walk on wings, tread in air: Sakit pundi vs Sakit perut <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Sakit pundi vs Sakit perut
2012-01-06
Tadi aku sembang-sembang ngan kawan aku pastu tengah-tengah sembang terus line mati.
Selamba je rupanya aku tengah sedap-sedap bercakap, kawan aku pi matikan henfon sebab nak pergi kencing. Apelah salahnya kau sound dulu kau nak kencing kan. Main blah je.
Dasarrrrrrrrrrrr.

Tapi takpela.
Aku paham situasi orang tengah tahan kencing ni.
Aku pun kalau diberi pilihan antara menahan kencing dengan menahan berak cirit, aku lebih rela tahan cirit dari tahan kencing.

Kencing ni bukan boleh ditahan-tahan.
Kau tekanla pek kau kuat macamana pun, kalau dia nak terkeluar tu dia terkeluar jugak. Kalau cirit ni time dia memulas tu, gi carik tempat duduk, mesti dia punya memulas tu stop kejap. Tapi kalau kencing ni kau duduk ke, kau diri ke, dia macam tak makan saman sikit.

Aku pernah alami situasi dah nak terkencing sangat ni sekali lif ramai orang pulak.
Semua tingkat dia nak berenti.
Dah la masa tu aku keje tingkat 14. Dari ground floor nak menyampaikan ke tingkat patblas tu macam nak putus nyawa! Masa tu jangan siapa nak cuba-cuba buat lawak ngan aku atau ko akan mandi kencing beramai-ramai kat dalam lif tu. Bercakap pun jangan. Nanti dia terkeluar jugak.

Sekali masa kat tingkat berapa ntah lif berenti, ada satu akak ni masuk sambil jinjit teh ais. Aku nampak teh ais dia terus aku terkencing. Siapalis betul.
Kencing ni pulak bangsa yang tak tau keluar sikit-sikit.
Dia kalau dah terkeluar tu mesti susah nak berenti. Seb baik time tu aku pakai pampers.

Kalau cirit lain.
Cirit ni kau masih lagi boleh melayan bersembang walaupun at the same time peluh jantan kau menitik-nitik keluar sebab menahan dia punya memulas tu. Tapi takdela seteruk menahan kencing sebab nak tahan kencing ni perlukan konsentrasi maksima. Kau kalau sakit perut otomatik takde rasa nak tergelak tapi dengan kencing kau jangan main-main. Batuk tak boleh, berdehem sikit pun dia boleh terkucil jugak, apetah lagi kalau kau tergelak. Memang al-banjirun.

Ada satu kali dulu time berdating ngan En Wan kat Sunway Piramid, aku dah nak terkencing sangat.
Sebelum tu kitorang mandi-manda kat Sunway Lagoon. Masa tu dah rasa nak terkencing dah tapi takkan aku nak lepas lam kolam kot. Sekali toilet pulak penuh pastu hancing pering. Tak lalu aku. Masa tu boleh bertahan lagi. Lepas gi Sunway Lagoon tu En Wan ajak makan kat Piramid. Time ni la pulak pundi kencing aku macam nak pecah.

Tapi masa tu tak tau la kenapa aku segan nak cakap kat dia aku nak pegi toilet.
Aku rasa masa tu kalau aku pergi toilet and sekali toilet ramai orang and aku terpaksa tunggu turn lama, mesti nanti dia ingat aku berak.
Bila skarang aku pikir balik, macam ntah apa-apa je aku. Tu pun nak malu.

So, aku tahan sampai la ke satu tahap aku dah tak boleh tahan dah.
Aku cakap nak gi toilet jap, zassssssssssssss lari.
Mulanya aku taknak lari sebab aku tau kalau aku lari, kencing ni mesti terkeluar. Tapi kalau aku jalan, lagi lambat nak sampai toilet. Sama jugak nanti terkencing dalam seluar, so better aku lari.
Sampai je depan pintu toilet, panties aku dah kuyup. Tu pun seb baik ada pantyliner, kalau tak sure jeans aku basah sekali.

Jadinya, aku masuk toilet hari tu hanya untuk bukak spender dan buang dalam tong sampah.
Dan lepas tu sambung bertenet sampai ke malam dengan tak berspender. 
Lapang dan berangin.

Sejak dari hari tu, dalam beg aku mesti kena ada pantyliner, pad and spender spare selai.
Aku pernah tunjuk bukti kat entry tag ni apa ada dalam beg saya

Jadi, moralnya kalau terasa nak terkencing tu jangan tunggu sampai dah hujung-hujung baru nak cari toilet. Jawabnya nanti u is the malu. Nak berak tunggu dah hujung-hujung takpe. Sebab menjimatkan masa. Dok dalam jamban lama-lama pun nak buat apa.
posted by aveo757 @ 4:31 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER