2009-05-06

Ok update 1st round - Hong Kong Part 1


Aku dah spent about an hour tulis first chapter trip pi HK sekali aku terdelete.
Macam nak gila aku maki.
Ntah apa yang aku sebut pun aku tak ingat.
Tapi yang pasti tak dijumpai di mana-mana kamus dunia.

Ok, cerita holiday.
Demam babi ke, selsema babi ke tetap tak membantutkan perjalanan aku nak jumpa boifren lama.

Aku masih dalam mood MALAS.
Biasa la kan kalau dah cuti lama.
Pulak tu cuti time bukan waktu cuti, lagi la menjadi-jadi malasnya.

Aku sampai Malaysia (wahh, macamkan dok oversea tujuhblas tahun je bunyiknya) Isnin 4th of May, on my 8th wedding anniversarry.
Sila bagi ucapan.

Tapi disebabkan penat macam nak mati, kaki aku sampai skang lagi pedih menghiris sebab banyak sangat berjalan, so aku malas nak update cepat-cepat. Eh, best jugak tak sentuh laptop seminggu. Apa lagi kalau takyah update lansung sampai bila-bila, bukan kah begitu??

Misi ke HK dimulakan dengan keberangkatan mak mertua dari Tganu sebab nak tolong jagakan ikan-ikan kesayangan anak dia. Lagipun maid aku dok sorang kat rumah, kesian dia kang takde saper nak teman dia tengok cerita Keliwon.

Baikkan mak mertua saya?
Len kali carik mak mertua macam ni ok?
Tapi jangan cuba-cuba nak carik anak laki dia okkkkkkkkkk. Amaran tu.

Pi overseas ni maid haruslah ditinggalkan, lain la kalau nak pi Pangkor ke, boleh la aku bawak sekali. lagipun bukankan kata pepatah ada mengatakan jika kita sayangkan seseorang haruslah ditinggal-tinggalkan?
Ha, tinggal la ko kat rumah tu.

Khamis, lepas zohor kitorang gerak ke Bangi, park keta kat rumah mak aji, and naik MPV from Bangi to KLIA. Everyone bawak beg sandang dapat free kat Matta tu hari, senang sket nak spot kalau hilang sok. Beg aku memang konfem kat dalam tu baju Redza selai kot-kot dia berkuntau kat airport kang, boleh la aku salinkan, takde la hamis je bau dia kat kapalterbang nanti. Pampers dia sudah pasti, kang sedap tido tau-tau meleleh je air kencing dah satu hal pulak aku nak buat keje mengemop atas flight.



Sampai je kat airport, check-in dilakukan oleh ketua rombongan semestinya laki aku.
Pastu pekena McD alas perut dulu mana nak tau kot-kot MAS tak sediakan nasik kang kebulur lak sorang-sorang. Tapi tak pun order heavy meal, kunyah nugget ngan fries je. 




Lepas tu naik train pi Terminal 2 (ntah betul ntah tidak aku main sebut je ni).

Sampai kat sana qasar dulu apa-apa hal.
Belum sempat aku habiskan tahiyat akhir, dengar Redza carik botol dia.
Nampau nau tak khusyuknya.

Check beg aku takde, let alone beg En Wan.
Takyah carik la lam beg mak aji semua, nampak sangat tak lojik.

Sah, aku tertinggal kat McD.
Seb baik mood En Wan adelah baik, so dia tak berasap.
Aku diam je la kan.
Takde de aku nak bagi cadangan apa kata kita beli je botol baru.
Mau botol tu masuk dalam mulut aku pulak kang.

En Wan ni lain.
Kalau barang tu hilang sebab careless, mati hidup balik dia takkan beli baru.
Melainkan kalau barang tu hilang dan tak boleh digunakan, baru dia leh consider.
Itupun mungkin selepas dua hari tak bercakap-cakap.

Sian En Wan, susah payah dia pi balik kat McD tunjuk balik passport segala semata-mata nak menyelamatkan botol Redza.
Padahal boleh je nak beli baru.
Tapi macam aku cakap tadi takyah la susah-susah aku nak bagi cadangan.
Dia dah nak tolong carik botol tu dah cukup baik dah.



Ni namanya takde keje, orang dok lam surau berzikir sementara nak tunggu turn solat.
Aku takkkkk, main snap-snap gamba lagi.
Sila jangan contohi adegan ini.

Masuk je perut kapalterbang, sumpahan semerah padi aku pun sampai.
Tetiba je aku macam topekong siam tegak je tak gerak-gerak mulut kumat-kamit baca segala apa ayat yang terlintas kat kepala, zikir semua kalau boleh aku nak berzanji sekali lam tu. Tapi agak-agak la kan. Kalau nak tengok aku berzikir lebih dari biasa memang masa ni la.

Dah la journey 3 and a half hours.
Walaupun aku penah lalui journey yang lagi lama dari tu, tak kisah la ko 7 jam je, 3 jam ke, naik flight balik Tganu pun aku dah kejap-kejap kejang.
Mata aku memang kejap-kejap pandang seat belt light kat atas.
Asal bendalah tu menyala je mula la tangan aku tak tentu raba carik tangan En Wan nak genggam.

Tapi memang panthanggggggggg datuk nenek aku (sila baca dengan nada Nyonya Mansur) kalau lampu seat belt tu dah la menyala satu hal, pastu ko sibuk pulak nak buat announcement 'Sila kembali ke tempat duduk anda, kita sedang mengalami cuaca kurang baik'.
Sekali aku lempang kanggggg.
Kot ye pun kapalterbang ni nak terjunam boleh tak ko dendiam je takyah bising-bising?
Imaginasi aku ni mula la kang terbabas ke mana-mana, kapalterbang nak terhempas la, meletup la, terbayang-bayang tulang aku bersepai-sepai di angkasa raya.

Dah la Redza masa ni taknak duduk tepi, nak dok tengah.
Susah En Wan nak peluk aku di saat-saat genting macam ni.
Aku je la yang genting, orang lain rilek je tido berdengkur.
Ni pun satu hal jugak memekak, sekali aku bagi satu kali tepuk kat dahi, baru dia ko tido sampai tiga hari tak bangun-bangun.

Seb baik makanan ko best-best.
Agaknya aku macam jakun terlepas dari kandang, steward tu dengan mulianya membagi aku 3 bun and 3 ferrero roche.
Terbeliak-beliak cina sebelah aku ni pandang steward tu bagi aku extra coklat.
Ha, tu la ko berlagak berani sangat naik kapalterbang. Kan dah tak dapat extra roti.


Tengok Redza kemain excited lagi sampai HK 'Ma, kita dah sampai kongkong ke?'

Sampai HK around 11pm.
Kena pulak isi health declaration form.
Ni semua si babi ni la punya pasal.
Seb baik kitorang tak demam ke apa ke.
Aku nak bersin pun tahan-tahan je kang tak pasal aku holiday kat lokap.
Tapi takpe, En Wan yang isikan form untuk aku.
Aku sampai HK ngada-ngada sikit, taknak pegang laptop, taknak check email walaupun kat HP, ni kes work stress la, nak meredakan ketegangan di tempat keje sampai pegang pen pun taknak.
Padahal aku dah start cuti 2 hari before pegi.



Kitorang stay kat Empire Kowloon Hotel.
Dekat area Tsim Tsa Tsui dan sangatlah hampir dengan shopping area.
Celik je bijik mata memula nampak Marie Claire. Jalan sikit ke depan nampak LV.
Jalan lagi nampak Dunhill.
Jalan sikit lagi sampai ke hujung nampak masjid, benti jap solat kot ye pun ko dirasuk setan bershopping.



Day 1.

Patrick (tourist guide) picked us up from Empire Kowloon Hotel bawak pi Bohemia Garden, tempat diorang serahkan HK ke China in year 1997. Memorable place jugak la ni. Tempat bersejarah orang boleh pulak aku singgah. Padahal aku nak pi Dataran Merdeka tu punya la liat. Kebetulan hari tu Labour Day so ada event kat situ. Just on time la kan. Dapat la aku tengok beg pipe parade padahal ada je beg pipe tu kat sini. Biasala kan the grass on the other side is always greener.
Hahahah...ptuihhhhh.



Masa ni suhu dia 25C, macam ala-ala aircond aku kalau pukul 3 pagi.
Kalau pukul 11 malam tu haruslah 16C. Masa tu panas lagi. Kena tekan full blast.

Walaupun ada matahari, tapi sejuk.
Angin dia pun sejuk walaupun kat tepi laut.
Kalau dok kat tepi laut kita angin dia cam panas berbahang sket.

Uhh, meng-kondem negara sendiri lagi nampaknya ni.
Pangggggggg!
Lempang sedas.



Bergamba latar belakangkan HK's flower, Bohemia.
Aku pun tak tau apabenda menatang bentuknya si Bohemia ni.
Tak penah jumpa pun.
Apa-apa pun yang mahalnya gamba ni sebab ada bendera China kat situ.
Nampakla memang kat oversea.
Hahahaha...jakun.

Before pegi HK aku dah membayangkan how does it feels duduk keliling ko semua orang Cina.
Biasa la kan orang melayu, dok kawasan perumahan yang ramai orang cina pun bising apa lagi la kalau kena dok kat negara yang sah-sah dorang punya.
So aku pun macam fikir mesti busuk Hong Kong ni.

But, sebenarnya TIDAK.
Ambik tu besar aku tulis.

Seriesly, HK tak la seburuk yang aku dengar.
Aku tak tau kat mana yang diorang kata HK ni bau hancing la, bau hamis la, bau bawang putih la.
Tak busuk punnnnnnnnnn.

And the people are ALL friendly.
Termasukla nyonya-nyonya kat pasar malam Jordan tu, semua friendly.
Cuma ada la dua tiga spesis yang ko tanya dia tak jawab.
But aku rasa bukan diorang sombong, tapi diorang tak faham English or maybe tak tau nak reply that's why dorang buat dek.
Sama la macam ko speaking London ngan nenek aku, kalau dia senyap tu kira cukup baik dah. Daripada dia reply 'Apa benda yang ko mencarut ni musibattttt???'



Ni namanya grup Panca Sitara.

Still kat Bohemia Garden, memang ni spot tourist ambik gamba.
Padahal kitorang dah beli gamba photographer snapkan, tapi still nak snap lagi guna kamera sendiri. Pastu atas bas banding-bandingkan 'aku ambik lagi cun dari dia ambik'.


Pastu pi temple.

Ni kat one of the biggest apa benda ntah nama patung ni, lupa aku.
Masa ni belum waktu sembayang dia lagi, so we all boleh la nak ambik-ambik gambar peluk-peluk kat situ.
Takde hormat betul aku ni pi temple.
After a few minits, ramai orang beratur depan patung ni sembayang.

Actually ada banyak patung kat sini.
Best jugak dengar Patrick explain each patung apa maknanya.
Ada satu patung tu gamba dragon.
Aku tanya apesal takde ekor?
Dia kata dragon yang ni spesis special, disebabkan takde ekor la maka kebanyakkan orang letak kat pintu masuk rumah.
Dragon yang takde ekor maksudnya dia hanya makan tapi tak excrete.
So simbolik dia, duit masuk, tapi takde duit keluar.
Yang cina-cina lain senyum-senyum je tengok aku tercengang dengar Patrick explain.
Mesti diorang kata 'Matila budak ni kena tipu'.




Still kat temple area.

View sangat-sangat cantik dengan tongkang-tongkang bersepah kat laut.
Tongkang pulak jenis yang ada rumah sekali dalam tu.
Bak kata Patrick 'If they go fishing, the house also go fishing'.
Tetiba je aku nak jadik nelayan masa tu.
Macam best je pulak dok kat laut sepanjang masa.
Nak makan ikan, sauk je.
Nak kencing, pancut je.
Nak mandi apatah lagi, silakan la.
Takde saper nak marah ko nak bogel pun.
Tapi kalau nak berak tolong la bawak tong, sampai kat darat sok ko tanam la isi perut ko tu. Jangan la ko membuang dalam laut.
Tu menuba namanya.


Rumah Jackie Chan.

Snap dari dalam bas je.
Seb baik bas tu memahami level kejakunan aku, dia slow down sket bila sampai depan rumah orang tua ni.

Temple ni kat kawasan orang-orang kaya, Repulse Bay.
Celebrities banyak kat sini macam Tony Leung Chiu Wai, Hacken Lee, Jackie Chan.
Tu je la yang dia sebut, gamaknya kalau sebut yang lain-lain aku tak kenal kot.
Tapi memang gila bapak besar rumah-rumah kat sini.
Jenis yang ada duaplohpat bilik tido, tigaplohtiga bilik air.
Rumah aku ni taraf-taraf jamban amah dia je agaknya.





Lepas gi Repulse Bay, gi Aberdeen Fishing Village pulak.

Masa ni merasa la aku naik bot melayan cara orang sana.
Makcik yang bawak bot tu rilek je speaking Cantonese ngan En Wan.
Seb baik ada another group from Malaysia, Chinese tolong translatekan.
Walaupun diorang translatekan depan orang tua tu, still lagi makcik tu nak cakap cina ngan laki aku.
Berkenan benar ye makcikkkk?

Redza memang lone ranger di mana jua dia berada.
Dok asing dari kitorang. Sorang-sorang dia je dok kat sebelah makcik dayung sampan tu.
Takde de dia nak dok sekali ngan aku.
Dia mana geng ngan aku.
Aku ni jahat.
'Ija tanak kawan mama, mama ni nakal' --->> statement aku tak tahan nak dengar. Tang nakal tu sebab banyak sangat tengok Otromen la ni.



Ni kat depan Jumbo Floating Restaurant.
Diorang kata kat sini boleh makan sebab semua seafood.
Takde de anak tekak aku nak terima.
Ambik gamba jadik la.



Ni kat one of the mall atas bukit.
Tempat Hard Rock Cafe and Madamme Tussaud's.

Boleh bayangkan la kan betapa gedik dan gabranya aku masa nak sampai Madamme Tussaud's ni.
Dalam bas lagi aku dah touch up.
Nak jumpa pakwe katakan.

En Wan??

Sila bawak diri.

Patrick yang tengah bagi explanation tu.
Khusyuk gila aku dengar dia bercakap.
Benda-benda macam ni memang aku khusyuk la.
Cuba suruh dengar cikgu add maths aku mengajar.
Dia baru cakap 'sila buka muka surat...' aku dah menguap.
Kalau boleh time tu aku berdoa biar loceng kebakaran bunyi, konfem aku dulu yang melompat keluar kelas.


Sudah berada di depan pintu masuk Madamme Tussaud's.
Hanya beberapa langkah sahaja lagi aku nak berjumpa dengan chenta hati.

Masuk je Madame terus lalu depan Obama.
Memang semorang kena ambik gamba ngan Obama, ada special photographer tunggu kat situ.
Tapi aku tak simpan gamba tu, gamba tu mak aji pegang.
Memang kalau Obama nampak gamba tu konfem straight aku masuk camp Guantanamo.
Selamba badak je aku letak tangan aku atas bahu dia buat cam geng nak gi mapley.



Hambikkkkkkkkk.

Makan hati la peminat Brad Pitt tengok aku.
Angelina Jolie pun takleh kata apa dah.
Kejung je kat tepi tengok aku peluk laki dia.

Wahhh, yang kiri sekali tu kemain lagi ambik kesempatan.
Mentang-mentang patung, jadikkkk la.

Tapi kan, tetek dia kecik okkkkk.
Kalau aku la yang pakai dress tu konfem selambakkk.

...dan selambak juga di perut.



Kasik bleach kulit ko tu dulu, mungkin cerah sikit harapan.
Toksah berangan nak dapat awek ala-ala Ayumi Hamasaki, dapat cam muka aku pun dah wajib ko buat kenduri kesyukuran hantar pisang kat masjid.




Tuen ni ai ai ai puwaiiiiiiiiiiiiiiiii.
(siapa tau lagu ni sure tau step menari dia camne)

Ibal memang jaki je ngan kehenseman dan kemantapan abs Aaron Kwok.
Seb baik ramai orang kat tepi.
Kalau tak mau dia tanggalkan baju dia gak.

Agak-agak la kalau nak lawan Aaron Kwok pun.
Ko six pack macamana pun tapi kalau kulit ko hitam, takde de dorang nak puji ko.
Ni Hong Kong okkkkk, kulit putih adelah kemestian!!

Tapi pendek je Aaron Kwok ni.



Series hensem mamat ni okkkkk.
Walaupun aku tak ala-ala Yu Jin, tapi dia tetap menyambut kedatangan aku dengan pelukan mesra.

Tinggi gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Tapi lagi tinggi Ibal aku rasa.
Seb baik time ni level minat aku kat dia dah tahap suam-suam kuku.
Kalau aku pi sini time Winter Sonata tengah hot harus nampak aku merembes-merembes tepuk-tepuk lantai nangis.

















































TADAAAAAAAAA!!




Jangan tanya aku apa aku rasa masa nampak Leslie.
Dari jauh lagi aku dah melompat jerit 'Leslieeeeeeeeeeeeee!!!'
Sampai semua yang berdiri depan aku tetiba ketepi bagi laluan.
Dorang pun heran agaknya apehal pompuan ni tetiba terpekik.

Mak aji sampai gabra tengok tetiba aku nangis.

Seriessssss!!!!
Aku macam pompuan gila kat situ.
Aku berlari naik stage peluk dia sekuat-kuat ada nangis-nangis.
Agak drama sikit la.
Tapi aku pedulik apa.

Duaploh tahun aku berangan nak jumpa Leslie.
Dari dia hidup sampai dah mati enam tahun baru aku dapat jumpa.
Seb baik dia memang dari awal dah jadik abu, kalau dia kena tanam silap-silap aku pi carik kubur dia sekali.

Aku macam tak percaya Leslie depan mata, patung pun patung la.
Aku tak kisah.
Yang aku tau aku dah jumpa Leslie!!!
Agak tinggi jugak boifren aku ni.
Aku nak kiss dia dah menjengket pun tak lepas.
Seb baik la ko tinggi.
Kalau tak aku dah buat french kiss kat situ.

Tapi aku dapat rasakan HK amat rasakan kehilangan Leslie.
Diorang buat special site for him.
Patung Leslie diorang letak atas stage kat tepi-tepi semua gamba and poster dia.
Siap ada biography and diorang pasang lagu dia.
Aku pun tunjuk terer la kan nyanyi sekali padahal apa bijik butir aku sendiri tak paham.
Apa yang aku sebut tu ntah betul ke tak pun wallahualam.

Lepas jumpa Leslie aku dah tak kisah apa pun.
Kalau kamera aku tak function lepas tu pun takpe.




Walaupun bukan idola dia, tapi sebab dah ada depan mata tetiba je sibuk nak ambik gamba jugak.
Takde la hensem mana pun si Beckham ni.
Patut la pun dapat kat si cengkung tu.

Wakakaka.
Ayat pendengki.

Aku tercarik-carik jugak kot kot dia nak letak patung Posh Spice.
Boleh aku ukur tetek siapa lagi tinggi.
Tapi takde pulak.
Takpe, tak kisah.
Yang penting aku dah kalahkan Angelina.
Lalalalala....(abaikan statement ini)




Ibal ni memang penyakit sikit.
Mentang-mentang la orang tu jongos, ko pun nak bergamba jongos jugak.
Dia tu jongos-jongos pun poket lebat.
Anytime leh pakai braces.
Makwe tunggu turn je.

Ko tu cara-cara tak jongos pun blom tentu ada orang nak, Bal.
Kasik rendam kulit ko ngan klorox dulu.

Mere mangki gangga aur tere mangki jamanaka

Wah, Pak Aji.
Sama naik nak feeling-feeling artis.
Habis shawl mak aji dia belasah punya la nak setaraf ngan Amitabh.

Tapi memang hensem la Amitabh ni.
Tua pun hensem lagi.
Yang penting kepala tak sulah.
Laki aku lom 35 lagi dah luas je dahi aku tengok.




Hilangkan nak jadi rupa Jack Sparrow dah jadik cam muka penyangak dah ko, Bal.

Geli aku tengok muka ko dah macam berkerak tak mandi empat tahun.
Ntah mana dia jumpa jaket rabak ngan rambut cam jiban ni.
Tapi adik aku ni memang pakar buat muka sememeh.

Macam ni la kalau ko nak tau muka ko bangun tido.
So, kalau bangun tu bawak-bawak la mandi dulu.
Toksah nak bersantai depan rumah lap kereta, baca sokabar bagai.
Toksah kata anak dara nak dekat, nak lalu depan rumah pun mintak nyawa.



Tu diaaaaa....Marilyn Monroe versi negro berat 47 kilo.
Sangat jauh beza ngan actual Monroe yang slim dan putih bak snow white.
Aku ni bukan SNOW WHITE tapi NO WHITE.

Dia siap gantung rambut ngan dress putih ni kat tepi.
Apa lagi kan, bila lagi nak feeling-feeling skirt terangkat.

Tapi kipas kat bawah tu tak kuat mana.
So skirt aku pun ala-ala je kembang dia.
Mujur la dia tak pusing kan kipas tu kuat.
Kalau tak konfem nampak spender pink Girl's Paradise aku.
Tak pasal aku jadik Bikini Barbie kat situ.
Baru dia takde orang nak bergamba ngan patung-patung ni semua, dah sibuk semua nak bergamba ngan aku pulak.



Favourite idol En Wan.

Ala, ko boleh la nak bergamba ngan orang bijak pandai ni.
Ko terer fizik.
Aku memang benci betul ngan orang tua ni buat formula merepek meraban teori relatif mass-energy equivalence pekejadah menatang ntah, sikit lagi aku nak fail paper fizik aku. Blah la ko.



Redza memang payah betul nak bergamba kali ni.
Sangat tak mewarisi gen-gen gedik aku.
Apa nak jadik ko ni asal bergamba je ko terselit kat sana, terselit kat sini.
Nampak dia terselit tu?

Cuba jadik cam mak ko ni.
Asal ada kamera je konfem aku pose tak kisah la kamera saper pun, saper suruh ko hala kamera ko kat aku kan?




Oh, dia ni memang cukup pandai kalau buat aksi lakonan ala-ala ferahsan macam ni.
Yo yo an je ko bagi ucapan kat atas tu.
Padahal dulu time skolah suruh berdiri kat depan cakap 'tangan angkat, tangan jatuh, tangan angkat, senang diri' pun ko prektis dua malam.

Aku nak tido.
Esok-esok sambung.
Kalau tak minggu depan.