walk on wings, tread in air: House for sale <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


House for sale
2009-04-24
Guys, (guys sahaje....hahahahah ptuihh)

Aku nak jual rumah aku yang aku dok skang.

Rumah baru aku next month dah dapat kunci.
Hajat di hati nak bagi lalang naik dulu baru pindah.
Tapi adelah sakit juga membayar dua rumah sekaligus.
Kitorang lakibini memang gatal sket, orang jual rumah kita pun sibuk beratur nak beli.
Pastu skang gelakkan sesama-sendiri sebab rasa sangat kelakar bila gaji masing-masing lagi banyak buat bayar hutang dari masuk perut.
Jadi, tolong war-warkan kot ada sesaper nak beli rumah aku ni.

Actually matlamat utama adelah bagi pic ni kat S**k*n.
Tapi email ko reject email akak ni dik, so akak letak je kat sini.
Sila la hasut laki ko beli rumah ni.

Actually aku dah advertised ngan Oriental Realty kot entah la apa nama agency tu.
So now tunggu buyer je (kot ye ada).

Rumah ni takde history of leaking di mana-mana. Sebab asal-asalnya row rumah aku ni ada la kot dalam 6 bijik adelah rumah contoh. Tapi rumah contoh yang kosong takde bikin apa-apa. Just nak bagi orang tengok rupabentuk dalam ni je.
Sebab Sime UEP punya rumah pelik sket.
Dalam satu row ada 6 bijik. Enam-enam bijik ni type lain-lain.
Keluasan pun lain-lain.
So kalau rumah contoh selalunya kurang sket defect.

Actually second house tu aku macam nak jual dah mula-mula sebab ada orang nak beli lebih dari harga asal (of cos la kan, saper pulak nak bagi free-free je harga macam aku beli. Gila lama aku berebut kat Sime UEP okkkkk) which sangat la membuatkan naluri mata duitan aku ni bergelochakkkkkk (ikut style M Zain dalam filem Labu Labi scene dalam bilik Sarimah).

Tapi disebabkan azaidymar dah memberikan idea yang sangat bernas untuk decorate taman larangan En Wan, kira konfem la aku nak jual rumah skang ni.
Nak bagi FREE design lak tu.
Heheh, kan????


Further discuss, sila email aveo757@yahoo.com



Rumah aku jenis end lot without land.
Disebabkan takde land kat tepi so we all buat wrought iron grill untuk keselamatan diri dari ancaman luar. Kalau ancaman tu dari dalam sila pandai-pandai cari pintu keluar.

Semua lampu and kipas aku tinggalkan.

Rumah ni asal-asal takde wall lights, semua wall lights aku tambah.



Ceiling bawah semua fully plastered

Atas semua ceiling ada skirting except masterbedroom aku letak full plaster ceiling. Rumah aku tak mengadap west, so fengshui baikkk punya...yehehe


Agak-agak tak suka kaler oren tu pandai-pandai la cat lain ye. Aku letak oren sebab nak naikkan warna kayu kitchen cabinet.


Rumah ni takde la besar nau.
So, aku buat kitchen extension. Ni tempat aku selalu makan, aku letak wood floorboard saje nak differentiatekan dapur and dining area.
Belakang takde tanah lansung, cuma aku ada bagi space sket untuk sidai-sidai baju.

Kitchen cabinet is from nyatoh wood and bench dia original granit.
So ko boleh potong daging terus atas bench tu. Tak calar punya.



Oven ni basically new sebab aku pakai setahun sekali je. Femalas la katakannn.



Sorry la beb, takde flash. Aku tak reti pulak nak adjust flash. Aku ni toksah kata IT saje bodoh, adjust kamera canggih sikit je dari henfon aku pun tetap bangang jugak.


Tak suka kaler ni, sila tukar. Cat beli sendiri. Ni la tempat aku ngan En Wan menggolek-golekkan diri. Sedih la pulak nak tinggalkan.



Kanan bilik Redza, kiri bilik.....kosong. Takde apa pun kat bilik tu melainkan kotak-kotak En Wan dari 9 tahun lepas balik dari Japan tak bukak-bukak. Eh, bukak la jugak. Bila aku tengok takde bahan yang boleh aku guna, aku tutup balik.



Ni masterbedroom, konon dulu nak buat feature wall letak kayu la bagai. Hmphh, hampehhh, lambat sangattttt. Sorry, gamba lama, En Wan tak memberi restu kamar beradunya di snap. Padahal takde yang special pun. Aircond and heater pun aku tinggalkan.



Jiran aku sebelah ni (nampak kepala dia tu?) reporter Nanyang Siang Pau. Kot ko ada benda nak report, ko story je kat dia, konfem kuar headline esok pagi.




Porch pun aku tukar. (Wah, bahasakan 'aku'. Macam la duit aku sorang yang kuar). Actually ada rumput kat depan kiri kanan, tapi aku simen kasi habis sebab aku takde masa nak tebas rumput-rumput semua.


En Wan pencinta binatang laut, so dia buat kolam ikan.



Yang paling penting rumah ni tak berhantu.
Tidur anda pasti nyenyak.
posted by aveo757 @ 11:25 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER