2022-01-28

Aku queen control?

Ini post IG Ahad lepas.
Ramai yang DM cerita tentang 'dominan' dalam rumah tangga.
Ya, aku baca semua tapi tak semua aku dapat reply sebab aku plan nak jawab panjang lebar dalam blog.

Dulu masa Redza sekolah rendah, dia pernah kelebet sijil-sijil aku.
Then dia tanya "Powernya certificate mama. Tapi apesal mama nampak macam tak power?" [ya, dia sembur aku gitu je guys].

Aku jawab "Kalau mama carry exactly macamana mama dulu, mama akan nampak dominan, dan orang takkan nampak role papa Redza".

Atau dalam bahasa paling mudah, kalau aku carry the same Diana yang dulu, nescaya bapak kau tak pandang aku. Hahaha.

Itu yang dulu mak mertua aku pelik apesal yang datang open house rumah aku kebanyakkannya kawan lelaki.
Aku banyak kawan perempuan masa kat U je.
Kawan-kawan sekolah aku yang close kebanyakkannya lelaki.
Jangankan kata sekarang, dari zaman sekolah lagi yang datang beraya kat rumah 95% lelaki.
Sampaikan Mak Aji suspek jodoh anak dia adalah dari kalangan budak-budak yang datang melepak kat rumah.
Dia tak tahu takde orang pun nak kat anak dia kat sekolah tu.
Semua layan aku macam jantan juga sebab aku agak kasar.

Aku pernah terbabas tunjuk perangai gengster masa exbf aku "dituduh" mencuri.
Masa ni aku tak tahu yang dia buat cerita kena tuduh.
Aku benganglah orang tuduh-tuduh pakwe aku, kan [gituuu].
Aku cari budak yang tuduh tu, aku cekang kolar baju dia.
Padahal dia tinggi dari aku ya.
Tak taulah apa ada dalam kepala otak aku masa ni.
Berani buat perangai gitu dalam kawasan hostel lelaki pulak tu!
Nasib baik budak tu lelaki tu gentle, dia tak balas pun aku tengah menyinga masa tu.

Masa awal-awal kawen dulu aku memang berazam untuk jadi isteri mithali yang lemah-lembut.
Memang nak tinggalkan perangai dominan aku ni.
Tapi tak bolehlah.
Sebab En Wan tak dominan lansung. Hahaha.
Maksud aku, banyak benda yang dia tak tahu dan aku kena didik dia.

En Wan ni smart student. Jenis book smart.
Hidupnya membesar dalam keadaan serba ada. Tinggal mintak je.
Jadi, banyak benda yang dia tak tahu.

Masa mula-mula kawen dulu dia ajak pergi wedding keluarga dia tak bawak apa.
Melenggang. Bersiap untuk attend kenduri je.
 
Aku tanya "Mana hadiah?"

Dia jawab "Hadiah apa?"

"Bawaklah hadiah untuk pengantin. Kalau tak, bawak duit. Nanti salam makcik awak bagi duit".

Dia jawab "Nak buat apa bagi duit, kita keluarga, bukannya tetamu".

Hanginlah aku, kan.
Dengan sepantas kilat aku bidas "Kalau dah tau keluarga, patutnya pagi-pagi tadi dah pergi tolong apa yang patut. Bukan dah tengahari baru nak datang macam tetamu lain".

Diam terus member.
Aku paksa dia singgah kedai beli apa-apa yang patut jugak.

Lepas tu pergi rumah orang. Rumah Kak Ngah masa tu.
Selamba ajak aku pergi rumah kakak dia melenggang bawak kote je, tak bawak buah tangan pun.

Aku cakap "Meh singgah gerai cari goreng pisang ke apa".

Again, dia marah aku, "Nak buat apa? Kak Ngah ajak datang rumah dia untuk makanlah".

"Eh hello? Dia nak jamu kita makan itu cerita dia. Kita ni datang rumah orang at least bawak goreng pisang walau seplastik. Ini namanya adab".

Masa tu aku terfikir, orang-orang kaya ni memang datang majlis berlenggang je ke?

Masa awal-awal kawen, aku ni nampak lebih kepada anak daripada menantu, sebab aku yang lebih peramah dari dia.
Dia punya diam and pemalu tu takleh bawak bincang sampai hangin aku.
Kau dah kenapa dengan sedara sendiri pun nak pendiam, kan.

Tengok macam sedara-mara aku.
Dari hujung ke hujung asal berkumpul je walapun setahun time raya aje berjumpa, tetap kecoh dan mesra.
En Wan cakap dia tak dibiasakan.
Dulu masa kecik-kecik, asal ada orang datang, dia disuruh naik atas (bilik).
Kerjanya study 24 jam.

Mak Aji punya style, siapa je yang datang rumah, kau kena turun dulu.
Salam. Jangan sampai tak kenal sedara, bak kata Mak Aji.
Kau esok nak exam ke, apa ke, kalau orang datang kena turun bawah salam pastu gi buat air.
Dah hidang, nak naik atas, naik.
Sebab tu aku kenal ramai sedara, malah kawan-kawan Mak Aji pun.
Tu pasal kalau nak bersembang hal sedara-mara ke, kawan-kawan dorang ke, aku boleh masuk.
Sebab aku kenal.
En Wan, sampai sekarang kalau hari raya, time nak susun duit raya tu aku yang kena aturkan anak cucu Kak Long berapa, anak adik dia berapa, anak orang tu berapa.
Aku pulak yang lagi hafal.

That's why dalam keluarga, orang mudah nak nampak aku macam queen control.
Sebenarnya aku bukan queen control, tetapi terpaksa jadi dominan.

Masa awal-awal kawen dulu everytime nak balik ke KL semula, aku akan tanya En Wan "Ni nak balik esok ni, dah ready duit nak bagi mok? Mok Ndong (mak tiri)?"

Dia diam. Blur.

Maka aku ajar dia duit kena bagi.
Mak-mak tu bukannya berkerja.
Bukan nak suruh bagi banyak, tapi nak berkat dia tu saja.
En Wan bukan tak tahu tau benda ni semua tapi dia macam tak pasti perlu ke buat semua ni. Haa, gitu. Ko faham tak maksud aku?
Dia macam tak sure kena bagi duit ke? Kena bawak buah tangan ke? Kena tolong rewang ke?

Aku ingat lagi first duit yang En Wan hulur kat mak tiri dia adalah RM20.
Masa tu dia salam sambil selit duit.
That was the moment arwah ayah nangis bila akhirnya dia tengok anak lelaki dia berbaik dengan isteri keduanya.
Kak Long kata hanya En Wan sorang saja yang tak pernah tegur mak tirinya dari kecik (umur 7 tahun) sampailah ke hari tu (tahun 2001).
Aku pun sebenarnya tak tahu sekeras itu hati dia dari kecik sampai dah kawen masih tak approve mak tiri.
Mak and adik-adik tiri tak akan masuk rumah mok kalau abangnya ada (En Wan).

Masa Kak Long bawa aku jumpa Mok Ndong selepas kawen, En Wan lansung tak turun dari kereta.
Dia biar aku turun dengan Kak Long.
Kau imagine, aku sebagai orang baru dalam family dia terpaksa kenalkan diri aku sendiri sebagai menantu baru.
Yang dia duduk dalam kereta buat keras dia.
Dia tak tau masa ni yang bini dia lagi keras.
Maklumlah selama bercinta dating baru 3 kali, tak sempat nak tengok perangai sebenar aku.
Lama juga aku brainwash En Wan. Aku bancuh cukup-cukup.
Lepas tu dia cuba berlembut dan akhirnya dia hulur duit RM20 tu sebagai tanda dia accept mak tiri dalam hidup dia.
Happy aku masa tu bila nampak bergenang air mata arwah ayah.
Depan mata aku witnessed moment ni.
Masa tu kat hall, kitorang dah nak balik.
Ada arwah ayah, mok and Mok Ndong.
Tahun depannya, ayah meninggal.

Selama mok duduk sini sepanjang 11 tahun, everytime mok balik ke Tganu naik flight.
Kalau ikut En Wan, dia hantar mak balik dengan bas.
Kemain bangga lagi bagitau aku dia book bas paling selesa untuk mok.
Aku cakap "No, hantar mok naik flight".
Orang tua kot. Aku yang belum tua ni pun sampai lembik bijik aku duduk berjam-jam dalam kereta from KL to Tganu.
Ko expect orang tua naik bas dah cukup selesa?
Kesian orang tua nanti nak benti kencing gerak ke toilet sorang-sorang.

By now aku rasa En Wan dah cukup kenal perangai aku.
Aku memang jenis bising. Mulut aku ni takde filter.
Kalau aku tak puas hati memang aku cakap.
Tapi aku tak cakap benda bodoh yang kosong.
Aku akan cakap benda yang lojik walau bunyinya menyakitkan.

Baru-baru ni ada tahlil kat rumah anak sedara dia kat Shah Alam. Bibik dia meninggal.
Mok and Kak Long datang dari Tganu. Kak Ngah pun.
And semua anak-anak sedara dia di sini berkumpul for tahlil.
Aku tak tahu cerita bibik dia meninggal.

Petang tu En Wan ajak "Jom pegi rumah Afiq. Mok and Kak Long datang. Nak jumpa mok".

Aku balas "Yang awak nak pegi ni rumah orang, tau. Pergi tanya Afiq dulu boleh tak datang rumah dia".

En Wan balas "Alah, anak sedara saya ok".

Ohh hanginnnn aku.
Aku cukup pantang perangai macam ni.

"Ya, saya tahu itu anak sedara. Itu rumah anak sedara awak. Tapi jangan lupa, anak sedara awak tu ada isteri. Itu rumah isteri dia juga. Kena mintak kebenaran dulu nak datang".

Oh member tak nak kalah.

"Takkan nak jumpa mok tak boleh".

"Bukan tak boleh jumpa mok. Tapi mok tu ada di rumah cucu dia. Bukan di rumah dia. Kita ni nak jumpa mak kita yang berada dalam rumah anak sedara. Rumah tu bukan rumah mak yang kita boleh sesuka hati datang. Lagipun dia ada jemput ke kita datang tahlil?"

En Wan balas "Dia sibuk, lupa agaknya. Tapi Kak Long ajak datang".

Aku bagitau selagi dia tak call anak sedara dia tanya boleh datang ke tak, kau pegi sorang. Aku takkan ikut.
Aku paling tak suka perangai sesuka hati singgah masuk rumah orang tanpa tanya tuan rumah.
Walaupun tuan rumah tu pangkat anak atau adik, ia tetap rumah orang!
Jangan ingat kita lebih tua kita anggap kita entitled sangat, ya.

En Wan kata "Takkan abang nak pegi tak bawak awak. Nanti apa orang lain kata".

Oh, kisah pulak apa orang lain kata, ya.
Aku ni lagi kesah masuk rumah orang tanpa dapat jemputan.
Last-last dia call anak sedara dia.
Anak sedara dia pun ajak kitorang join tahlil.
Ok, aku setuju untuk ikut.
Pastu aku pesan "Pegi singgah bakery, beli kek-kek sikit untuk buah tangan. Kita ni datang mengejut, tak sempat nak menolong, jadi biar ada budi bahasa sikit. Bawak buah tangan".

Sekali imbas aku tahu aku kelihatan seperti queen control dan nampak macam En Wan tu takut bini.
Hakikatnya tak begitu.
Ada masa-masanya En Wan menyerlah role sebagai suami and ayah.
Tapi selalunya benda-benda yang melibatkan common sense ni aku kena ke depan.
Bukan nak kata aku lebih bijak, tapi upbringing En Wan tak mendedahkan dia pada perkara-perkara macam ni.

Upbringing aku dah biasa datang rumah makcik-pakcik jangan jadi macam tetamu.
Terus ke dapur tanya apa nak tolong.
Dah habis makan, masuk dapur basuh pinggan mangkuk.
Kalau dalam sink ada pinggan mangkuk tuan rumah belum berbasuh, basuhkan sekali.
Jangan berkira kederat.
Orang dah jemput kita makan takkan tolong basuhkan periuk belanga dia dalam sink pun nak berkira, bak kata Mak Aji.

Dalam rumah tangga kita perlu ada check and balance macam ni.
Orang luar jangan sibuk-sibuk nak labelkan si bini queen control atau si suami takut bini.
Bukan semua benda berlaku seperti yang kita sangka.