Aku dah spent about an hour tulis first chapter trip pi HK sekali aku terdelete.
Macam nak gila aku maki.
Ntah apa yang aku sebut pun aku tak ingat.
Tapi yang pasti tak dijumpai di mana-mana kamus dunia.
Ok, cerita holiday.
Demam babi ke, selsema babi ke tetap tak membantutkan perjalanan aku nak jumpa boifren lama.
Aku masih dalam mood MALAS.
Biasa la kan kalau dah cuti lama.
Pulak tu cuti time bukan waktu cuti, lagi la menjadi-jadi malasnya.
Aku sampai Malaysia (wahh, macamkan dok oversea tujuhblas tahun je bunyiknya) Isnin 4th of May, on my 8th wedding anniversarry.
Sila bagi ucapan.
Tapi disebabkan penat macam nak mati, kaki aku sampai skang lagi pedih menghiris sebab banyak sangat berjalan, so aku malas nak update cepat-cepat. Eh, best jugak tak sentuh laptop seminggu. Apa lagi kalau takyah update lansung sampai bila-bila, bukan kah begitu??
Misi ke HK dimulakan dengan keberangkatan mak mertua dari Tganu sebab nak tolong jagakan ikan-ikan kesayangan anak dia. Lagipun maid aku dok sorang kat rumah, kesian dia kang takde saper nak teman dia tengok cerita Keliwon.
Baikkan mak mertua saya?
Len kali carik mak mertua macam ni ok?
Tapi jangan cuba-cuba nak carik anak laki dia okkkkkkkkkk. Amaran tu.
Pi overseas ni maid haruslah ditinggalkan, lain la kalau nak pi Pangkor ke, boleh la aku bawak sekali. lagipun bukankan kata pepatah ada mengatakan jika kita sayangkan seseorang haruslah ditinggal-tinggalkan?
Ha, tinggal la ko kat rumah tu.
Khamis, lepas zohor kitorang gerak ke Bangi, park keta kat rumah mak aji, and naik MPV from Bangi to KLIA. Everyone bawak beg sandang dapat free kat Matta tu hari, senang sket nak spot kalau hilang sok. Beg aku memang konfem kat dalam tu baju Redza selai kot-kot dia berkuntau kat airport kang, boleh la aku salinkan, takde la hamis je bau dia kat kapalterbang nanti. Pampers dia sudah pasti, kang sedap tido tau-tau meleleh je air kencing dah satu hal pulak aku nak buat keje mengemop atas flight.
Lepas tu naik train pi Terminal 2 (ntah betul ntah tidak aku main sebut je ni).
Sampai kat sana qasar dulu apa-apa hal.
Belum sempat aku habiskan tahiyat akhir, dengar Redza carik botol dia.
Nampau nau tak khusyuknya.
Check beg aku takde, let alone beg En Wan.
Takyah carik la lam beg mak aji semua, nampak sangat tak lojik.
Sah, aku tertinggal kat McD.
Seb baik mood En Wan adelah baik, so dia tak berasap.
Aku diam je la kan.
Takde de aku nak bagi cadangan apa kata kita beli je botol baru.
Mau botol tu masuk dalam mulut aku pulak kang.
En Wan ni lain.
Kalau barang tu hilang sebab careless, mati hidup balik dia takkan beli baru.
Melainkan kalau barang tu hilang dan tak boleh digunakan, baru dia leh consider.
Itupun mungkin selepas dua hari tak bercakap-cakap.
Sian En Wan, susah payah dia pi balik kat McD tunjuk balik passport segala semata-mata nak menyelamatkan botol Redza.
Padahal boleh je nak beli baru.
Tapi macam aku cakap tadi takyah la susah-susah aku nak bagi cadangan.
Dia dah nak tolong carik botol tu dah cukup baik dah.
Ni namanya takde keje, orang dok lam surau berzikir sementara nak tunggu turn solat.
Aku takkkkk, main snap-snap gamba lagi.
Sila jangan contohi adegan ini.
Masuk je perut kapalterbang, sumpahan semerah padi aku pun sampai.
Tetiba je aku macam topekong siam tegak je tak gerak-gerak mulut kumat-kamit baca segala apa ayat yang terlintas kat kepala, zikir semua kalau boleh aku nak berzanji sekali lam tu. Tapi agak-agak la kan. Kalau nak tengok aku berzikir lebih dari biasa memang masa ni la.
Dah la journey 3 and a half hours.
Walaupun aku penah lalui journey yang lagi lama dari tu, tak kisah la ko 7 jam je, 3 jam ke, naik flight balik Tganu pun aku dah kejap-kejap kejang.
Mata aku memang kejap-kejap pandang seat belt light kat atas.
Asal bendalah tu menyala je mula la tangan aku tak tentu raba carik tangan En Wan nak genggam.
Tapi memang panthanggggggggg datuk nenek aku (sila baca dengan nada Nyonya Mansur) kalau lampu seat belt tu dah la menyala satu hal, pastu ko sibuk pulak nak buat announcement 'Sila kembali ke tempat duduk anda, kita sedang mengalami cuaca kurang baik'.
Sekali aku lempang kanggggg.
Kot ye pun kapalterbang ni nak terjunam boleh tak ko dendiam je takyah bising-bising?
Imaginasi aku ni mula la kang terbabas ke mana-mana, kapalterbang nak terhempas la, meletup la, terbayang-bayang tulang aku bersepai-sepai di angkasa raya.
Dah la Redza masa ni taknak duduk tepi, nak dok tengah.
Susah En Wan nak peluk aku di saat-saat genting macam ni.
Aku je la yang genting, orang lain rilek je tido berdengkur.
Ni pun satu hal jugak memekak, sekali aku bagi satu kali tepuk kat dahi, baru dia ko tido sampai tiga hari tak bangun-bangun.
Seb baik makanan ko best-best.
Agaknya aku macam jakun terlepas dari kandang, steward tu dengan mulianya membagi aku 3 bun and 3 ferrero roche.
Terbeliak-beliak cina sebelah aku ni pandang steward tu bagi aku extra coklat.
Ha, tu la ko berlagak berani sangat naik kapalterbang. Kan dah tak dapat extra roti.
Sampai HK around 11pm.
Kena pulak isi health declaration form.
Ni semua si babi ni la punya pasal.
Seb baik kitorang tak demam ke apa ke.
Aku nak bersin pun tahan-tahan je kang tak pasal aku holiday kat lokap.
Tapi takpe, En Wan yang isikan form untuk aku.
Aku sampai HK ngada-ngada sikit, taknak pegang laptop, taknak check email walaupun kat HP, ni kes work stress la, nak meredakan ketegangan di tempat keje sampai pegang pen pun taknak.
Padahal aku dah start cuti 2 hari before pegi.
Kitorang stay kat Empire Kowloon Hotel.
Bergamba latar belakangkan HK's flower, Bohemia.
Aku pun tak tau apabenda menatang bentuknya si Bohemia ni.
Tak penah jumpa pun.
Apa-apa pun yang mahalnya gamba ni sebab ada bendera China kat situ.
Nampakla memang kat oversea.
Hahahaha...jakun.
Before pegi HK aku dah membayangkan how does it feels duduk keliling ko semua orang Cina.
Biasa la kan orang melayu, dok kawasan perumahan yang ramai orang cina pun bising apa lagi la kalau kena dok kat negara yang sah-sah dorang punya.
So aku pun macam fikir mesti busuk Hong Kong ni.
But, sebenarnya TIDAK.
Ambik tu besar aku tulis.
Seriesly, HK tak la seburuk yang aku dengar.
Aku tak tau kat mana yang diorang kata HK ni bau hancing la, bau hamis la, bau bawang putih la.
Tak busuk punnnnnnnnnn.
And the people are ALL friendly.
Termasukla nyonya-nyonya kat pasar malam Jordan tu, semua friendly.
Cuma ada la dua tiga spesis yang ko tanya dia tak jawab.
But aku rasa bukan diorang sombong, tapi diorang tak faham English or maybe tak tau nak reply that's why dorang buat dek.
Sama la macam ko speaking London ngan nenek aku, kalau dia senyap tu kira cukup baik dah. Daripada dia reply 'Apa benda yang ko mencarut ni musibattttt???'
Ni kat one of the biggest apa benda ntah nama patung ni, lupa aku.
Masa ni belum waktu sembayang dia lagi, so we all boleh la nak ambik-ambik gambar peluk-peluk kat situ.
Takde hormat betul aku ni pi temple.
After a few minits, ramai orang beratur depan patung ni sembayang.
Actually ada banyak patung kat sini.
Best jugak dengar Patrick explain each patung apa maknanya.
Ada satu patung tu gamba dragon.
Aku tanya apesal takde ekor?
Dia kata dragon yang ni spesis special, disebabkan takde ekor la maka kebanyakkan orang letak kat pintu masuk rumah.
Dragon yang takde ekor maksudnya dia hanya makan tapi tak excrete.
So simbolik dia, duit masuk, tapi takde duit keluar.
Yang cina-cina lain senyum-senyum je tengok aku tercengang dengar Patrick explain.
Mesti diorang kata 'Matila budak ni kena tipu'.
Lepas gi Repulse Bay, gi Aberdeen Fishing Village pulak.
Masa ni merasa la aku naik bot melayan cara orang sana.
Makcik yang bawak bot tu rilek je speaking Cantonese ngan En Wan.
Seb baik ada another group from Malaysia, Chinese tolong translatekan.
Walaupun diorang translatekan depan orang tua tu, still lagi makcik tu nak cakap cina ngan laki aku.
Berkenan benar ye makcikkkk?
Redza memang lone ranger di mana jua dia berada.
Dok asing dari kitorang. Sorang-sorang dia je dok kat sebelah makcik dayung sampan tu.
Takde de dia nak dok sekali ngan aku.
Dia mana geng ngan aku.
Aku ni jahat.
'Ija tanak kawan mama, mama ni nakal' --->> statement aku tak tahan nak dengar. Tang nakal tu sebab banyak sangat tengok Otromen la ni.
Ni kat depan Jumbo Floating Restaurant.
Ni kat one of the mall atas bukit.
Tempat Hard Rock Cafe and Madamme Tussaud's.
Boleh bayangkan la kan betapa gedik dan gabranya aku masa nak sampai Madamme Tussaud's ni.
Dalam bas lagi aku dah touch up.
Nak jumpa pakwe katakan.
En Wan??
Sila bawak diri.
Patrick yang tengah bagi explanation tu.
Khusyuk gila aku dengar dia bercakap.
Benda-benda macam ni memang aku khusyuk la.
Cuba suruh dengar cikgu add maths aku mengajar.
Dia baru cakap 'sila buka muka surat...' aku dah menguap.
Kalau boleh time tu aku berdoa biar loceng kebakaran bunyi, konfem aku dulu yang melompat keluar kelas.
Jangan tanya aku apa aku rasa masa nampak Leslie.
Dari jauh lagi aku dah melompat jerit 'Leslieeeeeeeeeeeeee!!!'
Sampai semua yang berdiri depan aku tetiba ketepi bagi laluan.
Dorang pun heran agaknya apehal pompuan ni tetiba terpekik.
Mak aji sampai gabra tengok tetiba aku nangis.
Seriessssss!!!!
Aku macam pompuan gila kat situ.
Aku berlari naik stage peluk dia sekuat-kuat ada nangis-nangis.
Agak drama sikit la.
Tapi aku pedulik apa.
Duaploh tahun aku berangan nak jumpa Leslie.
Dari dia hidup sampai dah mati enam tahun baru aku dapat jumpa.
Seb baik dia memang dari awal dah jadik abu, kalau dia kena tanam silap-silap aku pi carik kubur dia sekali.
Aku macam tak percaya Leslie depan mata, patung pun patung la.
Aku tak kisah.
Yang aku tau aku dah jumpa Leslie!!!
Agak tinggi jugak boifren aku ni.
Aku nak kiss dia dah menjengket pun tak lepas.
Seb baik la ko tinggi.
Kalau tak aku dah buat french kiss kat situ.
Tapi aku dapat rasakan HK amat rasakan kehilangan Leslie.
Diorang buat special site for him.
Patung Leslie diorang letak atas stage kat tepi-tepi semua gamba and poster dia.
Siap ada biography and diorang pasang lagu dia.
Aku pun tunjuk terer la kan nyanyi sekali padahal apa bijik butir aku sendiri tak paham.
Apa yang aku sebut tu ntah betul ke tak pun wallahualam.
Lepas jumpa Leslie aku dah tak kisah apa pun.
Kalau kamera aku tak function lepas tu pun takpe.
Walaupun bukan idola dia, tapi sebab dah ada depan mata tetiba je sibuk nak ambik gamba jugak.
Takde la hensem mana pun si Beckham ni.
Patut la pun dapat kat si cengkung tu.
Wakakaka.
Ayat pendengki.
Aku tercarik-carik jugak kot kot dia nak letak patung Posh Spice.
Boleh aku ukur tetek siapa lagi tinggi.
Tapi takde pulak.
Takpe, tak kisah.
Yang penting aku dah kalahkan Angelina.
Lalalalala....(abaikan statement ini)






