2012-01-06

Option

Semalam aku terima satu email dari reader yang katanya sehari namblas kali bukak tutup bukak tutup blog aku (Blog akak ni merepek je dik, kau bukak namploh kali pun takde unsur-unsur ilmiah melainkan kerepekkan semata-mata).

Dia luahkan rasa hati dia.

Dia kata dia baca blog aku pasal kes aku buat DnC and betapa En Wan sedih sebab aku dah tak boleh mengandung lagi atas sebab-sebab kesihatan. Sebenarnya kalau nak, boleh je. Tapi kena kuat la kan, sebab sah-sah risiko tu memang ada. Of cos ajal maut di tangan Tuhan, itu semua orang tau. Tapi rasanya dokter pun tau keje dia. Kalau dia nasihat lebih baik begini, kalau kita rasa kita nak ikut, kita ikut. Kalau rasa kita taknak ikut, terpulang. Dalam kes aku ni, aku belum bersedia lagi nak tanggung risiko sebab keadaan aku dulu pun dah severe, and too bad, pregnancy baru-baru ni, awal-awal lagi tanda-tanda pre-eclampsia tu dah ada - darah aku naik. Jadi, aku ambik keputusan gugurkan.

This reader cakap dia cerita kat husband dia keadaan aku and dia terperanjat bila husband dia respond "Kalau macam tu suami dia boleh kahwin lagi tau". Bia dia terangkan yang aku bukan taknak beranak tapi tak boleh atas sebab-sebab kesihatan, husband dia tetap dengan respond suami boleh kawen lagi kerana nak anak.

Dia cakap dia kecewa and membayangkan kalaulah dia berada di tempat aku, dia dah boleh agak apa yang suami dia akan buat.

Dont't worry dik, selalunya suami yang beria-ia suggest kawen lagi, or cerita pasal nak kawen lagi ni semuanya jarang nak buat perangai kawen lagi. Percayalah :).
Selalunya yang rajin kawen ni adelah jenis suami yang baik senyap tak berbunyik-bunyik. Betul tak?
(suami aku pun kategori senyap gak ni. Cuak gak aku)

Jadi adik jangan risau.
Suami adik tu bergurau je.

Honestly, aku memang ada cakap kat En Wan kalau dia betul-betul nak anak lagi and MAMPU BAGI NAFKAH ZAHIR (capital letter ye. Nafkah batin tu takyah cerita la. Kalau dia tak mampu takkan aku mengandung lagi kan. Auwww!), silakan lah nak kawen lagi tapi  

DENGAN SYARAT!!!!!!


Apa kau ingat aku suka-suki nak bagi kote kau beriang-ria tanpa syarat??
Nehiiiiiiiiiiii!!!
Mesti mau ada syarat.
Pernah dengar pepatah bukan senang nak senang, bukan susah nak susah?
Jadinya, kalau kau nak bersenang-lenang dengan bini baru, haruslah ade sedikit kesusahan. Sikit je, tak banyak.

Syaratnya adelah amat mudah.

Kalau sekarang segala expenses kita tong-tong bersama, maka bila kau nak kawen lain, otomatically semua expenses kau tanggung sorang. Duit aku, aku punya terus. Duit kau, pandai-pandai nak settlekan bil, skolah anak, baju anak, makanan, tempat tinggal, bla bla bla.....pendek kata segalanya yang dibawah tanggungjawab suami, semua kau tanggung. Aku cuci tangan.

Kejam ke?
Tak kejam kan???
Itukan memang tanggungjawab suami.
Apelak kejam ye tak?

Skarang ni boleh la aku share-share.
Kau bayar rumah, aku bayar kereta (contoh).
Kau bayar duit pasar, aku bayar duit groceries (contoh).
Kau bayar duit skolah and tution anak, aku bayar bil letrik air astro (contoh).

Akan tetapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!
Apabila kau nak kawen lain, aku menganggap kau mampu dari segi duit. Kalau takde duit takkan berani nak tanggung sorang lagi kan? Jadi apabila kau ada duit, silalah settlekan everything ye sayang?
Bukan senang nak senang tau. Hengat tu.

En Wan cakap aku kejam.

Eh apelakkkkkk.
Kau ingat senang ke nak jumpa pompuan yang kasik kau kawen lain tanpa menyebabkan anggota badan badan kau cacat??? Ce carik sket nak tengokkkkkkkk. Sana sini bersepah cerita laki nak kawen lain, si bini cantas buah pelir la, bagi nasik kangkang la, apa la.
Aku takde pun.
Paling-paling pun aku buat kau muflis je. Kau muflis pun sebab tanggung anak bini. Takkan nak berkira kottttttttttt.

Dah cukup baik aku kasik option kau kawen lain.
Kalau aku cakap aku yang nak kawen lain????