walk on wings, tread in air: Anak <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Anak
2011-12-09
Aiseyman. Ternampak pulak imej tukang ambik gamba kat fridge.


Tahun depan Redza dah Darjah 2.
Rayyan pulak dah nak masuk 2 tahun.
Sekejap je rasanya anak-anak aku ni dah besar.
Masa beli barang-barang skolah Redza last week, rasa macam dah bujang sangat pulak si Redza ni padahal kote pun setengah masak lagi.
Kemain lagi request tahun depan nak pakai singlet kat dalam baju skolah.
Aku tanya apesal nak pakai singlet pulak, nanti panas. Skolah kau bukan ada aircond pun.
Dia cakap malu. Baju skolah tu kalau orang duduk dekat-dekat boleh nampak tetek dia.
Mak aiiiiii.
Aku dulu sampai darjah 6 pun tak pakai simis lagi. Bra lagi la jangan harap. Padahal umur 12 tahun tetek aku dah tumbuh tapi Mak Aji tetap tak belikan aku baju dalam. Kawan-kawan aku dari darjah 3 dah pakai simis. Seb baik la aku bukan kategori wanita dambaan lelaki so aku pakai simis ke, tak pakai ke, tak kuasa orang nak ambik tau.


 Subang Parade, last week. Masa nak beli barang-barang skolah dia.


Bila Redza request nak singlet la, nak T shirt untuk pakai kat dalam baju skolah apa semua aku rasa macam 'eh, anak aku dah datang concern pasal penampilan'. Dulu time dia kecik, aku nak suruh pakai baju, berlari satu rumah kejar. Punyalah nak berlenggeng je. Skarang ni, asal nak keluar rumah je concern gila baju seluar apa dia pakai. Sampaikan nak tido pun dia nak pakai spender jugak, punya la jaga penampilan. Ntah sape nak kelebet kau pakai spender ke tak ntah. Cuba tengok bapak kau. Kalau aku tak ingatkan suruh pakai spender, memang tak la! Nak keluar rumah aku kena ingatkan dia pakai tali pinggang, kalau tak, memang orang tua ni boleh je berjalan sehari suntuk dengan seluar terlondeh nampak alur pantat segala.



Skarang ni pun Redza dah tak mandi dengan En Wan.
Tido pun dah asing dari kitorang.
Rasa sedih pulak bila tengok now dia mandi alone, tido alone.
Dah takde dah zaman nak berhimpit-himpit atas katil and dengar suara dia berbincang (read : mengutuk aku) dengan bapak dia dalam shower.



Rayyan pun now dah nak blaja jalan sikit-sikit.
Kalau Redza dulu, umur 10-11 bulan dah boleh jalan. Tapi Rayyan lahir tak cukup bulan, so dah setahun pun tak jalan-jalan lagi. But rajin dah dia 'rock climbing' tangga rumah ni. Sehari 8 kali turun naik. Siap buat lawatan tapak dari satu bilik ke satu bilik.

Sekarang Rayyan ni aku letak atas lantai je.
Kalau aku nak letak kat walker, aku akan letakkan dia cara terbalik.
Biar dia takleh bergerak. Hahaha.
Sebab skarang ni asal aku masukkan dalam walker je, dia panjat keluar.
Elok pulak tu berhati-hati keluar dari walker. Dalam senyap sunyi je dia buat keje.
Tau-tau aku tengok dia dah meniarap atas lantai.
Ada satu kali tu aku keluar dari bilik aku nampak dia dah merangkak sampai anak tangga ke-9, sorang tak sedar. Aku rasa nak ikatkan kaki dia dengan loceng biar aku boleh dengar pergerakan dia.


 Kat rumah Kak Ngah En Wan

Semalam lagi la.
Aku turun tangga aku nampak dia dah meniarap atas walker.
MENIARAP!
Dah macam Superman tergantung.
Tapi aku diamkan diri, aku intai je dari tangga.
Slow je dia ensot-ensotkan badan turun dari walker. Padahal mak mertua aku ada je kat depan tv, walker tu blakang dia. Mak aku boleh tak sedar cucu dia buat akobatik kat blakang. Sebab memang dia buat dengan senyap.

Nasib baik la aku ada Rayyan.
Kalau tak, mesti sekali tu je la aku tengok Redza meniarap, merangkak, mengagah, bertatih, pecahkan pasu aku, jatuh, etc.
Ni En Wan dah berangan nak design satu bilik baru untuk Redza. Sebab dia kata bilik Redza yang now ni macam budak-budak, sesuai untuk Rayyan pulak. Dia nak bilik Redza yang baru nanti macam dewasa sikit.

Sedih je aku membayangkan one day nanti aku akan tengok anak aku dah pandai memerap dalam bilik, masuk bilik pun kunci pintu just like aku muda-muda dulu la. Kecik-kecik ni masuk bilik snediri pun suruh aku teman. Padahal nak ambik pensi case je, pun nak berteman. Esok dah besar masuk bilik kunci pintu.

Kecik-kecik ni asal kita bersiap je dia pun bersiap sama nak mengekor mana kita pegi walaupun ke pasar malam. One day mesti kita pulak yang tanya dia 'Mama nak keluar. Nak ikut?'

Time tadika dulu nak pergi skolah, aku cium dua-dua belah pipi.
Tak payah tunggu besar sok, skarang ni je pun, asal aku hantar depan pintu skolah, aku nak cium dia kat dalam kereta pun dia tak kasik. Malu kawan nampak. Nak je aku tampa.

Dulu kalau bershopping baju raya, takyah bawak dia pun takpe.
Kau letakkan dia kat playground, kau boleh bershopping baju-baju dia tanpa banyak karenah. Now ni nak pilihkan baju dia hazabullah!
Dari satu brand ke satu brand manjang je dia tak bekenan.
Tapi anak punya pasal, mak bapak layankan aje la.
Sudahnya, mak bapak kepenatan, nak carik baju sendiri pun dah malas.
Sudahnya mak bapak takyah beli baju raya la.

Skarang ni masih nak mendengar cakap kita lagi.
Esok dah besar sikit, lagi dengar cakap kawan dari cakap kita.
Pastu dah ber-gf, dengar cakap gf pulak.
Pastu dah kawen, jaga hati bini pulak.

Ohhh..stress dah aku pikirkan anak dah makin besar.
Boleh stop membesar sekejap tak?
posted by aveo757 @ 9:55 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER