2012-02-13

Hikmah

Hari ni aku mula bekerja walaupun waktu berpantang sebenarnya habis esok.
Tapi disebabkan semalam aku dah testing jogging 2 round kat park, macam ok je. So aku decide hari ni aku start keje.
Pagi tadi aku keluar ke UPSI dulu.
Pastu now dah ada kat opis.

Regarding shawl, meh sini aku nak share satu story yang jadi teladan pada aku and semua orang, hopefully.

Sebelum aku terima shawl tu pun aku tak sedap hati.
Macam ada something yang tak kena.
Sebab awal-awal lagi aku ditemukan dengan sales exec yang bingai.
Respon ntah hapa-hapa, tapi mengenangkan aku dah baik dengan si Ivy (sales yang aku selalu berurusan), aku on je la order dengan dia.

Bila shawl dah sampai and bukak-bukak pakej nampak shawl lain gila memang aku berapi la. Tapi takde la berapi-api macam aku amukan dengan akak tailor tu. Sebab sales ni tak kerek macam akak tu. Bila nampak semua shawl tak macam yang aku order, aku naik atas, basuh muka jap ilangkan tensi pastu capai henfon call dorang.

Bla bla bla bla lebih kurang, aku terus call orang yang selalu jadi bahan rujukan aku tu. Dia ni memang kawan sebenarnya, tapi sebab dia lebih arif bab-bab yang aku jahil ni, so memang dia la tempat aku mengadu hal apa-apa.

Bila aku cerita shawl aku sampai lain, sales tu salah bagi price, bla bla bla, dia just jawab "Alhamdulillah".

Aku senyap.

Dia cakap "Alhamdulillah kerana Allah selamatkan you dari urusan jual beli yang tidak sah".

Wohoooooooo.
Aku like, apa yang tak sah??

Dia kata "Syarat jual beli, barang yang dijual mestilah SEMPURNA MILIK".
Maksudnya, kita hanya boleh jual barang tu bila produk dah ada kat tangan.

Aku bagitau dia dalam kes aku ni, aku mintak customer bayar full payment sebab harga tu murah gila RM39, so kalau booking setakat RM10 mcm kesian gila orang nak buat payment banyak-banyak kali. Nak pulak yang kena pi ATM untuk bayar. Macam kesian pulak kena pi 2 kali untuk harga just RM39.

Dia cakap tetap tak sah jual beli tu kalau barang belum sempurna milik.
And berdosa.
Dosa muamalat.

Ya Allah....takut pulak aku dengar.
Alhamdulillah Dia selamatkan aku, trade aku that day tak jadi.
Shawl yang aku terima semua salah.
And aku kena re-confirmkan balik dengan customer samada dorang nak proceed or not.

Nak kata down, takde la down gila-gila.
Aku memang tak fikir lansung pasal orang akan cancel order, sebab kalau cancel, aku boleh tolak kat wholesaler. Cuma sakit hati sebab aku boleh berurusan dengan sales yang slow mlow tu.

Rupanya ada hikmah yang DIA nak tunjukkan.
Bila aku email customers, shawl yang silk tu 80% setuju nak proceed jugak. Thank you so much.
And bila reader-reader lain tau silk shawl tu akan di-order semula, makin ramai yang place order pulak. Maybe ni set-set readers yang nak order hari tu tapi shawl dah habis orang booked.
Tima kasih la banyak-banyak.
Shawl silk tu aku tunggu sampai malam ni je untuk aku confirmkan dengan factory.
Pada yang belum respond or nak tambah order, silalah email aku the soonest.

Tapi apa-apa pun, hikmah yang paling besar adelah aku belajar dari kesilapan.


Sampai dari UPSI dah pukul 2 lebih, nasik kat mamak pun dah kering. Makan biskut lorrr.



Hari tu ada yg tanya tajuk lipstik aku ni. Tajuk dia Clinique Bonfire.

Kaler dia tak nude macam ni. Kalau org kulit cerah maybe nampak merah. Kulit ala-ala Whitney Houston akan nampak cam kaler bibir aku ni.

2012-02-12

Polyester

Ok, ini entry khas untuk those yang dah place order untuk shawl hari tu.
Aku dah pun email korang semua earlier, and ini entry untuk aku tunjukkan camana rupanya shawl tu.

Cerita dia cenggini.
(untuk reader yang tak tau, yang tempah shawl semua dah tau)

Shawl tu dah la sampai lambat sebab cuti CNY lama sangat.
Dah la masa sampai kat KLIA sehari suntuk aku mengejar shipment.
Sabtu lepas baru dapat kat tangan,
Aku macam rasa tak yakin je dengan order kali ni sebab this time aku deal dengan sales yang lain. Selalunya aku deal dengan orang yang sama.
Dah la dari awal lagi sales ni reply pun slow pastu service lembab.

Bukak-bukak package gila babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku tengok shawl yang aku dapat semua lain.

Aku terus call HK.
Sales tu takde, aku cakap dengan Manager dia.
Manager dia check punya check rupanya budak sales dia pi bagi harga salah kat aku, that explains kenapa aku dapat shawl POLYESTER, bukan 100% SILK macam selalu.
Memang series bengang la aku kan.
Patut la masa aku mintak quote, aku macam rasa apehal harga dia murah gila?
Selama ni aku bawak masuk 100% silk, harga dia tak macam ni.
So, sales tu kata this is the new price.
Ok la kan, aku pun proceed.
Rupanya exec dia terbagi harga untuk gradient shawl polyester.
Dah nama pun polyester, sah-sah la aku takkan dapat color macam aku advertisekan tu hari sebab yang aku advertise tu memang shawl silk.

Sales Manager dia kata, silk shawl tu memang ada cuma harga dia dah lain.
Harga 100% silk shawl seperti dalam entry SHAWL 4 (klik THE SHOP kat side bar belah kanan ni) sebenarnya adelah RM85.
Aku pok pek pok pek pok pek kat dia, last-last dia bagi RM72.

So, aku dah pun email semua buyer hari tu if they want to proceed with the silk shawl (seperti dalam gambar yang dulu), they can proceed. Just email aku kat aveo757@yahoo.com cakap nak proceed. Takyah bayar the balance dulu sampai shawl dapat kat tangan aku.

Tapi ada yang nak tengok dulu cemana rupanya polyester shawl yang aku dapat ni.
Not bad sebenarnya the color and material, sepadan la dengan harga RM39 tu.
Cuma sebab selama ni biasa bawak masuk silk, so bila dapat polyester agak mengada-ngada jugak la diri ini dok men-comparekan the kualiti dengan silk.
Tapi bila aku try pakai today, rasa ok je.
Cuma kaler dia je la yang lain dengan yang silk punya.

So, sila tenung-tenungkan shawl-shawl yang aku snap kat bawah ni.
Abaikan la muka-muka aku tu.
Ujung-ujung muka aku dah naik berlengas and senyum pun senget je.
Barulah aku tau betapa penatnya jadi model.
Sampai nak senyum pun dah tak reti.

Kalau nak proceed dengan shawl-shawl ni, email aku yang mana satu korang berkenan untuk replace.
Kalau nak proceed dengan silk shawl tu, tolong email aku jugak sebab aku perlu confirmation siapa yang nak, siapa yang taknak, siapa yang nak di-refund.



1. Orange/dark yellow
2. Peach/cream
3. Green
4. Blue



1. Grey/black
2. Shocking pink
3. Purple
4. Brown



1. Soft pink
2. Orange/white




Gambar-gambar kecik ni aku saje letak untuk korang tengok kedudukan shawl dari sudut yang berlainan.
(gila banyak aku tersengih depan kamera)


I'm waiting for your respond.


p/s : Kalau ada yang dulu tak book tapi nak beli shawl-shawl ni, can email me also.

2012-02-10

Not againnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!

Mak aku ni kan, dengan aku pun dia boleh stalk tau.
Tadi tengah kemas-kemas bilik si Rayyan ketuk-ketuk pintu bilik.
Biasa la anak aku ni sehari 8-9 kali rock climbing.
Dia macam tau je aku ada dalam bilik.
Tak sampai hati, dia terjerit-jerit "Ma! Ma!" kat luar, so aku bukak pintu.
Maka mak aku pun melepak la sekali dalam bilik aku tengok aku kemas-kemas lemari sambil sembang-sembang.

Mak aku ni kategori "concern" la jugak.
Kalau dia nampak aku tengah mengemas tu nanti mesti dia jenguk-jenguk and kelebet-kelebet benda-benda yang tengah kemas tu.



Punca aku berkemas ni sebab pertamanya of cos la bosan kan.
Terperap je kat rumah ni asik la berpantang ke keje aku.
Orang lain yang selamat beranak pun takde kecoh berpantang macam aku.
So aku check-check la apa yang patut boleh dipunggah, jadi aku plan nak tukar tempat perfume aku.
Perfume-perfume ni asalnya kat area cosmetik, tapi sebab aku baru je order perfume lagi, jadi sebagai langkah-langkah keselamatan dari disoal-siasat oleh En Wan, aku pindahkan dalam laci. Jadi, bila perfume baru sampai, dia takkan perasan. Ngahhaha.

Mak aku pun jenguk sekali dalam laci ni.


Mak : Allah! Banyoknya minyok wangi. Diana punya seme ni?

Aku : Ha'ah, mak.


Mak : Doh bakper banyok-banyok sangat? Buleh habis seme ni?

Aku : Taknak bagi habis la tu mak, sebab tu Diana beli banyak-banyak. Lambat sikit habis. Hari ni pakai yang ni. Esok pakai yang ni pulak.


Lojik???

Lojik.


Pastu dia tengok aku susun-susun baju.
Ada selonggok baju yang aku kumpulkan setempat.


Mak : Ni bakpe pulok? Nak buang?


Aku : Ha'ah, Mak. Kalau baju-baju tu 6 bulan Diana tak sentuh, maknanya dah boleh buang la tu.


Terus duduk bersila mengadap baju yang berlonggok tu.
Dia kirai sehelai-sehelai.
Aku dalam hati dah alamakkkk jangan lah mak aku komplen baju-baju aku.
Tu semua stok-stok baju tak cukup kain.
Kang tetiba dia tanya "Ni baju apa ni? Camne nak pakai ni?"
Satu hal pulak aku nak men-demo.

Seb baik dia tak cakap apa-apa.
Cuma biasa la kan, dia kata sayang baju cantik-cantik nak buang.
Habis tu kalau tak buang nak letak kat mana kan.
Takkan spageti strap ngan tube-tube aku ni semua nak dibuat alas kaki?

Tapi aku diam kan aje la.
Nanti aku letak kat bawah, mesti mak aku ngan bibik punggah balik.
Dorang memang suka buat QC kat sampah-sampah aku.
Asal aku buang je, nanti dia simpan balik.
Aku bukannya apa, nak bagi orang pun baju tu dah pakai berkali-kali.
Lagipun baju aku dulu semua stok-stok cukup syarat tutup nipple je.



Kau nampak ini???????

Dalam tengah-tengah aku mengemas lemari tu, mak aku boleh pi buat spot check dalam tong sampah aku.
Mesti dia dah bajet, menantu dia ni kalau buat gerakan pembersihan bersar-besaran mesti ada benda aku humban dalam tong sampah.
Padahal aku dah letak g-string segala ngan stokin-stokin aku belah bawah sekali, aku timpakan dengan kertas-kertas.
Dia boleh korek jugak!

Mak aku ni kalau PDRM esok cadang nak ambik warga tua jadi pekerja, aku memang bagi sokongan padu dia jadi detektif. Konfem anugerah detektif berjaya lapan tahun berturut-turut dalam tangan.
Gila kauuuuuu.
Semua benda dia boleh tau ok.
Kau sorok la celah mana pun, mesti mak aku leh jumpa jugak.
Ujung-ujung aku ni asik la kantoi dengan mak mertua.
Seb baik dalam tong sampah tu takde kondom ke apa.
Tak ke satu hal aku nak menjawab?

Seb baik kali ni mak aku dah tau apa itu g-string.
So dia tak banyak tanya dah.
Tapi aku tau mesti dalam hati dia masih lagi mempersoalkan macamana cara pakai g-string tu.

Kitten


From: Ninety Yahoo
To: "aveo757@yahoo.com"

Sent: Friday, February 3, 2012 6:00 PM
Subject: IKLAN di blog Kak D yg Famous.

Salam Kak D.,

I'm one of ur millions reader..
Saya ada few kittens yang nak dijual..
Breed Persian, berumur 1 bulan dan 4 bulan.
Sihat, bersih dan dah di-trained membuang air kat pasir kucing tu.. (toilet trained).

Minta jasa baik Kak D iklankan di blog Kak D boleh?

Jasamu ku kenang.. TERIMA KASIH Kak D

Regards,

Azrina Asmawi
017-4136351



Sape yang minat kucing silakan la men-call budak ni.
Aku memang sorry ye, bulu-bulu ni kureng berkenan sikit.
Dalam rumah aku bulu-bulu tak dibenarkan.
Sebab tu time nak belasah Redza hari tu aku capai hanger sebab tu je la pun yang ada.
Bulu ayam memang takde dalam rumah aku ni.
Takde istilah mengebas habuk. Cuma ada istilah mengelap habuk saje.
Kalau rumah Mak Aji dulu memang harus ada 2-3 bulu ayam yang jenis rotan bengkok tu.
Pehhh itu kalau dapat kat betis 2 kali sebat, harus kau naik pangkat Sarjan!
3 calit terus.


Aku memang tak suka kucing.
Kalau makan kat gerai-gerai memang aku cukup risau kalau ada kucing lalu bawah kerusi aku.
Padahal kucing tu tumpang lalu je pun tapi sebab time dia lalu tu ekor dia tegak ke atas, so ekor dia nanti terkena kat peha aku series geliiiiiii!
Aku ni memang kalau dibagi ular dengan kucing, aku rela pegang ular.
Tapi takde la sampai hati aku nak tendang ke, sepak ke kucing tu kalau dia datang dekat.
Aku nak tolak dengan kaki pelan-pelan pun tak berani sebab takut terkena bulu dia.
Selalunya aku akan melompat dari kerusi tu. Memang kalau makan kat tempat ada kucing ni aku takkan kenyang. Tak konsentrate aku nak bersantap.


So kucing, tak payah la kau nak bergesel bersenggol-senggolan kat aku.
Takde de aku nak suka kat kau.


Penyakit tak suka bulu ni jatuh kat Redza.
Redza dah jadi macam aku, nampak kucing je menjerit. Padahal kucing tu termenung je tak buat apa-apa pun. And Redza pun alergik bulu-bulu.

Aku lagi la alergik.
Seb baik laki I takde bulu dada.
Clean and clear.
Takleh aku bayangkan tido dengan laki yang bulu dada penuh stok-stok dari jambang sambung ke dada sambung ke pusat sambung ke telo. 
Haish! Lemas I.

2012-02-09

2



Selama ni lalu-lalang kat pantai Batu Burok, tak pernah kehinginnya aku nak naik kereta kuda ni. Tapi hari tu aku bawak rakyat ramai, jadi kasik la dorang naik kereta kuda.

Tapi mahal gila la kereta kuda ni.
Dah la dia kira per head, bukan per ride.
Macam kat Melaka tu hari, per ride RM25, pusing gila jauh.
Puas hati.

Yang kereta kuda ni per head RM5 dewasa, budak RM3.
So sekali jalan total RM16.
Dah la sekangkang kera je.
Aku ingatkan dia bawak la pusing dari depa pantai tu lalu depan AnW, lalu depan warung celup, sampai ke Primula pastu pusing balik ke port, rupanya dia memutar-mutar kat depan aku je. 10-15 minit je, done.
Ye ye je aku melambai-lambai kat anak-anak aku, tup-tup da pusing and lalu balik depan aku and terus stop.
Aku macam, eh? Dah ke?
Satu pemandangan kau tak nampak. Sabit nak rasa naik keta kuda feeling-feeling Cinderella je.
Takde motif kau buat bisnes kereta kuda.
Kalau kau at least jalan ke depan sikit, pusing-pusing sampai Primula ke apa ke, dapatla pelancong tengok pemandangan. Ini tak. Kau pusing-pusing je depan car park, jadah weh????

Kalau korang nak naik, aku suggest korang ambik sorang satu kereta kuda.
Lagi untung.
Dah dia kira per head kan. Buat apa naik ramai-ramai, baik conquer kereta kuda tu sorang-sorang.




Satu lagi tempat wajib singgah adelah Gerai Pulut Lepa (Pulut Panggang).
Beli-beli je, masuk lam kereta terus bukak, makan.
Tak sempat tunggu sampai rumah.
Pulut lepa dia tebal, bulat. Pastu inti ikan, sedap.
Warung ni kat tepi sekolah. Aku tak tau la apa nama tempat ni, tapi sekolah tu kaler oren.
Warung ni ada jual sekali sata.
Memang laku gila.
Masa aku gi beli tu, dah berbungkus-bungkus pulut lepa dia put aside, dah ada orang booked.

 

Hari nak balik ke KL tu, kitorang singgah lagi beli lagi 3 buku roti paung.
Lupa aku nak cakap, roti paun dah tukar nama.
Agaknya dia pun dah sedar ejaan dia salah. Hahaha.
Now, plastik and banner dia dah tukar ke ROTI PAUN. Tapi sebutan tetappppppppp PAUNG.
Seb baik nama kedai dia eja CHE WAN, tapi aku jamin sebutan tetap CHE WANG.

Dulu lagi aku tanya En Wan 'Apesal Paung? Paung tu apa??'

En Wan terpisat-pisat nak jawab.
Aku dah agak dah, ni mesti sebenarnya POUND.
Just like pound cake.
Last-last terjawab jugak persoalan aku selama 11 tahun ni.

Pastu aku terpikir, apesal adik-beradik En Wan tak guna nama betul untuk panggilan kat rumah.
Abang dia, Wan Mohd Rosdan = panggilan Mat Pok
Dia, Wan Mohd Ridzuan = adik Ayie (eiiii geli aku dah tua-tua kedarah nak panggil adik lagi)
Adik dia, Wan Mohd Rafizan = Awang.

Ni semua mesti nak mengelakkan dari salah sebut nama sendiri kan?
Percayalah, En Wan tak reti sebut nama sendiri.
Dia mesti akan sebut Ridzuang.
Seriesly tak tipu!
Wahkakakakakaka.

Tapi tu kan.
Dia tak boleh sebut "N" dehgan betul, tapi sebokkkkkk nak letak nama anak hujung ada "N".
Aku ni seboleh-boleh carik nama biar senang bapak dia nak menyebut nama anak-anak sendiri.

Wan Muhammad Redza Farrel.
Takde "N".
"WAN" tu memang takleh lari la, memang kena letak.

Bila pregnantkan Rayyan, aku asalnyta nak letak Wan Muhammad Rafiq Akmal.
Dia seboleh-boleh nak letak RAYYAN.
Pastu sudahnya panggil Rayyan now ADIK.
Sebab kau takleh sebut kan?
Ok gelak lagi. Ngahahahha.

 

Asal balik Tganu, bawah seat aku akan jadi rupa gini.
Penuh dengan makanan.
Dulu masa memula beli Coach, sayang wooo nak letak kat bawah.
Skarang, Coach Moach.
Semua aku campak kat bawah.

Oh yes, hari tu ada reader tanya pasal beg Coach yang aku beli from kawan.
Dia tanya kenapa kedai kawan aku tak banyak choice and if boleh buat installment ke tak.

Actually bukan tak banyak choice. Kawan aku ada jugak bawak beg sebagai stock. Tapi of cos dia akan bawak masuk beg yang ada demand. Takkan nak bawak masuk semua design Coach. Kang takde orang beli kang, dah jadi aset pulak.

Macam beg-beg yang aku beli dari dia tu semua pre-order. Maknanya ko boleh bagi product ID yang ko berkenan, and dia bawak masuk untuk kau.
Payment-wise, hanya barang yang diorang bawak as stock saje boleh buat installment. Rasanya 2 kali je kot.
Tapi kalau pre-order macam yang aku beli dulu, either kau bayar full payment or bayar 50% for booking, bila barang sampai bayar the rest. Pre-order mana boleh installment. Sebab kau yang pilih the beg, kau yang suruh dia belikan, secara lojiknya, mesti kau dah ada duit, betul tak? 

Tapi ada sorang lagi budak dalam FB list aku, tak tau la dia ni reader blog ni ke apa.
Ko boleh search under nama "Arlia Mystylostyle".
Dia pun buat bisnes handbag, mostly Coach. 
Boleh la kalau korang nak compare-comparekan price.
Kawan aku punya, klik banner kat belah side bar aku nama "My Brand Outlet".


Oh lagi satu, thanks pada yang hantar email enquire pasal tempahan nasik minyak and nasi dagang.
Ramai rupanya yang nak buat majlis tema Trengganu ni.
Ini aku akan discuss dulu, and reply to your email later ok?

Ini satu lagi kuih wajib makan. Tapi aku belum pernah jumpa lagi orang jual kuih ni kat kedai.
Maybe ini sememangnya kuih air tangan mak no.2 En Wan.
Nama kuih ni - kuih dadar.
Inti ikan!
Mahbelessssssssss.
Kuih ni kira macam ex-stock kat rumah aku.
Tapi kali ni cuma depat 3 box je, dalam 30 bijik.

Dia macam karipap, sebab guna inti kentang.
Tapi sebab dia Trengganu mali, so dia gantikan daging/ayam dengan ikan.
Tapi the rasa memang lain sebab rempah yang dia gunakan tu bukan rempah kari.
Kalau rempah kari memang sah-sah la kuih karipap namanya.
Tapi rempah ni sangat lain. Best.

Nanti insyaallah bila-bila in future aku buat majlis, aku akan pastikan kuih ni ada untuk korang rasa ("korang???" Macam nak jemput semua je gayanya)



Petua bibik sekali lagi di-aplikasikan masa nak balik ke KL hari tu.
"Jangan berak-berak kalau belum sampai rumah"

Ok ini lah menu aku skarang.
Terduduk atas katil, tengok tv, sambil minum teh o and cekelat Daim.



News :
Shawl akhirnya keluar jugak dari Hong Kong pagi tadi.
Sorry sangat-sangat. Memang this time, salah waktu betul aku place order. Hong Kong busy dengan CNY and Chap Goh Mei. Principal aku from Beijing pun baru reply semua email-email aku.
Dorang memang cuti panjang rupanya kalau time raya.
Sorry again.

2012-02-08

Port

Aku balik Trengganu Sabtu pagi around 7am.
Mujur lah aku keluar awal sikit.
Adik En Wan, si Mek tu, keluar pagi tu around 10am dah jem gila-gila dah.
Pagi tu lepas Subuh je semua siap-siap, gi breakfast kat mamak dulu apa-apa hal sebab En Wan kata dia taknak stop mana-mana dah. Paling-paling pun stop kat Gambang je isi minyak.

Disebabkan En Wan sudah fresh pagi-pagi, jadi aku boleh jadik kelindan saje.
Tak payah jadi pilot.
Kemain semangat lagi En Wan nak balik Tganu. Ntah apa dia nak carik ntah kat Tganu. Kalau dulu tu lojik la jugak, nak balik kampung jumpa mak.
Skarang ni mak dah duduk sekali dengan kitorang aku pun macam dah tak nampak motif nak balik Tganu.

Betul pun sangkaan aku.
Hari pertama kat Tganu je, En Wan kejap-kejap tanya aku 'Mana nak pegi eh?'
Eh mana aku tau.
Kampung kau, bukan kampung aku.

Since mak pun dah tak duduk rumah tu, so of cos takde barang nak dimasak.
Jadi, kali ni balik Tganu semua bantai makan kat luar.
Macam serupa melancong je gayanya kali ni.
Cuma tak duduk hotel.

Malam tu Kak Long En Wan datang bawak nasik goreng from kedai dia.
Tapi masa tu tekak aku dah keluarkan tune nak makan seafood.
So malam pertama tu aku ngan En Wan je makan kat bandar.
Pusing town nak kat 3 kali aku tak nampak-nampak kedai yang aku rasa sesuai nak masuk.
En Wan pulak asik la tanya aku 'Mana eh nak makan?'
Sape yang orang Tganu pun aku tak tau la.
Kalau ikut tekak aku senang je, susah-susah sangat makan je kat AnW Batu Burok tu.
Tapi En Wan nak makan nasik. So carik la jugak restoran.
Last-last nampak macam ramai je orang kat satu restoran ni seafood ni, nama dia Restoran Tenang Seafood.
Kat Batu Burok jugak.

Tapi tak berapa nak tenang aku tengok restoran tu.
Orang boleh tahan ramai.
Pekerja dia bersimpang-siur. Mabuk aku.

Kitorang order ikan bakar, kerabu mangga and tomyam seafood.
Taknak order merepek-repek sangat sebab orang terlampau ramai so taknak nanti dorang masak lambat.
Tapi lambat jugak.
Kalau lambat tapi hasilnya memuaskan hati takpelah jugak kan.

 
 Tensi dah setengah jam makanan tak sampai lagi.


Hambik kau.
Macam ni je rupa ikan bakar dia hidang kat aku.
Tergolek je ikan ni pandang aku,
Hiasan takde, apa takde.
Aku ingatkan lambat sangat hantar makanan kot busy buat ukiran timun ke apa.
Sekali kau...
Ni cara-cara kalau masuk masterchef malaysia ni, belum start masak dah kena tendang keluar dulu.

Ikan failed!
Hangus!
Sedap lagi sambal mak mertua aku buat.


Kerabu mangga.
Pun tak sedap.
Kacang hangus.


Tomyam je boleh tahan.
Tu pun sebab kitorang takde pilihan lain.
Antara 3 jenis makanan tadi cuma tomyam je yang senonoh sikit, so tomyam je la kitorang balun.

Restoran Tenang Seafood, the first and the last la aku makan kat sana.
Makan megi tomyam lagi best.



Ok.
Ini je penyelamat.

Ni roti paung yang aku beli kat jalan masuk ke Manir.
Tempat lain pun ada jugak cuma aku tak pasti kat mana.
Tapi rasanya kalau Roti Paung ni memang bersepah kat Tganu.
Silap-sikap satu hari nanti ko leh search ROTI PAUNG kat GPS.
Kelasssssss.

Roti Paung ni beli 3 buku, hari tu jugak habis tak sempat nak tunggu besok.
Gila tak gilanya kesedapan roti paung.
Dulu orang pi Tganu carik kepok lekor.
Skarang kepok lekor bersepah dah, Bangi pun ada.
Roti Paung belum ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Only in Ganu.



Of cosssssssssss tempat wajib singgah everytime balik Tganu adelah Batu Burok, tempat makan sotong celup tepung. Walaupun orang kata kat Tok Jembal la, apa la lagi sedap dari Batu Burok, aku tetap pilih Batu Burok sebab senang aku nak round bandar pastu. Lagipun dekat dengan AnW. Everytime habis makan sotong, aku mesti masuk AnW punya.

Kalau kitorang ada member kad, mesti dah banyak dah point aku kat warung celup tepung ni.
Asal datang je, menu aku takde lain mesti sotong, udang, kepok lekor.
Air mesti air kelapa.



Tapi macamana punya sedap pun sotong celup tepung kat Tganu, takkan boleh celen dengan sotong goreng tepung kat Jeti Kuala Perlis. Aku lepas pekena kat jeti hari tu, sampai sekarang ketagih. Letak ganja ke apa akak tu aku tak tau la. Yang penting sedap. Even Ibal pun masa pi Perlis dia kata dia pi makan kat restorang yang sama aku pegi kat jeti tu, pujn dia kata makanan kat situ gila sedap.

Ada jugak lepas ni asal pi Penang je aku lajak terus ke Perlis demi menyotong.
Dan juga port terbest di kala outstation saat ini adelah Padang Besar.

Hari tu kat Tganu, kitorang pi breakfast kat satu kedai kat Manir.
Depan kedai tu ada kedai jual baju-baju.
Aku tengok style baju-baju tu sebijik macam kat Padang Besar.
Aku singgah jap just nak rasa material and tengok kualiti dia.
Sah! Konfem dari Padang Besar.
Ada satu baju tu lebih kurang macam aku beli kat Padang Besar tu hari, aku beli RM22 je. Kat Manir dia jual RM35.



 Ini contoh anak tudung Ariani.
Selalunya aku akan pakai shawl.
Tapi haritu aku malas. So aku sarung anak tudung je.
Kalau korang nak nampak lagi better, beli anak tudung Ariani yang 3-tone macam aku pakai ni.
Kalau 3-tone harga dia RM105/piece tak salah. Tapi yang 2-tone pun dah ok dah.



 Apa ke nama bendalah ni, ATV ke apa eh?
Selama ni kalau pi Batu Burok tak pernah lalu kawasan ni. Main jenguk tang jauh je.
Tapi hari tu bawak anak sedara En Wan sekali, so kitorang lajak masuk sini.
Kasik chan la budak-budak.
Tapi aku yang beratur tunggu turn banyaknya bapak-bapak budak.


