walk on wings, tread in air: Cakkkk???? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Cakkkk????
2012-01-09
Cakkkkkkkkkk!!!

Klaka tak??

Tetiba je ada entry baru kan?
Nampak sangat nipunya kata nak berehat sangat tadi.

Actually aku dah tido tadi, 2 jam.
Tapi tido-tido ayam je la sebab kejap-kejap Rayyan ketuk-ketuk pintu bilik.
Pastu HP aku bunyik.
Ok tang HP ni aku memang takkan off or silentkan. Sebab every call is a potential bisnes bak kata omputih. Kalau tetiba ada nama member naik kat screen HP memang aku tak angkat la. Sebab kalau bersembang dengan member jawabnya aku tak tido-tido. Kalau dengan customer selalunya cepat sikit habis.

2 jam golek-golek macam nak muntah dah rasa.
Banyak sangat tido pun boleh jadi penyakit ok?
So, baiklah aku bangun.

Rupanya aku tak makan lagi.
Maklomlah dok terperap je kat bilik, makan pun lupa.

Kul 3.40pm baru bibik aku ketuk pintu bawak naik makanan.
Dia kata dia risau apesal aku tak call dia suruh bawak naik lunch.
Sejak berpantang ni, kalau aku nak makan ke apa ke, aku call HP dia. Nanti dia bawak la naik keropok ke, teh susu ke, apa ke.

Baiklah....ni aku tayangkan menu-menu sewaktu berpantang.
Ada yang aku tak sempat nak snap, tau-tau dah licin.
Kira ok la ni bibik aku dah tau masak.
Lepas ni makin pemalas la aku jawabnya.


Nasik lomak


Chicken cheese macaroni.
(tapi yang ni dia panaskan aje, Mak Aji yang buatkan)


Daging dendeng


Nasi goreng


Ayam berempah and sambal tauhu
(sebenarnya dia buat sambal tauhu dengan udang sekali tapi dia tak bagi aku makan udang, nanti gatal. Cisss! Berani kau halang aku makan eh???)


Ni lauk baru sat-sat ni tadi. 
Siap air oren lagi sebab dia tau aku nak bancuh air oren ni dengan gel gamat.


Kiranya kali ni berpantang Mak Aji tak jaga pun sama je penderitaan aku.
Serupa je aku takleh turun bawah.
Bibik aku ni pun tahap nenek-nenek gak so dia pun ada pengalaman jaga menantu berpantang, jadi dia applykan sikit kat aku. Tu pun dia kata dia dah bagi kelonggaran dah. Ewahhh, kau pulak yang buat undang-undang.
Dia kata kalau dia or Umi dia yang jaga berpantang, pukul 5 pagi dia dah kejutkan aku makan nasik. 

5 pagiiiiiiiiiiii???
Aku bangun bersahur pun cun-cun lagi seploh minit nak azan okkkk.
Jangan nak ngengada kejutkan aku bangun 5 pagi semata-mata nak suruh aku mentekedarah nasik ngan ikan tawar. Ces.

Tapi alhamdulillah la, bibik aku ni nampaknya boleh diharap.
Apelah malang nasib dia keje kat Malaysia kena jaga majikan sakit.
Dah la sakit, degil pulak tu.
Tadi dia kata kejap lagi dia bawakkan aku cempedak goreng dengan tembikai susu. Dia kata 'Mister suruh goreng cempedak, Madam suka makan'.

Madam kau ni bukan takat suka makan cempedak, apa aje yang kau tadah depan muka aku semua aku bedal, janji kau jangan suruh aku tolong. Kalau suruh aku tolong masak, otomatik makanan tu jadi tak sedap. Kalau kau paksa jugak aku masak, tau la nasib kau. Mesti kau cirit-birit pastu.

Ok, tukar topik.
Semalam aku kemas-kemas lemari (mengemas lagi!).
Susun-susun perfume je.
Aku kira perfume aku ada 11 botol. Ada yang aku beli kat Hong Kong 3 tahun lepas pun tak luak lagi. Entah dah basi ke apa perfume tu agaknya. Tengah susun-susun tu aku sembang ngan En Wan.


Aku : Bang, abang perasan tak lately ni Di wangi je kat rumah.

En Wan : Ha'ah. Apsal pakai perfume kat rumah?

Aku : Saje je. Rasa dah taknak pakai la perfume kat luar. Nanti orang lain bau. Baik abang je yang bau. Kan?

En Wan : Biar la orang lain bau pun. Bukan dia boleh tergoda pun dengan awak.

Aku : Kan sebenarnya tak elok perempuan pakai perfume kat luar ni bang. Dosa.

En Wan : Terpulang pada apa yang kita buat. Kalau masa menyembur tu dah niat yang tak baik memang la dapat yang tak baik. Perfume tu nak bagi kita keyakinan bila berhadapa dengan orang. Kita ni berkerja dengan ramai orang, jumpa orang sana-sini. Kalau badan kita bau wangi, kita pun sedap nak bekerja.

Aku : Ok lah. Tapi takpela kan kalau Di nak pakai jugak kat rumah. Abang tak tergoda keeeeeeeeeeeeeeeee???

En Wan : Menggoda tapi pepek takleh pakai buat apa?



Makin kuang ajaq laki aku ni kan???



posted by aveo757 @ 5:11 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER