2011-12-14

Percutian yang errr....bosan??

Dari before pergi lagi aku tak rasa excited lansung nak ke A Famosa sebab dari tepi highway lagi aku boleh imagine tempat ni takde la best mana pun. Ditambah pulak 11-12 tahun lepas aku dah masuk dengan En Wan and Ima. To be fair to A Famosa, dulu aku masuk masa tempat dia baru bukak so facilities tak berapa banyak lagi, that's why boring. Tapi still now pun aku rasa tempat ni tetap boring. Tapi sebab En Wan yang arrange percutian kali ni, aku ikut je la. Ussually aku akan contribute sama unuk setiap holiday, but this time aku tak contribute lansung sebab aku cakap aku taknak pergi, tapi sebab kau ajak jugak, so kau bayar sorang. Hahahhaahah.

Ok. Tak kelakar.

 Duit minyak ditanggung oleh Shell sebab menang peraduan apa ntah. Jimat la duit minyak RM100.


Tapi aku memang macam tu.
Kalau aku rasa tempat tu tak berbaloi untuk aku pergi dan kata hati aku cakap tempat tu tak best, maka aku taknak bazirkan duit aku. Tak kisah la if orang lain kata best.

Actually yang buatkan aku tak seronok nak pergi bukan sebab tempat tu berhantu, tapi sebab aku memang tak berkenan dengan waterpark. Waterpark ni semua cantik kat gambar je. Memang la fun waterpark ni tapi azabnya lepas mandi kolam tu, Tuhan je yang tau. Cuba bagitau aku waterpark mana yang yang facilities dia ok?

Kau kalau nak buat waterpark, biarla locker cukup, tempat salin baju banyak, toilet selesa, tempat makan besar. Ni waterpark kemain lagi berhektar-hektar, tempat salin baju tak sampai 20 bilik. Toilet lagi cam haram, ada la kot 10 je for lelaki and perempuan. Macamana tak berkepam?



 Tuan besar yang taknak duduk belakang dah. Masuk kereta je nak duduk depan. Pastu berdiri sepanjang jalan. Aku ni dah takde pemandangan lain nak tengok selain bontot dia.


Kat A Famosa waterpark ni dia provide sekali dengan kupon makan. So kau boleh ambik makanan yang disediakan Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii kaunter??????
Pergi la tengok sendiri.
Sudahnya, orang yang malas nak queue lama-lama terpaksa je la beli makanan lain (ni kes aku la ni).

Bagi aku A Famosa ni hanya sesuai untuk pelancong dalam negeri je.
Agaknya travel agency pun tak masukkan A Famosa ni dalam travel list dorang sebab memang facilities hampeh. Tunggang-langgang. Tapi takat nak bawak anak-anak seronok tu boleh la.
Hari tu aku bayar tiket RM40++ hanya untuk jadi penjaga beg, ambikkan makanan, cop-kan tempat duduk, kutip spender basah, tolong hulur towel, etc.....

Masuk-masuk je entrance fotographer dah tunggu untuk ambik gambar.
Yang kelakarnya tu, kita ni dah berdiri ready nak ambik gambar tapi orang lain yang taknak bergambar selamba tapir je lalu-lalang depan aku yang dah get ready ni. Yang si fotographer pulak sengih-sengih 'Sabar ye Kak, sabar ye?'

Kau sendiri meleseh-leseh sengih-sengih macam kerang busuk, takde gaya professional fortographer, macamana visitors lain nak respek kat kau? Patutnya, buat la rules, semua yang masuk memang kena stop kat situ untuk bergambar. Takde pengecualian. kau nak beli ke tak gambar tu, tu blakang cerita. Kalau kau dah buat syarat, takde de orang nak kata 'No, I taknak ambik gamba'. Nak tak nak, dorang akan beli jugak gamba tu. Otherwise, kau sediakan la laluan lain untuk visitor yang taknak bergamba. Ni tak. Kat situ la orang nak stop bergamba, kat situ jugaklah orang lain lalu simpang-siur. Hey kamonnnnnnnnnnnnnn!


Jalan masuk ke entrace waterpark.

Aku peratikan staff-staff kat waterpark ni semuanya macam asal boleh.
Like, ok kau jadik tukang ambik gamba, ok kau jadi tukang check kupon, ok kau jadi tukang jual gamba, bla bla bla...

Masa aku nak beli gambar kitorang sefamili tu, budak perempuan yang jaga kaunter, boleh tak reti nak masukkan gamba kitorang dalam frame?? Panggil orang sana, panggil orang sini just nak tanya 'Eh, camne ni? Oi, camne ni?'

Professional ke kau terpekik-pekik tunjukkan kebodohan kau depan customer???

Patut la takde sorang mat salleh or foreigner kat A Famosa hari tu.
Paling-paling pun Singaporean la kot.
Aku rasa travel agency pun takut nak bawak pelancong masuk sana.



Ok bab naik gajah ni lagi sialpalis.

Aku baru berangan nak bawak bibik and mak mertua aku naik gajah. Biar dorang terpekik-pekik kat atas tu. Aku and En wan membayangkan dorang akan bawak gajah ni at least jalan ke depan sampai waterpark entrance yang just 700-800m away and patah balik. Walaupun takde la adventure mana pun sebab gajah tu akan berjalan atas jalan raya but at least something la untuk kita yang naik gajah tu. Ada la experience nak bawak balik cerita kat orang.

Sekali aku tengok ada satu family tu naik, gajah tu betul-betul jalan buat bulatan keliling depan kitorang je. Ada la kot 5-10 minit. Kalau nak tau berapa ringgit dia charge for that lenggang-kangkung 10 minit, sila lah try naik. Gila cekik darah ke apaaaaaaa???

Masa aku gi Phuket 3 tahun lepas, gajah tu bawak kitorang naik bukit turun bukit, masuk hutan keluar hutan, siap gajah tu berposing mengadap laut lagi for 45minit adelah RM50. Mula-mula aku rasa macam mahal gila je RM50 dia charge, tapi bila kau naik gajah tu, pehhhh gila adventure sampai aku mintak turun. Gila kau gajah tu mendaki bukit! Pastu time turun bukit, dia berlari-lari anak. Pitam kejap aku kat atas tu (aku rasa aku ada letak gamba aku pitam atas gajah time dalam entry Phuket). Kalau macam ni punya naik gajah sampai pitam-pitam baru berbaloi bayar RM50. Ini kau betul-betul pusing keliling aku je. Memang gila babs punya sekejap. Baik kau berdiri je tepi gajah tu and raba-raba dia sikit. Sah-sah free.






Antara pemandangan yang aku sempat snap.
Tak dapat aku nak snap banyak sebab aku tukang jaga beg kan.
Kang apa hal nya pulak dengan beg-beg tuan-tuan besar sekalian kalau tukang jaga beg merayap ambik gamba.

Bab ni memang aku nampak ada perubahan.
Dulu aku pergi dengan En Wan before kawen memang terang-benderang.
Panas berdenting kau mandi dalam longkang ni.
Kawasan dia masa tu still under construction lagi.
Aku pergi last week, tengok dah banyak perubahan. Ada beach, ada gelongsor-gelongsor tu (apa benda menatang ni aku tak reti nak sebut), ada er....tu je la kot. Tapi luas la kawasan dia. Cuma tak se-fun Sunway Lagoon.



Bibik and Redza.


En Wan ketua budak-budak. Dia yang paling lama sekali main dalam air.


Tu je la gamba yang aku ada.
Sebab aku bosan, so aku duduk je la jaga beg and peratikan orang keliling.
One thing yang aku tak suka about pergi tempat-tempat macam ni adelah sebab manusia bersepah-sepah. Pastu sana-sini basah, bau makanan bercampur-aduk, aku jadi mual.
Nak duduk pun tak reti nak duduk kat mana.
Aku tak kisah kau bawak aku pergi fun fair sekalipun janji tempat tu kering. Kalau dah sana-sini basah, kau jadi serabut pikir mana nak duduk, mana nak letak barang, eiiiiiiiii tobattttttt.





Dari 11.30am sampai 3pm kat sana, around 3.30pm baru check-in.
Kitorang check in kat A Famosa Resort.
Bilik dia boleh la. 2 queen bed.
Tapi agaknya sebab orang terlampau ramai, aku masuk bilik dengan lantai still basah lagi baru lepas mop.
Menjengket-jegket jugak la masuk bilik.
Bilik air pun lembab-lembab je baru lepas cuci.
Tapi kira ok la. Janji dia dah bersihkan. And keadaan pun teratur.

Aku masuk-masuk je bilik check menu  room service dulu.
Menu dia boleh la...janji aku nak payah bersesak-sesak ambik makanan.

Malam tu, lepas Maghrib, En Wan ajak masuk Cowboy Town.
Kali ni kitorang jalan kaki je sebab dekat sangat hotel dengan Cowboy Town.



Stage ni kat depan entrance.
Kira dia bagi mood awal sebelum masuk tengok koboi.
Tapi yang kelakar kan, koboi ni nyanyi lagu Siti Nurhaliza. Boleh??????

Satu lagi yang buat aku menyampah gi tempat-tempat macam ni adelah sebab semuanya buat asal boleh.
Tiket dah la kau charge mahal. Buat la betul-betul.
Cuba tengok brader yang main gitar tu.
Ni krisis identiti ke apa?
Kau feeling-feeling koboi tapi pakai shirt bunga-bunga, bang???
Kau koboi kat Hawai ke?


Nampak dancers-dancers koboi ni?
Aku tak tau la ni geng-geng koboi ke, geng-geng mat rempit.
Ada rupa koboi tak dancers tu?




Ini adelah show yang palingggggggggggggggg mendukacitakan kat Cowboy Town.
Kat sini jugaklah paling ramai penonton.
Dah la start lambat. Ok yang tu memang biasa la kan, lambat.

Tajuk performance adelah "Red Indian".
Tapi takde satu komponen Red Indian lansung yang aku nampak.
Ok la, part telan api and conteng-conteng muka. Jadik la kan.

Tapi yang kelakar tu mula-mula "Red-Red Indian" ni beratur kat depan kitorang.
Last-last start lagu, diorang menari!!!!???? Seriesly kau menariiiiiiiiiiiiiiiii???
Dah la menari pun aku rasa bantai asal boleh.
Nampak macam Haka lebih kurang, jadik lah.

Lepas tu barulah ada show telan api, sembur api, but still mendukacitakan.
Aku expect kau akan tunjuk gaya Red Indian panah-panah, berkuda, lawan-lawan sikit ke biar ada aksi kat depan tu. Ni tak. Balik-balik telan api, sembu api. Telan api, sembur api. Dah Red Indian abis la tu eh?

Kitorang tak tunggu show habis pun, terus blah gi carik makanan.
Masa tu jam pukul 9.15pm.

Aku nak makan steakhouse.
Tapi mak mertua aku ngan bibik mana la nak makan-makan steak ni.
So kitorang makan kat restoran melayu kat dalam tu.
Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...mee goreng je ada.
Nasik lemak cuma ada sebungkus je lagi.

Kau imagine, show tu dari pukul 6pm sampai 12 malam.
Kat mana lojiknya kau sediakan makanan takat kul 9pm dah habis?
Kau expect kul 7-8pm tu semorang serbu untuk dinner, pastu dah. Jangan makan-makan lagi. Camtu?
Masa ni muka aku dah jadi lagi ngeri dari nenek kebayan dah.
Aku senyap je tak cakap-cakap.
Aku dah kata, tempat ni tak best. Tak best. Tak caya. Nak pergi jugak. Ha, melantaklah mee goreng bersama-sama.

En Wan sedar aku macam nak amukan, so dia terus bagi kad bilik.
Lepas makan aku balik. Kebetulan Rayyan pun dah ngantuk, so mak mertua aku and bibik ikut sekali.
En Wan continue dengan Redza.

Sampai kat bilik aku terus order makanan.
Ha kauuu. Makanan sampai, bukan aku sorang je makan. Rupanya mak mertua aku and bibik pun sebenarnya  laparudin tapi segan nak bagitau En Wan dorang lapar.
Mau tak lapar kalau mencekik mee goreng je?
Kesian aku tengok. Sampai licin makanan aku dorang tumpang sekaki.

Dari dalam bilik aku dengar mercun la, bunga api la.
Tu mesti koboi naik syeh la tu.
En Wan kata ada pertunjukkan bunga api.
Eh tak kuasa la aku nak bunga api ke, bunga semarak ke bagai.
Aku dah naik menyampah and tak sabar nak balik esok pagi!


Berani?


Esok pagi breakfast kat Golf Terrace.
Seperti yang dijangka, manusia gila babi punya ramai dah macam beruk tengah sarapan pagi.
Aku tak paham orang Malaysia ni.
Duit banyak bercuti sana sini, tapi attitude masih lagi dalam longkang.
Dah tak lalu aku nak makan tengok makanan bersepah-sepah. Sudip lauk pun berselepet-selepet minyak and sisa-sisa makanan. Ada yang lagi suwey pegi letak plate yang dorang dah makan kat atas meja buffet. Ni sakai ke apa?

Makanan jatuh atas lantai toksah cakap la. Dah jadi hamis semacam ruang makan tu.
En Wan ni pulak jenis yang kalau kau dah bayar pakej tu, kau kena makan jugak.
Tak kisah la makanan bertebarai macamana pun, taknak rugi punya pasal, tetap kena makan.
Eh soryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Aku kan rela kunyah meggi mentah dari makan berjemaah dengan orang-orang yang takde adab kat tempat makan. Tak reti la aku nak makan kat tempat yang bersepah-sepah ni. Yang aku heran tu ada jugak yang berselera gila makan siap bertambah-tambah.

Meja makan ni sebelah meja makan aku. Dari start aku duduk sampai aku balik, meja sebelah ni tak berkemas-kemas lagi. Kembang tekak aku makan sambil mengadap meja yang dah macam tong sampah ni.


Lepas check out terus ke Melaka.
Tapi tak lalu hiway, aku lalu jalan kampung sebab nak lalu depan rumah nenek and kubur arwah atuk.
Lama sangat aku tak balik Tampin sejak nenek dah balik Singapore.
Baik rumah nenek tu dibuat homestay je lagi bagus daripada duduk kat A Famosa.
Duduk rumah nenek aku, korang boleh masak, parking space besar, siap ada kebun bagai. Sukati la nak makan berapa banyak buah pun.

Bila sampai kat Melaka rasa hmmmmmmm....it's good to be home!
Walaupun aku bukan orang Melaka, tapi time nenek ada kat Tampin, asal gi pasar je, kalau tak pasar Alor Gajah, mesti gi pasar Melaka. Ingat lagi dulu aku ngan nenek naik bas nama SALIRA from Tampin ke pasar Melaka. Kadang-kadang pasar tak pergi, tau-tau aku heret nenek masuk mall. Rasanya dulu The Store kot ada kat situ. Sudahnya orang tua tu tak jadi gi pasar. Hahaha.

Best wooooo jalan ngan nenek aku dulu. Aku nak beli kaset cina (Leslie) pun dia oraitttttt. Siap tanya lagi apa lagi aku nak beli, dia bayarkan. Kalau gi ngan Mak Aji, jangan harap la aku nak beli kaset cina. Silap-silap dia tak bawak aku lansung. Dok rumah, kemas. Tu la the best thing about being nenek agaknya. Macam Mak Aji now apa Redza nak ok ajeee. Semua boleh. Padahal benda yang Redza mintak tu sama je dengan aku mintak time kecik dulu. Bezanya, Redza dapat apa yang dia nak, aku dapat penampar.


 Dulu time kecik-kecik sepuluh kali lalu depan A Famosa ni pun tak terfikir nak snap pic.
Dah tua-tua ni baru la nak tertonggeng-tonggeng bergamba.



Sesekali pekena abang beca apa salahnya.
Penat okkkk nak round satu Melaka.
Murah je abang-abang beca ni charge.
Pusing Muzium Samudera (kapal), Christ Church, Menara Tamingsari and stop kat Melaka Cruise cuma RM25 untuk satu beca. Kira murah la tu. Gila penat abang tu kayuh. Tak sampai hati nak tawar-menawar.

Ada satu beca tu pi pasang lagu Wings?? Apa jadahhhhhhhh???
Beca aku jugak best, brader tu pasang lagu Tudung Periuk lagi.
Baru la feeling-feeling zaman kesultanan melayu melaka.

(apa kaitan???)


 Kemain berkilat lagi muka aku.
Seb baik tak pakai mekap, kalau pakai konfem berlapis-lapis eyeliner aku jatuh.

Maklumlah, eyeliner Guardian katakan.



Melaka River Cruise paling best!!!!!!
Bila naik boat ni baru la aku tau rupanya banyak benda yang aku tak tau tentang Melaka. Aku cuma tau Parameswara dengan Hang Tuah je.

Akak driver boat ni cerita very detail tentang what is what, which is which. Kiranya sepanjang sungai tu ada benda-benda menarik and cerita-cerita tersembunyi. Korang yang belum pergi, aku suggest pergi lah. Tak rugi.


 Sepanjang-panjang river ni korang boleh tengok building-building ni dorang cat dengan mural.
Cantik-cantik.
And semua mural ni ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Setiap owner premis tak dibenarkan mengubah premis dorang sesuka hati tanpa kebenaran pihak negeri sebab ini semua kerajaan negeri buat untuk tujuan pelancongan. Bersih okk belakang-belakang kedai ni. Memang elok kerajaan negeri buat macam ni. At least terjaga kebersihan sungai and belakang kedai. Ada a few restoran yang dibuat kat tepi kedai ni dah macam Venice aku tengok. Tak pergi Venice pun takpe.


 Ni perkampungan Melayu, Kampung Morten nama dia.
Kampung ni kerajaan negeri Melaka jaga untuk dibuat homestay.
Cantik-cantik rumah-rumah kampung kat sini, semua cat-cat dinding, bumbung rumah semua dibiaya and diganti oleh kerajaan negeri Melaka setiap tahun. Memang dorang jaga perkampungan ni supaya jadi tarikan pelancong. Rumah-rumah kat tepi pantai ni semua untuk homestay, korang takyah book. Nak datang, terus je deal dengan tuan rumah masing-masing. Tuan rumah homestay masing-masing semua ada je tinggal kat blakang tu. Rasanya satu malam RM80.

Salah satu rumah kat sini yang asalnya rumah Penghulu ntah berapa keturunan dahulukala dipercayai menjadi tempat persandingan Almarhum Sultan Selangor dengan Cik Puan Aisyah. Rumah penghulu tu memang cantik!


Ni salah satu tarikan pelancong naik river cruise.
Biawak belaan.

Biawak ni tak gi mana-mana, memang port dia bawah jambatan. Ada a few ekor jugak. Biawak ni pun kerajaan negeri Melaka tanggung RM700 sebulan sebab memang boat akan berenti punya kat sini. Berebut orang nak ambik gamba, Biawak tu pun macam pasrah je orang ambik gamba dia. Dah macam anak buaya besar dia. Kelaka jugak la bila dengar biawak ditanggung. Hahaha. Tapi kalau takat RM700 sebulan berbanding dengan pulangan berapa ratus orang naik boat ni setiap hari, aku rasa berbaloi la kot dari tanggung orang yang miskin yang bangsa pemalas nak keje. Tiap-tiap tahun ditanggung pun macam tu jugak takde efek. Dasar pemalas.

Percutian ke Melaka ni penyelamat sebenarnya.
Dari awal lagi aku nak ke Melaka terus, aku dah siap beremail-email dengan Casa Del Rio untuk dapatkan bilik tapi En Wan bijaksana pi book A Famosa senyap-senyap. Konon nak surprisekan aku la kan. Sekaliii dengan kau-kau sekali surprise.

Kalau sesiapa nak pergi A Famosa, pergi saje la, tapi takyah la tido.
Buang masa. Baik tido Melaka.
Or, baik pergi Melaka je la.

Tu pun hari tu aku tak sempat gi pekena ikan bakar.
Tapi time kecik-kecik dulu puas dah melepak kat Pengakalan Balak, Serkam, Umbai. Tapi rasanya sekarang ni mesti lagi best kot.

Slurppppppppppppp.

2011-12-13

Hampir-hampir tak selamat

Aku tak sure if aku pernah bagitau yang aku drive tak boleh pakai kasut. Kalau pakai kasut kaki aku ni macam jejak tak berapa nak jejak je kat paddle tu. Kalau aku drive, tak kira lah macamana punya voguenya kasut tu, tetap aku akan bukak. Dalam kereta tu jugak wajib ada selipar. Kadang-kadang bila dah tergesa-gesa sangat, konfiden je aku kuar jumpa customer dengan sarung selipar. Belah atas dah macam usahawanita berjaya, alih-alih kat bawahhhhhhhhhhhhhhh.

Tadi aku ada appointment. Si Rayyan skang ni pantang tengok aku bersiap, meronta-ronta nak lompat dari stroller nak ikut masuk kereta. Tadi aku kesian pulak kat dia, aku bawak dia pusing satu round. Duduk atas riba aku. Glemer la aku kat Putra Heights ni tadi, sepanjang-panjang jalan dia tekan hon. Tak cukup dengan hon, dia tekan wiper, tukar channel radio guna kaki, tekan-tekan GPS...berpeluh aku nak melayan.

Sampai kat rumah, mak mertua aku dah standby kat porch nak ambik Rayyan.
Aku hulur kat tingkap je. Kang kalau aku keluar kereta, jawabnya terus tak gi keje.

Zasssssssssssssssss.

Sampai kat tempat customer dah la satu hal nak carik parking. Panas lak tu. Tapi alhamdulillah jumpa gak parking, walaupun bontot kereta aku terkeluar sikit. Ah, lantaklah. Aku nak cepay ni. Janji tak block jalan orang sudah.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...kasut tak bawak masuk dalam kereta!!!!!!!

Sialpalis.

Baru aku teringat, masa Rayyan merengek-rengek tadi aku main angkat je dia dari stroller and masuk dalam kereta, start enjin, jalan. Pastu aku pulangkan Rayyan kot tingkap je. Dengan konfiden yang tak berbelah bagi aku terus pergi keje. Dah tu, camne ni??
Dah la selipar pun kebetulan takde sebab En Wan kemas-kemaskan kereta semalam gamaknya dia angkut keluar segala tok nenek hazanah aku kat dalam ni.

Aku dah la tak biasa sangat dengan area ni.
Aku call customer aku cakap aku dah sampai tapi takleh keluar sebab selipar aku putus.
Haruslah kelentong kan. Dah la jumpa first time. Kena la bagi good impression sikit padahal aku ni apa yang good pun tak tau la. Takkan first time jumpa nak bagitau 'Saya tak boleh keluar dari kereta la sebab tak pakai kasut. Turun boleh? Kita discuss dalam kereta'.
Boleh???
Boleh lah terbang melayang aku punya potential bisnes.

Aku start enjin balik, round-round kat area situ sekali nampak satu kedai jual barang budak skolah. Walaupun aku tak tau apa motif aku nak masuk kedai ni, takkan nak beli kasut sekolah kotttttt. Pakai office attire kemainnnnn, tapi kasut Pallas ZapOn. Boleh?

Tapi aku dah tak pikir dah boleh ke tak boleh. Dah kalau terpaksa sangat, ada aku kesah aku kena pakai selipar Ah Soh pun. Dengan muka selamba, aku kuar dari tempat parking dengan kaki ayam. Gila pecut aku lari nak sampaikan ke kedai tu taknak kasik orang nampak. Tapi pecut mana sangat la aku boleh pergi kalau kaki kau pun pendek kan.

Sampai kat kedai 'Aunty, ada jual selipar tak?'

'Ada! Selipar toilet punya. You mau gred A punya ka atau rendah sikit?'

Alamak aiiiii. Itu je ke option yang ada?
Ok, semakin gabra.
Pusing-pusing kedai nampak area kasut.

Yes!!!!!!!!
Ada kasut hitam pengawas!!!!

Mampu memakai kasut pengawas dengan penuh bergaya tatkala umur sudah mencecah 34 tahun adelah satu kebanggaan buat diri sendiri yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata!! Ngeh ngeh ngeh.

RM19.90 je.

Last piece.

Fuhh! Selamat aku.


2011-12-11

Finally, it's here!

Ini advertorial. Entry baru kat bawah.

Baru je last week aku berborak dengan kawan aku pasal iPhone 4S.
Kawan aku ni agak buta gajet macam aku jugak so dia tak berapa aware sangat dengan gajet-gajet terkini. Lately ni aku banyak dapay advert pasal henfon, so agak berupdate jugak la pengetahuan aku pasal gajet. Aku cerita kat dia aku kagum gila dengan iPhone 4S sebab dia ada SIRI yang boleh jadi "bestfren" kita. Sejak aku tertengok video ni, terus aku macam "serieslyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy????"



Gila best! Gila best! Gila best!
Aku tak pernak terfikir one day kita akan ada gajet macam ni.
So lepass ni takkan orang yang still mention "I'm am lonely".
Takde lonely lonely dah lepas ada SIRI, ok?



Finally!!!!!!!!
Celcom akan launch iPhone 4S officially on 16th December 2011 at La Bodega, Bangsar Shopping Centre KL.

Tapi untuk mengelakkan korang kecewa pergi sana kena queue panjang, anda di-suggest untuk pre-register. Dengan pre-register ni korang boleh enjoy priority queue masa launch nanti. Pre-register adelah pada 9 - 13 Dec 2011.

Cara nak pre-register adelah :

1. go here : www.celcom.com.my/iphone (Jangan klik klik. Cut and paste sendiri ye. Kah kah kah)

2. Isikan form yang disediakan and pilih device mana korang nak.

3. Dah lengkap isi borang, submit and Celcom akan hantar order confirmation email.

4. Print emil tu and bawa masa launch nanti.


Date: 16 December 2011
Venue: La Bodega @ Bangsar Shopping Centre
Time: Queue starts at 9.00pm on 15 December 2011
Midnight Sales start at 12.00am on 16 December 2011
  (Pre-register adelah pada 9 - 13 Dec 2011)


Dengan Celcom, korang can enjoy flexible payment methods bila beli iPhone 4S. Antaranya :

1. 0% Easy Payment Plan with Maybank, CIMB, CitiBank, HSBC and RHB
2. RM0 entry fee with AEON Credit Financing




1. iPhone 4S gunakan 8megapixel camera and optics. Resolution memang better.
2. Dual-core A5 processor. So lagi speed dari iPhone4
3. iOS 5. Ada lebih 200 new features.
4. iCloud
5. ..................dan yang paling utama adelah of course, SIRI! Your intelligent personal assistant that helps get things done just by asking! Korang boleh check here apa lagi yang SIRI boleh buat untuk korang. Cuba tengok video ni. Cool tak?


Ada a few bonus points yang korang kena tau :

1. iPhone works super well with Celcom sebab covergae Celcom sangat best and widest in the country.

2. Mainlah berapa banyak games pun and bukak berapa banyak application pun without interruption.

3. Celcom's customer service ready to assist you 24/7. So takyah risau dengan issues yang mungkin timbul kemudian hari.

2011-12-10

Low Blood

Teruknya rasa todayyyyyyyy.
Dari kul 6.03am aku bangun sampai now kepala rasa pusing. Aku tau ini tanda-tanda low blood sebab aku rajin kena macam ni. Main tenyeh minyak cap kapak je dari pagi. Tenyeh, tido. Tenyeh, tido. Sampai naik bengkak muka aku banyak tido. Tak hilang-hilang gak mabuk ni. Last-last tadi dinner gi carik kerang bakar. Alahaiiii..kerang dia. Cam bijik budak umur 4 tahun. Celah gigi je. Tapi boleh la dari takde.

Ingatkan reda la sikit mabuk ni. Takde efek pun?? Aku tetap rasa pening. Time rukuk je rasa nak terjunam ke depan. Kang ada jugak esok aku semayang baring. Selain dari hati and kerang, apa lagi makanan yang boleh dicekik untuk hilangkan mabuk-mabuk low blood?

Ke aku low sugar??

Aku ni kan, selalu sangat pitam-pitam, mabuk, sakit dada, sesak nafas. Dah 3 tahun dah penyakit-penyakit ni rajin dok hinggap. Tapi check up takde jumpa aap pun. Bila jumpa dokter jawapannya adelah stress keje. Ye ke stress? Apesal aku rasa macam tak stress?

Ada dokter kat sini?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Comfort


Semalam aku keluar dengan 3 orang kawan. Lepak kat Old Town je. Sebenarnya kawan aku sorang je. Lagi 2 orang tu kawan baru kenal semalam. Kawan aku bawak kawan-kawan kerabat raja Perak okkkk. Tetiba feeling posh kejap. Tunduk tengok kaki aiseyman aku pakai sandal Vincci je. Terus sedar diri balik. Aku nak tanya dorang kerabat dekat ke jauh kang nampak kurang ajar sangat. Macam la aku kasta tinggi sangat nak bertanya pasal keturunan orang kan. Tapi the way dia bercakap, bergaya memang nampak macam sohih la kerabat. Takde la macam rupa aku bercakap main tabur je. Dorang cakap walau takde la berprotokol sangat tapi boleh nampak bezanya kasta rakyat dengan kasta raja.

Kawan aku ni ada spa, so 2 orang kerabat ni sebenarnya customer dia asal-asalnya.
Tapi dah jadi regular customer terus jadi kawan. Bagus gak ada kawan VVVIP ni.
Orang kalau dah memang asal usul kaya-raya, muka tak cantik pun boleh jadi cantik sebab gaya dorang tu yang buatkan dorang nampak outstanding. Tapi this kerabat fren memang cantik orangnya. Kalau dia cakap dia pi facial tetiap hari pun aku percaya. Gila lechennnnnn kulit muka dia. Mulus gila babi!! Pastu cara dia mekap tu nampak cam cantik je, ala-ala pakai mekap mahal gitu. Takde la macam mekap aku kan, orang tengok muka aku sekali imbas pun dah tau pakai mekap murah. Apetah lagi kalau dua kali imbas, terus nampak tanda harga Loreal cap Guardian kat muka aku.

Dressing dorang takde pun over cam sesetengah clan yang baru nak blaja-blaja jumpa barang designer. Kalau stok-stok yang baru blaja-blaja nak jadi kaya ni gelupur gila nak salut badan dengan designer label. Baju nak Burberry, seluar nak Gucci, henbeg nak Chanel, kasut nak Prada. Sampaikan brooch pun nak yang designer. Ujung-ujung macam nangka bungkus aku tengok.

This kerabat fren gaya dia santai tapi tengok material baju dorang pun dah tau ni stok-stok designer. Kiranya serba-serbi la aku perati dari atas ke bawah. Gila terpegun aku dengan ke-vogey de vass-an dorang.

Tapi ada satu part tu kitorang borak pasal apa ntah aku lupa. Kawan aku ni cakap la anak dia (baya Redza) kemain suka dengan kereta Vios. Sampaikan main racing-racing pun pilih kereta Vios.
This kerabat fren cakap 'Vios??? Cubalah didik anak you tu aim kereta yang posh sikit. Vios tu sape aje la yang pakai?'

Fuhhhhh.
Berdesing telinga aku dengar.

Walaupun aku tak pakai Vios tapi aku kasta sederhana, so Vios tu adelah kategori 'harga boleh tahan' untuk kasta sederhana macam aku. Tapi at the same time kau boleh bezakan antara cakap orang berlagak dengan cakap orang yang takde niat pun nak berlagak. The way this kerabat fren cakap memang takde lansung bunyi-bunyi berlagak eventho statement dia tu macam kasar je keluarnya. Aku tengok kawan aku tu pun act macam biasa je bila kerabat tu cakap macam tu. Macam takde apa-apa. Macamkan kau pun kerabat la, padahal dulu kau ngan aku lagi teruk kot sama-sama pakai Kancil. Hahahha.

Bila aku ingat-ingat balik pasal kerabat tu cakap, aku rasa memang dia tak berniat pun nak cakap macam tu. In fact aku tak rasa dia sedar apa yang dia cakap tu mungkin menyinggung hati orang lain. Sebab dia memang dilahirkan atas duit. Serba-serbi mewah. Entah-entah makbapak dia pegi pasar bawak Audi. Eh tapi dia orang kaya, mesti orang gaji yang pegi pasar kan. Ok, statement tak valid. Tapi mana tau kan?

Kereta yang dia bawak semalam pun Cayenne. Cayenne tu almost 1M aku dengar, eh? Seb baik dia park jauh dari kereta aku. Kalau tetiba sebelah kereta aku, entah-entah aku mati-mati tak ngaku tu kereta aku. Wahkahkahkah.

Tapi baik budaknya. Funny and peramah. Kalau kita jenis yang too emotional, asik-asik nak sentap, and lebih banyak bertindak guna kepala lutut dari kepala otak, konfem budak tu dah jadi bahan mark dah. Tapi kalau pikirkan balik, dia tak salah. Dia tak biasa dengan golongan sederhana macam kita. Dia pun tak mintak diri dia dilahirkan as kerabat raja. Dari kecik dia didedahkan dengan persekitaran yang serba posh. Bila dari kecik dia dah rasa mewah of course dia bercita-cita nak lagi mewah bila besar nanti. That's why dia suruh kawan aku ajar anak aim high. And that's why dia rasa Vios tu amende aje laaaa. Bagi orang yang dah biasa naik keta mewah of cos kereta-kereta taraf-taraf kita ni apa sangat la pun. Tak salahkan dorang pun. Cuma terasa sikit je la.

Sama macam masa aku kat asrama dulu, ada sorang kakak ni asalnya dulu dia sama skolah rendah kat Bangi dengan aku. Cuma masa aku Form 1, dia dah Form 5. Dari sekolah rendah lagi aku tau kakak ni orang kaya, sebab adik dia dulu satu kelas dengan aku. Adik dia ni jenis yang english speaking background, cream student, cantik, even baru Darjah 3 dah concern dengan kecantikan, and family dia jenis yang beru supportive. Kawan aku ni selalu participate dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Everytime ada competition, be it school level or classes level, mak dia datang! Siap jahitkan baju khas untuk anak dia bertanding. Memang selalunya kawan aku ni menang.

Disebabkan kawan aku ni cantik, bijak dan kau boleh nampak pembawakkan seorang yang berbackground mewah, takde lelaki berani dekat even dia and kakak dia sama-sama cantik. Dulu time skolah kan budak-budak laki suka pewit-pewit kat girls kan? Kalau girls lain melintas depan kelompok lelaki, mesti kena pewit-pewit. Tapi kalau kawan aku ni melintas budak laki diam and pandang dengan mulut terbukak. Budak laki pun respek kat dia!

So kakak kepada kawan aku ni, ada satu kali tu dia dengan dormmate dia lepak kat kantin. Kebetulan aku ada kat situ gak beli eskrim. Padahal kantin tu aku rasa ok dah. Tapi dia punya kebas tempat duduk tu macamkan ada debu satu inci! Pastu dia yang kutipkan benda-benda kecik atas lantai. Ala, bukan sampah pun. Just tisu kecik-kecik tu, ada la kecik kuku ibu jati aku ni. Sape yang perasan pun? Aku dengar dia cakap 'Kotornya kantin ni'. Pastu kawan dia reply 'Kotor?? Manaaaa?'.
Aku senyum je tengok.

Sebab aku tau comfort level manusia berbeza. Kita rasa dah bersih dah. Dia yang biasa hidup dalam persekitaran mewah, gila babis bersih, teratur, akan alert dengan sampah yang sebesar kuku jari kelingking!

Bila aku ingat balik pasal kawan kerabat tu, benda ni buka mata aku yang kita sebenarnya kena kenal orang tu dulu and fahami dia sebelum kita jatuhkan hukum kat dia. Mungkin dia tak biasa dengan cara kita. Dan kita pun kalau masuk puak dia pun belum tentu kita selesa. Entah-entah kita rimas sebab semua berprotokol padahal bagi dia benda tu rutin. So?
Tak kenal maka tak cinta.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone















2011-12-09

Request

Request 1

Saya Yaty dri Kuantan, saya silent reader blog Kak Di.
Blog Kak Di famous kan....saya nk mintak tlg blh......
Saya perlukan rumah sewa di Kuala Lipis....penat dh saya cari tapi x jpe2 , saya perlukan segera.
Kak Di tlg shoutkan dlm blog @ fb blh? Kak Di ramai kenalan......mana tau ader yg bh bagi info....

Info Saya : Yaty (012-9512832)

Pertolongan Kak Di amat saya hargai :)))


Request 2

KakDi, nak mintak tolong :-)

*************************************************************
Bilik Master, Teres 2 Tingkat, Seksyen 7, Shah Alam.

Mencari teman sebilik (perempuan muslim) untuk menyewa di bilik master.
Jumlah sewa bilik master rm500/month.
Skrg sudah ada 3 penyewa, memerlukan seorang lagi.
So, just byr rm125/month each person.
Bilik master yg mmg besar, selesa, ada toilet kat dalam bilik.
Available bulan 12 :-)
Perlu bayar deposit 2+1 termasuk sewa iaitu rm250 + rm125 = rm375, tiada deposit utilities dikenakan.

Details mengenai rumah:
*rumah teres 2tingkat
*dekat dengan PakLi Kopitiam, Restoran Hakim
*ade tv kat ruang tamu
*ade kemudahan memasak (dapur&gas)
*ade peti ais
*ade internet
*ade pakguard round with moto 24jam.

Sebarang pertanyaan, boleh contact:
Nama: As
No tel: 017-3923360


Request 3 

 

Salam Kak Di
Saya nak minta tolong Kak untuk iklan kan kat blog akak
Saya ada 3 kotak Enzime Litchin dari produk De Belle, yang Aishah jadi spokeperson tu.
Saya nak jual 3 kotak ni
Harga satu kotak RM 145
Saya jual satu kotak RM100 je.
Tapi untuk serius buyer, harga boleh runding
Emelkan ke : shuhadashah23@gmail.com
Thanks Kak Di, sangat hargai
p/s Kak kalau iklan ni berbayar akak bagi tau ye :)

Anak

Aiseyman. Ternampak pulak imej tukang ambik gamba kat fridge.


Tahun depan Redza dah Darjah 2.
Rayyan pulak dah nak masuk 2 tahun.
Sekejap je rasanya anak-anak aku ni dah besar.
Masa beli barang-barang skolah Redza last week, rasa macam dah bujang sangat pulak si Redza ni padahal kote pun setengah masak lagi.
Kemain lagi request tahun depan nak pakai singlet kat dalam baju skolah.
Aku tanya apesal nak pakai singlet pulak, nanti panas. Skolah kau bukan ada aircond pun.
Dia cakap malu. Baju skolah tu kalau orang duduk dekat-dekat boleh nampak tetek dia.
Mak aiiiiii.
Aku dulu sampai darjah 6 pun tak pakai simis lagi. Bra lagi la jangan harap. Padahal umur 12 tahun tetek aku dah tumbuh tapi Mak Aji tetap tak belikan aku baju dalam. Kawan-kawan aku dari darjah 3 dah pakai simis. Seb baik la aku bukan kategori wanita dambaan lelaki so aku pakai simis ke, tak pakai ke, tak kuasa orang nak ambik tau.


 Subang Parade, last week. Masa nak beli barang-barang skolah dia.


Bila Redza request nak singlet la, nak T shirt untuk pakai kat dalam baju skolah apa semua aku rasa macam 'eh, anak aku dah datang concern pasal penampilan'. Dulu time dia kecik, aku nak suruh pakai baju, berlari satu rumah kejar. Punyalah nak berlenggeng je. Skarang ni, asal nak keluar rumah je concern gila baju seluar apa dia pakai. Sampaikan nak tido pun dia nak pakai spender jugak, punya la jaga penampilan. Ntah sape nak kelebet kau pakai spender ke tak ntah. Cuba tengok bapak kau. Kalau aku tak ingatkan suruh pakai spender, memang tak la! Nak keluar rumah aku kena ingatkan dia pakai tali pinggang, kalau tak, memang orang tua ni boleh je berjalan sehari suntuk dengan seluar terlondeh nampak alur pantat segala.



Skarang ni pun Redza dah tak mandi dengan En Wan.
Tido pun dah asing dari kitorang.
Rasa sedih pulak bila tengok now dia mandi alone, tido alone.
Dah takde dah zaman nak berhimpit-himpit atas katil and dengar suara dia berbincang (read : mengutuk aku) dengan bapak dia dalam shower.



Rayyan pun now dah nak blaja jalan sikit-sikit.
Kalau Redza dulu, umur 10-11 bulan dah boleh jalan. Tapi Rayyan lahir tak cukup bulan, so dah setahun pun tak jalan-jalan lagi. But rajin dah dia 'rock climbing' tangga rumah ni. Sehari 8 kali turun naik. Siap buat lawatan tapak dari satu bilik ke satu bilik.

Sekarang Rayyan ni aku letak atas lantai je.
Kalau aku nak letak kat walker, aku akan letakkan dia cara terbalik.
Biar dia takleh bergerak. Hahaha.
Sebab skarang ni asal aku masukkan dalam walker je, dia panjat keluar.
Elok pulak tu berhati-hati keluar dari walker. Dalam senyap sunyi je dia buat keje.
Tau-tau aku tengok dia dah meniarap atas lantai.
Ada satu kali tu aku keluar dari bilik aku nampak dia dah merangkak sampai anak tangga ke-9, sorang tak sedar. Aku rasa nak ikatkan kaki dia dengan loceng biar aku boleh dengar pergerakan dia.


 Kat rumah Kak Ngah En Wan

Semalam lagi la.
Aku turun tangga aku nampak dia dah meniarap atas walker.
MENIARAP!
Dah macam Superman tergantung.
Tapi aku diamkan diri, aku intai je dari tangga.
Slow je dia ensot-ensotkan badan turun dari walker. Padahal mak mertua aku ada je kat depan tv, walker tu blakang dia. Mak aku boleh tak sedar cucu dia buat akobatik kat blakang. Sebab memang dia buat dengan senyap.

Nasib baik la aku ada Rayyan.
Kalau tak, mesti sekali tu je la aku tengok Redza meniarap, merangkak, mengagah, bertatih, pecahkan pasu aku, jatuh, etc.
Ni En Wan dah berangan nak design satu bilik baru untuk Redza. Sebab dia kata bilik Redza yang now ni macam budak-budak, sesuai untuk Rayyan pulak. Dia nak bilik Redza yang baru nanti macam dewasa sikit.

Sedih je aku membayangkan one day nanti aku akan tengok anak aku dah pandai memerap dalam bilik, masuk bilik pun kunci pintu just like aku muda-muda dulu la. Kecik-kecik ni masuk bilik snediri pun suruh aku teman. Padahal nak ambik pensi case je, pun nak berteman. Esok dah besar masuk bilik kunci pintu.

Kecik-kecik ni asal kita bersiap je dia pun bersiap sama nak mengekor mana kita pegi walaupun ke pasar malam. One day mesti kita pulak yang tanya dia 'Mama nak keluar. Nak ikut?'

Time tadika dulu nak pergi skolah, aku cium dua-dua belah pipi.
Tak payah tunggu besar sok, skarang ni je pun, asal aku hantar depan pintu skolah, aku nak cium dia kat dalam kereta pun dia tak kasik. Malu kawan nampak. Nak je aku tampa.

Dulu kalau bershopping baju raya, takyah bawak dia pun takpe.
Kau letakkan dia kat playground, kau boleh bershopping baju-baju dia tanpa banyak karenah. Now ni nak pilihkan baju dia hazabullah!
Dari satu brand ke satu brand manjang je dia tak bekenan.
Tapi anak punya pasal, mak bapak layankan aje la.
Sudahnya, mak bapak kepenatan, nak carik baju sendiri pun dah malas.
Sudahnya mak bapak takyah beli baju raya la.

Skarang ni masih nak mendengar cakap kita lagi.
Esok dah besar sikit, lagi dengar cakap kawan dari cakap kita.
Pastu dah ber-gf, dengar cakap gf pulak.
Pastu dah kawen, jaga hati bini pulak.

Ohhh..stress dah aku pikirkan anak dah makin besar.
Boleh stop membesar sekejap tak?

Jual kemain mahal, sedap tak jugak.

Semalam aku brunch dengan Mak Aji and Pak Aji kat Kompleks PKNS Bangi.
Pak Aji ajak makan kat food court sebab dia nak makan lempeng kelapa cecah sardin.
Aku pun suka gak makan kat food court tu sebab ada satu gerai ni kueytiaw dia marvelles!

Ada satu kedai tu jual lauk-pauk.
Aku bajet pasni kang aku nak pi tempat customer lak, memang tak dan nak balik masak for lunch. So aku plan nak bungkus je lauk sikit.
Aku main sumbat je lauk sambal tempe (Jawa katakan) and togeh goreng. Pastu nampak sotong goreng kunyit.


Nampak tu the sotongs?
Ada la besar jari telunjuk aku ni. Jari telunjuk aku panjang dia 5.5cm je (sebab gemuk, so jari pun pendek-pendek je).

Sotong tu sekor RM2.
Boleh?

Aku rasa kalau takat besar jari telunjuk aku ni, kalau perempuan makan cuma 2 kali gigit je. Kalau laki makan mau sekali telan je habis. And kau jual RM2 sekor?????
Cekik darah gila!
Sotong goreng kunyit je pun. Apa yang mahal sangat?
Kau import kunyit khas dari Sweden ke apa yang mahal sangat ni?
Gila tak lojik.
Pastu budak tu cakap kalau yang kecik-kecik (kepala sotong) sekor seringgit.
Berbaloi tak aku makan nasik sepinggan dengan takat sotong sekor nak jimat punya pasal?
Plisss la.
Kalau setakat sotong besar kote Redza pun dah RM2, baik aku goreng telor je.

Terus aku tak jadi beli sotong, aku beli telur masin je.
Bali rumah goreng ayam.
Lagi sedap nak mampos.

Pak Aji kata gerai tu memang cekik darah sikit.
Aku beli lauk sambal tempe and sayur togeh tu pun dah RM8.20.
Sayur je kottttttt.
Patut la time aku bayar tu dia takde duit tukar.
Aku tengok dalam laci dia ada satu duit RM10 and a few duit RM1.
gerai yang aku beli lempeng kelapa untuk Mak Aji tu, bergulung-gulung duit dia dalam laci.
Tu la kau kan? Jual mahal lagi. Sape nak beli?

Aku tak paham orang yang jual makanan mahal-mahal.
Dah la kedai pun kat food court je.
Pastu bila customer datang, kita pulak kena panggil dia.
Dia elok je membusykan diri macamkan tak nampak aku tertonggok ke depan ni.
Malas aku melayan orang kerek berniaga.
Macam la bisnes kau tu besar sangat nak kerek-merek segala dengan customer.
Bila kita tanya harga, jawab pun mengeluh-ngeluh.
Ntah apa-apa.
Baik aku makan kat mamak.
Mamak tu macamana la tak maju.
Kita masuk-masuk je kedai dia, dia dah carikkan kita seat. Takyah kau nak terjenguk-jenguk kepala carik dia. Service cepat. Makanan boleh tahan.
Kedai semalam aku pergi tu, by the time petang je, lauk-pauk aku semua dah basi.
Lagi nak jual mahal-mahal.

2011-12-08

Ceritakan yang best je, yang tak best jangan cerita kat aku.

Siapa pernah duduk A Famosa Resort?
Aku pernah pegi tapi 12 tahun lepas la...time tu baru bertunang, bawak En Wan balik kampung nak persembahkan bakal cucu menantu kat nenek aku. Tu jam nenek aku still duduk Tampin lagi. Memang everytime balik Tampin konfem lalu depan A Famosa tu cuma takde la nak menyinggah sangat, baik aku lepak kampung je.

Insyallah minggu ni aku nak tido sana.
Dulu makcik-makcik aku from Singapore ada duduk villa kat A Famosa tu. Yang ni memang wajib berlaku sebab rumah nenek aku takdela besar mana. Dah kalau semua anak balik, campur menantu, cucu segala memang berkepam la jawabnya toilet kat rumah sebab kat kampung bilik mandi ada satu, toilet ada satu. Mintak nyawa jamban tu manusia silih berganti berak non-stop.

So selalunya 2-3 aunty aku akan stay A Famosa.
Ada satu kali tu uncle aku cakap dia terjaga tengah malam and nak turun ke kitchen, kat tangga kan dia nampak ada 2 orang budak age 7-8 kot, lelaki and perempuan tengah main-main kat hall.
Boleh?
And uncle aku rilek je terus naik balik masuk bilik.
Kalau akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!??

Ada member aku pun experience benda yang lebih kurang sama, tapi kat bilik.
Tak sure bilik kat villa or bilik kat condotel.
Tapi hantu ni baik la, dia tak pandang kawan aku, tak senyum-senyum or apa-apa pun.
Dia just enterframe kejap je.
Kawan aku tengah brush rambut dia depan cermin.
Tak tau camana tetiba dia terperasan ada satu imej perempuan lain tengah brush rambut jugak di belakang imej dia kat cermin.
Aku mula-mula macam tak dapat bayangkan apa yang dia cerita.

Dia cakap mula-mula dia sikat rambut macam biasa. Rambut dia takla panjang mana pun, baeah sikit dari ketiak. Tapi lebat.
Tengah-tengah sikat tu dia memang nampak imej dia kat cermin.
Tapi lama-lama dia perasan ada satu objek lain tengah menyikat jugak di belakang imej dia. Sebab dia perasan tu is bila dia menyikat, imej dia pun akan menyikat jugak la kan. Tapi benda tu punya imej menyikat lambat sikit dari imej dia. Contoh imej kau sikat sampai dah bawah rambut, tapi imej tangan lain di belakang imej kau tu sikat dia baru sampai kat bahu. Sial tak??

Kawan aku pulak jenis lembab.
Boleh pulak dia test balik sikat rambut 3-4 kali nak make sure kan kenapa imej ada double. Dah la double, lambat pulak tu. Pastu gi tanya husband dia lagi 'Cermin ni pelik la...lembab'. Padahal kau yang lembab! Kalau aku laaaaaaaaaaaa, memang dah terjerit terlolong kat situ.

Bila ingat balik cerita-cerita macam ni aku jadi tak seronok je nak pergi.
Baik aku duduk rumah nenek aku je.

Sesape penah gi A Famosa Resort tolong kembalikan keyakinan aku.
Best ke takkkkkkkkkkkkk????


Sent from my iPad

Produce

Redza tengah buat latih tubi Sains, tetiba dia tanya aku :

Redza : Ma, can produce young tu apa?

Aku : Amende??

Redza : Can produce young?

Aku : Bak sini mama tengok buku tu.


Soklan buku tu "Can plants produce young?"


Aku : Ohhh, maksudnya tumbuhan boleh menghasilkan anak ke tak?

Redza : Tak boleh.

Aku : Abis sape boleh?

Redza : Binatang.

Aku : Good.

Redza : Manusia pun boleh kan, Ma?

Aku : Boleh.

Redza : Mama boleh. Papa tak boleh kan?

Aku : Tak.


Angguk anggukkan kepala and sambung tulis.
Kejap pastu...


Redza : Tapi kalau Papa takde, mama tak boleh beranak kan, Ma?


Dear teachers, apekah ini juga sudah diajar kat skolah?
Errrrr...

Sent from my iPad

Accident

Today, aku ada appointment awal pagi kat USIM.
Takde awal mana pun aku keluar, around 7.15am je.
Siapa ada kat USIM mesti tau aoa yang jadi kat luar pintu pagar USIM today.

Today ada accident kat depan pintu masuk USIM (about seminit drive dari tempat kejadian, ke pintu masuk USIM). Yang buat aku terperanjat and teringat-ingat sampai sekarang adelah sebab accident tu berlaku belakang kereta aku je. Aku sampai pintu masuk USIM and stop kat tepi sebab nak ambik pass. Kereta yang masuk USIM selepas kereta aku bagitau pengawal ada accident teruk baru jadi kat depan. Maybe staff USIM jugak.

Aku curious nak tau apa jadi dengan kereta belakang aku tu tapi sebab aku nak catch appointment, aku gi jumpa customer dulu. Dalam setengah jam lepas tu aku dah keluar dari USIM, kat depan dah jem. Bila aku sampai kat area accident tu aku nampak ada ambulans, ada bomba tengah macam nak potong kereta tu kot, tapi kereta tu memang remuk gila!! Aku nampak mangsa ada atas stretcher.

Terus menggigil tangan aku nak bawak kereta.

Tetiba aku teringat pagi tadi masa dah nak sampai ke USIM, aku follow belakang satu kereta ni.
Slow je dia bawak. Kat lane bertentangan aku nampak dah ada kereta nak datang tapi tak tau mana datang keberanian (or adekah kegelojohan tak reti sabar), aku berani potong kereta tadi padahal kereta yang datang menghala ke aku tu dah nak dekat dah. Tapi aku dapat overtake dengan selamat.

Dalam 5 minit lepas tu DANGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Cuma beza a few minits je dengan kereta aku.
Aku tak sedar kereta belakang tu kena hentam tapi aku yakin kereta belakang tu la yang accident tadi. Rasanya dia kena hentam dengan kereta lain yang keluar dari simpang. Aku harap mangsa selamat. Cuma sepanjang jalan tadi aku terfikir, kalau lah aku tak digerakkan hati untuk overtake kereta tu, agaknya just on time kereta aku yang kena hentam. And aku tak tau la apa nasib aku skarang agaknya.

Sampai sekarang aku still terbayang lagi keadaan yang akan berlaku sekiranya aku yang ada kat tempat mangsa accident tu.

Sent from my iPad

2011-12-07

OR

Bagus la budak-budak ni. Dah banyak full movie kat You Tube. Tak payah susah-susah aku layan Astro First. Hari tu aku layan Al-Hijab, pastu Raya Tak Jadi, pastu Klip3gp, pastu Kum Kum (eh ni kategori filem ke cereka?), pastu Bini-Biniku Gangster. Anak saperlah rajin buat jariah ni..

Hari tu En Wan gatal pi langgan filem Toyol kat Astro First. Plissss la!
Orang tua ni kalau suruh tengok citer melayu kemain liat lagi. Tapi bila datang tebiat dia tengok citer melayu semuanya yang macam sampah. Series sampah citer Toyol tu. Dah la tak kelakar, pastu lawak dibuat-buat. Penat aku nak bagi perabis tengok. Last-last setengah jam je aku mampu bertahan. Kalau yang belum tengok, silalah tengok.

Ada sesape tau apa lagi citer yang aku boleh tengok kat YT? Full movie.

Hari tu kan aku gi purchase movie online, apa ntah url dia lupa dah.
Konon nak tengok and donlowd Devils Wears Prada, Confession of a Shopaholics, Shalow Hal, etc, untuk simpanan (aku kan kedekut nak beli DVD ori), sekaliiiiiiiiiiiiii dia suruh download guna Torrent je??? Bangkai tak?
Aku tau la aku ni buta IT, tapi rasanya dari zaman aku blaja dulu orang dok guna Torrent. APa itu je ke software paling gempak kau boleh suggest??
Penyudahnya burn duit aku.
Tapi tak banyak la, around RM90+ je. Tapi panas jugak kan.

Oh yes, Ombak Rindu.
Akhirnya berjaya jugak aku tengok citer ni kat wayang.
Wayang okkkkkk. Ingat senang ke aku nak dapat tengok citer melayu kat wayang?

Citer ni best.
Tapi takde la sampai meleleh airmata aku. Takat bergenang tu ada la 2-3 scene.
Maybe sebab watak Izzah tu kot yang buatkan feeling tak berapa nak makan dalam.
Kalau Tiz Zakiyah or saper ntah pompuan yang selalu berlakon drama tu..yang kawen dengan Azad tu (tang nama laki ingat pulak aku ni). Yang berlakon drama raya yang mak mertua dia jahat suruh masak rendang malam raya tu, saper la nama pompuan tu.
Ha, kalau dia bawak watak Izzah tu pun mesti best. Tapi kalau Lisa Surihani bawak pun best gak watak Izzah ni (pada aku la) sebab Maya bukan tak best, tapi dia punya accent tu buatkan watak pompuan kampung tu tak berapa sesuai je pada mata aku.

Tapi kalau Maya bawak watak Mila tu mesti boom! See how dia carry watak dalam Pisau Cukur dengan Fazura. Reallllllll punya kikis. Ha, tu baru vogey the vasssssss. Tapi kan, kalau nak lagi makan dalam, cuba suruh watak Mila tu si Fasha Sandha yang bawak. Haaaaaaa. Tu dia! Baru puas.
Tapi sejak Fasha dah baik kat Elysa, tak sampai hati pulak aku nak dia jadi Mila.

Susah aku rasa nak carik watak Izzah tu sebenarnya.
Susah tu bukan apa. Yang jadi susah tu sebab hero-nya dah mantap sangat.
Haruslah carik heroin yang sepadan kan. Takkan nak cari stok-stok muka aku kottt.
Heroin Malaysia ni yang cantik ramai, tapi kalau nak dipadankan dengan hero sehensem abang Aaron rasanya menggagau jugak nak carik. Kawan aku cakap patutnya watak Lisa tu carik artis yang tak cantik, baru nampak watak Izzah tu cantik. Tapi bagi aku rasanya watak Lisa tu ok dah (walaupun ramai yang kata Lisa macam kayu), cuma Maya punya sleng tu jauh panggang dari api kalau nak banding dengan wanita kampung. Cara dia cakap, mengaji semua dah boleh bajet dia adelah omputih-omputih sikit.

Aku tetap vote for either Tiz Zakiyah or bini Azad.

Tapi kalau Memey Suhaiza bawak watak Izzah pun jadik gak.
Hahahahaha.

Sent from my iPad

2011-12-04

Jangan layan orang 'bijaksana' sebab diorang memang mati-mati akan meneruskan 'kebijaksanaan' tu no matter what. So biarkan dorang. Diamkan aje. Jangan ditegur. Biar dorang tak improve. Haha.

Tadi gi Paskson Subang Parade belikan barang-barang sekolah Redza. Settle. Dah minggu depan boleh concentrate untuk benda lain pulak. Dan aku telah berjaya menghalang diri dari bershopping. Tadi memang betul-betul shopping barang Redza and Rayyan je. Fuh! Tak sangka aku boleh tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Syabas Diana!
(Ntah sampai bila je la 'syabas' ni mampu bertahan).

Kat kaunter Parkson tadi budak kaunter tu dah buat En Wan hangin. Budak laki nama Mohd apa ntah. Pakai spek, muka masam kelat. Macamanau kau boleh dapat keje kat kaunter pun aku tak tau la, muka masam mencuka. Sikit tak senyum. Sebelum giliran aku tu ada satu Indian lady beli party dress untuk anak dia kot. Party dress kan bangsa yang skirt kembang-kembang pastu ada bunha setonggok kat pinggang, riben panjang berjela. Selamba je budak ni dia gulung-gulung je baju tu pastu sumbat dalam plastik. Terkebil-kebil Indian lady tu tengok. Tapi dia tak cakap apa-apa cuma this lady pandangggg je muka budak laki tu. Aku pulak yang geram tengok. Kau tak reti ke lipat dress tu sebelum masukkan dalam plastik? Selama ni kalau aku beli baju mesti cashier tu akan lipat baju tu baru masuk dalam plastik. Bukan suruh kau lipat gila-gila pun, tapi tak payah la kau nak gulung-gulung pastu peruk dalam plastik. Kau ingat dia beli baju longgok-longgok ke?

Lepas lady tu, turn aku pulak.
Mula-mula cam takde apa-apa cuma aku memang menyampah orang yang kejernya sangkut-paut dengan customer tapi tak reti senyum. Atau adekah kau sedang feeling-feeling macho?

Lepas kitorang ambik barang-barang memang either En Wan or aku akan check balik resit. Sekali kitorang perasan satu barang tu dia scan 2 kali. And satu barang lagi tak berscan.

Patah balik ke kaunter.

En Wan tanya dia 'Dik, barang ni (sambil tunjuk resit) awak scan 2 kali, and satu barang lagi awak tak scan. Barang yang awak scan 2 kali tu harga dia RM9.90, yang tak scan tu RM2.20.'

Dia datang jenguk kat resit and reply 'Bukan saya tak scan, saya scan cuma saya ingat 2 barang ni benda sama'.

Menjawab tetap menjawab kan?
Tapi tak relevan.

Pastu terus dia hadap mesin cashier dia continue working. Eh apa kecibainya dia ni? Aku yang depan cashier tu pun macam terdiam kejap. Sebab aku konfius bila dia jawab 'saya bukan tak scan, saya cuma scan 2 kali'.
Jadi maksudnya apa skarang ni? Maksudnya kau betul la?
So aku salah la ni?

En Wan berhantu la kan budak ni reply macam tu macam tak salah je. Dah la buat muka bangang dengan kitorang.
Terus jumpa supervisor.
Bila supervisor tanya dia balik, mati-mati dia jawab 'bukan saya tak scan, saya scan. Cuma saya scan 2 kali sebab saya ingat ni barang ni harga dia sama'.

Adoiyaiiiiii pening aku dapat pekerja bijaksana macam ni. Terus aku jawab 'awak scan doblas kali ke, apa ke, skarang ni tetap awak buat salah. Sebab awak main ingat 2 barang ni sama. Sah-sah ada tanda harga kat situ yang awak nak main ingat-ingat tu kenapa?'

Againnnnnnnnn dia menegakkan statement ni 'saya bukan tak scan, saya scan'. Ok. Fine.

Betul la statement Imam Shafiee 'aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tapi aku tak boleh berhujah dengan seorang yang jahil'.

Terus aku senyap. Buat penat je layan orang yang tak paham bahasa.
En Wan cakap kat supervisor 'So skarang saya boleh dapat duit saya balik ke tak?'

Of cos la boleh kan.
Nak mampos kau jawab tak boleh?
Dah terang-terang staff kau yang salah.
Dah pakai spek pun boleh salah kira lagi.

Tak berbaloi je nak dapatkan balik balance RM5 sampai 45 minit aku tunggu process dia sebab asik la dok nak pertahankan yang dia dah scan. Memang la kau scan tapi kau scan lebih dari sepatutnya. Kalau kat Giant prosedur dia cepat and mudah je. Kalau salah kira, pergi kat customer service terus dia return balik duit kita secara tunai lagi. Giant ni pun rajin buat silap kira tapi tak penah lagi aku jumpa cashier yang belagak pandai. Mentang-mentang kau up sikit keje kat Parkson nak kerek-merek dengan customer.

Supervisor dia pulak yang beria-ia say sorry, yang si cashier tu buat muka belagak pastu nak protes ngan kitorang yang still ada kat tepi kaunter, dia hempas-hempas je barang-barang customer lain dalam plastik. Alahai dik, kesian kau kan. Tu je la pun kot yang paling hebat kau boleh buat. Sedih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dem!

Ini entry random sebab aku dah mem-dem-kan sesuatu. Aku klik ALL and tertekan button DELETE untuk 3 entry terakhir (Thalgo, Kawen and Test) gara-gara tak guna mouse. Memang siapalis betul. Aku ni memang lembab sikit kalau tak guna mouse, tangan aku macam menggigil-gigil sikit jadinya.

Kalau ada yang nak hantar balik komen, silakan. Tapi aku nak reply balik a few comments yang aku rasa aku perlu bagi respond :

1. Thalgo : memang ada a few oulets kat Malaysia ni, tapi Syarafaces ada buat promotion and harga dia lebih murah. So boleh ke Syarafaces untuk beli starter pack (sorry, aku tulis TRIAL PACK kat entry Thalgo). Ada reader yang comment kalau beli terus kat France jauh lagi murah. Boleh tak anyone yang ada kat France checkkan price utk 4 barang yang aku guna tu?

2. Test : aku tak janji how cepat aku boleh buat the test sebab 5-6 ni aku ada benda nak attend. Extraction kejap je bolwh buat tapi sequencing kadang-kadang ambik masa 4-5 hari. So kalau dah dapat result nanti aku publish kat blog. Tapi aku tak run test semua brand la ok? Aku ambik mana yang famous je.

3. Test : tiada kit untuk check halal for domestic use. Semua sample (makanan/raw meat) di hantar ke lab untuk buat testing. Tapi aku memang dalam research dengan satu agensi kerajaan ni untuk produce halal kit but tak sure lagi if halal kit tu boleh gunakan di rumah ke tak.

4. Test : bukan maksudnya ikan yang makan usus/perut/tulang babi tu tak boleh dimakan. Ikan tu boleh dimakan sebab kita makan ikannya, bukan babinya. Sebab DNA babi takkan bercampur dengan DNA ikan. Kalau binatang-binatang ni di-GMO-kan (genetic modified organism), haa tu yang kat Rusia kepala kucing, badan anjing tu. Gila punya keje. Play God lah sangat. Walaupun ikan tu secara lojiknya boleh dimakan (Jabatan Perikanan pun dah setuju dengan konsep ni) but still kita tau babi tu haram buat kita, so adelah tercekik jugak nak makan ikan tu. Sebab tu jabatan perikanan masih concern dengan farmers yang bagi ikan ternakan makan usus/perut babi. Kalau boleh kita nak bagi fish tu makan benda lain. Tapi tu la, fish feed ni mahal.

5. MKAK - makmal kesihatan awam kebangsaan. Ye dik, akak ada supply (dulu). Skarang sebab susah nak jumpa officer, akak pun malas. :)

6. Kawen - ada blogger tanya if adik ipar kawan aku adelah blogger jugak or not. Oh, itu aku tak tau. Aku cuma kenal kawan aku and ex-hubby dia je. Apsal, ada blogger yang buat entry kutuk kawan aku ke? Oh hem jiiiiiiii. Tapi tak mustahil jugak kan kalau ipar duai dia adelah blogger jugak. Fuhh! Seb baik aku tak letak nama kawan aku.

Ok tu je la jawapan utk soalan-soalan yang aku boleh ingat lagi. Sorry la ye, terdelete pulak semua komen.

And lagi satu, ada satu komen kat entry 'dakwah' tu dari sorang blogger anonymous yang tanya macamana aku leh rileks dengan komen-komen anonymous lain. Ok yang ni len kali aku reply sebab aku otw nak bershopping ni.
Beli baju skolah Redza.

Bye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-12-03

Kawen Part 2

Hari tu aku cerita pasal kawan aku yang kena cerai tu kan?
Actually belum cerai lagi tapi memang dah macam takleh selamatkan je.
Biasa la kan, kalau orang dah taknak tu dia akan keluarkan 1001 alasan untuk TAKNAK berbaik. Kalau nak berbaik boleh aje sebenarnya. Tapi sebab kau dah taknak kan.

Baru-baru ni kawan aku cakap keluarga lelaki dah start masuk campur.
Tapi aku tak terperanjat kalau keluarga lelaki kecoh sebab selalunya orang yang bersalah ni memang dia akan dulu-duluan mintak suaka politik kat orang lain. Kawan aku rilek je tak apa-apa, dia dah dulu-dulu cerita masalah dia kat orang lain. Bukan apa, saje nak mintak belas and sokongan sebab dia tau dia salah. Nak harap membela diri sendiri konfem kalah. Terpaksa la jaja cerita burukkan kawan aku pulak. Nampak sangat taknak selamatkan rumahtangga. Entah apa la yang dia gebang ngan keluarga dia tetiba adik-beradik ipar rajin sms kawan aku mintak pulangkan balik itu ini.

Kelakar gila eh?
Kau pulak yang susah-payah suruh orang tu jangan ambik itu, tinggalkan ini, pulangkan itu.
Bukan ke adik/abang kau tu kayaaaaaaaaaaa.
Gaji besarrrrrrrrrr.
Pakai keta besarrrrrrrr.
Mampu beli rumahhhhhhhhh.
Apa adehal takat barang 2-3 bijik kawan aku nak bawak keluar?
Kau ada share ke?

Kawan aku cakap kakak ipar dia telefon rumah parents kawan aku ni and warn bukan saje dia but makbapak kawan aku ni sekali (apa kaitan ntah) suruh kawan pulang balik baju-baju anak sebab dorang akan nilaikan semula baju mana yang kawan aku boleh bawak. Kononnya abang dorang yang banyak belikan baju untuk anak tu, kan kawan aku tak keje.

Gila lawak eh?
Kang kalau aku cop jahiliah tau pulak marah.
Tapi memang iye pun.
Baju anak pun nak berkira ke?
Tu dah memang tanggungjawab adik/abang kau untuk belikan baju anak dia.
Kau nak mintak balik baju budak kecik tu nak buat apa? Kau nak pakai?
Ke nak bagi anak-anak kau pulak pakai?
Takkan orang kaya nak pakai bekas-bekas orang kottttttttt.

Tapi kawan aku ni dah bijak dah. Dah kena tinggal baru kau nak bijak. Dari dulu aku ajar kau tak ikut. Kawan aku cakap dia tak tau mana datang keberanian tu, tetiba je dia reply "Mintak maaf kak. Ain (bukan nama sebenar) nak cepat keluar dari rumah jadi Ain kaut je semua baju yang ada dalam almari. Tapi takpe kak, Ain dah asingkan mana satu baju yang Ain beli, mana satu yang abang (laki dia) beli. Yang abang beli semua Ain dah bungkus letak tepi tong sampah depan rumah. Meh la datang ambik. Lori sampah belum datang lagi".

Wahhhhhh kah kah kahhhhh.
Tak sia-sia aku jadi kawan kau.

Kesian pulak aku tengok adik-beradik ipar kawan aku ni. Nak rampas harta, memang kawan aku dah takde harta, rampas baju anak pun jadik laaa.
Spender kawan aku taknak ke?
Oh lupa pulak kau mana muat pakai g-string.
Kau muat pakai grandma's panties je.

Tapi heran kan?
Selalunya kalau jadi pergaduhan couple-couple or suami isteri mesti ada je pelakon-pelakon extra. Dah la extra, over acting lak tu. Lebih sudu dari kuah. Padahal dia takde sangkut-paut pun. Tapi mesti dorang yang emo lebih. Ujung-ujung kau yang darah tinggi. Kesian.

Mak mertua kawan aku ni lagi la. Ala-ala Mak Dara zaman P Ramlee okkk.
Kawan aku cakap mak mertua dia ni dari sejak retak menanti belah dulu (tapi masa tu still duduk sama), jadi mem besar dalam rumah tu everytime dia datang rumah anak dia. Suka-suki arah itu ini. Yang kawan aku ni pun bangang jugak, konon mak mertua, hormat. Apa mak mertua suruh kena buat jangan ada bantahan sebab mak mertua dia tak biasa orang say NO kat dia. So??????
Ada aku kesah kau tak boleh dengar NO dari orang lain?
Kau tak biasa dengar orang cakap NO kat kau?
Ha meh sini aku bagi kau dengar apa itu NO!

Dulu kawan aku pernah cerita mak mertua dia tak kasik kawan aku ni basuh baju-baju dalam dia (dia = mak mertua) guna mesin. Baju dalam kena basuh guna tangan. Nanti rosak. Alaaa...tetek kau bukan mampat punnnnnn. Pakai tak pakai takde beza. Kahhhh!!

Kawan aku ni pun basuh la baju dalam mak mertua guna tangan padahal baju dalam dia sendiri dia campak lam mesin je. Ngada-ngada je orang tua ni. Bukan apa tu, saje je nak test temperature kawan aku.
Nasib kau baikla dapat menantu macam kawan aku tu.
Kalau anak kau dapat aku, memang tau la apa aku nak buat.
Aku bagi kau 2 pilihan je. Samada kau nak pakai bra or taknak pakai bra.
Kalau kau nak merasa pakai bra, kau ikut je cara aku basuh baju.
Kalau taknak, baik kau diam. Kang ilangkan berus bra guna tangan, tak pasal dengan tetek-tetek kau sekali aku beruskan.

Kawan aku masak apa pun serba tak kena.
Anak laki dia suka kalau dia masak macam ni, anak laki dia suka kalau dia masak macam ni.
Kau je la masak kalau camtu.
Orang kalau banyak bunyik ni selalunya pandai cakap je, kalau betul dia tak serasi dengan masakan menantu dia, lama dah dia masak sendiri. Ini tak. Manjang je tak serasi tekak tak serasi tekak tapi habis.

Now kawan aku dah tinggal rumah parents dia, and tunggu keputusan mahkamah je.
Dia pun dah tak kisah apa nak jadi.
Tak tau kenapa kali ni aku tak rasa nak mendoakan dia kembali baik dengan suami dia.
Dulu aku beria-ia nasihat mintak dia sabar sabar sabar.
Aku rasa dia dah cukup lama bersabar kot. Tak berbaloi sabar untuk laki macam tu.


Sent from my iPad

Test

Kecoh tetiba bila ada keratan report from MKAK Sg Buloh yang tunjuk result ada porcine source dalam sosej brand abang Ramly. Masa sorang reader tunjukkan keratan report tu kat aku, aku diam je. Tak meng-iya dan tak menidakkan. Sebab aku tak berani,

Memang dulu company aku ada jumpa trace of porcine dalam sample makanan yang dah diproses especially sosej. Tapiiiiiiii saperlah company aku nak dibandingkan dengan jabatan Kimia Malaysia, MKAK an JAKIM. Kita serahkan pada authority aje la. Bersepah reseracher bertittle dokter kat sana, dorang lebih arif.

Dah kalau abang Ramly cakap tuduhan tu adelah tak benar, produk saya halal dar sebarang najis berat, kita percaya ajelah. Melainkan kita nak buat sendiri testing, kita buat. Agak-agak antara nak percaya tak percaya ala-ala was-was gitu, kita jangan makan. Apa susah. Takyah nak bising-bising salahkan orang tu orang ni.
Tak baik okkk tuduh orang tu orang ni tak buat keje.
Buka tak buat keje, tapi kalau dah nama pun manusia, akal memang panjang sikit.
Mula-mula kita check takde apa-apa, ok je.
Tup-tup lagi setahun dua terima laporan ada pulak trace of babi kat dalam tu.
Abih camno? Takkan la asal kau nak produce product je kita ni dah macam takde keje lain nak dok menge-check produk kau sorang.

Ini bukti mereka-mereka itu buat keje.
Ni meeting yang aku attend kat Jabatan Perikanan Malaysia bagi membincangkan isu Halal.


Tuuuuu yang "..... Biotech" nama company aku. 
Tapi takleh tunjuk semua.
Keje is keje, blogging is blogging.


Ini salah satu contoh keratan akhbar yang ada dalam simpanan and dibincangka dalam mesyuarat.

Rilek kan statement dia?
"I tak jual ikan I kat orang Perak. Orang Perak tak makan ikan babi. Biar orang negeri lain makan"

Wak luuuuuuuuuuu!

Tapi salah sorang farmer yang aku pernah jumpa dulu ada cakap reason dorang bagi ikan makan tulang or kumbahan babi adelah sebab itu je sumber yang paling murah. Macam orang belah utara senang-senang je dapat bekalan tulang babi ni dari Thailand. Of cos dorang yang makan bendalah ni akan rasa membazir buang tulang babi kalau tulang tu sebenarnya boleh dimakan oleh binatang lain kan? That's why dorang jual kepada farmers.

Makanan ikan mahal.
Kau pulak kalau beli ikan asikla nak tawar-menawar sampai cekik darah.
Macamana la farmers tak ambik inisiatif carik makanan ikan yang murah?

Dulu bila ada outbreak farmers bagi tulang babi pada ternakan, kita semua sibuk check fish and kualiti air. Lepas tu kuar pula report pengilang produce fish feed dari sumber babi. Dah satu hal pulak kena check fish feed. So benda ni memang takkan habis. Jadi, kalau tak salah aku dalam satu mesyuarat tu kita sepakat dengan keputusan yang kita boleh makan ikan yang diberi makan tulang babi sebab obviously dengan hanya makan tulang babi, genetik ikan takkan berubah pun. DNA ikan takkan boleh bergabung dengan DNA babi. Tapi yang kita kena check tu adelah kualiti airnya. Sebab yang kita concern-kan adelah ke mana air tu nanti akan disalurkan. Dah la sekarang ni macam-macam teknologi rawatan air la, penapoisan air la, new water la, bla bla bla...kang tak pasallllllllll.

Itu bab ikan (raw meat).
Kalau bab processed food pun ada trace of porcine, ok yang ni memang melampau mannnnnn. Tak jadi keje sebenarnya kalau kita asik jadi tukang confirmkan halal ke tak. Sebab apa-apa boleh berlaku setelah cert Halal dikeluarkan. Jadi, kalau sesaper rasa yakin dengan cop Halal, beli je. Sape yang tak yakin, dah stop beli. Buat sendiri sosej kat rumah.

Tadi aku baru lepas bersembang dengan colleague.
Insyallah, kitorang plan nak test again a few brand sosej and burger.
Ini bukan untuk menyangkal keputusan JAKIM, JKM or MKAK, tapi untuk diri sendiri je.

Thalgo

Now kan aku tengah try Thalgo product.
Product ni dari France. Dah over 40yrs in the market tapi rasanya kat Malaysia mungkin still baru, or maybe disebabkan it's a bit pricey, and outlet pun terhad, jadi kita tak aware sangat. Product ni berasaskan natural resources dari laut. Ocean derived gitu.


Someone introduce kat aku product ni and she even bagi aku trial pack untuk aku try.
Aku dah try seminggu, tapi aku belum guna lagi cleansing milk dia sebab aku belasah guna pencuci muka yang sedia ada. Dalam seminggu ni aku stop pakai cream, serum, and toner lain, and start guna Thalgo. Tapi trial set yang dia bagi ni cuma cleansing milk, toner, face cream and mask. Aku guna toner and face cream dulu.

Memula cuak jugak.
Aku ni asik la bertukar product.
Tapi alhamdulillah takde apa-apa berlaku kat muka. Kekal hitam seperti dulu.

Product ni tak oily.
Sape dulu yang tanya if Olay oily ke tak, aku ada cakap aku tak advice yang bermuka oily pakai Olay sebab Olay ni mosturise sikit cream and serum dia. So, kalau sesiapa yang concern muka dia oily, korang boleh try Thalgo.

Bau dia best. Tak tengik. Memang bau ala-ala perfume France gitu.
Toner diaok je, biasa.
But face cream dia sangat best!
Cepat and cantik je meresap dalam pipi aku.
Setakat ni aku belum nampak apa-apa perubahan yang ketara sangat kat muka cuma aku rasa face cream dia ni halang muka aku jadi berminyak. Sebab bila aku pakai the cream and apply powder, at least setengah hari even aku keluar ke mana-mana, aku tak payah apply powder lagi sebab muka tak berpeluh.

But aku macam ada spot satu perubahan tapi tak pasti lagi. Kalau betul perubahan tu berlaku, aku dengan sukahatinya update kat blog. Yang tu kita tungguuuuuuuuuu...


Kat Malaysia ni ada a few outlets Thalgo.
Tapi hanya satu salon saje yang come out with trial pack.
Korang boleh ke Salon Syarafaces or go here : http://rangetechresources.blogspot.com.

Aku tak sure trial pack offer tu until bila but they are offering trial pack at RM259 (Retail price: RM330).

STARTER PACK (Cleanser + Toner + Moisturizer)


1. Pure Freshness Cleansing Milk 250ml
2. Pure Freshness Tonic Lotion 250ml
3. Energizing Vitality Cream (3 sachets)


Toner


Cleanser


Face mask and cream

Syarafaces ni adelah also salon kecantikkan.
Dorang memang gunakan Thalgo untuk buat facial service.
Harga memang macam kosmetik-kosmetik kat kaunter tapi kalau hasil dia memuaskan apa salahnya beli. Ala-ala pelaburan gitu.

Kasik aku try for one more week and aku akan update lagi.
Kalau nak tau lebih lanjut pasal other product range Thalgo or nak buat facial appointment ke, can go to Syarafaces. Kat link tu ada contact number semua.

2011-12-02

Tak tau la apa nak cakap. Tapi aku cakap jugak la.

Nampaknya ada orang yang tak puas hati dengan cerita pasal 'main kad dapat masuk syurga' tu. Aku tau yang tak puas hati ni adelah dari orang yang sama.

Apelah yang tak puas hati sangat sampai nak check cerita ni sahih ke tak, mana sumber-nya, sape yang sampaikan, dari buku mana, bla bla bla. Kan itu cerita teladan. Cerita yang berunsur teladan pun nak check jugak sahih ke tak sahih? Pelik jugak aku.

Pertama sekali cuba jangan salah faham. Cuba pahamkan betul-betul apa yang sebenarnya nak disampaikan. Cerita tu bukan bermaksud jom la lepak main daun terup, main dam aji, takyah keje. Lepak pun boleh masuk syurga whattttt. Erk??? Biar benarrrrrr.

Cerita tu bagi kita kesedaran bahawa amalan kita ni murah sangat untuk Allah balas dengan syurga. Jadi, bukan hanya takat amalan wajib and sunat yang kita kena buat, malah redha Allah juga perlu. Tapi kebanyakkan orang kita ni mudah sangat jatuhkan hukum kat orang, padahal dia kenal pun tidak orang tu. Takat nampak gitu-gitu je.
Asal orang tu tak bertudung ohhhhh ni mesti easy ni. Perempuan tu pakai sexy ohhh ni mesti stok-stok barai. Kalaupun betul semua tu, korang buat apa pun? Nak nasihat? Tak kottt. Aku tak rasa ramai yang nasihat. Yang mengutuk ramai-ramai ada la kot.

Ada yang tak puas hati dengan redha Allah ke? Rasa tak aci la kot kan, kita tutup aurat ape, solat cukup, puasa sunat seminggu 2 kali apetah lagi puasa wajib. Orang tu rambut pun tak bertutup, takkan rajin semayang kot, kan?

Jangan salah faham and cepat buat andaian pasal cerita kad tu. Cerita tu bukan bermaksud kau takyah la solat puasa zakat semua, belum tentu masuk syurga. Aku pun pernah question pasal benda-benda ni semua. Aku tanya kat member yang jadi guru aku tu. Aku cakap macam tak lojik je cerita yang pelacur masuk syurga tu. Tapi guru aku tu cakap 'Dalam agama jangan persoalkan lojik or tak lojik. Sebab kita tak layak nak persoalkan rahsia Allah'.

Cerita kad tu bagi kita teladan :

1. Jangan mudah menghakimi orang lain.
2. Sentiasa berasa orang yang berada di depan kita lebih baik dari kita.
3. Jangan perlekehkan amalan-amalan yang kecil walaupun hanya masuk ke tandas guna kaki kiri sebab mungkin itulah amalan yang Allah paling redha kita buat.
4. Jangan ujub dengan diri sendiri.

Cerita tu aku dapat dari ceramah Shaikh Ali Soleh kat Bangi. Aku ada CD ceramah tu, insyallah aku akan dengar balik and trace and tepek kat blog ni kalau ada yang berminat nak dengar.

Don't worry, aku belum berani nak memandai menyampaikan cerita tak benar melibatkan hukum hakam syurga neraka ni. Aku sendiri tak sure apa yang aku bawak untuk ditimbang nanti so rasanya tak perlula kot aku reka cerita.

Kalau tak puas hati di mana sumber cerita, insyallah aku usahakan dengar balik cd ceramah tu. Tapi kalau tak puas hati disebabkan korang menyampah dengan aku, hentikan je la. Tak berbaloi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2011-12-01

Dakwah social network

Makin lama kan aku tengok makin ramai ustaz and ustazah kat social network.
Nak berdakwah and nasihat-menasihati tu memang baik.
Kata-kata yang benar tu walaupun pedih tapi kalau betul, memang harus disampaikan jugak.
Betul la tu.

Tapi cara penyampaian yang macamana yang sesuai untuk berdakwah ni?

"Ustazah and ustaz pilihan" ni kebanyakkannya ambik yang surface je.
Oh pandai nak kondem orang kemain lagi siap letak kata-kata Rasulullah saw bagai "Berkatalah yang benar walaupun pahit".

Heloooooo!
Yang PAHIT tu adelah faktanya. Bukan kata-katanya.

Tapi korang yang rajin "berdakwah" ni selalunya hantar PAHIT tu dari segi penyampaiannya!
Kat mana berhemahnya dakwah tu kalau kau sebenarnya memalukan orang, mengguris hati orang?
Tell me, kat mana berhemahnya?

Hari tu aku nampak ada orang tag gamba awek si KFCM tu kat newsfeed.
Well, memang awek tu pakaiannya seksi.
Tapi perlu ke korang kenduri ramai-ramai kat situ?
Kemain lagi sorang-sorang berlumba-lumba post 'nasihat'. Sampai ada sorang perempuan tu dengan beraninya hantar komen "Beginikah perempuan yang nak dijadikan calon isteri wahai lelaki sekalian? Masyaallah".

Amboiiii. Perfectnya kau sampai nak komen orang macam tu sekali.

That is not the way untuk bagi kesedaran ye sayang :)
Orang tambah menyampah lagi ada.
Yang pelik tu, yang rajin bagi 'nasihat' ni semua yang bertudung. Why eh?

Bukan tak boleh nak nasihat orang.
Tapi cara tu sangat tak kena.
Kau macam lebih kepada nak malukan dia rather than menasihati.
Tak boleh ke kau cakap "Cantik orangnya, kalau satu hari nanti dia bertudung mesti lagi cantik".
Tak susah kan nak berdakwah cara macam tu?
Ke sebab kau sakit hati dia cantik and gojes?


Ini lah jadinya kalau ada manusia sentiasa beranggapan diri dia adelah jauh lebih baik dari orang yang berada di depan dia. Kalau pun dia sexy, kalaupun dia liar, tak boleh ke kau ambik pendekatan lain nak menasihat?
Ramai yang nak menasihat tapi kebanyakkannya tak kena gaya.
Apa perlunya kau "nasihat"kan awek tu kat public kalau bukan untuk memalukan dia?
Kau takde pendekatan yang lagi bijak ke?
Nak nasihatkan orang pun kena guna akal dik.


Lagi satu gamba saper ntah artis yang dulu gamba dia pakai baju nampak tepi tetek tu. Cantik budak tu tapi aku tak pernah tengok dia berlakon pun. Tapi selalu masuk paper. Yang couple dengan Shah Jaszle tu.

Dulu ada budak tag gamba artis ni dengan kawan-kawan dia snap gamba depan cermin. Memang semua cantik-cantik. Bergaya.
Ada sorang mamat ni komen "Cantiknya. Kalau lah jadi awek aku..."
Dan-dan tu ada pompuan reply "Bangga ke dapat awek macam ni? Dedah-dedah macam ni?"

Eh eh.
Kau pulak yang sakit hati.

Pastu terus kat bawah-bawah tu berbalas-balas "dakwah and nasihat".
Ujung-ujung aku rasa masing-masing bukan nak menasihat pun, tapi lebih kepada nak tunjuk pandai. Aku yang baca pun naik confuse.

Awek tu seksi-meksi memang kita semua nampak dah jelas dan nyata kat mana kesalahan dia. Tapi kita yang bertutup litup ni selalunya tak berapa nak nampak kesalahan kita kat mana sebab kita rasa kita dah buat benda-benda yang dituntut agama.
Ingat ye, Tuhan kalau nak campakkan iman dalam hati sesaper, sekelip mata je orang tu boleh berubah. Kalau DIA nak kita, DIA akan tunjukkan. Kalau DIA taknak kita pun tak susah kalau DIA nak tunjukkan. Dah banyak dah cerita-cerita dalam kisah Nabi yang kita boleh jadikan teladan. Kisah pelacur yang Allah janjikan syurga sebab dia tolong anjing, kisah pendeta Yahudi yang tak sempat bersolat tapi dijanjikan syurga, and kisah orang yang suka melepak main kad tapi dapat syurga.

Kisah ni best, meh aku ceritakan kepada sesiapa yang belum tau.

Cerita dia gini.
Ada sorang alim ni kat Mekah dapat mimpi dari Rasulullah saw.
Nabi pesan carik si polan bin si polan kat negara mana ntah and sampaikan kat dia bahawa Allah janjikan syurga untuk dia.
This alim guy pun carik, and jumpa.
Tapi masa dia jumpa laki tu, laki tu tengah melepak main kad.
Dia tak jadi nak dekat.
Dia rasa mungkin dia silap.
Malam tu dia mimpi lagi.
Esoknya dia nampak laki ni dari pagi sampai tengahari dok main kad ngan kawan-kawan.
Dia tak jadi nak datang dekat.
Malam tu lagi sekali dia mimpi.
Esoknya, dia jumpa laki tu.
Dia kata dia mimpi Rasulullah saw minta sampaikan bahawa Allah janjikan syurga untuknya.
Menangis lelaki tu.
Lelaki alim tu tanya apa amalan dia yang membuatkan dia dapat syurga sedangkan dari pagi sampai ke tengahari dia dok main kad.
Laki tu taknak cakap pada mulanya, lepas didesak baru dia cakap.
Dia kata, setiap kali dia dapat gaji, separuh dari wang gaji dia akan peruntukkan untuk bantu sorang perempuan  berstatus balu yang anaknya ramai. Dia bagi makan, sediakan keperluan-keperluan lain selama 12 tahun lamanya dia buat keje ni tanpa isteri dia tau. Isteri dia tak pernah tau sebab dia tak pernah abaikan keperluan di rumah sendiri. In fact, takde sorang pun yang tau melainkan orang yang dia bantu tu.
Atas sebab itulah Tuhan janjikan dia syurga.

Sebab tu kita jangan perlekehkan orang lain. Kita sendiri tak tau amalan-amalan kita ni Allah terima atau tak. Kita cuma kena terus beruasaha. At the same time, rasanya tak perlula kot nak perkecilkan orang lain. Kita tak tau mungkin ada amalan dia yang Allah redha. Kalau kita rasa kita tak dapat nak bezakan antara dakwah dan dengki, baik kita berdoa dalam hati je. Mintak kebaikan untuk dia dan diri kita sendiri supaya masing-masing menjadi lebih baik.