2012-02-01

Port baru

Hari tu kat FB aku ada cakap aku gi makan mee rebus Jawa kat USJ Taipan pastu ramai tanya belah mana kedai tu.
Aku kalau kau tanya arah tu memang fail sikit la.
Sebab guna GPS pun aku leh sesat barat apetah lagi aku yang tunjukkan jalan. Kang kalau aku yang bagi arah tau-tau je ko dah sampai Siam.
Tapi landmark dia, kedai tu belakang Hong Leong Bank.
Opposite kedai tu adelah carpark building.
Kedai tu kedai satey Hj Samuri, tapi dia ada warung jual mee rebus sekali.
Gila sedap mee rebus dia.
Sejibik macam mee rebus aku makan kat kedai Cina bandar Muar tu.
Sape yang penah makan mee rebus kat kedai Cina Muar tu memang tau la kelahzahtan mee rebus Muar. Aku makan kat kedai tu dari kecik. Dah sekolah menengah baru aku tau tu kedai Cina. Tapi tukang masaknya melayu. Tak pernah la kalau aku pergi, kedai tu lengang. Mesti kena beratur tunggu giliran. Sebab kedai dia kecik, yang nak makannya belambak.

Bila aku jumpa port baru mee rebus kat USJ Taipan, memang lega la.
Kuah dia pekat.
Aku kalau makan mee rebus ni, Jawa totok pun sujud tengok aku tonggeng-tonggengkan mangkuk nak hirup kuah. Sedap gila okkkk.



Kalau pegi kedai ni, memang kitorang order satey takat cukupkan syarat masuk kedai satey.
Dalam 15 cucuk jadiklah.
Sebab aku ngan En Wan memang konfem akan belasah mee rebus.
Kadang-kadang tu, dah makan mee rebus, dah makan satey, poastu bungkus lagi mee rebus nak sambung malam kat rumah.
Aku la tu, bukan orang lain pun.

Mula-mula kawen dulu, En Wan takleh terima mee rebus ni.
Tapi atas kegigihan aku menjawakan dia, akhirnya dia surender.
Kira fair la kan, dia Trengganu-kan aku.
Aku Jawa-kan dia.


Tapi kalau dah nama makan kat Kolumpo ni, mesti sikit je dia letak.
Kalau korang nak betul-betul semangkuk penuh, marilah pergi ke Muar.
Membuak-buak mee dia.

Apa?
Tak cukup dekat?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!

Oh! Mee rebus, kau lah kebanggan keturunan kami.



Kelmarin ye ye je aku buat entry saiko korang pi beli anak tudung Ariani kan?
Akhirnya kesaiko-an itu memakan siri.
Aku yang tersaiko rupanya.

Semalam, aku telah menyerah diri kat Ariani Bangi.
Dan merembat keluar 6 helai lagi tudung.



Opsssss.

Jangan terkesima.
Paper bag saje Ariani Platinum
Isinya bukan Ariani Platinum
Isinya hanyalah Ariani RM89 sehelai.
Aku belum tergamak lagi nak beli Ariani Platinum yang sampai tiga empat ratus sehelai tu.
Biarlah Wardina sorang je yang pakai.



Semalam aku beli kaler ni.
Actually warna-warna asas tu dah ada.
Like blue, pink and green memang dah ada, tapi semalam aku beli hijau green apple (sempena menyambut shawl AR06 yang bakal tiba nanti. Hehe). Biru pun aku beli yang biru tua la pulak, baby blue and shocking blue dah ada. And bla bla bla...


Ni je la pun anak tudung yang aku ada.
Aku lagi suka pakai shawl sebab tu aku kumpul anak tudung various color.
Ada antaranya aku beli je dulu tapi tak pakai-pakai pun lagi sebab belum ada shawl and baju yang sesuai nak padankan.

Pada yang belum pernah rasa Ariani, cuba try beli sehelai dua dulu, see if korang puas hati or not.
Of cos ada orang yang akan kata beli mahal ke, beli murah ke, kalau tak cantik kat kita, tetap nampak tak cantik. Sebab tu aku kata try dulu, kalau rasa cantik, ambik (eh aku cantik ke pakai? Hahaha).
Tak rasa selesa jangan beli. Jangan kerana orang pakai, kita pun pakai.