walk on wings, tread in air: 2 <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


2
2012-02-09


Selama ni lalu-lalang kat pantai Batu Burok, tak pernah kehinginnya aku nak naik kereta kuda ni. Tapi hari tu aku bawak rakyat ramai, jadi kasik la dorang naik kereta kuda.

Tapi mahal gila la kereta kuda ni.
Dah la dia kira per head, bukan per ride.
Macam kat Melaka tu hari, per ride RM25, pusing gila jauh.
Puas hati.

Yang kereta kuda ni per head RM5 dewasa, budak RM3.
So sekali jalan total RM16.
Dah la sekangkang kera je.
Aku ingatkan dia bawak la pusing dari depa pantai tu lalu depan AnW, lalu depan warung celup, sampai ke Primula pastu pusing balik ke port, rupanya dia memutar-mutar kat depan aku je. 10-15 minit je, done.
Ye ye je aku melambai-lambai kat anak-anak aku, tup-tup da pusing and lalu balik depan aku and terus stop.
Aku macam, eh? Dah ke?
Satu pemandangan kau tak nampak. Sabit nak rasa naik keta kuda feeling-feeling Cinderella je.
Takde motif kau buat bisnes kereta kuda.
Kalau kau at least jalan ke depan sikit, pusing-pusing sampai Primula ke apa ke, dapatla pelancong tengok pemandangan. Ini tak. Kau pusing-pusing je depan car park, jadah weh????

Kalau korang nak naik, aku suggest korang ambik sorang satu kereta kuda.
Lagi untung.
Dah dia kira per head kan. Buat apa naik ramai-ramai, baik conquer kereta kuda tu sorang-sorang.




Satu lagi tempat wajib singgah adelah Gerai Pulut Lepa (Pulut Panggang).
Beli-beli je, masuk lam kereta terus bukak, makan.
Tak sempat tunggu sampai rumah.
Pulut lepa dia tebal, bulat. Pastu inti ikan, sedap.
Warung ni kat tepi sekolah. Aku tak tau la apa nama tempat ni, tapi sekolah tu kaler oren.
Warung ni ada jual sekali sata.
Memang laku gila.
Masa aku gi beli tu, dah berbungkus-bungkus pulut lepa dia put aside, dah ada orang booked.

 

Hari nak balik ke KL tu, kitorang singgah lagi beli lagi 3 buku roti paung.
Lupa aku nak cakap, roti paun dah tukar nama.
Agaknya dia pun dah sedar ejaan dia salah. Hahaha.
Now, plastik and banner dia dah tukar ke ROTI PAUN. Tapi sebutan tetappppppppp PAUNG.
Seb baik nama kedai dia eja CHE WAN, tapi aku jamin sebutan tetap CHE WANG.

Dulu lagi aku tanya En Wan 'Apesal Paung? Paung tu apa??'

En Wan terpisat-pisat nak jawab.
Aku dah agak dah, ni mesti sebenarnya POUND.
Just like pound cake.
Last-last terjawab jugak persoalan aku selama 11 tahun ni.

Pastu aku terpikir, apesal adik-beradik En Wan tak guna nama betul untuk panggilan kat rumah.
Abang dia, Wan Mohd Rosdan = panggilan Mat Pok
Dia, Wan Mohd Ridzuan = adik Ayie (eiiii geli aku dah tua-tua kedarah nak panggil adik lagi)
Adik dia, Wan Mohd Rafizan = Awang.

Ni semua mesti nak mengelakkan dari salah sebut nama sendiri kan?
Percayalah, En Wan tak reti sebut nama sendiri.
Dia mesti akan sebut Ridzuang.
Seriesly tak tipu!
Wahkakakakakaka.

Tapi tu kan.
Dia tak boleh sebut "N" dehgan betul, tapi sebokkkkkk nak letak nama anak hujung ada "N".
Aku ni seboleh-boleh carik nama biar senang bapak dia nak menyebut nama anak-anak sendiri.

Wan Muhammad Redza Farrel.
Takde "N".
"WAN" tu memang takleh lari la, memang kena letak.

Bila pregnantkan Rayyan, aku asalnyta nak letak Wan Muhammad Rafiq Akmal.
Dia seboleh-boleh nak letak RAYYAN.
Pastu sudahnya panggil Rayyan now ADIK.
Sebab kau takleh sebut kan?
Ok gelak lagi. Ngahahahha.

 

Asal balik Tganu, bawah seat aku akan jadi rupa gini.
Penuh dengan makanan.
Dulu masa memula beli Coach, sayang wooo nak letak kat bawah.
Skarang, Coach Moach.
Semua aku campak kat bawah.

Oh yes, hari tu ada reader tanya pasal beg Coach yang aku beli from kawan.
Dia tanya kenapa kedai kawan aku tak banyak choice and if boleh buat installment ke tak.

Actually bukan tak banyak choice. Kawan aku ada jugak bawak beg sebagai stock. Tapi of cos dia akan bawak masuk beg yang ada demand. Takkan nak bawak masuk semua design Coach. Kang takde orang beli kang, dah jadi aset pulak.

Macam beg-beg yang aku beli dari dia tu semua pre-order. Maknanya ko boleh bagi product ID yang ko berkenan, and dia bawak masuk untuk kau.
Payment-wise, hanya barang yang diorang bawak as stock saje boleh buat installment. Rasanya 2 kali je kot.
Tapi kalau pre-order macam yang aku beli dulu, either kau bayar full payment or bayar 50% for booking, bila barang sampai bayar the rest. Pre-order mana boleh installment. Sebab kau yang pilih the beg, kau yang suruh dia belikan, secara lojiknya, mesti kau dah ada duit, betul tak? 

Tapi ada sorang lagi budak dalam FB list aku, tak tau la dia ni reader blog ni ke apa.
Ko boleh search under nama "Arlia Mystylostyle".
Dia pun buat bisnes handbag, mostly Coach. 
Boleh la kalau korang nak compare-comparekan price.
Kawan aku punya, klik banner kat belah side bar aku nama "My Brand Outlet".


Oh lagi satu, thanks pada yang hantar email enquire pasal tempahan nasik minyak and nasi dagang.
Ramai rupanya yang nak buat majlis tema Trengganu ni.
Ini aku akan discuss dulu, and reply to your email later ok?

Ini satu lagi kuih wajib makan. Tapi aku belum pernah jumpa lagi orang jual kuih ni kat kedai.
Maybe ini sememangnya kuih air tangan mak no.2 En Wan.
Nama kuih ni - kuih dadar.
Inti ikan!
Mahbelessssssssss.
Kuih ni kira macam ex-stock kat rumah aku.
Tapi kali ni cuma depat 3 box je, dalam 30 bijik.

Dia macam karipap, sebab guna inti kentang.
Tapi sebab dia Trengganu mali, so dia gantikan daging/ayam dengan ikan.
Tapi the rasa memang lain sebab rempah yang dia gunakan tu bukan rempah kari.
Kalau rempah kari memang sah-sah la kuih karipap namanya.
Tapi rempah ni sangat lain. Best.

Nanti insyaallah bila-bila in future aku buat majlis, aku akan pastikan kuih ni ada untuk korang rasa ("korang???" Macam nak jemput semua je gayanya)



Petua bibik sekali lagi di-aplikasikan masa nak balik ke KL hari tu.
"Jangan berak-berak kalau belum sampai rumah"

Ok ini lah menu aku skarang.
Terduduk atas katil, tengok tv, sambil minum teh o and cekelat Daim.



News :
Shawl akhirnya keluar jugak dari Hong Kong pagi tadi.
Sorry sangat-sangat. Memang this time, salah waktu betul aku place order. Hong Kong busy dengan CNY and Chap Goh Mei. Principal aku from Beijing pun baru reply semua email-email aku.
Dorang memang cuti panjang rupanya kalau time raya.
Sorry again.
posted by aveo757 @ 12:11 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER