walk on wings, tread in air: Off <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Off
2009-04-30
Pukul : 6.49am.

Serious tak boleh tido.

Dua hari lepas badan dah start demam.

Makan ubat kebah sikit.

Tapi now dah sakit tekak pulak.

Penyakit biasa kalau nak bercuti.

Bukan sexited.

Tapi takut naik kapal terbang.

Mengapakah aku begitu jakun naik katerbang pun nak demam segala?????


Apa-apa hal jawab tag dak Mya ni dulu.


1. nyatakan usia blog anda.
Usia blog ini adelah April 2009 tolak August 2006 sama dengan kira sendiri.
Aku ni kalau melibatkan nombor-nombor adelah bangang sikit.
Untuk melindungi kebangangan aku apa kata korang je la yang kira.
Kalau salah pun korang yang nampak bangang bukan akuuuuuuuuu.


2. terangkan kenapa anda berblogging.
Sebabnya aku memang suka bercakap. Kat ofis banyak sangat benda yang aku nak cakap tapi tak sempat, so aku sambung kat blog. Series aku memang susah nak benti bercakap.
So kalau ada yang nampak aku senyap tu kasik lak peluang aku terus senyap. Sebab kalau ko dah start tegur aku, konfem aku tak berenti dah.

Masa kecik mak aji kata aku gagap.

Aku gagap???????
'Mulut pun bi bi bi bi bi bi bi su, lidah pun ke ke ke ke ke ke ke lu, ka ka ka ka ka ka ka ka ka rena, ci ci ci ci ci ci ci cinta. Ohhhhh aku rinduuuuuuuuu katakan padanya aku rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuu'

Tetiba je kuar lagu Farid Harja.

Disebabkan aku gagap, dorang telah membagi aku makan bontot ayam konon petua dulu-dulu biar kasik lancar bercakap.
Mau empatblas kati bontot dah masuk kat perut aku kot tu pasal sampai skang aku susah nak benti cakap.


3. nyatakan blog pertama yg anda baca (kalu masih ingat)
Blog sorang kawan yang aku kenal thru YM.
Kan kat YM boleh letak custom status kan.
Budak ni letak la status dia 'view my blog http://........'
Agak lama gak aku berchantting ngan dia tapi aku tak penah click kat link tu.
Sebab aku jenis bendul, Microsoft dah pesan jangan simply click on url or attachment ntah hapa-hapa kang tetiba PC ko blow.
So aku pun tak click sampai ke sudah.
Bila 1st time jumpa dia, aku tanya dia macam-macam which semua tu boleh aku jumpa kat blog dia.
So dia cam 'You tak baca blog i ke?'

'Blog tu apa?'

Dan aku pun malas nak meneruskan cerita ni, gerenti aku nampak sangat bodoh.


4. letakkan n3 pertama dlm blog anda..(means ur 1st entry la)
Dey tambi!
Susah payah aku buat archive sampai call call orang tanya camne nak buat coding segala.
Gi carik sendiri.


5. letakkan satu pic yg anda paling suka dlm blog anda. Mengapa?


Sebab gaya posing camni ko dah payah nak jumpa dah skang.

Kalau pose kat dinding, sebelah tangan tu wajib park kat dinding.
Silang kaki tu dah memang gaya kemestian para artis dulu.

Yang mahal sekali tang seluar jerut aku tu.
Punyala dulu aku tak banyak seluar, balik-balik seluar ni jugak yang aku balun.
Sampai dah naik berdano kaler dia aku kejekan.
Seluar ni la bawak gi pasar malam, seluar ni la pakai waktu siang, seluar ni jugak aku bawak tido.
Kalau celah kangkang tu toksah nak lawan aku la.
Segala macam jenis kaler benang ada.
Asal koyak je aku jahit. Benang lak tak ikut kaler seluar, main sebat je apa kaler janji berjahit.
Aku ni jenis yang kalau tido takde nama ko nak tengok aku tido kaki bersimpuh ni semua. Lagi besar katil lagi luas aku terkangkang tersiat.
Memang seluar ni kalau hidup memang dia berdoa siang malam mintak mati cepat.

Pastu seluar ni getah dia dah longgar.
Tapi sebab aku sayang sangat ngan seluar ni (sebenarnya dah takde seluar lain nak pakai, takkan nak pakai seluar bapak aku pulak), so aku jenuh pikir apa nak buat.
Alhamdulillah Tuhan mengurniakan aku akal yang sangat kreatif walaupun idea kreatif tu selalu menyusahkan orang.
Aku pedulik hapaaaaa.

Aku tanggalkan tali kasut Pak Aji dan jeng jeng jengggggg, seluar sudah boleh dipakai semula.
Kira ok la kan pakai tali kasut.
Daripada aku guna tali bra mak aji.


7. harapan anda
Saya berharap supaya pagi ni saya dapat makan nasik lemak.

(sebenarnya aku tak faham apa soklan ni)
posted by aveo757 @ 6:43 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER