2011-12-08

Accident

Today, aku ada appointment awal pagi kat USIM.
Takde awal mana pun aku keluar, around 7.15am je.
Siapa ada kat USIM mesti tau aoa yang jadi kat luar pintu pagar USIM today.

Today ada accident kat depan pintu masuk USIM (about seminit drive dari tempat kejadian, ke pintu masuk USIM). Yang buat aku terperanjat and teringat-ingat sampai sekarang adelah sebab accident tu berlaku belakang kereta aku je. Aku sampai pintu masuk USIM and stop kat tepi sebab nak ambik pass. Kereta yang masuk USIM selepas kereta aku bagitau pengawal ada accident teruk baru jadi kat depan. Maybe staff USIM jugak.

Aku curious nak tau apa jadi dengan kereta belakang aku tu tapi sebab aku nak catch appointment, aku gi jumpa customer dulu. Dalam setengah jam lepas tu aku dah keluar dari USIM, kat depan dah jem. Bila aku sampai kat area accident tu aku nampak ada ambulans, ada bomba tengah macam nak potong kereta tu kot, tapi kereta tu memang remuk gila!! Aku nampak mangsa ada atas stretcher.

Terus menggigil tangan aku nak bawak kereta.

Tetiba aku teringat pagi tadi masa dah nak sampai ke USIM, aku follow belakang satu kereta ni.
Slow je dia bawak. Kat lane bertentangan aku nampak dah ada kereta nak datang tapi tak tau mana datang keberanian (or adekah kegelojohan tak reti sabar), aku berani potong kereta tadi padahal kereta yang datang menghala ke aku tu dah nak dekat dah. Tapi aku dapat overtake dengan selamat.

Dalam 5 minit lepas tu DANGGGGGGGGGGGGGGG!!!

Cuma beza a few minits je dengan kereta aku.
Aku tak sedar kereta belakang tu kena hentam tapi aku yakin kereta belakang tu la yang accident tadi. Rasanya dia kena hentam dengan kereta lain yang keluar dari simpang. Aku harap mangsa selamat. Cuma sepanjang jalan tadi aku terfikir, kalau lah aku tak digerakkan hati untuk overtake kereta tu, agaknya just on time kereta aku yang kena hentam. And aku tak tau la apa nasib aku skarang agaknya.

Sampai sekarang aku still terbayang lagi keadaan yang akan berlaku sekiranya aku yang ada kat tempat mangsa accident tu.

Sent from my iPad