2012-02-03

Pedulikkan orang nak kata apa.

From: Buxom Tales
To: aveo757@yahoo.com
Sent: Monday, January 16, 2012 2:29 AM
Subject: kak di, boleh post pendapat akak tentang soalan saya emel ni?

salam.

kak di, saya Nor. silent reader blog akak ^_^ . minat baca blog akak lepas terbaca post2 lama - baru tau akak pernah belajar kt ukm gak. ehehehe.

hmm.. saya baru lepas baca komen2 di wall tertentu tentang isu kereta murah, kereta mahal. kereta tempatan, kereta import tu semua. hmm..saya teringat pulak post akak - keperluan dan keinginan tu lain (24/10/2011).

saya pun tak pasti nak bagitau sebab utama saya emel kak di. cuma saya terfikir isu antara kereta dan rumah ni. lebih kurang sama je. antara keperluan dan keinginan.
kalau akak tak keberatan, boleh post kan tentang topik ni berdasarkan pengalaman + pengetahuan + pemerhatian akak ke.

terima kasih kak di. maaf mengganggu. semoga sukses selalu. =)


Masa aku buat entry Nuffnang pasal Exora tu pun ada yang komen pasal kereta tempatan tapi mana yang agak harsh tu aku tak publish la sebab macam melampau sangat komen tu, kot la yang baca entry aku tu ada yang pakai Exora, kecik ati dorang.

Kereta pertama aku Kancil, Mak Aji hadiahkan sempena habis 1st degree.
Mak Aji beli tahun 1999, aku guna kereta tu sampai tahun 2004. Actually aku start guna tahun 2003 sebab tahun 2003 baru aku ada lesen. Sebelum-sebelum tu Ima and En Wan yang dok melenjan kereta aku. Aku passenger je.

Masa mula-mula aku nak bawak balik Kancil balik Tganu (time ni En Wan balik bercuti untuk bertunang, so kereta dia of cos still kat Jepun lagi), semorang macam pelik like 'Boleh ke Kancil ni sampai Trengganu? Kat Karak tu gila tinggi bukit'.
Aku pun dulu macam terpengaruh jugak la bila orang perlekeh-lekehkan Kancil. Sebab aku mana pernah ada kereta sendiri, tu je la pun first time ada kereta. Tu pun bukan aku yang bawak. So aku tak dapat rasa sendiri kebolehan Kancil tu.

Masa mendaki Karak tu ok je.
Cuma takde la laju kan. CC pun kecik.

Tapi Kancil tu power tak power bleh sampai ke puncak Genting!
Gila kagum aku.
Cuma slow gila babi la.
Lantakla, selow melow.
Janji sampai.

Masa tu pakai Kancil, aku takde rasa malu or segan pun bawak Kancil.
Sampaikan aku dah tittle Senior Exec pun, aku still dengan konfidennya bawak Kancil siap parking sebelah kereta bos lagi. Masa tu aku tengok alahai halusnya kereta aku nak bandingkan dengan Camry. Kalau tersagatla Kancil aku ni, dengan aku-aku sekali terbalik.

Masa tu, budak-budak bawah aku pun bawak keta lagi gempak dari aku okk.
Tapi aku relaks je.
Aku macam rasa kereta aku ni ok whatttttt.
Kiut, kecik, senang parking, nak basuh pun cepat habis, minyak save, cuma murah je la. Ala, kau beli kereta mahal-mahal pun bukan kau bayar cash. Jangan nak kerek ok?
Hahahahah.

Dengan Kancil tu la aku outstation dari hujung ke hujung Malaysia.
Ok je.
Takde pun enjin aku tertanggal ke apa.
Orang lain bawak sampai 120, aku pun bawak gak sampai 120.
Cuma bezanya stereng Kancil aku bergegar macam nak tercabut je la.

Bila bos aku serahkan surat naik level Manager, dia hulur surat tu kat aku sambil cakap 'Get a new car'.
Gamaknya bos aku pun kesian aku merempit guna Kancil.

Tahun 2004, aku beli aveo.
Still kereta kecik jugak.
Aku nak beli Jazz, tapi masa tu En Wan pun pakai Honda, so dia suruh aku pakai Chevvy sebab time tu Chevvy Aveo kaler green apple tu pun tengah hot. Jadi, aku pun beli.

Kalau nak bandingkan Aveo dengan Kancil, aku lagi suka Kancil.
Sebab Aveo ni kuat pakai minyak.
Untuk orang yang selalu outstation and keluar jumpa customer, pakai Aveo sangatlah rugi dan jugak bodoh. Memang la ada claim petrol, tapi kalau buat sales kat local (KL and Selangor) kebanyakkan company bagi limit, maybe RM600 sebulan. Kalau kau pergi outstation je claim pakai resit. Sebulan minyak takat RM600????? Pakai Kancil boleh la. Pakai Aveo sesak nafas okkk.

Audio system Aveo sangat aku tak berkenan. Buruk gila. Maybe takde la buruk sangat tapi sebab aku men-compare-kan dengan Honda En Wan time tu, so ternyata buruknya radio aku. Pastu aku tukar radio dengan Kenwood Prelude En Wan - HERE

Boot Aveo lagiiiiii la hampas.
Kecik gila!
Takde beza dengan Kancil aku.
Kalau aku masukkan stroller Redza time tu, that's it. Done.
Beg-beg lain silakan letak celah kangkang.

Masa tu aku dissatisfied gila dengan Aveo.
Tapi sebab En Wan punya pandai pilihkan Aveo untuk aku, in fact dia yang pergi pilih, dia yang test drive, semua dia. Aku just sign paper je.
Masa tu aku rasa sangat tak perlu aku tukar kereta sebab aku memang jenis tak kisah lansung pasal kereta. Bukan takde kereta lain. Aku pakai Kancil, En Wan pakai Civic RX2. Cukuplah kan? Nak buat apa tukar kereta dah. Lagipun Kancil tu adelah hadiah Mak Aji, satu sen aku tak bayar bulan-bulan. Pastu now kau suruh aku tukar kereta menyusahkan aku buat hutang.

Bila aku pakai Aveo memula rasa la best.
Ye la, dari kereta Malaysia bertukar ke kereta oversea.
Mindset tu pun memang dah kata kereta Malaysia cikai, kereta oversea ni semuanya best.
Lama-lama pakai aku rasa macam takde beza sangat la Aveo dengan Kancil.
Cuma body je cantik.
Tu je.
Dah la time aku beli tu Aveo harga dia RM82K.
Macam kesiyal je rasa.

Pendapat aku la, kereta nasional and kereta buatan luar negara ni memang ada beza.
Tapi selalunya manusia ni hanya menzahirkan perbezaan tu pada benda yang nampak di mata.
Like kereta nasional buruk. Kereta oversea cantik.
Kereta nasional murah. Kereta oversea mahal.
Kereta nasional body macam tin milo.
Bla bla bla...

Itu yang kita nampak.

Yang kita tak nampak?

Kancil kalau berlanggar dengan Honda Cup 70 memang Kancil kemik seribu.
Tapi nak ketuk balik body Kancil yang kemik seribu tu rasanya lebih murah dari ketuk body BMW yang tepeleot sikit je kat depan.

Masa En Wan pakai Prelude, kitorang pernah accident kat Maran.
Masa tu berdua je, belum ada anak.
Prelude dia tersodok belakang kereta Saga.
Tau apa jadi??
Berlipat bonet Prelude, boot Saga tu kemik sikit je.
Tapi kalau kitorang baham Saga tu dari tepi, insyallah Saga tu yang berlipat pulak.
Tapi apa yang dah terjadi sekarang adelah kereta aku yang berlipat, so?
Bila hantar kat workshop, hambik kau.
Nak ketuk bonet depan je gugur sehelai-sehelai bulu kote.
Nak sangat pakai kereta mahal kan?
Kereta mahal memang la selesa, cantik, sedap pakai.
Tapi nak merepair, nak men-service pun agak "sedap" jugak la.

So jangan risau la orang nak kata apa pun pasal kereta kita.
Murah ke, mahal ke, yang penting kita tak sesak dan tak susah menjaga and membayornya.
Apa yang mampu, kita beli.
Tak mampu, buat cara tak mampu.
Ada rezeki lebih sok, beli kereta lagi best.
Habis cerita.


p/s : Shawl sangkut kat Hong Kong. Sebab DHL Hong Kong baru start keje 2 Feb (semalam)