2011-11-08

Raya Haji 2011

Tahun ni buat korban untuk Redza, ada sebahagian lagi belum cukup.
Aku pun lupa. Haha.
Lagi seminggu nak balik raya En Wan cakap 'Rasanya Redza buat sebahagian je dulu'

Oh ye ke?

Baiklah, kita kensel qorban untuk Rayyan.
Rayyan buat tahun depan je.

Aku tengok rumah-rumah kat Tganu ada di antaranya yang beraya beria-ia siap ada biskut raya atas meja. Aku macam gila lah raya haji pun buat kuih.
Aku ni raya puasa pun takde kuih inikan raya haji?
Seb baik la raya haji tu cuti, kalau keje agaknya lepas solat raya, aku gi opis.

Tapi aku balik Tganu ni bukan fokus sangat pada qorban.
Aku kalau balik Tganu, akan fokus kepada nak pi makan sotong kat Batu Burok.


Tapi apa-apa pun, kena singgah tempat wajib singgah iaitu gerai Pulut Lepa a.k.a Pulut Panggang.
Dulu aku tak paham kenapa En Wan suka sangat dengan pulut panggang inti ikan sebab aku dah biasa makan inti udang (pehhhhh, terlioq jap).
Last-last now aku yang ketagih.
Asal dia singgah beli je, tak sempat tunggu balik rumah. Dalam kereta aku dah belasah 2 batang.
2 batang dia bukan besar-besar jari kelingking ok?
Besar gabungan 2 ibu jari!


Of cossssssssssssssss.
Of cossssssssssssssssssssssssssssss.

.......pekena goreng-goreng kat Batu Burok.

Walaupun ramai yang suggest gi pekena sotong kat Tok Jembal la apa la, pedulikkkkkkkkkkkkkkkkkk!
Aku nak kat Batu Burok gak sebab boleh singgah AnW pastu.
Lagipun kat Batu Burok ni selesa sikit, boleh bersantai-santai jalan ngan En Wan kat tepi pantai.

En Wan dan satey ikannya yang ................eiiiiiiiiiiiii tak leh masuk tekak aku.
Tak sedap.
Tak sedap.
Tak sedapppppppp.

Hahaha.

Anak mana?
Oh, sudah tentulah anak ditinggal-tinggalkan di rumah.
Bukankah itu tandanya sayang?

Ni semua kejadian hari Sabtu.
Sebab esoknya Ahad dah raya, so Sabtu je la waktu nak bersenggang.


Kalau buat qorban memang port dia kat rumah mak nombor dua.
Mak mertua aku punya kawasan rumah semua bersimen, so sangat tak sesuai nak sembelih lembu kat situ.

Ni je la gambar saat-saat cemas SELEPAS lembu disembelih.
Scebe SEBELUM disembelih aku memang takkan tengok punya.
Ni pun time lembu menggelepar aku tak sanggup nak tengok.
Kang aku kesian.
Orang kata kalau kita kesian kat lembu tu jatuh hukum tak boleh makan, betul ke?

Time orang sembelih ni dorang pakat-pakat gi tengok.
Aku je duduk dalam rumah layan tv.
Puncanya adelah tanah lembap, sebab kat sana asik hujan.
So aku takut kot-kot la ada pacat ke apa kan, jadi aku tak pergi.
Masa ni la ada satu makcik kat dalam rumah tu tanya 'Ni bini Pok Ayie ke?'

Aku : Ha'ah. Saya.


Dia : Laa...pakai tudung dok comey.

Cilakabanat kan?
Time aku tak bertudung kemain lagi kau terjuih-juih mengata aku sampai nak terbalik bibir.
Bila aku bertudung pun kau nak kondem lagi.
Aku syak dia ni mesti tensen tak dapat kawenkan anak dia ngan En Wan.
Mesti punya ni!
Padan muka.
Hahahaha.


Lembu Redza.




Tu diaaaa tukang lapah daging.
Sampai melecet jari dia melapah 3 bahagian.

First time dia buat keje melapah ni.
Selalunya dia tolong pegang bontot lembu je.
Kali ni kerahan tenaga sikit sebab terlampau ramai orang yang buat qorban sampai takde tenaga kerja nak lapah. So, sendiri punya lembu, sendiri buat.
Aku tukang ambik gamba je.

Malam tu buat kenduri sikit kat rumah mak.
Marvelles la gulai daging.
Tapi aku makan 2 ketul je.
Sebab orang punya lah ramai.
Tak sangka ramai macam tu orang datang, sampai aku kena beralih tempat bagi ruang kat tetamu.
Aku beralih terusssssssssssssssssss ke dalam bilik tido.
Heaven!

Aku malas la nak bersesak-sesak kat hall.
Join tahlil dah la, time makan dah nama pun buffet, korang pandai-pandai la layan diri.
Aku nak melayan tonton.com jap.

Agak-agak macam dah senyapppp je kat hall, barulah kita turun kemas-kemas apa yang patut.
Macam biasa la, post-kenduri adelah saat paling best.
Macam-macam gosip keluar.
Antara yang wajib dan yang aku dah boleh target adelah tetamu yang datang sakan membungkus lauk untuk diri sendiri padahal kita tak pelawa pun.
Aku memang tak paham jenis macam ni.
Kau dah la datang time orang dah nak habis tahlil.
Kalau kau datang just untuk makan kenduri je pun aku tak marah.
Ni siap nak membungkus untuk keluarga ka rumah dia yang tak dapat datang.
Akai ada ka????

Yang tak datang tu tak datang la.
Kau nak kisahkan apa diorang tak datang?
Mentang-mentang kita jemput makan, wahhhhhhh sakan nak membungkus bagai.
Aku tau la rakyat Malaysia ni memang cukup suka barang free, aku pun suka barang free.
Tapi janganlah pelahap sangat sampai takde adab.
Pikir-pikir la sikit orang lain yang sama-sama nak makan.
Pikir sama tuan rumah dah makan ke belum.
Pikir tembolok kau anak-beranak je.

Bangsa-bangsa macam ni kan, jenis yang kalau hak orang tu kemain laju,
Tapi time dia buat kenduri kemain bercatu-catu lagi.



Ok, dia ni memang series tuan besar.
Aku pergi balik Tganu kali ni dok meriba Redza yang 20 kilo kat depan sebab tuan besar ni nak bergolek-golek atas tilam kat belakang.
Kitorang ni bertimpa-timpa kat depan, dia leh santai-santai dilayan dua inang makan desert kat blakang.

Aku memang kena consider beli caravan macam ni.