2012-01-10

Blouse

 Fleur by Mrs Him. 
Jangan tanya saper Mrs Him. Aku pun tak sure kenapa aku letak Mrs Him.


Actually serba salah aku bila ada reader yang tanya baju yang aku buat (tailoring shop) tu baju muslimah ke tak. Of cos orang akan bajet aku buat baju muslimah la kan sebab aku bertudung.

Nak kata muslimah sangat tu tak la, tapi baju tu boleh dipakai oleh yang bertudung.
Kalau yang berlengan pendek pakailah inner.
Kalau jarang, pakailah tube (bagi yang tak bertudung).

Setakat ni, tailoring bisnes aku cuma guna material silk and chiffon.
Jadinya inner and lining adelah perlu :). Kalau taknak pakai inner pun bolehhhhhhh.
Kualiti jahitan - dijamin sebab tailor aku memang from butik.






BLUE (SOLD)
Material : Japanese lining






GREEN
Material : Japanese lining







GREY
Material : Japanese lining


Skirt tak jual eh.
Skirt tu aku masih nak pakai lagi.

Size adelah fix, sebab aku buat tailor-made, bukan garment style.
Jadi tiada saiz M, L, apetah XS.

Untuk blouse-blouse kat atas, saiz baju adelah :

Pinggang : 38 inch
Labuh : 24.5 inch
Dada : 34 inch

Kalau korang rasa pinggang korang 27, 28, 30 or 32 maknanya boleh la masuk baju tu sebab baju tu sebenarnya loose, aku memang tak buat baju ketat-ketat, tapi ada tali untuk korang ikat kat belakang. Ikut la kalau nak nampak bentuk badan, ketat la kuat sikit, kalau nak loose, ikat longgar je. Aku punya aku dah cop siang-siang kaler yellow. Hehe..

Price : RM118 with transport.

Baju ni takde buat2 lagi dah pasni ye, sebab lepas produce je, aku terus suruh tailor buang pola dia bagi memastikan sentiasa ada design baru. Sape cepat, dia punya.


Email : aveo757@yahoo.com

Reply

Semalam kan aku buat entry pasal dialog aku dengan En Wan tentang perfume kan.
Ada la 3-4 email masuk tanya pasal ni.
Aku tak reply sebab aku tak pandai hal-hal macam ni.
So, malam semalam aku tanya orang yang selalu aku jadikan tempat untuk aku bertanya hal-hal macam ni sebab dia lebih bijak dari aku. Dia juga orang yang banyak guide aku sewaktu aku dalam proses nak kenal tudung tu, so dia reply macam ni.


Terpulanglah pada semua untuk buat penilaian.
Aku takde masalah kalau ada yang setuju or tak setuju.

Promo today

PROMO 1
Salam kak di, cepat sembuh eyh. Kesian je baca entry akak tu.
Wuuu. Btw akak ingat saya lg?
Dulu pernah mnta tlg akak publish kan online shop.
skrg ni dah bkk balik and ada byk baju baru.
Sambil akak baring2 ngadap ipad tu kan.
Hehehe. ada baju yang sesuai utk akak kali ni. ;)
Thank you Kak di



PROMO 2

salam kak di. saya mira.saya silent reader kak Di. saya nak mintak tolong sikit kat kak Di bole x? eheh
saya ada satu product kecantikan nak buat promo tapi dalam online ni x pandai lagi jadi nak mintak 
kak Di bgtau kot kot la ada yang berminat nak try Qaseh Collagen. sekotak ada 10 sachet. satu kotak rm25.
kalau nak beli set sebulan rm75 (3 kotak). kalau ada yang berminat boleh la contact saya di 


thank u kak Di :)




PROMO 3


assalam k.di, nk mtak tlg promote kat blog..

1) Dapatkan barangan muslimah anda pada harga termurah dipasaran =)
2) Dapatkan barangan halal yang diiktiraf oleh jakim =)
3) istimewa untuk anak2 anda! dapatkan barangan little caliph anda disini =)

NUR MODERN HOUSE

https://www.facebook.com/profile.php?id=100003237404771

syukran k.di!!|truskan berblogging,,|

& smga trus istqmah,, ske k.di pkai tdung =))

nk add fb k.di tp xdopet..uhuk2




PROMO 4

Assalamualaikum Di,

Hi i silent reader blog u  :)....nak mintak tlg sket...

terus straight to the point je ek :)...nak mintak tolong Di iklan kan kedai facebook saya kat blog D...first sbb blog D popular :)....kalau rasa bersesuaian tolonglah ye...kalau iklan kene bayar bgtau eh :)...

kedai saya ada jual baju bundle,baju baru n kosmetik avon :D  https://www.facebook.com/kedaikl

Papehal leh contact i kat 019-6734704

Thanks in advance :) -Nora

2012-01-09

Cakkkk????

Cakkkkkkkkkk!!!

Klaka tak??

Tetiba je ada entry baru kan?
Nampak sangat nipunya kata nak berehat sangat tadi.

Actually aku dah tido tadi, 2 jam.
Tapi tido-tido ayam je la sebab kejap-kejap Rayyan ketuk-ketuk pintu bilik.
Pastu HP aku bunyik.
Ok tang HP ni aku memang takkan off or silentkan. Sebab every call is a potential bisnes bak kata omputih. Kalau tetiba ada nama member naik kat screen HP memang aku tak angkat la. Sebab kalau bersembang dengan member jawabnya aku tak tido-tido. Kalau dengan customer selalunya cepat sikit habis.

2 jam golek-golek macam nak muntah dah rasa.
Banyak sangat tido pun boleh jadi penyakit ok?
So, baiklah aku bangun.

Rupanya aku tak makan lagi.
Maklomlah dok terperap je kat bilik, makan pun lupa.

Kul 3.40pm baru bibik aku ketuk pintu bawak naik makanan.
Dia kata dia risau apesal aku tak call dia suruh bawak naik lunch.
Sejak berpantang ni, kalau aku nak makan ke apa ke, aku call HP dia. Nanti dia bawak la naik keropok ke, teh susu ke, apa ke.

Baiklah....ni aku tayangkan menu-menu sewaktu berpantang.
Ada yang aku tak sempat nak snap, tau-tau dah licin.
Kira ok la ni bibik aku dah tau masak.
Lepas ni makin pemalas la aku jawabnya.


Nasik lomak


Chicken cheese macaroni.
(tapi yang ni dia panaskan aje, Mak Aji yang buatkan)


Daging dendeng


Nasi goreng


Ayam berempah and sambal tauhu
(sebenarnya dia buat sambal tauhu dengan udang sekali tapi dia tak bagi aku makan udang, nanti gatal. Cisss! Berani kau halang aku makan eh???)


Ni lauk baru sat-sat ni tadi. 
Siap air oren lagi sebab dia tau aku nak bancuh air oren ni dengan gel gamat.


Kiranya kali ni berpantang Mak Aji tak jaga pun sama je penderitaan aku.
Serupa je aku takleh turun bawah.
Bibik aku ni pun tahap nenek-nenek gak so dia pun ada pengalaman jaga menantu berpantang, jadi dia applykan sikit kat aku. Tu pun dia kata dia dah bagi kelonggaran dah. Ewahhh, kau pulak yang buat undang-undang.
Dia kata kalau dia or Umi dia yang jaga berpantang, pukul 5 pagi dia dah kejutkan aku makan nasik. 

5 pagiiiiiiiiiiii???
Aku bangun bersahur pun cun-cun lagi seploh minit nak azan okkkk.
Jangan nak ngengada kejutkan aku bangun 5 pagi semata-mata nak suruh aku mentekedarah nasik ngan ikan tawar. Ces.

Tapi alhamdulillah la, bibik aku ni nampaknya boleh diharap.
Apelah malang nasib dia keje kat Malaysia kena jaga majikan sakit.
Dah la sakit, degil pulak tu.
Tadi dia kata kejap lagi dia bawakkan aku cempedak goreng dengan tembikai susu. Dia kata 'Mister suruh goreng cempedak, Madam suka makan'.

Madam kau ni bukan takat suka makan cempedak, apa aje yang kau tadah depan muka aku semua aku bedal, janji kau jangan suruh aku tolong. Kalau suruh aku tolong masak, otomatik makanan tu jadi tak sedap. Kalau kau paksa jugak aku masak, tau la nasib kau. Mesti kau cirit-birit pastu.

Ok, tukar topik.
Semalam aku kemas-kemas lemari (mengemas lagi!).
Susun-susun perfume je.
Aku kira perfume aku ada 11 botol. Ada yang aku beli kat Hong Kong 3 tahun lepas pun tak luak lagi. Entah dah basi ke apa perfume tu agaknya. Tengah susun-susun tu aku sembang ngan En Wan.


Aku : Bang, abang perasan tak lately ni Di wangi je kat rumah.

En Wan : Ha'ah. Apsal pakai perfume kat rumah?

Aku : Saje je. Rasa dah taknak pakai la perfume kat luar. Nanti orang lain bau. Baik abang je yang bau. Kan?

En Wan : Biar la orang lain bau pun. Bukan dia boleh tergoda pun dengan awak.

Aku : Kan sebenarnya tak elok perempuan pakai perfume kat luar ni bang. Dosa.

En Wan : Terpulang pada apa yang kita buat. Kalau masa menyembur tu dah niat yang tak baik memang la dapat yang tak baik. Perfume tu nak bagi kita keyakinan bila berhadapa dengan orang. Kita ni berkerja dengan ramai orang, jumpa orang sana-sini. Kalau badan kita bau wangi, kita pun sedap nak bekerja.

Aku : Ok lah. Tapi takpela kan kalau Di nak pakai jugak kat rumah. Abang tak tergoda keeeeeeeeeeeeeeeee???

En Wan : Menggoda tapi pepek takleh pakai buat apa?



Makin kuang ajaq laki aku ni kan???



Berpantanglah betul-betul...

Aku ingatkan aku dah terer, minggu ni boleh masuk opis. Sekali tersadai lagi sekali di rumah. Tapi tak berapa nak menyadai la sebab aku tengh buat keje kat study ni. But takleh duduk lama-lama. Kejap-kejap kang aku baring, sebab sakit pulak kat bawah perut bila duduk lama-lama. Agaknya belum baik lagi. Belum seminggu pun sebenarnya, aku je yang jenis tak paham bahasa.

Semalam Ibal, Mak Aji and Pak Aji datang rumah aku hantar macaroni cheese bakar.
Slurpppppppppppppppppppppp!! Mahbehlesssss.

Ibal warned aku.
Dia kata berpantang jangan buat main-main (ecehhh, macam ada pengalaman je kau).
Dia cakap baru-baru ni opismate dia, age baru 25, baru kawen last year kot.
Baru-baru ni dia bersalin. Masa dalam waktu berpantang dia aktif, buat keje sana sini. Maybe takde saper jaga dia berpantang kot so dia takde pilihan kenala buat keje sikit-sikit gak.

And now apa jadi....???

Now on wheelchair.
Dokter sahkan ada jangkitan kat saraf tunjang akibat dari pergerakan aktif masa berpantang.

Aku terdiam kejap.

Terus carik stokin pakai.

Mak Aji pesan, memang la sakit buat DnC ni (beranak, gugur, bla bla bla), lukanya tak nampak kat luar. Tapi bila kita banyak bergerak, benda kat dalam tu bergeser. Tu yang ada kes bleeding la apa la pastu. Tu semua kesan sebab tak berpantang dengan betul.

Agaknya maybe sebab tu la aku bleeding balik semula last week.
Padahal aku turun tangga dah habis slow, seslow yang mungkin supaya takde rasa terhentak. Tapi still keluar darah balik. Gila ahhh berpantang ni.
Sakit gila bawah perut aku. Dia punya sakit tu tangkap sampai kat pinggang and peha.
En Wan pulak, lagi aku tergeliat-geliat sakit, lagi dia takut nak urutkan. Siap keluar dari bilik lagi tak sanggup nak tengok aku merintih tahan sakit. Kuang hasam.
Jadinyaaaa....aku nak share kat semua.
Kalau dokter suruh berpantang tu silalah berpantang.
Yang mana dapat cuti sampai 3 bulan tu, bersyukurlah. Rehatlah betul-betul.
(cewahhh aku pulak nasihatkan orang padahal diri sendiri tengah duduk menaip ni)

Ok, aku nak sambung baring.
Menambah lemak la aku jawabnya lagu seminggu sementara pantang nak habis ni.
Terpaksa la layan movie-movie kat You Tube.
Korang kena tolong aku tau.
Kalau jumpa movie Padaiyappa yang ada English Subtittle, tolonggggggggg email aku the link. Aku boleh baring sambil layan kat iPAD, dun werry.

Sebelum tu, ni aku nak share satu mesej dari Intan Sabariah :

salam all my dearest keluarga juga kawan2. Dgn rasa rendah diri berhajat ingin menolong seorang kawan yang berada didalam kesusahan dan memerlukan duit dlm kadar segera. Ida Baba dan suaminya Anuar Aziz memerlukan duit sebanyak RM18k utk pembedahan anak sulung mereka yang hanya berumur kurang 2 bulan kerana mengalami masalah jantung. diharap semua yang membaca msg ini dpt memberikan bantuan kepada pasangan ini kerana selama 4 thn mereka menantikan kehadiran cahaya sulung mereka... both of u, kesabaran kamu berdua diuji lagi... sila share..

nama anak: Hani Zahra Anuar, 
anggaran kos pembedahan:rm18k untuk pembedahan P.D.A ligation. 
account Zuraidah baba (maybank) 1123 5200 8292 (cimb) 1215 0064 7625 21


ni no hp ida baba 017-3117581.

2012-01-06

Sakit pundi vs Sakit perut

Tadi aku sembang-sembang ngan kawan aku pastu tengah-tengah sembang terus line mati.
Selamba je rupanya aku tengah sedap-sedap bercakap, kawan aku pi matikan henfon sebab nak pergi kencing. Apelah salahnya kau sound dulu kau nak kencing kan. Main blah je.
Dasarrrrrrrrrrrr.

Tapi takpela.
Aku paham situasi orang tengah tahan kencing ni.
Aku pun kalau diberi pilihan antara menahan kencing dengan menahan berak cirit, aku lebih rela tahan cirit dari tahan kencing.

Kencing ni bukan boleh ditahan-tahan.
Kau tekanla pek kau kuat macamana pun, kalau dia nak terkeluar tu dia terkeluar jugak. Kalau cirit ni time dia memulas tu, gi carik tempat duduk, mesti dia punya memulas tu stop kejap. Tapi kalau kencing ni kau duduk ke, kau diri ke, dia macam tak makan saman sikit.

Aku pernah alami situasi dah nak terkencing sangat ni sekali lif ramai orang pulak.
Semua tingkat dia nak berenti.
Dah la masa tu aku keje tingkat 14. Dari ground floor nak menyampaikan ke tingkat patblas tu macam nak putus nyawa! Masa tu jangan siapa nak cuba-cuba buat lawak ngan aku atau ko akan mandi kencing beramai-ramai kat dalam lif tu. Bercakap pun jangan. Nanti dia terkeluar jugak.

Sekali masa kat tingkat berapa ntah lif berenti, ada satu akak ni masuk sambil jinjit teh ais. Aku nampak teh ais dia terus aku terkencing. Siapalis betul.
Kencing ni pulak bangsa yang tak tau keluar sikit-sikit.
Dia kalau dah terkeluar tu mesti susah nak berenti. Seb baik time tu aku pakai pampers.

Kalau cirit lain.
Cirit ni kau masih lagi boleh melayan bersembang walaupun at the same time peluh jantan kau menitik-nitik keluar sebab menahan dia punya memulas tu. Tapi takdela seteruk menahan kencing sebab nak tahan kencing ni perlukan konsentrasi maksima. Kau kalau sakit perut otomatik takde rasa nak tergelak tapi dengan kencing kau jangan main-main. Batuk tak boleh, berdehem sikit pun dia boleh terkucil jugak, apetah lagi kalau kau tergelak. Memang al-banjirun.

Ada satu kali dulu time berdating ngan En Wan kat Sunway Piramid, aku dah nak terkencing sangat.
Sebelum tu kitorang mandi-manda kat Sunway Lagoon. Masa tu dah rasa nak terkencing dah tapi takkan aku nak lepas lam kolam kot. Sekali toilet pulak penuh pastu hancing pering. Tak lalu aku. Masa tu boleh bertahan lagi. Lepas gi Sunway Lagoon tu En Wan ajak makan kat Piramid. Time ni la pulak pundi kencing aku macam nak pecah.

Tapi masa tu tak tau la kenapa aku segan nak cakap kat dia aku nak pegi toilet.
Aku rasa masa tu kalau aku pergi toilet and sekali toilet ramai orang and aku terpaksa tunggu turn lama, mesti nanti dia ingat aku berak.
Bila skarang aku pikir balik, macam ntah apa-apa je aku. Tu pun nak malu.

So, aku tahan sampai la ke satu tahap aku dah tak boleh tahan dah.
Aku cakap nak gi toilet jap, zassssssssssssss lari.
Mulanya aku taknak lari sebab aku tau kalau aku lari, kencing ni mesti terkeluar. Tapi kalau aku jalan, lagi lambat nak sampai toilet. Sama jugak nanti terkencing dalam seluar, so better aku lari.
Sampai je depan pintu toilet, panties aku dah kuyup. Tu pun seb baik ada pantyliner, kalau tak sure jeans aku basah sekali.

Jadinya, aku masuk toilet hari tu hanya untuk bukak spender dan buang dalam tong sampah.
Dan lepas tu sambung bertenet sampai ke malam dengan tak berspender. 
Lapang dan berangin.

Sejak dari hari tu, dalam beg aku mesti kena ada pantyliner, pad and spender spare selai.
Aku pernah tunjuk bukti kat entry tag ni apa ada dalam beg saya

Jadi, moralnya kalau terasa nak terkencing tu jangan tunggu sampai dah hujung-hujung baru nak cari toilet. Jawabnya nanti u is the malu. Nak berak tunggu dah hujung-hujung takpe. Sebab menjimatkan masa. Dok dalam jamban lama-lama pun nak buat apa.

Siapa penah tengok ni?


Option

Semalam aku terima satu email dari reader yang katanya sehari namblas kali bukak tutup bukak tutup blog aku (Blog akak ni merepek je dik, kau bukak namploh kali pun takde unsur-unsur ilmiah melainkan kerepekkan semata-mata).

Dia luahkan rasa hati dia.

Dia kata dia baca blog aku pasal kes aku buat DnC and betapa En Wan sedih sebab aku dah tak boleh mengandung lagi atas sebab-sebab kesihatan. Sebenarnya kalau nak, boleh je. Tapi kena kuat la kan, sebab sah-sah risiko tu memang ada. Of cos ajal maut di tangan Tuhan, itu semua orang tau. Tapi rasanya dokter pun tau keje dia. Kalau dia nasihat lebih baik begini, kalau kita rasa kita nak ikut, kita ikut. Kalau rasa kita taknak ikut, terpulang. Dalam kes aku ni, aku belum bersedia lagi nak tanggung risiko sebab keadaan aku dulu pun dah severe, and too bad, pregnancy baru-baru ni, awal-awal lagi tanda-tanda pre-eclampsia tu dah ada - darah aku naik. Jadi, aku ambik keputusan gugurkan.

