walk on wings, tread in air: Jangan layan orang 'bijaksana' sebab diorang memang mati-mati akan meneruskan 'kebijaksanaan' tu no matter what. So biarkan dorang. Diamkan aje. Jangan ditegur. Biar dorang tak improve. Haha. <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Jangan layan orang 'bijaksana' sebab diorang memang mati-mati akan meneruskan 'kebijaksanaan' tu no matter what. So biarkan dorang. Diamkan aje. Jangan ditegur. Biar dorang tak improve. Haha.
2011-12-04
Tadi gi Paskson Subang Parade belikan barang-barang sekolah Redza. Settle. Dah minggu depan boleh concentrate untuk benda lain pulak. Dan aku telah berjaya menghalang diri dari bershopping. Tadi memang betul-betul shopping barang Redza and Rayyan je. Fuh! Tak sangka aku boleh tak beli apa-apa untuk diri sendiri. Syabas Diana!
(Ntah sampai bila je la 'syabas' ni mampu bertahan).

Kat kaunter Parkson tadi budak kaunter tu dah buat En Wan hangin. Budak laki nama Mohd apa ntah. Pakai spek, muka masam kelat. Macamanau kau boleh dapat keje kat kaunter pun aku tak tau la, muka masam mencuka. Sikit tak senyum. Sebelum giliran aku tu ada satu Indian lady beli party dress untuk anak dia kot. Party dress kan bangsa yang skirt kembang-kembang pastu ada bunha setonggok kat pinggang, riben panjang berjela. Selamba je budak ni dia gulung-gulung je baju tu pastu sumbat dalam plastik. Terkebil-kebil Indian lady tu tengok. Tapi dia tak cakap apa-apa cuma this lady pandangggg je muka budak laki tu. Aku pulak yang geram tengok. Kau tak reti ke lipat dress tu sebelum masukkan dalam plastik? Selama ni kalau aku beli baju mesti cashier tu akan lipat baju tu baru masuk dalam plastik. Bukan suruh kau lipat gila-gila pun, tapi tak payah la kau nak gulung-gulung pastu peruk dalam plastik. Kau ingat dia beli baju longgok-longgok ke?

Lepas lady tu, turn aku pulak.
Mula-mula cam takde apa-apa cuma aku memang menyampah orang yang kejernya sangkut-paut dengan customer tapi tak reti senyum. Atau adekah kau sedang feeling-feeling macho?

Lepas kitorang ambik barang-barang memang either En Wan or aku akan check balik resit. Sekali kitorang perasan satu barang tu dia scan 2 kali. And satu barang lagi tak berscan.

Patah balik ke kaunter.

En Wan tanya dia 'Dik, barang ni (sambil tunjuk resit) awak scan 2 kali, and satu barang lagi awak tak scan. Barang yang awak scan 2 kali tu harga dia RM9.90, yang tak scan tu RM2.20.'

Dia datang jenguk kat resit and reply 'Bukan saya tak scan, saya scan cuma saya ingat 2 barang ni benda sama'.

Menjawab tetap menjawab kan?
Tapi tak relevan.

Pastu terus dia hadap mesin cashier dia continue working. Eh apa kecibainya dia ni? Aku yang depan cashier tu pun macam terdiam kejap. Sebab aku konfius bila dia jawab 'saya bukan tak scan, saya cuma scan 2 kali'.
Jadi maksudnya apa skarang ni? Maksudnya kau betul la?
So aku salah la ni?

En Wan berhantu la kan budak ni reply macam tu macam tak salah je. Dah la buat muka bangang dengan kitorang.
Terus jumpa supervisor.
Bila supervisor tanya dia balik, mati-mati dia jawab 'bukan saya tak scan, saya scan. Cuma saya scan 2 kali sebab saya ingat ni barang ni harga dia sama'.

Adoiyaiiiiii pening aku dapat pekerja bijaksana macam ni. Terus aku jawab 'awak scan doblas kali ke, apa ke, skarang ni tetap awak buat salah. Sebab awak main ingat 2 barang ni sama. Sah-sah ada tanda harga kat situ yang awak nak main ingat-ingat tu kenapa?'

Againnnnnnnnn dia menegakkan statement ni 'saya bukan tak scan, saya scan'. Ok. Fine.

Betul la statement Imam Shafiee 'aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tapi aku tak boleh berhujah dengan seorang yang jahil'.

Terus aku senyap. Buat penat je layan orang yang tak paham bahasa.
En Wan cakap kat supervisor 'So skarang saya boleh dapat duit saya balik ke tak?'

Of cos la boleh kan.
Nak mampos kau jawab tak boleh?
Dah terang-terang staff kau yang salah.
Dah pakai spek pun boleh salah kira lagi.

Tak berbaloi je nak dapatkan balik balance RM5 sampai 45 minit aku tunggu process dia sebab asik la dok nak pertahankan yang dia dah scan. Memang la kau scan tapi kau scan lebih dari sepatutnya. Kalau kat Giant prosedur dia cepat and mudah je. Kalau salah kira, pergi kat customer service terus dia return balik duit kita secara tunai lagi. Giant ni pun rajin buat silap kira tapi tak penah lagi aku jumpa cashier yang belagak pandai. Mentang-mentang kau up sikit keje kat Parkson nak kerek-merek dengan customer.

Supervisor dia pulak yang beria-ia say sorry, yang si cashier tu buat muka belagak pastu nak protes ngan kitorang yang still ada kat tepi kaunter, dia hempas-hempas je barang-barang customer lain dalam plastik. Alahai dik, kesian kau kan. Tu je la pun kot yang paling hebat kau boleh buat. Sedih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 4:02 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER