Memang plan tahun ni nak buat serentak sebab kebetulan cousin aku kawen 30 Dis baru-baru ni, Ima mesti balik punya. Pulak tu wedding anniversary Pak Aji and Mak Aji 25 Dis, planningnya nak celebrate sekali. Last-last kan kitorang semua boleh lupa nak celebrate utuk Pak Aji ngan Mak Aji, semua tumpu kat besday anak masing-masing. Sorry ye Mak Aji, takpe, bulan ni kitorang celebrate.
Aku tempah kek kat Jasmeen Delight Seksyen 18 (sila google sendiri).
Dia ada offer various flavour,dari choc moist, marble, cheese, red velvet, rainbow, bla bla bla....tapi aku pilih choc moist. Trust me, cake dia sedap. Aku ni kalau bab kek memang cerewet sebab kebanyakkan kek tak guna butter yang best, most of them pakai butter timbang kati. Tu pasal rasa pun ke laut. But Jasmeen punya kek best. Decoration pun lawa. Masa aku email dia, aku cakap aku nak perasa choc, topping sukati, tema upin & ipin (Ima request untuk Jannah) and 6 angry birds (requested by Redza). Birds je. Babi-babi semua taknak.
RM130 untuk kek sebegini. Bagi aku, sangat berbaloi, sangat puas hati.
Yang penting nampak meriah dengan kaler.
Pandangan dari belakang kek.
Perkataan HAPPY BIRTHDAY tu adelah lilin yang di-sponsor oleh Mak Aji. Tapi huruh 'H' dah patah sebelah si Rayyan gigit.
Nama-nama pencelebrate besday
Actually party ni pun sebenarnya mengejut je.
Aku tak bagitau sesape pun aku nak buat birthday party. Mak bapak aku pun tak tau. Cuma aku and Ima plan nak buat besday party kecik-kecik je untuk kitorang suka-suka celebrate. Sekali Sabtu lepas masa reception cousin aku, Ima pulak bagitau dia tak dapat balik untuk attend the wedding sebab mesin kat kilang dia rosak so dia kena keje. Gila apa aku nak mentekedarah kek2 stack sorang-sorang? Aku cakap kau jangan buat pasal, aku dah tempah kek siap ada upin ipin lagi untuk anak kau. Kul 7.30pm dia sms aku cakap dah ada kat Bangi. Lahabau betul.
Adik ipar tercinta mengambik tugas bakor-membakor. Memang dari dulu asal ada aktiviti membakor je memang pass kat dia. Budak pengakap la katakan. Yang tepi dia tu dulu budak PBSM. Tak biasa pegang api konon. Tapi tengok jarum peniti pun takut. PBSM amendeeeeeeee??????
Ini je la gamba bakor-bakor yang aku sempat snap. Pastu orang dah sampai aku pun dah sibuk melayan and menyiapkan makanan lain.
Mandor
Terus esok paginya aku ajak En Wan gi pasar borong selangor beli jagung 20 batang, kambing 2 kilo setengah, ayam 2 ekor, sotong 2 kilo, udang sekilo, ubi manis 2 kilo, pastu mintak mak mertua aku buat mihun goreng and Mak Aji buatkan lasagna and macaroni cheese ayam. Call makcik-makcik aku semua suruh datang. Aku just cakap 'Ada kambing bakar'.
Mau taknak datang???
Konfem datang! Heheh.
Tapi aku yang tak berapa nak makan sangat eventho bau kabing menusuk-nusuk hidung. Macam tak berapa nak memanggil sagat kambing kali ni. Aku sepanjang hari mentekedarah jeruk mangga. Kalau tak, aku makan jeruk gigit hujung-hujung je. Hari tu aku kunyah jeruk macam makan keropok. Krup krap krup krap habis 200g.
Acu dan anak-anak buahnya.
Berkenan betul si Jannah dengan Acu dia. Apa Acu dia suruh buat dia ikut je.
Alhamdulillah makanan semua settle.
Cuma sepatutnya aku beli kambing 5 kilo!
Seronok tengok semua yang datang beria-ia makan kambing. En Wan makan kambing sampai mabuk-mabuk, sampai mak mertua aku suruh dia kunyah limau nipis dengan kulit-kulit sekali baru dia lega. Ceh! Buat malu je. Orang makan kambing, kau pun nak. Orang tak apa-apa, kau dah tumbang dulu. Tapi dia yang beria-ia nak carik kambing.
Budak takut orang tinggi.
Mesti dia tak takut dengan laki aku. Hahahahha.
Tapi tu la, kesian Ima.
Anak dia meragam hari tu sebab takut kat orang tinggi.
So Jannah nampak Jalal, dia menjerit 'Orang tinggi! Orang tinggi!'. Nampak uncle aku pun dia menjerit 'Orang tinggi!'. Padahal si Ibal tu lagi melangut tinggi, takde pulak kau menjerit. Mungkin Jannah sukakan lelaki tinggi dan hitam. Ok Ima, bersedialah kau. Ciri-ciri bakal menantu sudah dapat dipastikan.
Mirza Muammar pun meragam hari tu, so dua-dua anak Ima tak potong kek.
Yang balik-balik asik potong kek of cos lag Redza kan.
Itupun awal-awal lagi dia dah tanya :
Redza : Ma, saper punya besday?
Aku : Redza, Jannah, adik and Mirza.
Redza : Siapa yang mula dulu?
Aku : ........
Haa...tu dia dah bagi hint lah tu.
Aku dah buat pengumuman awal-awal kang time nyanyi lagu besday tolonglah bagi kerjasama sebuat nama Redza dulu. Kalau tak, mau dia merempan sampai besok pagi. Potong kek beria-ia tapi dia tak makan pun kek tu, dia makan telor angry bird je.
Mama usahakan jugak buat birthday pasrty untuk Rayyan. Kalau ikut bapak kau, dia kata takyah la sebab dah beli dah hari tu kek SR satu slice.
Bapak kau memangggggggg.
Dia pendengki sebab mak bapak dia tak pernah buat besday party untuk dia. Kahhhhhhhhh!
Kesian Jannah, orang ramai-ramai dia pun takut agaknya nak potong kek and tiup lilin. Sempat pegang pisau je.
Azrul terpaksa bawak anak dia lari sebab Jannah masa ni dah menjerit nangis. Ramai orang tinggi. Hehe.
Alhamdulillah budak ni tak buat perangai hari tu. Cuma dia buat 'kerja' sikit. Walaupun mata dah stim-stim tahan mengantuk tapi sebab ramai orang, dia pun sama naik nak entertain the guest. Lagipun besen, periuk, pinggan kan merata-rata time ni, so banyaklah keje dia. Dia memang suka berkemas. Hari tu je 3 bijik oren dia simpan dalam pasu. Haishhhh.
Aku start awal hari tu, kul 6pm sebab kalau start lepas maghrib maknanya isyak la baru semua sampai. So biar start awal, biar semua solat kat rumah aku. Pastu boleh sambung makan sampai malam. Siap pasang DVD Ombak Rindu lagi. Disebabkan start awal, habis pun awal. Kul 10am dah settle. Lepas tu barulah boleh aku ngan En Wan bersantai-santai baca sokabar sambil membincangkan topik hangat kat mana tempat nak buat DnC ni.
Aku start awal hari tu, kul 6pm sebab kalau start lepas maghrib maknanya isyak la baru semua sampai. So biar start awal, biar semua solat kat rumah aku. Pastu boleh sambung makan sampai malam. Siap pasang DVD Ombak Rindu lagi. Disebabkan start awal, habis pun awal. Kul 10am dah settle. Lepas tu barulah boleh aku ngan En Wan bersantai-santai baca sokabar sambil membincangkan topik hangat kat mana tempat nak buat DnC ni.