2011-12-01

Dakwah social network

Makin lama kan aku tengok makin ramai ustaz and ustazah kat social network.
Nak berdakwah and nasihat-menasihati tu memang baik.
Kata-kata yang benar tu walaupun pedih tapi kalau betul, memang harus disampaikan jugak.
Betul la tu.

Tapi cara penyampaian yang macamana yang sesuai untuk berdakwah ni?

"Ustazah and ustaz pilihan" ni kebanyakkannya ambik yang surface je.
Oh pandai nak kondem orang kemain lagi siap letak kata-kata Rasulullah saw bagai "Berkatalah yang benar walaupun pahit".

Heloooooo!
Yang PAHIT tu adelah faktanya. Bukan kata-katanya.

Tapi korang yang rajin "berdakwah" ni selalunya hantar PAHIT tu dari segi penyampaiannya!
Kat mana berhemahnya dakwah tu kalau kau sebenarnya memalukan orang, mengguris hati orang?
Tell me, kat mana berhemahnya?

Hari tu aku nampak ada orang tag gamba awek si KFCM tu kat newsfeed.
Well, memang awek tu pakaiannya seksi.
Tapi perlu ke korang kenduri ramai-ramai kat situ?
Kemain lagi sorang-sorang berlumba-lumba post 'nasihat'. Sampai ada sorang perempuan tu dengan beraninya hantar komen "Beginikah perempuan yang nak dijadikan calon isteri wahai lelaki sekalian? Masyaallah".

Amboiiii. Perfectnya kau sampai nak komen orang macam tu sekali.

That is not the way untuk bagi kesedaran ye sayang :)
Orang tambah menyampah lagi ada.
Yang pelik tu, yang rajin bagi 'nasihat' ni semua yang bertudung. Why eh?

Bukan tak boleh nak nasihat orang.
Tapi cara tu sangat tak kena.
Kau macam lebih kepada nak malukan dia rather than menasihati.
Tak boleh ke kau cakap "Cantik orangnya, kalau satu hari nanti dia bertudung mesti lagi cantik".
Tak susah kan nak berdakwah cara macam tu?
Ke sebab kau sakit hati dia cantik and gojes?


Ini lah jadinya kalau ada manusia sentiasa beranggapan diri dia adelah jauh lebih baik dari orang yang berada di depan dia. Kalau pun dia sexy, kalaupun dia liar, tak boleh ke kau ambik pendekatan lain nak menasihat?
Ramai yang nak menasihat tapi kebanyakkannya tak kena gaya.
Apa perlunya kau "nasihat"kan awek tu kat public kalau bukan untuk memalukan dia?
Kau takde pendekatan yang lagi bijak ke?
Nak nasihatkan orang pun kena guna akal dik.


Lagi satu gamba saper ntah artis yang dulu gamba dia pakai baju nampak tepi tetek tu. Cantik budak tu tapi aku tak pernah tengok dia berlakon pun. Tapi selalu masuk paper. Yang couple dengan Shah Jaszle tu.

Dulu ada budak tag gamba artis ni dengan kawan-kawan dia snap gamba depan cermin. Memang semua cantik-cantik. Bergaya.
Ada sorang mamat ni komen "Cantiknya. Kalau lah jadi awek aku..."
Dan-dan tu ada pompuan reply "Bangga ke dapat awek macam ni? Dedah-dedah macam ni?"

Eh eh.
Kau pulak yang sakit hati.

Pastu terus kat bawah-bawah tu berbalas-balas "dakwah and nasihat".
Ujung-ujung aku rasa masing-masing bukan nak menasihat pun, tapi lebih kepada nak tunjuk pandai. Aku yang baca pun naik confuse.

Awek tu seksi-meksi memang kita semua nampak dah jelas dan nyata kat mana kesalahan dia. Tapi kita yang bertutup litup ni selalunya tak berapa nak nampak kesalahan kita kat mana sebab kita rasa kita dah buat benda-benda yang dituntut agama.
Ingat ye, Tuhan kalau nak campakkan iman dalam hati sesaper, sekelip mata je orang tu boleh berubah. Kalau DIA nak kita, DIA akan tunjukkan. Kalau DIA taknak kita pun tak susah kalau DIA nak tunjukkan. Dah banyak dah cerita-cerita dalam kisah Nabi yang kita boleh jadikan teladan. Kisah pelacur yang Allah janjikan syurga sebab dia tolong anjing, kisah pendeta Yahudi yang tak sempat bersolat tapi dijanjikan syurga, and kisah orang yang suka melepak main kad tapi dapat syurga.

Kisah ni best, meh aku ceritakan kepada sesiapa yang belum tau.

Cerita dia gini.
Ada sorang alim ni kat Mekah dapat mimpi dari Rasulullah saw.
Nabi pesan carik si polan bin si polan kat negara mana ntah and sampaikan kat dia bahawa Allah janjikan syurga untuk dia.
This alim guy pun carik, and jumpa.
Tapi masa dia jumpa laki tu, laki tu tengah melepak main kad.
Dia tak jadi nak dekat.
Dia rasa mungkin dia silap.
Malam tu dia mimpi lagi.
Esoknya dia nampak laki ni dari pagi sampai tengahari dok main kad ngan kawan-kawan.
Dia tak jadi nak datang dekat.
Malam tu lagi sekali dia mimpi.
Esoknya, dia jumpa laki tu.
Dia kata dia mimpi Rasulullah saw minta sampaikan bahawa Allah janjikan syurga untuknya.
Menangis lelaki tu.
Lelaki alim tu tanya apa amalan dia yang membuatkan dia dapat syurga sedangkan dari pagi sampai ke tengahari dia dok main kad.
Laki tu taknak cakap pada mulanya, lepas didesak baru dia cakap.
Dia kata, setiap kali dia dapat gaji, separuh dari wang gaji dia akan peruntukkan untuk bantu sorang perempuan  berstatus balu yang anaknya ramai. Dia bagi makan, sediakan keperluan-keperluan lain selama 12 tahun lamanya dia buat keje ni tanpa isteri dia tau. Isteri dia tak pernah tau sebab dia tak pernah abaikan keperluan di rumah sendiri. In fact, takde sorang pun yang tau melainkan orang yang dia bantu tu.
Atas sebab itulah Tuhan janjikan dia syurga.

Sebab tu kita jangan perlekehkan orang lain. Kita sendiri tak tau amalan-amalan kita ni Allah terima atau tak. Kita cuma kena terus beruasaha. At the same time, rasanya tak perlula kot nak perkecilkan orang lain. Kita tak tau mungkin ada amalan dia yang Allah redha. Kalau kita rasa kita tak dapat nak bezakan antara dakwah dan dengki, baik kita berdoa dalam hati je. Mintak kebaikan untuk dia dan diri kita sendiri supaya masing-masing menjadi lebih baik.