This reader cakap dia cerita kat husband dia keadaan aku and dia terperanjat bila husband dia respond "Kalau macam tu suami dia boleh kahwin lagi tau". Bia dia terangkan yang aku bukan taknak beranak tapi tak boleh atas sebab-sebab kesihatan, husband dia tetap dengan respond suami boleh kawen lagi kerana nak anak.

Dia cakap dia kecewa and membayangkan kalaulah dia berada di tempat aku, dia dah boleh agak apa yang suami dia akan buat.

Dont't worry dik, selalunya suami yang beria-ia suggest kawen lagi, or cerita pasal nak kawen lagi ni semuanya jarang nak buat perangai kawen lagi. Percayalah :).
Selalunya yang rajin kawen ni adelah jenis suami yang baik senyap tak berbunyik-bunyik. Betul tak?
(suami aku pun kategori senyap gak ni. Cuak gak aku)

Jadi adik jangan risau.
Suami adik tu bergurau je.

Honestly, aku memang ada cakap kat En Wan kalau dia betul-betul nak anak lagi and MAMPU BAGI NAFKAH ZAHIR (capital letter ye. Nafkah batin tu takyah cerita la. Kalau dia tak mampu takkan aku mengandung lagi kan. Auwww!), silakan lah nak kawen lagi tapi  

DENGAN SYARAT!!!!!!


Apa kau ingat aku suka-suki nak bagi kote kau beriang-ria tanpa syarat??
Nehiiiiiiiiiiii!!!
Mesti mau ada syarat.
Pernah dengar pepatah bukan senang nak senang, bukan susah nak susah?
Jadinya, kalau kau nak bersenang-lenang dengan bini baru, haruslah ade sedikit kesusahan. Sikit je, tak banyak.

Syaratnya adelah amat mudah.

Kalau sekarang segala expenses kita tong-tong bersama, maka bila kau nak kawen lain, otomatically semua expenses kau tanggung sorang. Duit aku, aku punya terus. Duit kau, pandai-pandai nak settlekan bil, skolah anak, baju anak, makanan, tempat tinggal, bla bla bla.....pendek kata segalanya yang dibawah tanggungjawab suami, semua kau tanggung. Aku cuci tangan.

Kejam ke?
Tak kejam kan???
Itukan memang tanggungjawab suami.
Apelak kejam ye tak?

Skarang ni boleh la aku share-share.
Kau bayar rumah, aku bayar kereta (contoh).
Kau bayar duit pasar, aku bayar duit groceries (contoh).
Kau bayar duit skolah and tution anak, aku bayar bil letrik air astro (contoh).

Akan tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Apabila kau nak kawen lain, aku menganggap kau mampu dari segi duit. Kalau takde duit takkan berani nak tanggung sorang lagi kan? Jadi apabila kau ada duit, silalah settlekan everything ye sayang?
Bukan senang nak senang tau. Hengat tu.

En Wan cakap aku kejam.

Eh apelakkkkkk.
Kau ingat senang ke nak jumpa pompuan yang kasik kau kawen lain tanpa menyebabkan anggota badan badan kau cacat??? Ce carik sket nak tengokkkkkkkk. Sana sini bersepah cerita laki nak kawen lain, si bini cantas buah pelir la, bagi nasik kangkang la, apa la.
Aku takde pun.
Paling-paling pun aku buat kau muflis je. Kau muflis pun sebab tanggung anak bini. Takkan nak berkira kottttttttttt.

Dah cukup baik aku kasik option kau kawen lain.
Kalau aku cakap aku yang nak kawen lain????

2012-01-05

Buncit buncit pun...

Aku tengah-tengah bercuti berpantang ni mana reti duduk diam.
Kau kurung aku dalam bilik macam la aku takleh carik keje dalam bilik ni kan.
Banyak keje aku boleh buat ni.
Tadi aku kemas lemari.
Susun spender-spender En Wan.
Susun spender-spender and bra-bra aku.
Dulu aku susun spender and bra aku secara berpasangan. Kalau bra pink, nanti kat bawah bra aku selitkan spender kaler yang lebih kurang sama. Tadi aku tukar. Aku susun ikut susunan kaler dalam pensil kaler LUNA.
Mula-mula bra putih, pastu bra kuning, bra oren, bra merah, bra pink, bla bla bla.
Macam rainbow okkk.
Barulah semangat nak salin spender.

Bila aku bukak laci spender En Wan, luntur semangat aku nak bergotong-royong.
Orang tua ni eloknya jangan dibelikan spender lansung!
Aku dah malas nak mengaturkan spender-spender dia.
Bila aku susun spender-spender baru bahagian depan kan, nanti minggu depan kau check balik, semua spender baru tu semua kat bahagian belakang. Balik-balik dia pakai spender yang longgar nak rebeh nampak alur pantat. Entah apa yang dia berkenan dengan spender longgar ntah. Spender tu fungsinya untuk memberi lebih cengkaman. Dah kalau kau nak pakai spender longgar just nak buat syarat biar buah pelir kau tak tersepit dengan zip seluar, baik takyah lah pakai spender. Buat sakit hati aku je nak menyidai spender barai-barai ni.

Lepas settlekan lemari, aku punggah lemari atas meja study aku ni.
Susun balik buku-buku cerita, susun balik folder-folder, buang apa-apa yang patut (tapi rasanya aku lagi banyak membuang dari menyusun semula tadi).

Tetiba aku jumpa ni...





Baby baby lagi.
Mual-mula DIANA.
Pastu BABY.
Pastu dah ada kawen panggil DI.
Dah ada anak panggil MAMA.
Aku dah boleh agak dah kalau aku ada cucu esok apa dia panggil aku.

Kepada anak-anak muda yang baru nak tumbuh bijik, meh sini akak nasihat.
Kalau belum kawen, takyah la berangan nak panggil boifren PAPA DADDY segala okkk.
Geli hakakkkkkkkk.

Kad tu buat sendiri okkkkkkkkkkkkkk.

Tapi 11 tahun dulu la punya keje.
Masa tu cinta masih kuat menebal, kote pun merenyam lagi so mestilah dalam hati ada taman lebih sikit kan.
Pulak tu belum kawen lagi, masing-masing duduk jauh. Cinta antara benua gitu.

Ini kad yang dia pos  dari Jepun berserta dengan hadiah besday.
Tau apa dia beli untuk aku???

Bra and spender full embroidery lagi!!!!!

Muat-muat melekap je kat tetek aku.
Ewahhh cukup pandai kalau bab-bab menilik saiz tetek orang.
Sekarang ni cuba aku pesan belikan bra. Dia boleh tanya balik apa saiz aku pakai.
Mentang-mentang la dah tak berapa nak mantap. Boleh pulak kau buat-buat tanya saiz ye?

Tapi memang itu lah lelaki kalau kau nak tau.
Belum-belum kawen dulu kau tanya ajelah serba-serbi pasal pompuan luar dan dalam, semua dalam tangan dorang. Duduk berjauhan kemain lagi sengsara jiwa raga zahir batin. Terpaksa la gunakan imaginasi.
Sekarang ni pantang kau terbogel sikit je depan dia kemain laju lagi komen 'buncit'..'tetek layut'...
Banyak cengkadak pulak. Aku punya buncit je kau kira. Kau punya buncit kau buat-buat tak nampak.

Tapi takpela kan.
Buncit-buncit pun kau terbabas jugak.
Sampai kena buat DnC.......hmmmm.

Wedding Dil

Minggu lepas, cousin aku lagi sorang kawen.
Berlumba-lumba cousin-cousin aku kawen tahun ni. Yang adik aku asik la jadi pengapit. Mengepit je la keje kau.
Aku macam biasa, kena readykan teks ucapan untuk abang DJ.
Even dalam keadaan aku merempan-rempan dengan En Wan pasal kes pregnant tu, kenduri tetap pergi. Tak tolak punyaaaa. Siap tempah baju lagi. Trelampau busy menyiapkan baju-baju untuk kedai sendiri, sampai aku lupa nak check if baju kurung untuk gi kenduri cousin dah siap ke belum. Last-last beli je la kat Butik Jedan. Melayang RM980.00.

Hari nikah, aku tak tau nak pakai baju apa, aku sambar jubah je la sudah.
Senang. Kaler pun hitam. Senang aku nak matching dengan mana-mana tudung. Lagipun badan adelah lari sikit shape cewahhh padahal baru mengandung 5 minggu. Dasar badan takde shape.



Hari nikah aku bawak Redza je. Rayyan tinggal. Dia masih lagi tak makan saman. Kang habis satu masjid dia pusing. Aku dah la mabuk-mabuk time ni kan, kosser aku nak melayan berkejar-kejaran dengan Rayyan.

Cousin aku nikah kat Masjid Kampung Melayu Ampang.
Masa aku sampai masjid, nampak keta Pak Aji tapi pusing-pusing satu masjid taknampak kelibat sorang pun. Try call Pak Aji, rupanya dia tengah mandi kat masjid. Boleh?
Reason, rumah aunty aku dah ramai orang so dia segan nak mandi kat rumah orang.
Bukan suruh mandi jemaah pun kan yang nak segan-segan tu.

Pak Aji and Mak Aji are also mak bapak angkat kepada pengantin lelaki - Muhammad Aiman Lee Abdullah.
Ini request dari uncle aku (bapak kepada cousin aku yang kawen tu) supaya Pak Aji ambik Aiman jadi anak angkat. Kesian budak tu muallaf. Kalau ada keluarga angkat melayu takde la dia rasa terasing sangat. So secara otomatiknya aku dah ada abang angkat okehhhhhhhhhhh. Nak kawen ngan Leslie Cheung tak dapek. Sekali Tuhan bagi abang angkat cino. Jadik lahhhh.
Time ni aku teringat ngan Mak Aji dulu-dulu kemain lagi dia takut aku dengar lagu cina hari-hari sampai koyak-koyakkan poster Leslie aku sebab takut aku kawen dengan Cina. Sekaliiiiiiiiiiiii dapek anak angkat cino. Hambikkkkk.

So hari tu kitorang berarak dengan keluarga lelaki.
Kira macam buat-buat tak kenal sedara la masa masuk rumah aunty aku hari tu.



Dill (Fadilla) buat muka relaks. 
Ala, aku tau kau tengah cuak kan? Kan?



Aiman dinikahkan oleh uncle aku sendiri (bapak mertua Aiman).
Terer okkkkk. 
Dalam pada dia pelat-pelat bercakap melayu tu, sekali lafaz je tau!
En Wan pun dua kali lafaz. Ceh. Very the malu.

Macam biasa la, aku kalau dah jumpa sedara mara, makcik-makcik, memang aku pun transform jadi makcik-makcik sama. Kamera je bawak kehulu-hilir, ambiknya tak. Masa tu pulak tekak asik nak mentekedarah je. Aunty aku pulak buat hi-tea style. Lepas nikah, semua balik rumah aunty aku untuk jamuan minum petang. Gila kau, ada la kot 15-16 jenis kuih. Dah macam buffet kat hotel. Semua kuih-muih melayu. Puteri berendam, dua puteri tido sebilik (ok ni first time aku dengar. Dia macam kuih koci tapi ada 2 bijik inti berkaler kat dalam), roti jala, bingka ubi, lengkong, karipap pusing, seri muka, bla bla bla....lupa kejap aku bawak laki. Dah habis makan baru aku terkial-kial carik laki aku kat mana.


Ini reception belah Dil, esoknya, kat Dewan Taman Tasik Ampang Hilir kalau tak salah aku.
Punnnnn, kitorang berarak dengan keluarga belah lelaki.
Eh kata abang angkatttttt.
Haruslah tetamu VIP.

Tapi disebabkan aku dah ada tugas untuk meng-guide abang DJ, jadi aku duduk dengan abang DJ je la.
Ni je la pun gamba yang aku ada masa bersanding, tu pun cilok kat FB Dil.
Aku lupa lansung nak ambik gamba.
Busy gila okkk. Macam aku lak yang pengantin hari tu.

Tapi yang best, kasut aku putus masa tengah sibuk layan pengantin.
Baju kemain lagi ratus-ratus, tapi kasut cikai. Tu yang senang putus.
Tapi sebab aku jenis pedulik apa, aku pakai selipar jepun je.
Lantak kau la. Takde saper kot nampak selipar Cinderella aku.
Dulu masa kawen Anuar pun kasut aku jugak yang putus.
Ntah apa kena ntah aku ni. Asal pakai kasut je mesti kasut jahanam. Memang aku ni pesen kena pakai selipar kot.

 
 Coklat untuk tetamu VIP.
This is the coklat yang another cousin aku buat.
Tak sangka dah ramai order cokat budak ni now.
Ha, tu la korang. Aku cakap coklat ni best korang tak cayaaaaaaaaaa.




Isnin malam, reception kat belah Aiman pulak, kat Seremban.
Dorang buat makan-makan kat City Park Oriental.
Aku pergi dengan En Wan je berdua. Redza tinggal. Dia bukan reti makan chinese food pun.


 
Adik Dil.....errr tahun depan giliran budak ni kot.




Pengantin berarak masuk restoran.
Cantik cheongsam yang Dil pakai ni.


Buat catwalk jumpa tetamu

Antara sebab kenapa aku cakap aku ada feeling yang this time aku pregnant anak perempuan.
Sebab penyakit yang sama aku alami masa first time aku pregnant dulu (yang misscarriage tu).
Orang tua-tua kata kalau mengandung anak lelaki, mak mesti suka bergaya, bersiap, bercantik-cantik.
But this time, aku malas sangat. Mekap taknak. Baju asal boleh. Gila selebet dari kebiasaan.
Sebab tu aku amat yakin dengan kata hati aku yang budak kat dalam tu perempuan. Tapi takpela, takde rezeki. Mungkin Tuhan akan kurniakan aku menantu miss world dan solehah. Ewah.

 Kat bawah ni antara 9-course meal yang sempat di-snap. Meja aku paling best. Semua macam piranha. Sampai je makanan, tak sempat sejuk la makanan tu, konfem selesai. Siap tolong susunkan pinggan kotor lagi bagi senang waiter nak ambik.






2012-01-04

Party

Ahad lepas aku celebrate besday Redza, Jannah, Rayyan and Mirza.
Memang plan tahun ni nak buat serentak sebab kebetulan cousin aku kawen 30 Dis baru-baru ni, Ima mesti balik punya. Pulak tu wedding anniversary Pak Aji and Mak Aji 25 Dis, planningnya nak celebrate sekali. Last-last kan kitorang semua boleh lupa nak celebrate utuk Pak Aji ngan Mak Aji, semua tumpu kat besday anak masing-masing. Sorry ye Mak Aji, takpe, bulan ni kitorang celebrate.

Aku tempah kek kat Jasmeen Delight Seksyen 18 (sila google sendiri).
Dia ada offer various flavour,dari choc moist, marble, cheese, red velvet, rainbow, bla bla bla....tapi aku pilih choc moist. Trust me, cake dia sedap. Aku ni kalau bab kek memang cerewet sebab kebanyakkan kek tak guna butter yang best, most of them pakai butter timbang kati. Tu pasal rasa pun ke laut. But Jasmeen punya kek best. Decoration pun lawa. Masa aku email dia, aku cakap aku nak perasa choc, topping sukati, tema upin & ipin (Ima request untuk Jannah) and 6 angry birds (requested by Redza). Birds je. Babi-babi semua taknak.


 
RM130 untuk kek sebegini. Bagi aku, sangat berbaloi, sangat puas hati.
Yang penting nampak meriah dengan kaler.


 
Pandangan dari belakang kek. 
Perkataan HAPPY BIRTHDAY tu adelah lilin yang di-sponsor oleh Mak Aji. Tapi huruh 'H' dah patah sebelah si Rayyan gigit.


Nama-nama pencelebrate besday

Actually party ni pun sebenarnya mengejut je.
Aku tak bagitau sesape pun aku nak buat birthday party. Mak bapak aku pun tak tau. Cuma aku and Ima plan nak buat besday party kecik-kecik je untuk kitorang suka-suka celebrate. Sekali Sabtu lepas masa reception cousin aku, Ima pulak bagitau dia tak dapat balik untuk attend the wedding sebab mesin kat kilang dia rosak so dia kena keje. Gila apa aku nak mentekedarah kek2 stack sorang-sorang? Aku cakap kau jangan buat pasal, aku dah tempah kek siap ada upin ipin lagi untuk anak kau. Kul 7.30pm dia sms aku cakap dah ada kat Bangi. Lahabau betul.


 
Adik ipar tercinta mengambik tugas bakor-membakor. Memang dari dulu asal ada aktiviti membakor je memang pass kat dia. Budak pengakap la katakan. Yang tepi dia tu dulu budak PBSM. Tak biasa pegang api konon. Tapi tengok jarum peniti pun takut. PBSM amendeeeeeeee??????


Ini je la gamba bakor-bakor yang aku sempat snap. Pastu orang dah sampai aku pun dah sibuk melayan and menyiapkan makanan lain.


Mandor

Terus esok paginya aku ajak En Wan gi pasar borong selangor beli jagung 20 batang, kambing 2 kilo setengah, ayam 2 ekor, sotong 2 kilo, udang sekilo, ubi manis 2 kilo, pastu mintak mak mertua aku buat mihun goreng and Mak Aji buatkan lasagna and macaroni cheese ayam. Call makcik-makcik aku semua suruh datang. Aku just cakap 'Ada kambing bakar'.
Mau taknak datang???
Konfem datang! Heheh.

Tapi aku yang tak berapa nak makan sangat eventho bau kabing menusuk-nusuk hidung. Macam tak berapa nak memanggil sagat kambing kali ni. Aku sepanjang hari mentekedarah jeruk mangga. Kalau tak, aku makan jeruk gigit hujung-hujung je. Hari tu aku kunyah jeruk macam makan keropok. Krup krap krup krap habis 200g.


 
 Acu dan anak-anak buahnya.


 
Berkenan betul si Jannah dengan Acu dia. Apa Acu dia suruh buat dia ikut je.

Alhamdulillah makanan semua settle.
Cuma sepatutnya aku beli kambing 5 kilo!
Seronok tengok semua yang datang beria-ia makan kambing. En Wan makan kambing sampai mabuk-mabuk, sampai mak mertua aku suruh dia kunyah limau nipis dengan kulit-kulit sekali baru dia lega. Ceh! Buat malu je. Orang makan kambing, kau pun nak. Orang tak apa-apa, kau dah tumbang dulu. Tapi dia yang beria-ia nak carik kambing.


 
Budak takut orang tinggi. 
Mesti dia tak takut dengan laki aku. Hahahahha.


Tapi tu la, kesian Ima.
Anak dia meragam hari tu sebab takut kat orang tinggi.
So Jannah nampak Jalal, dia menjerit 'Orang tinggi! Orang tinggi!'. Nampak uncle aku pun dia menjerit 'Orang tinggi!'. Padahal si Ibal tu lagi melangut tinggi, takde pulak kau menjerit. Mungkin Jannah sukakan lelaki tinggi dan hitam. Ok Ima, bersedialah kau. Ciri-ciri bakal menantu sudah dapat dipastikan.

Mirza Muammar pun meragam hari tu, so dua-dua anak Ima tak potong kek.
Yang balik-balik asik potong kek of cos lag Redza kan.
Itupun awal-awal lagi dia dah tanya :

Redza : Ma, saper punya besday?

Aku : Redza, Jannah, adik and Mirza.

Redza : Siapa yang mula dulu?

Aku : ........

Haa...tu dia dah bagi hint lah tu.
Aku dah buat pengumuman awal-awal kang time nyanyi lagu besday tolonglah bagi kerjasama sebuat nama Redza dulu. Kalau tak, mau dia merempan sampai besok pagi. Potong kek beria-ia tapi dia tak makan pun kek tu, dia makan telor angry bird je.






Mama usahakan jugak buat birthday pasrty untuk Rayyan. Kalau ikut bapak kau, dia kata takyah la sebab dah beli dah hari tu kek SR satu slice.

Bapak kau memangggggggg.
Dia pendengki sebab mak bapak dia tak pernah buat besday party untuk dia. Kahhhhhhhhh!

Kesian Jannah, orang ramai-ramai dia pun takut agaknya nak potong kek and tiup lilin. Sempat pegang pisau je.


Azrul terpaksa bawak anak dia lari sebab Jannah masa ni dah menjerit nangis. Ramai orang tinggi. Hehe.


Alhamdulillah budak ni tak buat perangai hari tu. Cuma dia buat 'kerja' sikit. Walaupun mata dah stim-stim tahan mengantuk tapi sebab ramai orang, dia pun sama naik nak entertain the guest. Lagipun besen, periuk, pinggan kan merata-rata time ni, so banyaklah keje dia. Dia memang suka berkemas. Hari tu je 3 bijik oren dia simpan dalam pasu. Haishhhh.



Aku start awal hari tu, kul 6pm sebab kalau start lepas maghrib maknanya isyak la baru semua sampai. So biar start awal, biar semua solat kat rumah aku. Pastu boleh sambung makan sampai malam. Siap pasang DVD Ombak Rindu lagi. Disebabkan start awal, habis pun awal. Kul 10am dah settle. Lepas tu barulah boleh aku ngan En Wan bersantai-santai baca sokabar sambil membincangkan topik hangat kat mana tempat nak buat DnC ni.

Home

Kisahnya gini....

Hari tu kan aku up status kat FB aku dah 5 hari lewat period.
Selama ni (sejak pekena jamu Mak Dara) period aku memang regular. Alih-alih lewat 5 hari. Masa tu aku takde terfikir pun aku pregnant ke apa ke sebab aku sangat konfiden aku tak pregnant. Rasa macam segalanya aspek-aspek keselamatan telahpun dipatuhi. Cuma yang aku cuak if period aku jadi tak regular macam dulu balik.

Jumaat lepas, masa tengah readykan teks ucapan untuk DJ majlis sanding cousin aku, aku rasa mual. Ah sudahhhhhhhhhh. Call En Wan suruh dia singgah pi beli pregnancy test. Test-test sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii positif. Aku keluar toilet tengok En Wan takde dalam bilik. Oh, melarikan diri kau ye?????? Dah takut la tu kan sebab buat salah. Aku turun bawah, takde. Rupanya dia lepak kat gazebo. Ewahhhhhhh, apa motif kau panas-panas terik bersandar kat gazebo kalau bukan sebab nak menyorok dari aku???

Aku panggil 'Bang!!!'

Dia toleh pastu boleh senyum kat aku.
Memang berhantu aku siang tu.
Terus aku merempan-rempan dalam bilik.
En Wan macam lelaki-lelaki lain la kan pakai ayat yang sama 'Rezeki Di..'
Memang la rezeki. Sape pulak yang kata bala.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku ni tak macam bini orang lain. Aku ni berpenyakit.
Dah dokter sound dah tahun lepas jangan beranak lagi, jangan beranak lagi, otherwise baby will come out earlier dari before.

Petang tu aku gi nikah cousin aku dengan muka mencuka.
Kalau boleh aku nak cekik-cekik En Wan.
Series bengang!!!!!
Aku dah cakap aku taknak anak lagiiiiiiiiiiiiiiii. Tak paham-paham.
Balik dari nikah, aku gi UMRA buat confirmation.
Dokter tu tak buat urine test pun, terus scan. Dah nampak dah sarung dia, 1.25cm.
Aku cakap aku nak buat abortion sebab condition aku dulu pun dah severe. Dokter kat UMRA taknak buat DnC. Dia suruh aku carik tempat lain. Aku pun tanya ngan aunty aku yang also a doctor. Dia kata one of the option is to see Dr Wan Hamilton yang handle kes aku dulu kat Serdang sebab dokter tu pegang record aku.

Nak patah balik ke Serdang?????
NO WAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.
Aku paham sangat la prosedur hospital kerajaan ni.
Bukan masalah cepat or lambat. Yang tu mana-mana hospital pun sama sebenarnya.
Masalahnya adelah, aku dah tau kalau aku jumpa that dokter, dia mesti akan buat balik macam dulu - tahan aku kat wad, bela aku sampai berbulan-bulan sebab kalau boleh nak selamatkan dua-dua sekali. Dulu aku kena tahan masa 28 weeks. And now, aku baru 5 weeks pregnant. Gila nak suruh aku jadi maskot kat Hospital Serdang again?????? Dah la bersusun schedule aku tahun ni. Aku dah plan baik punya. Patutnya hari ni aku dah drive ke Perak, Penang, Kedah terus ke Perlis. Now apa citer??? Terkangkang atas katil.

 
Ini aku pagi ni. Dengan baju mengandung and kain batik pinjam mak mertua punya. Aku mana penah ada kain batik. Stokin pinjam En Wan punya.


So, aku suruh (read : PAKSA GILA-GILA) carikkan aku tempat untuk aku buat DnC dengan segera. Aku tak dulik! En Wan cakap kalau nak ke hospital besar-besar ni prosedur dia lembab. Banyak sangat benda nak kena follow, nak kena tunggu. Nak buat appointment dengan pakar pun bukannya boleh jam-jam tu boleh jumpa. So dia carik kat internet ada satu klinik and pusat bersalin Dr Sabariah, kat Alam Megah, Shah Alam. Shoplot je, tapi ada wad sekali. Isnin, gi jumpa dokter tu. Dokter tu kata dia hanya buat DnC if kandungan less than 6 weeks, which Isnin tu aku dah 5 weeks 5 days. So semalam last day untuk aku buat DnC kat tempat dia.

Selasa kul 12tgh malam aku dah start puasa.
Kul 9.30am dokter masukkan ubat untuk induce. Bagi ada contraction sikit.
Tapi kul 11.30am still aku tak rasa apa-apa. Aku cakap kat dokter aku ni memang jenis tahan sakit kot. Dulu masa nak bersalin Redza dah induce 3 kali pun aku still leh stand the pain walaupun kuku kaki dah biru. ku rasa saraf sakit aku tak banyak, sebab tu aku susah nak rasa sakit apetah lagi sakit hati. Hahahahha. Tapi saraf gelak aku banyak.

Kul 11.30am dokter suruh En Wan keluar dari bilik sebab nak buat DnC. En Wan ye ye je kiss tangan aku sambil cakap 'sorry Di'. Ceh! Banyak la kau punya sorry. Asal aku nak kena bedah nak kena cucuk time tu la kau nak sorry the morry. Pastu kang kau buat balik nak anak nak anak.

Mula-mula dokter cucuk ubat tahan sakit.
Pastu dia masukkan ubat bius.
Pehhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dia punya sakit la ubat bius tu gilaaaaaaaaa punya sakit!!!!
Kepala dah start mamai, tapi dalam hati aku dah berdendam-dendam dengan En Wan sebab buat aku rasa balik semua ni. Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!

Tau-tau je sejam lepas tu aku sedar sebab dengar suara En Wan kejutkan aku.
After 2 hours, aku dibenarkan balik.
Dokter cakap ini bukan bersalin or gugur secara normal, kes aku ni aku yang paksa benda tu keluar so masa dia korek keluar tu mungkin ada luka, jadi 3 hari aku kena totally lie down.


Hehehhehe.....lie down :)

Sorri tuan dokter. I cannot afford to tinggalkan keje aku.


After 3 days baru boleh bergerak tapi sekitar rumah je, jangan naik kereta sebab nak elakkan gegaran.
Semalam ngan pagi ni aku belum turun lagi ke bawah. Duduk dalam bilik je. Nak apa-apa call je bibik. Alhamdulillah, Mak Aji takyah jaga aku sangat kali ni. Aku suruh dia balik sebab bibik ada tolong jaga. Semalam aku balik dari klinik, bibik dah siap buatkan aku daging goreng kicap perap dengan halia and bawang putih. Pastu malam aku just nak makan ikan bilis goreng and nasik. Pagi tadi dia buatkan bubur letak halia and ayam. Lazattttttt.



Ni la first time aku terima ubat yang siap ada smiley face.
Motif buat smiley face lepas buat DnC?????


Terima kasih kepada readers yang bagi well wishes kat FB, BBM and email.
Ada yang aku reply, ada yang tak sempat sebab ramai sangat yang wish, sangat terharu.
Terima kasih again.

Ok, aku nak rest kejap.
Duduk lama-lama rasa sakit pulak bawah perut.

2012-01-02

*sad*

Jumaat lepas aku buat confirmation - sah, aku pregnant.

It was supposed to be a happy news, unfortunately tak. Sebab first, aku tau aku dah tak dibenarkan mengandung lagi, EVER! Second, aku bengang gila dengan En Wan. Aku dah warned dia be careful be careful tapi akhirnya...????

Sehari suntuk aku tak bercakap dengan dia sampai tido pun aku buat sempadan. Bengang series punya bengang. Memang la itu projek usahasama tapi aku dah warning gila-gila. Sibuk je dia nak anak lagi. Tak paham-paham bahasa. Dah tau aku ni antara hidup dengan mati je hari tu, lagiiiiii kau nak anak lagi.

Dokter yang tau history aku kena PE dulu menjerit bila tau aku pregnant lagi. Kat surat yang dokter tulis masa aku release dari hospital dah terang-terang tulis 'SEVERE PRE-ECLAMSIA'. Nak jugak beranak lagi kan? Dasar carik penyakit.

Dokter kata dalam masa 100 hari aku kena keluarkan the baby. Aku takde masa nak rasa sad. En Wan yes. Dia memang sedih. Dia terkilan sebab aku dah mengandung lagi cuma kesihatan je tak mengizinkan. Hari-hari menyanyi kat telinga aku 'entah-entah kali ni girl'.

SOOOOOOO?????
Kalau girl kenapa???

Kali ni aku takde masa nak emo-emo.
Orang lain even En Wan rasa aku keras hati macam takde perasaan boleh rilek je nak gugur-gugurkan anak. Memang la kan, orang tak tau aku tanggung apa.

Orang tak tau apa aku lalui kat hospital. Everyday ambik darah sebab nak monitor buah pinggang and hati, check BP 3-4 kali sehari. Makan ubat macam makan nasik. Tu belum check kencing siang malam. Mentekedarah makanan tak bergaram. Tunggu je masa nak dapat sawan. Buah pinggang rosak. Kencing berdarah. Gila la okkkk. Aku dah taknak lalui semua tu dah. Yang paling aku taknak is bila tengok anak lahir tak cukup bulan, bercucuk wire sana sini. Cukuplah aku experience berulang-alik ke hospital tengok Rayyan berlilit-lilit wire dalam balang. Aku dah taknak tengok lagi situasi macam tu.

Aku decided buat DnC. Tadi dah buat appointment dengan dokter, insyallah malam ni aku start puasa and esok kul 8am aku masuk wad. Baby baru 5 weeks, panjang 1.25cm. Dokter pun cakap kali ni PE aku mungkin akan start lagi awal and condition akan jadi lebih teruk. Jadi, atas sebab kesihatan aku terpaksa buat. Tadi masa dokter scan pun aku tak pandang monitor. Aku taknak rasa sedih bila tengok baby tu. Gerak hati aku cakap this time it's a girl. Exactly the same feeling masa aku gugur for the first time dulu, dulu pun hati aku cakap it's a girl. Maybe aku memang takde rezeki nak dapat anak perempuan.

Aku harap semuanya selamat. Esok dokter akan bagi full sedation. Aku takut je kalau aku tak sedar-sedar dah pastu. Doakan aku selamat ye?

Now aku tengah baring at home, dokter suruh rest from now. Aku dera En Wan carikkan aku KFC. So dia kuar pi carik. Itu kira macam balasan yang dia patut terima sebab tak mendengar warn aku.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-12-30

Wedding lagi

Aku tengah busy siapkan teks ucapan and carik lagu cina for wedding cousin aku today.
Cousin aku request lagu Teresa Teng. Jadi, aku adelah gigih menjalankan misi. Kalau tak jumpa lagu yang dicarik, adelah boleh juga aku mensukahatikan diri pasang lagu Leslie je.

Jadi, mood today adelah happy-happy mood sambil mendownload lagu.




We welcome you to the family, Muhammad Aiman Lee Abdullah! :)