2012-01-09

Berpantanglah betul-betul...

Aku ingatkan aku dah terer, minggu ni boleh masuk opis. Sekali tersadai lagi sekali di rumah. Tapi tak berapa nak menyadai la sebab aku tengh buat keje kat study ni. But takleh duduk lama-lama. Kejap-kejap kang aku baring, sebab sakit pulak kat bawah perut bila duduk lama-lama. Agaknya belum baik lagi. Belum seminggu pun sebenarnya, aku je yang jenis tak paham bahasa.

Semalam Ibal, Mak Aji and Pak Aji datang rumah aku hantar macaroni cheese bakar.
Slurpppppppppppppppppppppp!! Mahbehlesssss.

Ibal warned aku.
Dia kata berpantang jangan buat main-main (ecehhh, macam ada pengalaman je kau).
Dia cakap baru-baru ni opismate dia, age baru 25, baru kawen last year kot.
Baru-baru ni dia bersalin. Masa dalam waktu berpantang dia aktif, buat keje sana sini. Maybe takde saper jaga dia berpantang kot so dia takde pilihan kenala buat keje sikit-sikit gak.

And now apa jadi....???

Now on wheelchair.
Dokter sahkan ada jangkitan kat saraf tunjang akibat dari pergerakan aktif masa berpantang.

Aku terdiam kejap.

Terus carik stokin pakai.

Mak Aji pesan, memang la sakit buat DnC ni (beranak, gugur, bla bla bla), lukanya tak nampak kat luar. Tapi bila kita banyak bergerak, benda kat dalam tu bergeser. Tu yang ada kes bleeding la apa la pastu. Tu semua kesan sebab tak berpantang dengan betul.

Agaknya maybe sebab tu la aku bleeding balik semula last week.
Padahal aku turun tangga dah habis slow, seslow yang mungkin supaya takde rasa terhentak. Tapi still keluar darah balik. Gila ahhh berpantang ni.
Sakit gila bawah perut aku. Dia punya sakit tu tangkap sampai kat pinggang and peha.
En Wan pulak, lagi aku tergeliat-geliat sakit, lagi dia takut nak urutkan. Siap keluar dari bilik lagi tak sanggup nak tengok aku merintih tahan sakit. Kuang hasam.
Jadinyaaaa....aku nak share kat semua.
Kalau dokter suruh berpantang tu silalah berpantang.
Yang mana dapat cuti sampai 3 bulan tu, bersyukurlah. Rehatlah betul-betul.
(cewahhh aku pulak nasihatkan orang padahal diri sendiri tengah duduk menaip ni)

Ok, aku nak sambung baring.
Menambah lemak la aku jawabnya lagu seminggu sementara pantang nak habis ni.
Terpaksa la layan movie-movie kat You Tube.
Korang kena tolong aku tau.
Kalau jumpa movie Padaiyappa yang ada English Subtittle, tolonggggggggg email aku the link. Aku boleh baring sambil layan kat iPAD, dun werry.

Sebelum tu, ni aku nak share satu mesej dari Intan Sabariah :

salam all my dearest keluarga juga kawan2. Dgn rasa rendah diri berhajat ingin menolong seorang kawan yang berada didalam kesusahan dan memerlukan duit dlm kadar segera. Ida Baba dan suaminya Anuar Aziz memerlukan duit sebanyak RM18k utk pembedahan anak sulung mereka yang hanya berumur kurang 2 bulan kerana mengalami masalah jantung. diharap semua yang membaca msg ini dpt memberikan bantuan kepada pasangan ini kerana selama 4 thn mereka menantikan kehadiran cahaya sulung mereka... both of u, kesabaran kamu berdua diuji lagi... sila share..

nama anak: Hani Zahra Anuar, 
anggaran kos pembedahan:rm18k untuk pembedahan P.D.A ligation. 
account Zuraidah baba (maybank) 1123 5200 8292 (cimb) 1215 0064 7625 21


ni no hp ida baba 017-3117581.