Kesian anak aku, penakut punya pasal. Sampai ke sudah dia jadi penumpang je.
Itupun aku tengok kejung je kat blakang.
Bila turun, masing-masing garu bontot.
Dorang cakap bntot jadik gatal sebab asik terhentak je.
Seb baik aku tak naik.
Tak pasal je satu pantai tengok aku terkerok-kerok kat tengah-tengah dunia tu.



Nasik minyok
(bukan MINYAK, tapi MINYOK ye)


 Nasi Dagang


Ni port terbaru kitorang.
Kitorang dah jumpa mana posrt nak breakfast pagi-pagi kat Manir.
Tapi aku tak boleh nak bagitau kedai dia kat mana sebab aku pun tak paham jalan dia macamana.
En Wan cilok sana cilok sini eh tau-tau dah sampai.
Nak kata sedap sangat tu takde la sedap sangat kot sebab sedap lagi mak mertua aku masak.
Aku memang terpaksa puji mak mertua aku sebab dia memang tukang masak dulu, dia ada kantin sendiri. So aku memang sangat kagum dengan air tangan mak mertua aku. Kalau bab-bab nasik dagang nasi minyak ni memang pehhhhhh!!

Sape yang penah datang majlis kat rumah aku and pekena nasik dagang and nasik minyak mak mertua aku mesti tau best ke tak best. Kalau korang nak tempah nasi dagang kat mak mertua aku, silakan kontek aku.

Panjang mukadimah aku nak promosi kan?

Di saat ini...

Aku sedang memblogging dari atas katil.
Rasanya minggu ni aku hanya bekerja membuta saje. Semua appointment aku kena cancel. Sepatutnya hari ni aku kena pi UPSI pun aku cancel, tak dapat aku monitor budak-budak ni buat installation and commisioning. Pandai-pandai korang la.

Ni semua sebab peranakan aku jatuh.
Puncanya sebab balik dari Tganu hari tu Bukit Besi tempat jin bertendang tu. Jalan dia punyalah bapak puaka berlubang sana sini. Seb baik aku pakai wired bra, kalau pakai coli set-set mak mertua aku konfem tetek aku dah sampai peha skarang. Gila bergegar-gegar pantat-pantat aku segala asik melenjan lubang jalan sana sini. Bahabi.

Dah la masa tu aku second day period. Dengan period pain lagi. Pastu En Wan bangsa yang kalau bawak keta tak reti slow, asik nak laju je. Dia bukan kira orang lain sakit pantat ke tak. Dia kira pantat dia je. Kitorang yang duduk depan ni boleh la tahan sikit. Yang dua orang tua kat blakang ni sikit punya melambung every time En Wan langgar lubang. Aku boleh imagine betapa sakitnya tetek-tetek dorang berkeliaran everytime kereta hentak lubang. Nasib baik tetek aku ni dia punya kolagen ada lagi.

Masa keluar dari rumah mak mertua aku, aku dah rasa sakit sikit perut. Period pain. Bila dah 2 jam lebih asik terhentak-hentak masa tu sepanjang-panjang perjalanan dari Manir ke RnR Gambang (kira la berapa jam) aku tahan sakit macam nak mati gila bahabi punya sakit. Dia punya sakit tu macam orang nak bersalin. Contraction every 5 minits sampai kejang-kejang kaki aku tahan sakit. Masa dah sampai kat RnR Gambang aku dah takleh tahan. Series macam orang nak beranak. Tetiba aku rasa tengkuk aku dah berpeluh. Pastu mata aku dah nampak imej 3-4. Ok, aku dah nak pitam. Sayup-sayup je aku dengar suara mak mertua aku ngan En Wan gelabah. Suruh baringkan seat la, carik minyak gamat la, vicks la, tau-tau dengar En Wan suruh aku mengucap. Yang aku ingat aku mengucap sampai 4 kali. Ni kalau mati pun dah beriman sangat ni. Sampai empat kali.

Lepas tu aku tak sedar apa-apa. Tau-tau dah sampai tol Karak. Aku tengok badan aku dorang selimutkan, seat dah berbaring, segala macam bau minyak ada kat badan aku. Aku rasa aku pengsan sebab terlampau sakit. Masa aku sedar tu dah ok sikit rasa dia. Mak mertua aku cakap maybe aku pun belum cukup masa berpantang sejak DnC tu hari. Tau-tau terhentak-hentak dalam kereta, period pulak tu, memang pakej combo la kan.

Mak mertua aku cakap ni mesti peranakan jatuh sebab tu aku jadi terlampau sakit. Sampai rumah terbongkok-bongkok aku naik tangga. Terus sampai now aku tak turun-turun lagi. Nak pergi toilet yang 4 tapak ni pun macam nak menangis. Sebijik macam lepas bersalin. Siap time nak tido letakkan bantal bawak perut segala. Dah macam berpantang gila-gila real punya (orang lain berpantang semua real. Aku je yang tak penah real berpantang).

En Wan sampai takut la nak tegur aku. Aku punya sentap la dengan dia. Rasa nak suruh dia tido lam kereta! Sakit hati betul aku. Bila aku suruh dia slow down, dia kata bukan salah dia. Salah jalan. Bila dia tengok aku dah tenat macam ni baru la gelupur check kat internet apa nak buat semua. Semalam dia pi belikan aku tunku elektronik. Pastu hari ni siap bawakkan nasik lemak ke bilik, kemaskan katil segala, panaskan tunku, bla bla bla. Padan muka. Tak pasal kau jadi bidan jaga aku. Terus hari ni tak gi keje.

*sigh*

Ni Mak Aji tak tau lagi ni.
Aku tak berani nak bagitau. Aku boleh bajet bila dia baca entry ni mau melompat doa call aku. Dah boleh baca dah ayat dia nanti "Ha, elok la kan? Esok orang lain tak apa-apa, kau belum tua lagi pepek dah tak boleh pakai. Buat lah lagi!"

Ok.
Aku nak sambung bertunku sambil tunggu call Mak Aji masuk.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2012-02-03

Pedulikkan orang nak kata apa.

From: Buxom Tales
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Monday, January 16, 2012 2:29 AM
Subject: kak di, boleh post pendapat akak tentang soalan saya emel ni?

salam.

kak di, saya Nor. silent reader blog akak ^_^ . minat baca blog akak lepas terbaca post2 lama - baru tau akak pernah belajar kt ukm gak. ehehehe.

hmm.. saya baru lepas baca komen2 di wall tertentu tentang isu kereta murah, kereta mahal. kereta tempatan, kereta import tu semua. hmm..saya teringat pulak post akak - keperluan dan keinginan tu lain (24/10/2011).

saya pun tak pasti nak bagitau sebab utama saya emel kak di. cuma saya terfikir isu antara kereta dan rumah ni. lebih kurang sama je. antara keperluan dan keinginan.
kalau akak tak keberatan, boleh post kan tentang topik ni berdasarkan pengalaman + pengetahuan + pemerhatian akak ke.

terima kasih kak di. maaf mengganggu. semoga sukses selalu. =)


Masa aku buat entry Nuffnang pasal Exora tu pun ada yang komen pasal kereta tempatan tapi mana yang agak harsh tu aku tak publish la sebab macam melampau sangat komen tu, kot la yang baca entry aku tu ada yang pakai Exora, kecik ati dorang.

Kereta pertama aku Kancil, Mak Aji hadiahkan sempena habis 1st degree.
Mak Aji beli tahun 1999, aku guna kereta tu sampai tahun 2004. Actually aku start guna tahun 2003 sebab tahun 2003 baru aku ada lesen. Sebelum-sebelum tu Ima and En Wan yang dok melenjan kereta aku. Aku passenger je.

Masa mula-mula aku nak bawak balik Kancil balik Tganu (time ni En Wan balik bercuti untuk bertunang, so kereta dia of cos still kat Jepun lagi), semorang macam pelik like 'Boleh ke Kancil ni sampai Trengganu? Kat Karak tu gila tinggi bukit'.
Aku pun dulu macam terpengaruh jugak la bila orang perlekeh-lekehkan Kancil. Sebab aku mana pernah ada kereta sendiri, tu je la pun first time ada kereta. Tu pun bukan aku yang bawak. So aku tak dapat rasa sendiri kebolehan Kancil tu.

Masa mendaki Karak tu ok je.
Cuma takde la laju kan. CC pun kecik.

Tapi Kancil tu power tak power bleh sampai ke puncak Genting!
Gila kagum aku.
Cuma slow gila babi la.
Lantakla, selow melow.
Janji sampai.

Masa tu pakai Kancil, aku takde rasa malu or segan pun bawak Kancil.
Sampaikan aku dah tittle Senior Exec pun, aku still dengan konfidennya bawak Kancil siap parking sebelah kereta bos lagi. Masa tu aku tengok alahai halusnya kereta aku nak bandingkan dengan Camry. Kalau tersagatla Kancil aku ni, dengan aku-aku sekali terbalik.

Masa tu, budak-budak bawah aku pun bawak keta lagi gempak dari aku okk.
Tapi aku relaks je.
Aku macam rasa kereta aku ni ok whatttttt.
Kiut, kecik, senang parking, nak basuh pun cepat habis, minyak save, cuma murah je la. Ala, kau beli kereta mahal-mahal pun bukan kau bayar cash. Jangan nak kerek ok?
Hahahahah.

Dengan Kancil tu la aku outstation dari hujung ke hujung Malaysia.
Ok je.
Takde pun enjin aku tertanggal ke apa.
Orang lain bawak sampai 120, aku pun bawak gak sampai 120.
Cuma bezanya stereng Kancil aku bergegar macam nak tercabut je la.

Bila bos aku serahkan surat naik level Manager, dia hulur surat tu kat aku sambil cakap 'Get a new car'.
Gamaknya bos aku pun kesian aku merempit guna Kancil.

Tahun 2004, aku beli aveo.
Still kereta kecik jugak.
Aku nak beli Jazz, tapi masa tu En Wan pun pakai Honda, so dia suruh aku pakai Chevvy sebab time tu Chevvy Aveo kaler green apple tu pun tengah hot. Jadi, aku pun beli.

Kalau nak bandingkan Aveo dengan Kancil, aku lagi suka Kancil.
Sebab Aveo ni kuat pakai minyak.
Untuk orang yang selalu outstation and keluar jumpa customer, pakai Aveo sangatlah rugi dan jugak bodoh. Memang la ada claim petrol, tapi kalau buat sales kat local (KL and Selangor) kebanyakkan company bagi limit, maybe RM600 sebulan. Kalau kau pergi outstation je claim pakai resit. Sebulan minyak takat RM600????? Pakai Kancil boleh la. Pakai Aveo sesak nafas okkk.

Audio system Aveo sangat aku tak berkenan. Buruk gila. Maybe takde la buruk sangat tapi sebab aku men-compare-kan dengan Honda En Wan time tu, so ternyata buruknya radio aku. Pastu aku tukar radio dengan Kenwood Prelude En Wan - HERE

Boot Aveo lagiiiiii la hampas.
Kecik gila!
Takde beza dengan Kancil aku.
Kalau aku masukkan stroller Redza time tu, that's it. Done.
Beg-beg lain silakan letak celah kangkang.

Masa tu aku dissatisfied gila dengan Aveo.
Tapi sebab En Wan punya pandai pilihkan Aveo untuk aku, in fact dia yang pergi pilih, dia yang test drive, semua dia. Aku just sign paper je.
Masa tu aku rasa sangat tak perlu aku tukar kereta sebab aku memang jenis tak kisah lansung pasal kereta. Bukan takde kereta lain. Aku pakai Kancil, En Wan pakai Civic RX2. Cukuplah kan? Nak buat apa tukar kereta dah. Lagipun Kancil tu adelah hadiah Mak Aji, satu sen aku tak bayar bulan-bulan. Pastu now kau suruh aku tukar kereta menyusahkan aku buat hutang.

Bila aku pakai Aveo memula rasa la best.
Ye la, dari kereta Malaysia bertukar ke kereta oversea.
Mindset tu pun memang dah kata kereta Malaysia cikai, kereta oversea ni semuanya best.
Lama-lama pakai aku rasa macam takde beza sangat la Aveo dengan Kancil.
Cuma body je cantik.
Tu je.
Dah la time aku beli tu Aveo harga dia RM82K.
Macam kesiyal je rasa.

Pendapat aku la, kereta nasional and kereta buatan luar negara ni memang ada beza.
Tapi selalunya manusia ni hanya menzahirkan perbezaan tu pada benda yang nampak di mata.
Like kereta nasional buruk. Kereta oversea cantik.
Kereta nasional murah. Kereta oversea mahal.
Kereta nasional body macam tin milo.
Bla bla bla...

Itu yang kita nampak.

Yang kita tak nampak?

Kancil kalau berlanggar dengan Honda Cup 70 memang Kancil kemik seribu.
Tapi nak ketuk balik body Kancil yang kemik seribu tu rasanya lebih murah dari ketuk body BMW yang tepeleot sikit je kat depan.

Masa En Wan pakai Prelude, kitorang pernah accident kat Maran.
Masa tu berdua je, belum ada anak.
Prelude dia tersodok belakang kereta Saga.
Tau apa jadi??
Berlipat bonet Prelude, boot Saga tu kemik sikit je.
Tapi kalau kitorang baham Saga tu dari tepi, insyallah Saga tu yang berlipat pulak.
Tapi apa yang dah terjadi sekarang adelah kereta aku yang berlipat, so?
Bila hantar kat workshop, hambik kau.
Nak ketuk bonet depan je gugur sehelai-sehelai bulu kote.
Nak sangat pakai kereta mahal kan?
Kereta mahal memang la selesa, cantik, sedap pakai.
Tapi nak merepair, nak men-service pun agak "sedap" jugak la.

So jangan risau la orang nak kata apa pun pasal kereta kita.
Murah ke, mahal ke, yang penting kita tak sesak dan tak susah menjaga and membayornya.
Apa yang mampu, kita beli.
Tak mampu, buat cara tak mampu.
Ada rezeki lebih sok, beli kereta lagi best.
Habis cerita.


p/s : Shawl sangkut kat Hong Kong. Sebab DHL Hong Kong baru start keje 2 Feb (semalam)

2012-02-01

Amukan

Hari ni for the first time dalam sejarah hidup Redza kena belasah dengan aku pakai hanger lagi!

