walk on wings, tread in air: Setahun <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Setahun
2011-11-03

Nama saya Wan Muhammad Rayyan Akmal bin Wan Muhmmad Ridzuan.
Saya suka lepak-lepak bilik mak saya.
Saya tak suka mainan.
Saya suka main wallet bapak saya, hanger, pensil case abang saya dan juga alas kaki.
Yang paling saya suka adelah tasbih gelang mak saya.
Bila mak saya pangku saya, saya akan menggentel tasbih gelang dia.
Dia selalu bagi saya main tasbih gelang itu.
Semalam, dia dengan baik hantinya tanggalkan tasbih gelang dari tangannya dan mem-bagi kepada saya untuk main.

Maka saya pun main lahh...

Lama-lama saya boring.
Lalu saya mencampakkan tasbih gelang tersebut dan berlalu dari situ untuk main benda lain pulak.


Bila saya dah tido baru emak saya perasan tasbih gelang dia dah tertanggal sebijik.
Soalannya....di manakah sebijik tasbih itu???


Kan?????
Gabra siallll aku menvacuum satu bilik, pastu geledah sampah sarap vacuum tu nak check mana pergi sebijik ni hilang.
Aku syak dia tertelan.
Member dah ada 6 batang gigi, memang konfem dia gigit sampai tertanggal pastu tertelan.
Tadi pagi gigih aku tunggu dia berak.
Sudah berak dengan jayanya.

Kalau betul tertelan, aku harap sangat tasbih tu dah keluar.
Memang la aku takkan kuis-kuis taik dia untuk ambik balik the tasbih, cuma nak make sure benda tu dah selamat keluar sebab memang aku dah vacuum, dan punggang segala bantal, cadar, bawah karpet tak jumpa sebijik yang hilang tu.




Ok, ni semalam aku terima package dari Nuraina.
Actually dik, akak memang terlupa lansung siapakah gerangannya AIDHSHOP.COM ni.
Maybe akak pernah promote (???) oh seriesly dik, sorry akak kau ni memang pelupa.
Selama ni kalau ada orang hantar package secara tetiba, aku macam oh hem ji siapakah???
Lantas bukak balik blog, FB, twitter, email segala punggah balik check sape lah yang bagi ni.
Segan aku ok, orang bagi hadiah tapi aku tak kenal.

Anyways, Nuraina bagi aku 3 helai shawl yang dia buat sendiri.
Memang tau je kau ye akak suka pakai selendang.

Oh yes, hari tu ada budak tanya macamana style tudung aku tu.
Tudung aku tu sebenarnya 2-piece style.
Dalam pakai anak tudung berawning (bukan lah anak pun sebenarnya, boleh je kalau kau nak pakai tudung dalam tu stand alone), pastu aku sarung shawl kat luar. Tu je.

Konsep lilitan tudung adelah konsep sukati.



Kemain cantik lagi packaging dia. 
Rasanya Ahmat Izzat pun buat packaging macam kan?
Korang dua se-geng ke apa?




PINK!!!!
Hahahah...mati laaa En Wan bising aku asik pakai kaler pink.

Thank you la dikkk.
Kau memang tau kaler feveret akak.



Shawl aku belum banyak lagi.
Aku kan memang spesis outdated and 'asal boleh-type'.
Nak pulak lagi now tengah era color block trend. Lagi la selamba je aku bantai bju oren tudung pink, baju biru tudung kuning. Hahahha.
Terima kasih la kepada fashion designer yang mewujudkan trend colour block ni.
Jimattttttttttt duit aku.


Berminat kalu, boleh pi SINI


Oh yes.
Hari ni Rayyan genap setahun :)

Happy birthday Rayyan!

Tapi tu la kan, dia lahir tak cukup bulan, so dah setahun pun still takleh berjalan lagi. Macam Redza dulu, setahun dah boleh berlari.
Tapi aku notice Rayyan ni berbeza 360 darjah perangai dari abang dia.
Redza ni jenis pemalu and penakut.
Salam orang malu, nak mintak tisu kat mamak malu, bergamba lagi la pemalu.
Sebab tu asal bergamba keluarga je memang payah nak jumpa muka Redza, nak lagi gamba raya. Boleh jadi bergaduh pagi-pagi raya tu nak suruh dia bergamba.
Kalau si adik ni pulak, pantang aku halakan kamera je, sengih.
Pastu dengan semuaorang dia nak.
So aku memang boleh je nak makan kat rumah orang dengan tenang.
Ambik la pegang anak aku, bawak dia main jauh-jauh sikit. Aku nak mentekekedarah.

Dulu aku ingat Redza yang akan jadi pen-jeles dengan adik.
Dulu masa aku mengandung Rayyan siap nak langgar adik dia dengan basikal lagi.
Now tak.
Gila penyayang.
Bangun je pagi, lepas mandi, varik adik dulu.
Kiss kiss.
Pastu balik skolah berlari carik adik dulu.
Apa adik buat tak kisah.
Yang si adik pulak suka gigit abang, suka tarik rambut abang. Abang dia diamkan aje.
Kesian pulak aku tengok.


 Umangaiiiiii, apo abang aku buek ni?
Macam sodap yo monatang ni buek main.


Bak sini den terai jap papan koping ni. 
Dapek sejam duo kang den bagi la ang balik.


Kau tanak bagi aku main bang?
Nah hambik nih PAKKKKKKKK kek dado.


HAPPY BIRTHDAY RAYYAN.
posted by aveo757 @ 10:25 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER