rumah tangga boleh ke tak.
Bla..bla..bla...

Kebahagiaan ni bukan takat body cantik saje.
Kajian-kajian macam ni boleh ditanya kat budak-budak belum kawen je.
Memang tu je yang dorang nampak - cantik, cun, hensem, kaya, gojes, macho.
Kalau tanya kat orang yang dah berkeluarga aku bet kebanyakkannya akan bagi jawapan yang berbeza.
Sebab hanya orang yang dah berkeluarga saje tau apa erti kebahagiaan dalam rumah tangga.

Aku tunjuk keratan paper ni kat En Wan.

Aku : Bang, kelakar tak news macam ni? Abang sebagai lelaki yang dah kawen abang rasa camana?


En Wan : Ni kajian untuk orang kaya-kaya je. Dorang takde benda lain dah nak dipikirkan. So pikir nak bini cantik je la.


Aku : Ha'ah kan? Tapi betul ke kalau bini ramping, badan cun lelaki lagi bahagia?

En Wan : Mengarutlah! Abang ok je dengan awak. Takde apa-apa pun.



"ABANG OK JE DENGAN AWAK".

Amboiiiiiiiiiiiiiiiiii gemuk sangat ke aku niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii?





*no offense