Puncanya, dah pukul 8 malam dia tak balik-balik rumah lagi. Selama ni dia memang jarang keluar rumah sebab dia ni penakut. Kalau bibik tak teman pegi playground memang sampai bila-bila la dia tak pergi.

Today, dia keluar dengan kawan.
Masa dia mintak permission tu, pukul 630pm. Aku ada dalam bilik. Aku tanya nak pegi mana, pegi dengan sapa. Dia kata nak pegi taman dengan kawan. Kebetulan kawan dia dah datang rumah aku pun tak sampai hati, aku bagi. Tapi aku cakap BEFORE 7pm kena balik. Dia angguk.

Lepas dinner kul 645pm, aku naik bilik. Elok je aku selesai solat, masa tu dah pukul 750pm, mak mertua aku ketuk pintu bilik bagitau Redza tak balik-balik. Meloncat la aku kan.
Bengang dengan Redza tu satu hal.
Yang orang-orang kat bawah ni pun dah pukul 750pm, dah gelap, baru nak bagitau aku Redza tak balik. Aku ni pulak boleh tak teringat Redza. Sebab selama ni dia memang sentiasa ada kat rumah, so aku tak teringat lansung dia keluar tadi.

Aku call En Wan bagitau pasal Redza ni, sambil-sambil tu aku capai hanger, terus tunggu DEPAN PINTU GATE.

Kejap pastu Redza sampai selamba dengan muka mintak penampar, sorong basikal. Aku bukak gate terus zap zap zap zappp hanger kat lengan. Surprise la jugak dia tak nangis. Tapi muka dia terkejut gila. Agaknya dia pun tak percaya aku belasah dia.

Kau tak pernah tengok mak kau naik hantu kan?? Ha, ni sini aku nak tunjuk kat kau mak kau lagi ngeri dari hantu. Memang amukan gila babi aku kay porch tadi. Sampai mak mertua aku lari masuk dalam gamaknya dia pun ngeri tengok menantu dia naik sheh. Ni baru real punya menantu hantu.

En Wan masa tu baru samai dari opis, meloncat dia keluar dari kereta tengok bini dia belasah anak kat porch guna hanger. Berhantu betul aku tadi.

Aku memang pantang betul kalau aku cakap orang tak dengar. Kau ingat aku pesan kau balik before 7malam tu aku nyanyi-nyanyi kat telinga kau eh?
Kalau aku cakap BEFORE, must be before. Otherwise kau tengok apa aku boleh buat.

Bibik aku siap suruh aku istighfar segala. Aku rasa aku memang amukan macam nak rak la kot tadi sampai semorang senyap je ni tak bercakap-cakap dengan aku. Lantak.

Aku tanya :


Aku : Tadi pergi mana??

Redza : Rumah kawan.

Aku : Kata tadi nak pergi padang, apesal kau boleh ada kat rumah orang?? (tangan standby nak belasah)

Redza : Redza berehat.


Kau tak hanginnnnnnn????
Dia boleh cakap dia nak berehat!!!????
Memang sengaja mintak aku bagi lagi sedas la kan.

ZAPPPPPPPPPPPPPP!
Satu kali lagi aku bagi.

Aku sound Redza kau jangan keluar-keluar rumah seminggu. Kau balik after 7pm pasni, aku campak toto kat depan kau jangan masuk-masuk. Kau nak duduk luar sangat kan??

Tapi aku tak paham la anak lelaki ni.
Anak lelaki orang aku tak tau la. Tapi anak aku ni dah kena belasah kaw-kaw pun tadi, now dia boleh tanya aku 'Ma, pinjam iPAD boleh?'

Steady je kan?
Tadi baru kau kena belasah dengan aku, pastu now dengan takde efeknya kau boleh nak main lagi.

Kalau aku dulu kena belasah dengan Mak Aji, nak mintak makan nasik pun takut. Sanggup aku berlapar sampai besok. Yang kau, boleh pulak sambung main game kat iPAD eh?

Perlahan ke aku belasah tadi?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Iklan free!

Dah berzaman iklan-iklan ni, now baru ada masa nak kelebet satu-satu.
Sorry kalau korang terpaksa lama tunggu.


Iklan 1

From: sya min
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Tuesday, January 10, 2012 12:20 PM
Subject: Minta laluan iklan

Assalamualaikum Kak Di.

Kak Di, boleh tak nak minta akak iklankan baby cot saya nih. Saya nak jual. Budget boleh jual awal dapatlah tukar dengan gadjet baru untuk baby. Baby cot nih dibeli 7 bulan lepas tapi just +- sebulan je guna itu pun time berpantang.

Reason nak jual:

i) x muat di sumbat di dalam bilik
ii) elak tersadai tanpa guna yang akhirnya boleh jadi barang buruk
iii) sangat sayang sebab masih baru! tapi terpaksa.

Baby cot nih jual termasuk dengan:-

1- cot
2- tilam coconut fiber
3- bedding a.k.a bumper
4- bedsheet

Harga yang saya tawarkan RM450. Saya tinggal di sekitar lembah klang makanya untuk kawasan lembah klang saya boleh datang hantar sendiri.

Best Regards;
AISHAH YAHAYA (
careno_cardozas@yahoo.com)


Iklan 2



 From: Nieta Nozie
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 10, 2012 2:11 PM
Subject: Promo : Cheese Powder & Barley Peanut Candy


Salam Kak Di...

Semoga cepat sembuh yek.. Pantang elok2 tauuuu....:)

Saya nak mintak tolong kak Di tuk promote Jalapeno Cheese Powder...

RM 14.00/ 200 gm, exclude postage.
Boleh COD utk kawasan Ipoh, Gopeng, Kampar, Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River & Tanjung Malim.


Meh..meh... PM me kalo berminat.


Ingredient:
Milk Solids, Modified Starch, Maltodextrin, Dextrose, Salt, Mineral Salts, Vegetable Powder, Cheese Solids, Flavour Enhancers, Vegetable Fat, Glucose Syrup Solids, Food Acids, Flavourings, Mineral Salts, Spices, Yeast Extract, Anti-caking Agents, Spice Extract, Colourings.

Usage instructions:
1) Add 1 part premix to 2 parts of hot water (>85°C) and mix well.
2) Whisk constantly until the sauce thickens to a smooth consistency.

Storage:
when unopened, store in a clean, cool, dry location.

SIJIL PENGESAHAN HALAL JAKIM No.Siri 010653



.......dan Barley Peanut Candy

- sama macam gula-gula udang yang dedulu tue. Korang ingat tak gula-gula udang..? gula2 yang ada plastik nipis yang boleh dimakan. Gula-gula zaman kanak-kanak ku :)

- Lebih enak dan buatan tempatan serta halal. InsyaAllah. 

- Boleh buat kudapan dirumah atau untuk dijamu kepada tetamu. Boleh jugak dibuat sebagai door gift untuk untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan macam2 lagi.
Harga :
250 gm ~ RM 8.00
500 gm ~ RM 15.00
1 kg ~ RM 30.00

harga tidak termasuk postage.


Berminat leh pm saya... Mari kembalikan zaman kanak-kanak kiter ... hehehehe.


Leh klik terus link fb kat atas atau drop email ke nietapah@gmail.com. 



Iklan 3
TIKAR EVAMAT
 SIZE : * 200cm x 120cm x 0.3cm ( Lebih kurang 6 ft x 4 ft ) 

CIRI-CIRI TIKAR EVAMATIK 
* Tikar Evamatic merupakan alas lantai yang memiliki rekabentuk/corak dan warna yang sangat menarik.
* Selain itu, tikar ini dapat mencegah Rheumatic yang disebabkan hawa dingin dari lantai. 
* Tikar ini juga dapat menambah pengetahuan kepada kanak-kanak (corak ABC, 123 dan vocabulary) 
* Juga sesuai untuk bayi kerana rekabentuk yang lembut serta corak yang menarik untuk merangsang penglihatan bayi serta boleh dijadikan platform untuk bayi merangkak. 
* Mudah dibersihkan sekiranya tertumpah makanan atau berhabuk 
* Lebih tebal drpd tikar getah, panjang tikar lebih kurang katil single
* Material: Eva Sponge (most likely same as playmat ABC), tak luntur & tak slippery
* Tikar ini sangat sesuai digunakan di pelbagai tempat seperti: 
1. Ruang rehat keluarga di rumah 
2. Bilik tidur
3. Tempat bermain untuk anak-anak
4. Ruang belajar atau bilik bacaan
5. Kegunaan luar rumah seperti berkelah dll
6. Boleh juga dibuat alas tikar sembahyang

Berminat, sila hubungi:
1) Suhaizal 019-2322122
2) Noor Shuhaifah 019-2811941


Iklan 4

From: Fazlin Ramli
To: "aveo757@yahoo.com"
Sent: Tuesday, January 10, 2012 5:10 PM
Subject: Salam, need help to advertise =)
Salam Kak Di,

I nak tumpang advertise boleh? =) . I baru create facebook page for baby and nursing products. Dulu berbisnes kat page mudah, skrg upgrade sket =P. Facebook i www.facebook.com/mummy.ayra
Really appreciate your help. Thanks!

P/s: We are having opening promotion at our facebook page. Be our first 20 friends and get RM5 voucher for your purchase (redeemable for purchase RM50 and above).




Iklan 5

From: Maria Mohamed
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Tuesday, January 10, 2012 7:01 PM
Subject: Nak mintak tlg Kak Di

salam Kak Di, harap2 semakin sihat lah ye ;) sy 1 of ur silent reader. aritu terserempak kak Di bekfas kat Nur Alya, Putra Heights pn takot. nk tegur..ntah pape kan. Tp ni nak mitak tlg Kak Di iklan kan ni on
behalf of encik hasben sbb dah try iklan kan kat mudah tp leceh sgt..

Persona 2010, 25th Anniversary Limited Edition..
ada discount 10K, full spec, leather seat, sportrim 16".

First Come First Serve!! ada 3 unit je.

Boleh direct call 019-3022101.



Iklan 6





From: "radiance.tiqa@gmail.com"
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Wednesday, January 11, 2012 3:06 AM
Subject: Like like like :')

Salam, hi kak D.

Saya doakan akak dipelihara kesihatannya :)
Saya memg silent reader kak D sejak beberapa thn ni.. And sy dah pun khatam blog akak sejak dri entry 2006 lg. Hehee!
sementara akak cuti ni, kalo bosan2 meh la visit www.facebook.com/radiance.quilling
ni sume hasil kerja tgn saya. Bangga sy kalo kak D like f/page sy ni.

Port baru

Hari tu kat FB aku ada cakap aku gi makan mee rebus Jawa kat USJ Taipan pastu ramai tanya belah mana kedai tu.
Aku kalau kau tanya arah tu memang fail sikit la.
Sebab guna GPS pun aku leh sesat barat apetah lagi aku yang tunjukkan jalan. Kang kalau aku yang bagi arah tau-tau je ko dah sampai Siam.
Tapi landmark dia, kedai tu belakang Hong Leong Bank.
Opposite kedai tu adelah carpark building.
Kedai tu kedai satey Hj Samuri, tapi dia ada warung jual mee rebus sekali.
Gila sedap mee rebus dia.
Sejibik macam mee rebus aku makan kat kedai Cina bandar Muar tu.
Sape yang penah makan mee rebus kat kedai Cina Muar tu memang tau la kelahzahtan mee rebus Muar. Aku makan kat kedai tu dari kecik. Dah sekolah menengah baru aku tau tu kedai Cina. Tapi tukang masaknya melayu. Tak pernah la kalau aku pergi, kedai tu lengang. Mesti kena beratur tunggu giliran. Sebab kedai dia kecik, yang nak makannya belambak.

Bila aku jumpa port baru mee rebus kat USJ Taipan, memang lega la.
Kuah dia pekat.
Aku kalau makan mee rebus ni, Jawa totok pun sujud tengok aku tonggeng-tonggengkan mangkuk nak hirup kuah. Sedap gila okkkk.



Kalau pegi kedai ni, memang kitorang order satey takat cukupkan syarat masuk kedai satey.
Dalam 15 cucuk jadiklah.
Sebab aku ngan En Wan memang konfem akan belasah mee rebus.
Kadang-kadang tu, dah makan mee rebus, dah makan satey, poastu bungkus lagi mee rebus nak sambung malam kat rumah.
Aku la tu, bukan orang lain pun.

Mula-mula kawen dulu, En Wan takleh terima mee rebus ni.
Tapi atas kegigihan aku menjawakan dia, akhirnya dia surender.
Kira fair la kan, dia Trengganu-kan aku.
Aku Jawa-kan dia.


Tapi kalau dah nama makan kat Kolumpo ni, mesti sikit je dia letak.
Kalau korang nak betul-betul semangkuk penuh, marilah pergi ke Muar.
Membuak-buak mee dia.

Apa?
Tak cukup dekat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

Oh! Mee rebus, kau lah kebanggan keturunan kami.



Kelmarin ye ye je aku buat entry saiko korang pi beli anak tudung Ariani kan?
Akhirnya kesaiko-an itu memakan siri.
Aku yang tersaiko rupanya.

Semalam, aku telah menyerah diri kat Ariani Bangi.
Dan merembat keluar 6 helai lagi tudung.



Opsssss.

Jangan terkesima.
Paper bag saje Ariani Platinum
Isinya bukan Ariani Platinum
Isinya hanyalah Ariani RM89 sehelai.
Aku belum tergamak lagi nak beli Ariani Platinum yang sampai tiga empat ratus sehelai tu.
Biarlah Wardina sorang je yang pakai.



Semalam aku beli kaler ni.
Actually warna-warna asas tu dah ada.
Like blue, pink and green memang dah ada, tapi semalam aku beli hijau green apple (sempena menyambut shawl AR06 yang bakal tiba nanti. Hehe). Biru pun aku beli yang biru tua la pulak, baby blue and shocking blue dah ada. And bla bla bla...


Ni je la pun anak tudung yang aku ada.
Aku lagi suka pakai shawl sebab tu aku kumpul anak tudung various color.
Ada antaranya aku beli je dulu tapi tak pakai-pakai pun lagi sebab belum ada shawl and baju yang sesuai nak padankan.

Pada yang belum pernah rasa Ariani, cuba try beli sehelai dua dulu, see if korang puas hati or not.
Of cos ada orang yang akan kata beli mahal ke, beli murah ke, kalau tak cantik kat kita, tetap nampak tak cantik. Sebab tu aku kata try dulu, kalau rasa cantik, ambik (eh aku cantik ke pakai? Hahaha).
Tak rasa selesa jangan beli. Jangan kerana orang pakai, kita pun pakai.