walk on wings, tread in air: Comfort <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Comfort
2011-12-10

Semalam aku keluar dengan 3 orang kawan. Lepak kat Old Town je. Sebenarnya kawan aku sorang je. Lagi 2 orang tu kawan baru kenal semalam. Kawan aku bawak kawan-kawan kerabat raja Perak okkkk. Tetiba feeling posh kejap. Tunduk tengok kaki aiseyman aku pakai sandal Vincci je. Terus sedar diri balik. Aku nak tanya dorang kerabat dekat ke jauh kang nampak kurang ajar sangat. Macam la aku kasta tinggi sangat nak bertanya pasal keturunan orang kan. Tapi the way dia bercakap, bergaya memang nampak macam sohih la kerabat. Takde la macam rupa aku bercakap main tabur je. Dorang cakap walau takde la berprotokol sangat tapi boleh nampak bezanya kasta rakyat dengan kasta raja.

Kawan aku ni ada spa, so 2 orang kerabat ni sebenarnya customer dia asal-asalnya.
Tapi dah jadi regular customer terus jadi kawan. Bagus gak ada kawan VVVIP ni.
Orang kalau dah memang asal usul kaya-raya, muka tak cantik pun boleh jadi cantik sebab gaya dorang tu yang buatkan dorang nampak outstanding. Tapi this kerabat fren memang cantik orangnya. Kalau dia cakap dia pi facial tetiap hari pun aku percaya. Gila lechennnnnn kulit muka dia. Mulus gila babi!! Pastu cara dia mekap tu nampak cam cantik je, ala-ala pakai mekap mahal gitu. Takde la macam mekap aku kan, orang tengok muka aku sekali imbas pun dah tau pakai mekap murah. Apetah lagi kalau dua kali imbas, terus nampak tanda harga Loreal cap Guardian kat muka aku.

Dressing dorang takde pun over cam sesetengah clan yang baru nak blaja-blaja jumpa barang designer. Kalau stok-stok yang baru blaja-blaja nak jadi kaya ni gelupur gila nak salut badan dengan designer label. Baju nak Burberry, seluar nak Gucci, henbeg nak Chanel, kasut nak Prada. Sampaikan brooch pun nak yang designer. Ujung-ujung macam nangka bungkus aku tengok.

This kerabat fren gaya dia santai tapi tengok material baju dorang pun dah tau ni stok-stok designer. Kiranya serba-serbi la aku perati dari atas ke bawah. Gila terpegun aku dengan ke-vogey de vass-an dorang.

Tapi ada satu part tu kitorang borak pasal apa ntah aku lupa. Kawan aku ni cakap la anak dia (baya Redza) kemain suka dengan kereta Vios. Sampaikan main racing-racing pun pilih kereta Vios.
This kerabat fren cakap 'Vios??? Cubalah didik anak you tu aim kereta yang posh sikit. Vios tu sape aje la yang pakai?'

Fuhhhhh.
Berdesing telinga aku dengar.

Walaupun aku tak pakai Vios tapi aku kasta sederhana, so Vios tu adelah kategori 'harga boleh tahan' untuk kasta sederhana macam aku. Tapi at the same time kau boleh bezakan antara cakap orang berlagak dengan cakap orang yang takde niat pun nak berlagak. The way this kerabat fren cakap memang takde lansung bunyi-bunyi berlagak eventho statement dia tu macam kasar je keluarnya. Aku tengok kawan aku tu pun act macam biasa je bila kerabat tu cakap macam tu. Macam takde apa-apa. Macamkan kau pun kerabat la, padahal dulu kau ngan aku lagi teruk kot sama-sama pakai Kancil. Hahahha.

Bila aku ingat-ingat balik pasal kerabat tu cakap, aku rasa memang dia tak berniat pun nak cakap macam tu. In fact aku tak rasa dia sedar apa yang dia cakap tu mungkin menyinggung hati orang lain. Sebab dia memang dilahirkan atas duit. Serba-serbi mewah. Entah-entah makbapak dia pegi pasar bawak Audi. Eh tapi dia orang kaya, mesti orang gaji yang pegi pasar kan. Ok, statement tak valid. Tapi mana tau kan?

Kereta yang dia bawak semalam pun Cayenne. Cayenne tu almost 1M aku dengar, eh? Seb baik dia park jauh dari kereta aku. Kalau tetiba sebelah kereta aku, entah-entah aku mati-mati tak ngaku tu kereta aku. Wahkahkahkah.

Tapi baik budaknya. Funny and peramah. Kalau kita jenis yang too emotional, asik-asik nak sentap, and lebih banyak bertindak guna kepala lutut dari kepala otak, konfem budak tu dah jadi bahan mark dah. Tapi kalau pikirkan balik, dia tak salah. Dia tak biasa dengan golongan sederhana macam kita. Dia pun tak mintak diri dia dilahirkan as kerabat raja. Dari kecik dia didedahkan dengan persekitaran yang serba posh. Bila dari kecik dia dah rasa mewah of course dia bercita-cita nak lagi mewah bila besar nanti. That's why dia suruh kawan aku ajar anak aim high. And that's why dia rasa Vios tu amende aje laaaa. Bagi orang yang dah biasa naik keta mewah of cos kereta-kereta taraf-taraf kita ni apa sangat la pun. Tak salahkan dorang pun. Cuma terasa sikit je la.

Sama macam masa aku kat asrama dulu, ada sorang kakak ni asalnya dulu dia sama skolah rendah kat Bangi dengan aku. Cuma masa aku Form 1, dia dah Form 5. Dari sekolah rendah lagi aku tau kakak ni orang kaya, sebab adik dia dulu satu kelas dengan aku. Adik dia ni jenis yang english speaking background, cream student, cantik, even baru Darjah 3 dah concern dengan kecantikan, and family dia jenis yang beru supportive. Kawan aku ni selalu participate dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Everytime ada competition, be it school level or classes level, mak dia datang! Siap jahitkan baju khas untuk anak dia bertanding. Memang selalunya kawan aku ni menang.

Disebabkan kawan aku ni cantik, bijak dan kau boleh nampak pembawakkan seorang yang berbackground mewah, takde lelaki berani dekat even dia and kakak dia sama-sama cantik. Dulu time skolah kan budak-budak laki suka pewit-pewit kat girls kan? Kalau girls lain melintas depan kelompok lelaki, mesti kena pewit-pewit. Tapi kalau kawan aku ni melintas budak laki diam and pandang dengan mulut terbukak. Budak laki pun respek kat dia!

So kakak kepada kawan aku ni, ada satu kali tu dia dengan dormmate dia lepak kat kantin. Kebetulan aku ada kat situ gak beli eskrim. Padahal kantin tu aku rasa ok dah. Tapi dia punya kebas tempat duduk tu macamkan ada debu satu inci! Pastu dia yang kutipkan benda-benda kecik atas lantai. Ala, bukan sampah pun. Just tisu kecik-kecik tu, ada la kecik kuku ibu jati aku ni. Sape yang perasan pun? Aku dengar dia cakap 'Kotornya kantin ni'. Pastu kawan dia reply 'Kotor?? Manaaaa?'.
Aku senyum je tengok.

Sebab aku tau comfort level manusia berbeza. Kita rasa dah bersih dah. Dia yang biasa hidup dalam persekitaran mewah, gila babis bersih, teratur, akan alert dengan sampah yang sebesar kuku jari kelingking!

Bila aku ingat balik pasal kawan kerabat tu, benda ni buka mata aku yang kita sebenarnya kena kenal orang tu dulu and fahami dia sebelum kita jatuhkan hukum kat dia. Mungkin dia tak biasa dengan cara kita. Dan kita pun kalau masuk puak dia pun belum tentu kita selesa. Entah-entah kita rimas sebab semua berprotokol padahal bagi dia benda tu rutin. So?
Tak kenal maka tak cinta.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone















posted by aveo757 @ 7:44 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by

Free Blogger Templates

BLOGGER