walk on wings, tread in air: Blogging <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Blogging
2011-03-20



Dah ye anak-anak.

Toksah gigih nak masuk blog budak yang plagiat entry-entry aku tu. Biarkan je la. Kalau budak tu (sape nama dia, aku lupa) baca ni, meh sini email aku. Aku ada benda sikit nak tanya. Dun werry, aku takkan maki punya.

Malam selepas aku discover pasal plagiat tu (bukan aku yang discover sebenarnya, tapi reader yang bagitau), memang terus-terang aku cakap kau, aku takut. Rasa nak delete blog pun ada. Bila tunjuk kat En Wan, dia suruh aku stop blogging terus. Dia kata ni dah kira saiko ni. En Wan cakap orang-orang macam ni kalau dah terlampau 'fanatik' sangat, sampai satu tahap tak mustahil dia hapuskan aku terus. Santau ke, apa ke. (adekah laki aku ni over??)

Masa jadi pertama kali dulu, boleh tahan cuak la jugak. Tapi boleh dikontrol-kontrol lagi sebab aku pikir budak ni fotokopi blog aku but dia tak tunjuk muka dia. So kat situ dah kurang satu point untuk dia kalau dia claim itu memang entry ori. But this second one memang buat aku tak berapa nyenyak tido. Sebab this lady bukan saje plagiat habis-habisan but dare to tayang muka! Kat situ dah tunjuk betapa konfidennya dia dengan apa yang dia buat. Macam entry tu betul-betul dia punya lah. Lagi satu yang buat aku cuak is gamba-gamba Langkawi. Seriessssss aku macam tak percaya ada orang yang terlampau 'minat' sampai position aku and En Wan ambik gamba pun dia leh ingat and tu pun kau nak copy???

Memang la kalau orang pi Langkawi tempat-tempat tu jugak yang dikunjung buttttttt lojik ke sampai cara aku menyenget ambik gamba pun ko copy?? Yang tak masuk akal tu, kau kan pergi sendiri ke Langkawi. Apesal kau nak jugak copy paste dari entry aku?

Kebetulan sangat ke masa ko naik cable car tetiba hari pun hujan?
Kebetulan sangat ke laki kau pun borong bermuda?
Kebetulan sangat ke laki kau beli Kit Kat sampai 4 pack?

Ni la jadiknya kalau orang berblogging kau pun nak. Orang bercerita pasal diri sendiri, tapi kau??
Feeling-feeling yang itu cerita kau sendiri.

Ok, ni general ye.

Kot ye pun ko suka sangatttttttttt dengan blogger tu, tak payah nak tiru personaliti dia. Kau tak dapat apa pun kalau ko jadi orang lain. Sebab kau meniru. Yang ori tetap dia. Just like ko teringin nak beli designer bag, tapi ko tak mampu. So ko beli pasar malam punya. Memang ko rasa puas sebab bag ko sejibik-sejibon macam beg ori, ko leh gebang kat kawan-kawan ko yang ko pun ada designer bag, ko leh bangga tayang beg tu kat kaum klorga kau. Tapi, kalau ko bersidai di kalangan those yang biasa pakai designer bag and tau if beg ko beli tu ori or not, jawabnya kau masak! Tapi aku tau those yang beli beg ciplak ni takkan berani tayang beg dia kat orang yang biasa beli designer bag. Sure segan punya.

Tu la yang terjadi pada pemplagiat-pemplagiat entry/blog orang (bukan blog aku je). Mula-mula kau ciplak dengan konfidennya siap ada follower bagai, last-last bila orang serbu blog kau, maki-maki cukup, konfem ko akan tutup blog. Apesal kau tutup? Bukan kau konfiden ke?

Sebab kau tau kau bukan yang ori!
Jadi kau segan.

Kan?

Macam Dato Siti. Dulu semua orang nak jadi macam dia. Seploh bakat baru, seploh-seploh suara macam dia. Sampai naik menyampah aku dah macam takde suara lain kau nak tiru. Last-last mana pegi semua yang ala-ala Siti tu?

Diri kita ni dah cukup istimewa. Takyah nak tiru cara orang. Kalau ko kagum sangat dengan orang tu, jadikan lah dia idola. Bukan jadi dia terus!

Tapi lagu satu perangai manusia ni, mula-mula dia kata orang tu idola dia. Saya jadikkan diri dia sebagai mentor untul saya berjaya seperti dia. Bila dah berjaya, 'Saya tak pernah menjadikan sesiapa idola saya. Saya berjaya sebab saya menjadi diri saya sendiri. Idola saya hanyalah Rasulullah'.

Mak aiiii...tersedak aku.

Tapikan, memandangkan dah 2 kali aku kena plagiat kaw-kaw, ok ni nak cakap sikit. Ni pendapat peribadi aku la.

Aku rasa pemplagiat-pemplagiat ni kalau menciplak kan mesti dia nak jadi lagi best dari orang yang dia ciplak tu. Padahal dia yang gila fanatik ngan kita sampai nak tiru segala benda. Contohnya dia minat rumah kau, tapi dalam entry dia, dia tulis 'Ni la rumah saya, takde la besar sangat, sebab tu saya sedang dalam proses perbincangan dengan arkitek untuk buat renovation buat kali keempatnya'.

Cara cakap tu macam 'rumah' dia tak best tapi semua gamba celah toilet, bawah katil, belakang reban semua dia letak.

Geli aku baca. Sumpah macam pantat kerbau.

Ni la jadiknya kalau blogging tak ikhlas. Blogging sebab gila limelight. Kalau blogging sebab nak carik glemer (glemer ke jadi blogger ni???) kau takkan pernah puas dengan apa yang ko tulis walaupun hakikatnya ko tengah men-copy paste orang lain punya. Sebab deep down, ko tau kau menipu diri sendiri.

And setiap kali 'menulis' ko sentiasa membayangkan ko akan dapat feedback-feedback yang indah-indah dari readers. For that reason, ko sentiasa gambarkan yang ko lagi best, lagi hebat, lagi berjaya, lagi bijaksana, lagi hot, dengan harapan readers kagum and puji kau. Kesian okkk orang macam ni. Nak cari bahagia pun sampai kena menipu diri sendiri.

Apesalla nak jadi macam ni?

Blogging ni medan dia kecik gila. The real life is out there. Kau boleh potray diri ko manusia paling cool dalam blog but kalau itu bukan diri kau, kau takkan boleh carry watak tu selamanya.

So berentila buat perangai pelik-pelik ni.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

posted by aveo757 @ 5:05 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER