2012-01-05

Wedding Dil

Minggu lepas, cousin aku lagi sorang kawen.
Berlumba-lumba cousin-cousin aku kawen tahun ni. Yang adik aku asik la jadi pengapit. Mengepit je la keje kau.
Aku macam biasa, kena readykan teks ucapan untuk abang DJ.
Even dalam keadaan aku merempan-rempan dengan En Wan pasal kes pregnant tu, kenduri tetap pergi. Tak tolak punyaaaa. Siap tempah baju lagi. Trelampau busy menyiapkan baju-baju untuk kedai sendiri, sampai aku lupa nak check if baju kurung untuk gi kenduri cousin dah siap ke belum. Last-last beli je la kat Butik Jedan. Melayang RM980.00.

Hari nikah, aku tak tau nak pakai baju apa, aku sambar jubah je la sudah.
Senang. Kaler pun hitam. Senang aku nak matching dengan mana-mana tudung. Lagipun badan adelah lari sikit shape cewahhh padahal baru mengandung 5 minggu. Dasar badan takde shape.



Hari nikah aku bawak Redza je. Rayyan tinggal. Dia masih lagi tak makan saman. Kang habis satu masjid dia pusing. Aku dah la mabuk-mabuk time ni kan, kosser aku nak melayan berkejar-kejaran dengan Rayyan.

Cousin aku nikah kat Masjid Kampung Melayu Ampang.
Masa aku sampai masjid, nampak keta Pak Aji tapi pusing-pusing satu masjid taknampak kelibat sorang pun. Try call Pak Aji, rupanya dia tengah mandi kat masjid. Boleh?
Reason, rumah aunty aku dah ramai orang so dia segan nak mandi kat rumah orang.
Bukan suruh mandi jemaah pun kan yang nak segan-segan tu.

Pak Aji and Mak Aji are also mak bapak angkat kepada pengantin lelaki - Muhammad Aiman Lee Abdullah.
Ini request dari uncle aku (bapak kepada cousin aku yang kawen tu) supaya Pak Aji ambik Aiman jadi anak angkat. Kesian budak tu muallaf. Kalau ada keluarga angkat melayu takde la dia rasa terasing sangat. So secara otomatiknya aku dah ada abang angkat okehhhhhhhhhhh. Nak kawen ngan Leslie Cheung tak dapek. Sekali Tuhan bagi abang angkat cino. Jadik lahhhh.
Time ni aku teringat ngan Mak Aji dulu-dulu kemain lagi dia takut aku dengar lagu cina hari-hari sampai koyak-koyakkan poster Leslie aku sebab takut aku kawen dengan Cina. Sekaliiiiiiiiiiiii dapek anak angkat cino. Hambikkkkk.

So hari tu kitorang berarak dengan keluarga lelaki.
Kira macam buat-buat tak kenal sedara la masa masuk rumah aunty aku hari tu.



Dill (Fadilla) buat muka relaks. 
Ala, aku tau kau tengah cuak kan? Kan?



Aiman dinikahkan oleh uncle aku sendiri (bapak mertua Aiman).
Terer okkkkk. 
Dalam pada dia pelat-pelat bercakap melayu tu, sekali lafaz je tau!
En Wan pun dua kali lafaz. Ceh. Very the malu.

Macam biasa la, aku kalau dah jumpa sedara mara, makcik-makcik, memang aku pun transform jadi makcik-makcik sama. Kamera je bawak kehulu-hilir, ambiknya tak. Masa tu pulak tekak asik nak mentekedarah je. Aunty aku pulak buat hi-tea style. Lepas nikah, semua balik rumah aunty aku untuk jamuan minum petang. Gila kau, ada la kot 15-16 jenis kuih. Dah macam buffet kat hotel. Semua kuih-muih melayu. Puteri berendam, dua puteri tido sebilik (ok ni first time aku dengar. Dia macam kuih koci tapi ada 2 bijik inti berkaler kat dalam), roti jala, bingka ubi, lengkong, karipap pusing, seri muka, bla bla bla....lupa kejap aku bawak laki. Dah habis makan baru aku terkial-kial carik laki aku kat mana.


Ini reception belah Dil, esoknya, kat Dewan Taman Tasik Ampang Hilir kalau tak salah aku.
Punnnnn, kitorang berarak dengan keluarga belah lelaki.
Eh kata abang angkatttttt.
Haruslah tetamu VIP.

Tapi disebabkan aku dah ada tugas untuk meng-guide abang DJ, jadi aku duduk dengan abang DJ je la.
Ni je la pun gamba yang aku ada masa bersanding, tu pun cilok kat FB Dil.
Aku lupa lansung nak ambik gamba.
Busy gila okkk. Macam aku lak yang pengantin hari tu.

Tapi yang best, kasut aku putus masa tengah sibuk layan pengantin.
Baju kemain lagi ratus-ratus, tapi kasut cikai. Tu yang senang putus.
Tapi sebab aku jenis pedulik apa, aku pakai selipar jepun je.
Lantak kau la. Takde saper kot nampak selipar Cinderella aku.
Dulu masa kawen Anuar pun kasut aku jugak yang putus.
Ntah apa kena ntah aku ni. Asal pakai kasut je mesti kasut jahanam. Memang aku ni pesen kena pakai selipar kot.

 
 Coklat untuk tetamu VIP.
This is the coklat yang another cousin aku buat.
Tak sangka dah ramai order cokat budak ni now.
Ha, tu la korang. Aku cakap coklat ni best korang tak cayaaaaaaaaaa.




Isnin malam, reception kat belah Aiman pulak, kat Seremban.
Dorang buat makan-makan kat City Park Oriental.
Aku pergi dengan En Wan je berdua. Redza tinggal. Dia bukan reti makan chinese food pun.


 
Adik Dil.....errr tahun depan giliran budak ni kot.




Pengantin berarak masuk restoran.
Cantik cheongsam yang Dil pakai ni.


Buat catwalk jumpa tetamu

Antara sebab kenapa aku cakap aku ada feeling yang this time aku pregnant anak perempuan.
Sebab penyakit yang sama aku alami masa first time aku pregnant dulu (yang misscarriage tu).
Orang tua-tua kata kalau mengandung anak lelaki, mak mesti suka bergaya, bersiap, bercantik-cantik.
But this time, aku malas sangat. Mekap taknak. Baju asal boleh. Gila selebet dari kebiasaan.
Sebab tu aku amat yakin dengan kata hati aku yang budak kat dalam tu perempuan. Tapi takpela, takde rezeki. Mungkin Tuhan akan kurniakan aku menantu miss world dan solehah. Ewah.

 Kat bawah ni antara 9-course meal yang sempat di-snap. Meja aku paling best. Semua macam piranha. Sampai je makanan, tak sempat sejuk la makanan tu, konfem selesai. Siap tolong susunkan pinggan kotor lagi bagi senang waiter nak ambik.