Mujur lah aku keluar awal sikit.
Adik En Wan, si Mek tu, keluar pagi tu around 10am dah jem gila-gila dah.
Pagi tu lepas Subuh je semua siap-siap, gi breakfast kat mamak dulu apa-apa hal sebab En Wan kata dia taknak stop mana-mana dah. Paling-paling pun stop kat Gambang je isi minyak.
Disebabkan En Wan sudah fresh pagi-pagi, jadi aku boleh jadik kelindan saje.
Tak payah jadi pilot.
Kemain semangat lagi En Wan nak balik Tganu. Ntah apa dia nak carik ntah kat Tganu. Kalau dulu tu lojik la jugak, nak balik kampung jumpa mak.
Skarang ni mak dah duduk sekali dengan kitorang aku pun macam dah tak nampak motif nak balik Tganu.
Betul pun sangkaan aku.
Hari pertama kat Tganu je, En Wan kejap-kejap tanya aku 'Mana nak pegi eh?'
Eh mana aku tau.
Kampung kau, bukan kampung aku.
Since mak pun dah tak duduk rumah tu, so of cos takde barang nak dimasak.
Jadi, kali ni balik Tganu semua bantai makan kat luar.
Macam serupa melancong je gayanya kali ni.
Cuma tak duduk hotel.
Malam tu Kak Long En Wan datang bawak nasik goreng from kedai dia.
Tapi masa tu tekak aku dah keluarkan tune nak makan seafood.
So malam pertama tu aku ngan En Wan je makan kat bandar.
Pusing town nak kat 3 kali aku tak nampak-nampak kedai yang aku rasa sesuai nak masuk.
En Wan pulak asik la tanya aku 'Mana eh nak makan?'
Sape yang orang Tganu pun aku tak tau la.
Kalau ikut tekak aku senang je, susah-susah sangat makan je kat AnW Batu Burok tu.
Tapi En Wan nak makan nasik. So carik la jugak restoran.
Last-last nampak macam ramai je orang kat satu restoran ni seafood ni, nama dia Restoran Tenang Seafood.
Kat Batu Burok jugak.
Tapi tak berapa nak tenang aku tengok restoran tu.
Orang boleh tahan ramai.
Pekerja dia bersimpang-siur. Mabuk aku.
Kitorang order ikan bakar, kerabu mangga and tomyam seafood.
Taknak order merepek-repek sangat sebab orang terlampau ramai so taknak nanti dorang masak lambat.
Tapi lambat jugak.
Kalau lambat tapi hasilnya memuaskan hati takpelah jugak kan.
Tensi dah setengah jam makanan tak sampai lagi.
Hambik kau.
Macam ni je rupa ikan bakar dia hidang kat aku.
Tergolek je ikan ni pandang aku,
Hiasan takde, apa takde.
Aku ingatkan lambat sangat hantar makanan kot busy buat ukiran timun ke apa.
Sekali kau...
Ni cara-cara kalau masuk masterchef malaysia ni, belum start masak dah kena tendang keluar dulu.
Ikan failed!
Hangus!
Sedap lagi sambal mak mertua aku buat.
Kerabu mangga.
Pun tak sedap.
Kacang hangus.
Tomyam je boleh tahan.
Tu pun sebab kitorang takde pilihan lain.
Antara 3 jenis makanan tadi cuma tomyam je yang senonoh sikit, so tomyam je la kitorang balun.
Restoran Tenang Seafood, the first and the last la aku makan kat sana.
Makan megi tomyam lagi best.
Ok.
Ini je penyelamat.
Ni roti paung yang aku beli kat jalan masuk ke Manir.
Tempat lain pun ada jugak cuma aku tak pasti kat mana.
Tapi rasanya kalau Roti Paung ni memang bersepah kat Tganu.
Silap-sikap satu hari nanti ko leh search ROTI PAUNG kat GPS.
Kelasssssss.
Roti Paung ni beli 3 buku, hari tu jugak habis tak sempat nak tunggu besok.
Gila tak gilanya kesedapan roti paung.
Dulu orang pi Tganu carik kepok lekor.
Skarang kepok lekor bersepah dah, Bangi pun ada.
Roti Paung belum ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Only in Ganu.
Of cosssssssssss tempat wajib singgah everytime balik Tganu adelah Batu Burok, tempat makan sotong celup tepung. Walaupun orang kata kat Tok Jembal la, apa la lagi sedap dari Batu Burok, aku tetap pilih Batu Burok sebab senang aku nak round bandar pastu. Lagipun dekat dengan AnW. Everytime habis makan sotong, aku mesti masuk AnW punya.
Kalau kitorang ada member kad, mesti dah banyak dah point aku kat warung celup tepung ni.
Asal datang je, menu aku takde lain mesti sotong, udang, kepok lekor.
Air mesti air kelapa.
Tapi macamana punya sedap pun sotong celup tepung kat Tganu, takkan boleh celen dengan sotong goreng tepung kat Jeti Kuala Perlis. Aku lepas pekena kat jeti hari tu, sampai sekarang ketagih. Letak ganja ke apa akak tu aku tak tau la. Yang penting sedap. Even Ibal pun masa pi Perlis dia kata dia pi makan kat restorang yang sama aku pegi kat jeti tu, pujn dia kata makanan kat situ gila sedap.
Ada jugak lepas ni asal pi Penang je aku lajak terus ke Perlis demi menyotong.
Dan juga port terbest di kala outstation saat ini adelah Padang Besar.
Hari tu kat Tganu, kitorang pi breakfast kat satu kedai kat Manir.
Depan kedai tu ada kedai jual baju-baju.
Aku tengok style baju-baju tu sebijik macam kat Padang Besar.
Aku singgah jap just nak rasa material and tengok kualiti dia.
Sah! Konfem dari Padang Besar.
Ada satu baju tu lebih kurang macam aku beli kat Padang Besar tu hari, aku beli RM22 je. Kat Manir dia jual RM35.
Ini contoh anak tudung Ariani.
Selalunya aku akan pakai shawl.
Tapi haritu aku malas. So aku sarung anak tudung je.
Kalau korang nak nampak lagi better, beli anak tudung Ariani yang 3-tone macam aku pakai ni.
Kalau 3-tone harga dia RM105/piece tak salah. Tapi yang 2-tone pun dah ok dah.
Apa ke nama bendalah ni, ATV ke apa eh?
Selama ni kalau pi Batu Burok tak pernah lalu kawasan ni. Main jenguk tang jauh je.
Tapi hari tu bawak anak sedara En Wan sekali, so kitorang lajak masuk sini.
Kasik chan la budak-budak.
Tapi aku yang beratur tunggu turn banyaknya bapak-bapak budak.
Kesian anak aku, penakut punya pasal. Sampai ke sudah dia jadi penumpang je.
Itupun aku tengok kejung je kat blakang.
Bila turun, masing-masing garu bontot.
Dorang cakap bntot jadik gatal sebab asik terhentak je.
Seb baik aku tak naik.
Tak pasal je satu pantai tengok aku terkerok-kerok kat tengah-tengah dunia tu.
Nasik minyok
(bukan MINYAK, tapi MINYOK ye)
Nasi Dagang
Ni port terbaru kitorang.
Kitorang dah jumpa mana posrt nak breakfast pagi-pagi kat Manir.
Tapi aku tak boleh nak bagitau kedai dia kat mana sebab aku pun tak paham jalan dia macamana.
En Wan cilok sana cilok sini eh tau-tau dah sampai.
Nak kata sedap sangat tu takde la sedap sangat kot sebab sedap lagi mak mertua aku masak.
Aku memang terpaksa puji mak mertua aku sebab dia memang tukang masak dulu, dia ada kantin sendiri. So aku memang sangat kagum dengan air tangan mak mertua aku. Kalau bab-bab nasik dagang nasi minyak ni memang pehhhhhh!!
Sape yang penah datang majlis kat rumah aku and pekena nasik dagang and nasik minyak mak mertua aku mesti tau best ke tak best. Kalau korang nak tempah nasi dagang kat mak mertua aku, silakan kontek aku.
Panjang mukadimah aku nak promosi kan?