walk on wings, tread in air: Hampir-hampir tak selamat <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Hampir-hampir tak selamat
2011-12-13
Aku tak sure if aku pernah bagitau yang aku drive tak boleh pakai kasut. Kalau pakai kasut kaki aku ni macam jejak tak berapa nak jejak je kat paddle tu. Kalau aku drive, tak kira lah macamana punya voguenya kasut tu, tetap aku akan bukak. Dalam kereta tu jugak wajib ada selipar. Kadang-kadang bila dah tergesa-gesa sangat, konfiden je aku kuar jumpa customer dengan sarung selipar. Belah atas dah macam usahawanita berjaya, alih-alih kat bawahhhhhhhhhhhhhhh.

Tadi aku ada appointment. Si Rayyan skang ni pantang tengok aku bersiap, meronta-ronta nak lompat dari stroller nak ikut masuk kereta. Tadi aku kesian pulak kat dia, aku bawak dia pusing satu round. Duduk atas riba aku. Glemer la aku kat Putra Heights ni tadi, sepanjang-panjang jalan dia tekan hon. Tak cukup dengan hon, dia tekan wiper, tukar channel radio guna kaki, tekan-tekan GPS...berpeluh aku nak melayan.

Sampai kat rumah, mak mertua aku dah standby kat porch nak ambik Rayyan.
Aku hulur kat tingkap je. Kang kalau aku keluar kereta, jawabnya terus tak gi keje.

Zasssssssssssssssss.

Sampai kat tempat customer dah la satu hal nak carik parking. Panas lak tu. Tapi alhamdulillah jumpa gak parking, walaupun bontot kereta aku terkeluar sikit. Ah, lantaklah. Aku nak cepay ni. Janji tak block jalan orang sudah.

Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...kasut tak bawak masuk dalam kereta!!!!!!!

Sialpalis.

Baru aku teringat, masa Rayyan merengek-rengek tadi aku main angkat je dia dari stroller and masuk dalam kereta, start enjin, jalan. Pastu aku pulangkan Rayyan kot tingkap je. Dengan konfiden yang tak berbelah bagi aku terus pergi keje. Dah tu, camne ni??
Dah la selipar pun kebetulan takde sebab En Wan kemas-kemaskan kereta semalam gamaknya dia angkut keluar segala tok nenek hazanah aku kat dalam ni.

Aku dah la tak biasa sangat dengan area ni.
Aku call customer aku cakap aku dah sampai tapi takleh keluar sebab selipar aku putus.
Haruslah kelentong kan. Dah la jumpa first time. Kena la bagi good impression sikit padahal aku ni apa yang good pun tak tau la. Takkan first time jumpa nak bagitau 'Saya tak boleh keluar dari kereta la sebab tak pakai kasut. Turun boleh? Kita discuss dalam kereta'.
Boleh???
Boleh lah terbang melayang aku punya potential bisnes.

Aku start enjin balik, round-round kat area situ sekali nampak satu kedai jual barang budak skolah. Walaupun aku tak tau apa motif aku nak masuk kedai ni, takkan nak beli kasut sekolah kotttttt. Pakai office attire kemainnnnn, tapi kasut Pallas ZapOn. Boleh?

Tapi aku dah tak pikir dah boleh ke tak boleh. Dah kalau terpaksa sangat, ada aku kesah aku kena pakai selipar Ah Soh pun. Dengan muka selamba, aku kuar dari tempat parking dengan kaki ayam. Gila pecut aku lari nak sampaikan ke kedai tu taknak kasik orang nampak. Tapi pecut mana sangat la aku boleh pergi kalau kaki kau pun pendek kan.

Sampai kat kedai 'Aunty, ada jual selipar tak?'

'Ada! Selipar toilet punya. You mau gred A punya ka atau rendah sikit?'

Alamak aiiiii. Itu je ke option yang ada?
Ok, semakin gabra.
Pusing-pusing kedai nampak area kasut.

Yes!!!!!!!!
Ada kasut hitam pengawas!!!!

Mampu memakai kasut pengawas dengan penuh bergaya tatkala umur sudah mencecah 34 tahun adelah satu kebanggaan buat diri sendiri yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata!! Ngeh ngeh ngeh.

RM19.90 je.

Last piece.

Fuhh! Selamat aku.


posted by aveo757 @ 4:06 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER