walk on wings, tread in air: Not againnnnnnnnnnnnnnnnnn!!! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Not againnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!
2012-02-10
Mak aku ni kan, dengan aku pun dia boleh stalk tau.
Tadi tengah kemas-kemas bilik si Rayyan ketuk-ketuk pintu bilik.
Biasa la anak aku ni sehari 8-9 kali rock climbing.
Dia macam tau je aku ada dalam bilik.
Tak sampai hati, dia terjerit-jerit "Ma! Ma!" kat luar, so aku bukak pintu.
Maka mak aku pun melepak la sekali dalam bilik aku tengok aku kemas-kemas lemari sambil sembang-sembang.

Mak aku ni kategori "concern" la jugak.
Kalau dia nampak aku tengah mengemas tu nanti mesti dia jenguk-jenguk and kelebet-kelebet benda-benda yang tengah kemas tu.



Punca aku berkemas ni sebab pertamanya of cos la bosan kan.
Terperap je kat rumah ni asik la berpantang ke keje aku.
Orang lain yang selamat beranak pun takde kecoh berpantang macam aku.
So aku check-check la apa yang patut boleh dipunggah, jadi aku plan nak tukar tempat perfume aku.
Perfume-perfume ni asalnya kat area cosmetik, tapi sebab aku baru je order perfume lagi, jadi sebagai langkah-langkah keselamatan dari disoal-siasat oleh En Wan, aku pindahkan dalam laci. Jadi, bila perfume baru sampai, dia takkan perasan. Ngahhaha.

Mak aku pun jenguk sekali dalam laci ni.


Mak : Allah! Banyoknya minyok wangi. Diana punya seme ni?

Aku : Ha'ah, mak.


Mak : Doh bakper banyok-banyok sangat? Buleh habis seme ni?

Aku : Taknak bagi habis la tu mak, sebab tu Diana beli banyak-banyak. Lambat sikit habis. Hari ni pakai yang ni. Esok pakai yang ni pulak.


Lojik???

Lojik.


Pastu dia tengok aku susun-susun baju.
Ada selonggok baju yang aku kumpulkan setempat.


Mak : Ni bakpe pulok? Nak buang?


Aku : Ha'ah, Mak. Kalau baju-baju tu 6 bulan Diana tak sentuh, maknanya dah boleh buang la tu.


Terus duduk bersila mengadap baju yang berlonggok tu.
Dia kirai sehelai-sehelai.
Aku dalam hati dah alamakkkk jangan lah mak aku komplen baju-baju aku.
Tu semua stok-stok baju tak cukup kain.
Kang tetiba dia tanya "Ni baju apa ni? Camne nak pakai ni?"
Satu hal pulak aku nak men-demo.

Seb baik dia tak cakap apa-apa.
Cuma biasa la kan, dia kata sayang baju cantik-cantik nak buang.
Habis tu kalau tak buang nak letak kat mana kan.
Takkan spageti strap ngan tube-tube aku ni semua nak dibuat alas kaki?

Tapi aku diam kan aje la.
Nanti aku letak kat bawah, mesti mak aku ngan bibik punggah balik.
Dorang memang suka buat QC kat sampah-sampah aku.
Asal aku buang je, nanti dia simpan balik.
Aku bukannya apa, nak bagi orang pun baju tu dah pakai berkali-kali.
Lagipun baju aku dulu semua stok-stok cukup syarat tutup nipple je.



Kau nampak ini???????

Dalam tengah-tengah aku mengemas lemari tu, mak aku boleh pi buat spot check dalam tong sampah aku.
Mesti dia dah bajet, menantu dia ni kalau buat gerakan pembersihan bersar-besaran mesti ada benda aku humban dalam tong sampah.
Padahal aku dah letak g-string segala ngan stokin-stokin aku belah bawah sekali, aku timpakan dengan kertas-kertas.
Dia boleh korek jugak!

Mak aku ni kalau PDRM esok cadang nak ambik warga tua jadi pekerja, aku memang bagi sokongan padu dia jadi detektif. Konfem anugerah detektif berjaya lapan tahun berturut-turut dalam tangan.
Gila kauuuuuu.
Semua benda dia boleh tau ok.
Kau sorok la celah mana pun, mesti mak aku leh jumpa jugak.
Ujung-ujung aku ni asik la kantoi dengan mak mertua.
Seb baik dalam tong sampah tu takde kondom ke apa.
Tak ke satu hal aku nak menjawab?

Seb baik kali ni mak aku dah tau apa itu g-string.
So dia tak banyak tanya dah.
Tapi aku tau mesti dalam hati dia masih lagi mempersoalkan macamana cara pakai g-string tu.
posted by aveo757 @ 5:37 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER