2012-01-02

*sad*

Jumaat lepas aku buat confirmation - sah, aku pregnant.

It was supposed to be a happy news, unfortunately tak. Sebab first, aku tau aku dah tak dibenarkan mengandung lagi, EVER! Second, aku bengang gila dengan En Wan. Aku dah warned dia be careful be careful tapi akhirnya...????

Sehari suntuk aku tak bercakap dengan dia sampai tido pun aku buat sempadan. Bengang series punya bengang. Memang la itu projek usahasama tapi aku dah warning gila-gila. Sibuk je dia nak anak lagi. Tak paham-paham bahasa. Dah tau aku ni antara hidup dengan mati je hari tu, lagiiiiii kau nak anak lagi.

Dokter yang tau history aku kena PE dulu menjerit bila tau aku pregnant lagi. Kat surat yang dokter tulis masa aku release dari hospital dah terang-terang tulis 'SEVERE PRE-ECLAMSIA'. Nak jugak beranak lagi kan? Dasar carik penyakit.

Dokter kata dalam masa 100 hari aku kena keluarkan the baby. Aku takde masa nak rasa sad. En Wan yes. Dia memang sedih. Dia terkilan sebab aku dah mengandung lagi cuma kesihatan je tak mengizinkan. Hari-hari menyanyi kat telinga aku 'entah-entah kali ni girl'.

SOOOOOOO?????
Kalau girl kenapa???

Kali ni aku takde masa nak emo-emo.
Orang lain even En Wan rasa aku keras hati macam takde perasaan boleh rilek je nak gugur-gugurkan anak. Memang la kan, orang tak tau aku tanggung apa.

Orang tak tau apa aku lalui kat hospital. Everyday ambik darah sebab nak monitor buah pinggang and hati, check BP 3-4 kali sehari. Makan ubat macam makan nasik. Tu belum check kencing siang malam. Mentekedarah makanan tak bergaram. Tunggu je masa nak dapat sawan. Buah pinggang rosak. Kencing berdarah. Gila la okkkk. Aku dah taknak lalui semua tu dah. Yang paling aku taknak is bila tengok anak lahir tak cukup bulan, bercucuk wire sana sini. Cukuplah aku experience berulang-alik ke hospital tengok Rayyan berlilit-lilit wire dalam balang. Aku dah taknak tengok lagi situasi macam tu.

Aku decided buat DnC. Tadi dah buat appointment dengan dokter, insyallah malam ni aku start puasa and esok kul 8am aku masuk wad. Baby baru 5 weeks, panjang 1.25cm. Dokter pun cakap kali ni PE aku mungkin akan start lagi awal and condition akan jadi lebih teruk. Jadi, atas sebab kesihatan aku terpaksa buat. Tadi masa dokter scan pun aku tak pandang monitor. Aku taknak rasa sedih bila tengok baby tu. Gerak hati aku cakap this time it's a girl. Exactly the same feeling masa aku gugur for the first time dulu, dulu pun hati aku cakap it's a girl. Maybe aku memang takde rezeki nak dapat anak perempuan.

Aku harap semuanya selamat. Esok dokter akan bagi full sedation. Aku takut je kalau aku tak sedar-sedar dah pastu. Doakan aku selamat ye?

Now aku tengah baring at home, dokter suruh rest from now. Aku dera En Wan carikkan aku KFC. So dia kuar pi carik. Itu kira macam balasan yang dia patut terima sebab tak mendengar warn aku.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone