2011-12-02

Tak tau la apa nak cakap. Tapi aku cakap jugak la.

Nampaknya ada orang yang tak puas hati dengan cerita pasal 'main kad dapat masuk syurga' tu. Aku tau yang tak puas hati ni adelah dari orang yang sama.

Apelah yang tak puas hati sangat sampai nak check cerita ni sahih ke tak, mana sumber-nya, sape yang sampaikan, dari buku mana, bla bla bla. Kan itu cerita teladan. Cerita yang berunsur teladan pun nak check jugak sahih ke tak sahih? Pelik jugak aku.

Pertama sekali cuba jangan salah faham. Cuba pahamkan betul-betul apa yang sebenarnya nak disampaikan. Cerita tu bukan bermaksud jom la lepak main daun terup, main dam aji, takyah keje. Lepak pun boleh masuk syurga whattttt. Erk??? Biar benarrrrrr.

Cerita tu bagi kita kesedaran bahawa amalan kita ni murah sangat untuk Allah balas dengan syurga. Jadi, bukan hanya takat amalan wajib and sunat yang kita kena buat, malah redha Allah juga perlu. Tapi kebanyakkan orang kita ni mudah sangat jatuhkan hukum kat orang, padahal dia kenal pun tidak orang tu. Takat nampak gitu-gitu je.
Asal orang tu tak bertudung ohhhhh ni mesti easy ni. Perempuan tu pakai sexy ohhh ni mesti stok-stok barai. Kalaupun betul semua tu, korang buat apa pun? Nak nasihat? Tak kottt. Aku tak rasa ramai yang nasihat. Yang mengutuk ramai-ramai ada la kot.

Ada yang tak puas hati dengan redha Allah ke? Rasa tak aci la kot kan, kita tutup aurat ape, solat cukup, puasa sunat seminggu 2 kali apetah lagi puasa wajib. Orang tu rambut pun tak bertutup, takkan rajin semayang kot, kan?

Jangan salah faham and cepat buat andaian pasal cerita kad tu. Cerita tu bukan bermaksud kau takyah la solat puasa zakat semua, belum tentu masuk syurga. Aku pun pernah question pasal benda-benda ni semua. Aku tanya kat member yang jadi guru aku tu. Aku cakap macam tak lojik je cerita yang pelacur masuk syurga tu. Tapi guru aku tu cakap 'Dalam agama jangan persoalkan lojik or tak lojik. Sebab kita tak layak nak persoalkan rahsia Allah'.

Cerita kad tu bagi kita teladan :

1. Jangan mudah menghakimi orang lain.
2. Sentiasa berasa orang yang berada di depan kita lebih baik dari kita.
3. Jangan perlekehkan amalan-amalan yang kecil walaupun hanya masuk ke tandas guna kaki kiri sebab mungkin itulah amalan yang Allah paling redha kita buat.
4. Jangan ujub dengan diri sendiri.

Cerita tu aku dapat dari ceramah Shaikh Ali Soleh kat Bangi. Aku ada CD ceramah tu, insyallah aku akan dengar balik and trace and tepek kat blog ni kalau ada yang berminat nak dengar.

Don't worry, aku belum berani nak memandai menyampaikan cerita tak benar melibatkan hukum hakam syurga neraka ni. Aku sendiri tak sure apa yang aku bawak untuk ditimbang nanti so rasanya tak perlula kot aku reka cerita.

Kalau tak puas hati di mana sumber cerita, insyallah aku usahakan dengar balik cd ceramah tu. Tapi kalau tak puas hati disebabkan korang menyampah dengan aku, hentikan je la. Tak berbaloi.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone