2009-04-14

Misi masih diteruskan

Thanks sebab concern dengan kes cousin aku and aku rasa sangat-sangat ringan kepala sekejap bila dah lepaskan beban.

And sorry ye, yang murtad tu bukan Sabrina, tapi Sara, adik dia.
Gamba dia ada, tapi tak payah la aku tempek kat sini.
Bukan leh buat apa pun, buat aku sakit hati lagi ada.
Ke ada yang nak gamba dia buat hembus-hembus sikit?

Nak kata sedih memang sampai sekarang aku sedih sangat.
Kalau time solat tu especially time Subuh, memang rasa sedih gila, airmata aku turun cam air terjun.
Tapi kalau dia ada depan mata, aku rasa aku tak sedih kot.
Rasa nak bagi penyepak ada la.

Nak buat keje pun rasa down.
Tapi apehal la pulak aku nak selamanya down kan, dia tengah elok-elok je bersantai kuar masuk church siap busy plan tahun ni nak celebrate Christmast (agaknya la), aku je yang lebih-lebih nak concern pasal dia.

Pundek la okkkkk.

Pagi Sabtu lepas masing-masing sibuk fikir apa ikhtiar terakhir nak buat kat Sarah ni.
Apa-apa pun mesti halang dia jugak.

Mak Aji suggest aunty aku pakat ngan mana-mana doktor kat sana untuk masukkan aunty aku kat hospital ke apa ke, janji macam cemas la sikit bunyiknya so that anak dia akan cancelkan program nak gi church tu. At least untuk hari Sabtu lepas dia tak pergi church so we all ada masa lagi nak plan untuk tarik dia balik ke Islam.

Tapi tau-tau je la, kadang-kadang benda macam ni, orang taknak ambik decision untuk tak masuk campur.
Kita pun tak pasti undang-undang negara dia macamana kan, doktor tu pun nak kena pikir gak periuk nasik dia.
Lain la kalau kat Mesia ni aku rasa kita lebih ekstrim dengan benda-benda macam ni.

Tapi aku rasa idea nak masukkan aunty aku kat hospital tu macam tak berapa bernas je Mak Aji wehhh.
Kot ye dia nak jenguk mak dia, sekali dia kata 'Kasik I Kristian dulu boleh? Lepas tu kang I datang'
Baru dia kauuuu, elok-elok aunty aku sihat laju je masuk ICU.

Ibal suggest follow kereta dia dari belakang pastu langgar.
Paling-paling pun patah kaki masuk spital.
Siapa nak sedekah keta dia kasik berlanggar ni??
Keta ko boleh?
Tu pun kalau kaki dia yang patah, kalau kaki ko yang patah?
Dah satu hal pulak aku nak menjaga ko angkut pi bilik air cuci berak ko segala, menyusahkan aku je.

Aku suggest mintak anyone kat rumah tu tekup muka dia ngan chloroform kasik pengsan, kurung dalam bilik.
Tapi aunty aku bagitau pagi-pagi lagi dia dah kuar pi opis so takde chance nak buat.

Sekali datang Pak Aji bagi suggestion 'Cuba kita upah gengster culik dia?' (muka series ni)

Ternganga kejap aku.
Gila advance orang tua ni.
Ada bakat jadik pembunuh upahan.
Sangat tak bertepatan dengan kopiah yang ada kat kepala tu.

Tapi last resort kitorang buat solat hajat je.
Mintak kat Tuhan.
Tuhan tu lebih tau apa yang terbaik.


Oh yes, thanks kepada yang email aku lagu-lagu 80-an yang aku mintak hari tu.
Semuanya berjaya aku download tanpa kehadiran virus.

Saper hari tu yang nak lagu Di Sebalik Rahsia Cinta?
Adaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Sila bagi email, nanti aku hantar.

CD aku kalini toksah kata lagu 80an, 60an pun aku belasah.
Layan lagu 'Hidup Bersama' versi A Ramli rasa cam nak beli guitar karan skarang jugak aku nak goreng.

Misi mendownload masih lagi diteruskan walaupun kepala aku agak berdengung lately ni banyak sangat menangis kot, sampai terus dapat sakit mata.
Mata kiri dah ok, hari ni mata kanan dah buat hal macam kabur-kabur sikit.

En Wan kata aku banyak sangat tengok telo dia sebab tu sakit mata.
So, tak boleh kahh??
Abis tu takkan aku nak mandi ngan ko pakai spek itam kotttt.