2012-01-04

Home

Kisahnya gini....

Hari tu kan aku up status kat FB aku dah 5 hari lewat period.
Selama ni (sejak pekena jamu Mak Dara) period aku memang regular. Alih-alih lewat 5 hari. Masa tu aku takde terfikir pun aku pregnant ke apa ke sebab aku sangat konfiden aku tak pregnant. Rasa macam segalanya aspek-aspek keselamatan telahpun dipatuhi. Cuma yang aku cuak if period aku jadi tak regular macam dulu balik.

Jumaat lepas, masa tengah readykan teks ucapan untuk DJ majlis sanding cousin aku, aku rasa mual. Ah sudahhhhhhhhhh. Call En Wan suruh dia singgah pi beli pregnancy test. Test-test sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii positif. Aku keluar toilet tengok En Wan takde dalam bilik. Oh, melarikan diri kau ye?????? Dah takut la tu kan sebab buat salah. Aku turun bawah, takde. Rupanya dia lepak kat gazebo. Ewahhhhhhh, apa motif kau panas-panas terik bersandar kat gazebo kalau bukan sebab nak menyorok dari aku???

Aku panggil 'Bang!!!'

Dia toleh pastu boleh senyum kat aku.
Memang berhantu aku siang tu.
Terus aku merempan-rempan dalam bilik.
En Wan macam lelaki-lelaki lain la kan pakai ayat yang sama 'Rezeki Di..'
Memang la rezeki. Sape pulak yang kata bala.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aku ni tak macam bini orang lain. Aku ni berpenyakit.
Dah dokter sound dah tahun lepas jangan beranak lagi, jangan beranak lagi, otherwise baby will come out earlier dari before.

Petang tu aku gi nikah cousin aku dengan muka mencuka.
Kalau boleh aku nak cekik-cekik En Wan.
Series bengang!!!!!
Aku dah cakap aku taknak anak lagiiiiiiiiiiiiiiii. Tak paham-paham.
Balik dari nikah, aku gi UMRA buat confirmation.
Dokter tu tak buat urine test pun, terus scan. Dah nampak dah sarung dia, 1.25cm.
Aku cakap aku nak buat abortion sebab condition aku dulu pun dah severe. Dokter kat UMRA taknak buat DnC. Dia suruh aku carik tempat lain. Aku pun tanya ngan aunty aku yang also a doctor. Dia kata one of the option is to see Dr Wan Hamilton yang handle kes aku dulu kat Serdang sebab dokter tu pegang record aku.

Nak patah balik ke Serdang?????
NO WAYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.
Aku paham sangat la prosedur hospital kerajaan ni.
Bukan masalah cepat or lambat. Yang tu mana-mana hospital pun sama sebenarnya.
Masalahnya adelah, aku dah tau kalau aku jumpa that dokter, dia mesti akan buat balik macam dulu - tahan aku kat wad, bela aku sampai berbulan-bulan sebab kalau boleh nak selamatkan dua-dua sekali. Dulu aku kena tahan masa 28 weeks. And now, aku baru 5 weeks pregnant. Gila nak suruh aku jadi maskot kat Hospital Serdang again?????? Dah la bersusun schedule aku tahun ni. Aku dah plan baik punya. Patutnya hari ni aku dah drive ke Perak, Penang, Kedah terus ke Perlis. Now apa citer??? Terkangkang atas katil.

 
Ini aku pagi ni. Dengan baju mengandung and kain batik pinjam mak mertua punya. Aku mana penah ada kain batik. Stokin pinjam En Wan punya.


So, aku suruh (read : PAKSA GILA-GILA) carikkan aku tempat untuk aku buat DnC dengan segera. Aku tak dulik! En Wan cakap kalau nak ke hospital besar-besar ni prosedur dia lembab. Banyak sangat benda nak kena follow, nak kena tunggu. Nak buat appointment dengan pakar pun bukannya boleh jam-jam tu boleh jumpa. So dia carik kat internet ada satu klinik and pusat bersalin Dr Sabariah, kat Alam Megah, Shah Alam. Shoplot je, tapi ada wad sekali. Isnin, gi jumpa dokter tu. Dokter tu kata dia hanya buat DnC if kandungan less than 6 weeks, which Isnin tu aku dah 5 weeks 5 days. So semalam last day untuk aku buat DnC kat tempat dia.

Selasa kul 12tgh malam aku dah start puasa.
Kul 9.30am dokter masukkan ubat untuk induce. Bagi ada contraction sikit.
Tapi kul 11.30am still aku tak rasa apa-apa. Aku cakap kat dokter aku ni memang jenis tahan sakit kot. Dulu masa nak bersalin Redza dah induce 3 kali pun aku still leh stand the pain walaupun kuku kaki dah biru. ku rasa saraf sakit aku tak banyak, sebab tu aku susah nak rasa sakit apetah lagi sakit hati. Hahahahha. Tapi saraf gelak aku banyak.

Kul 11.30am dokter suruh En Wan keluar dari bilik sebab nak buat DnC. En Wan ye ye je kiss tangan aku sambil cakap 'sorry Di'. Ceh! Banyak la kau punya sorry. Asal aku nak kena bedah nak kena cucuk time tu la kau nak sorry the morry. Pastu kang kau buat balik nak anak nak anak.

Mula-mula dokter cucuk ubat tahan sakit.
Pastu dia masukkan ubat bius.
Pehhhhhhhhhhhhhhhhhh. Dia punya sakit la ubat bius tu gilaaaaaaaaa punya sakit!!!!
Kepala dah start mamai, tapi dalam hati aku dah berdendam-dendam dengan En Wan sebab buat aku rasa balik semua ni. Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!

Tau-tau je sejam lepas tu aku sedar sebab dengar suara En Wan kejutkan aku.
After 2 hours, aku dibenarkan balik.
Dokter cakap ini bukan bersalin or gugur secara normal, kes aku ni aku yang paksa benda tu keluar so masa dia korek keluar tu mungkin ada luka, jadi 3 hari aku kena totally lie down.


Hehehhehe.....lie down :)

Sorri tuan dokter. I cannot afford to tinggalkan keje aku.


After 3 days baru boleh bergerak tapi sekitar rumah je, jangan naik kereta sebab nak elakkan gegaran.
Semalam ngan pagi ni aku belum turun lagi ke bawah. Duduk dalam bilik je. Nak apa-apa call je bibik. Alhamdulillah, Mak Aji takyah jaga aku sangat kali ni. Aku suruh dia balik sebab bibik ada tolong jaga. Semalam aku balik dari klinik, bibik dah siap buatkan aku daging goreng kicap perap dengan halia and bawang putih. Pastu malam aku just nak makan ikan bilis goreng and nasik. Pagi tadi dia buatkan bubur letak halia and ayam. Lazattttttt.



Ni la first time aku terima ubat yang siap ada smiley face.
Motif buat smiley face lepas buat DnC?????


Terima kasih kepada readers yang bagi well wishes kat FB, BBM and email.
Ada yang aku reply, ada yang tak sempat sebab ramai sangat yang wish, sangat terharu.
Terima kasih again.

Ok, aku nak rest kejap.
Duduk lama-lama rasa sakit pulak bawah perut.