walk on wings, tread in air: Panduan untuk anda <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Panduan untuk anda
2011-03-14



Aku tak sure aku dah tulis pasal ni ke belum, tapi kalau dah tulis pun aku pedulik apa kan. Aku tulis lagi! Bira muntah korang baca.

Ada 4-5 orang email aku bertanya pasal bibik. Where to find bibik, berapa harga agent, berapa gaji, apa kriteria terbaik, bla bla bla.

Sorry, aku memang purposely taknak reply email-email tu semua (maybe some aku dah reply) sebab aku dapat bibik ni pun melalui orang tengah. Aku tak kenal lansung the agent. Orang tengah tu pulak jiran Pak Aji. Dia pun bukan agent. Cuma dia jenis yang pergi sendiri yang ke Indon untuk pilih bibik for himself melalui kenalan-kenalan. So alang-alang dia pegi tu, aku mintak usha-usha kan bibik. Disebabkan dia pun just tolong aku carik bibik, tak ambik profit pun so aku rasa tak sesuai aku nak bagi contact no dia. Memang aku ambik ni lagi murah tapi semua kau kena settle sendiri. Renyah la sikit, tapi jimat.

Dah nama pun mintak tolong orang carikkan, aku takleh la nak demand-demand sangat. Cuma aku mintak biar kalau boleh, carikkan orang Jawa (sebab orang Jawa ni kebanyakkannya rajin-rajin like yours truly...lalalalala), biar berumur sikit taknak la yang muda sangat. Tapi jangan la kebayan sangat sampai nak pegang penyapu pun menggigil. Kang kejap-kejap rebah, kejap-kejap rebah menyusahkan aku pulak. Aku ni pun bukannya bangsa yang penyabar sangat. Kang hilangkan nak carik pembantu, dah aku pulak yang membantu memandikan dia, suapkan makan, basuhkan berak. Lebih dah niiii.

Dan kalau boleh biar yang nak bekerja dengan aku tu datang dari keluarga susah. Sebab kalau dia dari background susah, dia punya determination tu lain sikit. Memanglah semua yang datang sini susah. Kalau senang, dorang takkan datang sini bekerja. Tapi aku penah dapat yang susah tapi tak sedar diri.

Dua orang bibik aku sebelum ni memang susah betul. Laki tak bekerja, anak ramai, rumah pun menumpang. Ha, kalau dapat macam ni lagi baik. Bila dia susah, kebarangkalian dia bekerja dengan bersungguh-sungguh tu amatlah tinggi.

Bonus untuk kau, kalau bibik tu first time datang Malaysia. Konfem dia takde contact kat sini. So possibility dia nak mintak cuti sebab nak melawat sedara, nak hantar barang kawan, nak hantarkan ubat untuk nenek, bla bla bla puihhhhh semua tu takkan ada.

Tapi macam aku cakap tadi, semua tu akan menjadi pakej yang baik ONLY IF dia ikut fomula algebra dan kalkulus.

Tapi selalunya tak.

Aku pernah dapat bibik yang ada pakej lengkap dan convincing.

1. Muda.
2. Orang susah.
3. Tak pernah datang Malaysia.

Tapi jangan bersukaria sangat ye kalau dapat bibik yang ada pakej macam ni.

Muda tak semestinya kuat.
Kuat membuta dan kuat mentekedarah, mungkin.

Susah.
Ohhh, memang orang susah.
Susah bangun pagi, susah mandi, susah nak diajar. Bodoh piang.

Tak pernah datang Malaysia.
Yang aku dapat ni toksahkan ke Malaysia, keluar dari kampung pun tak pernah.
So ko boleh bayangkan tak betapa jakunnya dia bila dapat keluar dari kepompong? Jakun kalau stok boleh diajar takpe. Ni bangsa jakun bingai. Dah satu masalah pulak aku kena bagi dia pendidikan moral tambahan kat rumah.

Kalau aku tak suruh mandi, tak mandi.
Kalau aku tak suruh ganti baju, lepas mandi dia pakai baju tu balik.
Aku tak tergamak nak tanya berapa hari dia tak tukar spender.

Pendek citer, ko takyah pikir sangatlah whether or not bibik ko nanti ok ke, tak ok. Kadang-kadang kita terlampau berhati-hati pun, tetap dapat yang bengong. Macam dorang pun mungkin berhati-hati gak nak pilih majikan, tapi tetap dapat majikan yang gila. So benda ni nasib. Berdia je la supaya ko dapat yang ok. Kalau tak ok sangat pun, cukuplah kalau bibik tu tak buat kau jadi gila.

Bibik aku skarang ni, dia tak muda, tak tua. 50-an (but dalam passport of course la declare lagi muda dari umur sebenar). Nak kata sihat sangat pun tak jugak. Dua minggu pertama dah mula sakit-sakit badan and pening-pening. Keje pun slow sikit tapi teliti. Mula-mula tu aku hangin gak apekehalnya lembab sangat kau keje ni, takat kemas empat bilik kat atas pun setengah hari. Tu belum mengemas bawah lagi. Tapi aku bagi dia masa. Maybe dia masih nak sesuaikan diri dengan rumah, dengan keje baru, dengan persekitaran. Lama-lama dah boleh keje laju sikit, and aku pun malas lah nak berkira sangat. Dah nama pun pembantu, jadi dia bantulah takat mana yang boleh, takkan semua nak kasik dia buat kan. Macam lah kau bayar gaji dia dua ribu.

Ada jugak kes dapat bibik terlebih rajin.
Macam bibik kawan aku sangatlahhhhhhhhhhhhhhh rajin.

Pagi buat breakfast sampai 2 macam.
Tengahari sampai 4-5 lauk.
Petang kang sampai 2 jenis kuih dia buat.
Malam kang buat lagi lauk buat tambah-tambah.
Kul 10pm kang, dia bawakkan kopi ngan kerepek-kerepek yang dia buat sendiri ke bilik majikan dia. Kawan aku cakap, sebelum bibik tu masuk tido, dia akan pastikan susu panas letak dalam thermos berserta satu tupperware besar kerepek-kerepek kot-kot majikan nak kunyah-kunyah sebelum tido. Ha, kauuuuuuuuuuuuuuu. Mana nak dapat bibik macam ni. Dah macam dok kat hotel 7 bintang. Sampai lari bajet tuan rumah. Sebulan belanja barang kering saje RM800-900. Tak ke bankrup namanya? Sebulan dua boleh la tahan. Kalau bibik tu tinggal sampai 2-3 tahun? Masuk tahun ke-empat ada potensi aku pulak apply jadik bibik kat Indon.

Tapi kalau aku, aku tak mintak dia sediakan kerepek dalam bilik. Sape pulak nak makan kerepek time nak tido? Err..sediakan whipped cream ye, bik? Mangkuk besar. Lebih cair lebih bagus.

Adelah lebih baik dapat bibik yang terlebih rajin. Sah-sah dia memang tau buat keje. Kau boleh turunkan level kerajinan dia kendian-kendian. At least kau bengang sebab dia rajin sangat. Dari bengang sebab dia bangang sangat, how?

Bibik aku dulu pemalas. Unta padang pasir pun tak malas macam dia. Dah la pemalas, asal aku cakap ada je benda dia nak menjawab. Kalau betul takpe. Macam dia mintak-mintak aku maki hamun dia hari-hari.

Rambut dia keriting kasar mengerbang.
Aku suruh dia ikat.
'Kalau diikat nanti rambut cepat putusssssssssss'.

Aku cakap aku tak kisah rambut dia nak putus ke nak merekah, tapi bila dia masak rambut jatuh dalam lauk.
'Kalau jatuh nanti dibuang aja rambutnyaaaaaaaaaaa'.

Memanglah boleh dibuang ajaaaaaaaaaaaaa.
Tapi rambut kau tu berkutu!
'Mana ada kutu! Telurnya ajaaaaaaa'.

Kalau aku libas mulut dia ni dengan berus jamban pun bagus jugak.

Satu hari tu aku tengah basuh pinggan, jiran India belakang rumah aku panggil. Dia cakap lepas aku gi keje je, bibik aku ni keluar rumah bawak Redza gi bertandang rumah orang. Tengahari kang baru dia nampak bibik ni kat dapur. Pastu senyap. Petang kang dalam kul 4 macam tu baru dengar suara kat rumah.

Satu hari tu aku buat spotcheck.
Aku balik rumah kul 10am.
Sorang takde kat rumah!
Aku drive satu taman carik kelibat dia. Jumpa.
Aku hon kereta pastu aku jerit nama dia dari dalam kereta. Punyalah takut agaknya, dia berlari-lari masuk dalam kereta. Anak aku dia tinggalkan kat luar.

Sampai rumah memang siapla.
Langkau lima buah rumah pun boleh dengar lagi suara aku memekik marah dia.
Entah macamana kaki aku tersadung kat karpet. Aku angkat karpet tu, ha tu diaaaaaaaaaaaa.
Cakap apa jenis plastik aku tak jumpa kat bawah karpet. Kalau kecik-kecik kertas takpe. Ini sampai plastik twisties and cheezel yang pack besar tu pun dia selitkan bawah karpet. Punyalah pemalas nak menyapu. Mentekedarah laju. Membuta kalau aku tak gegarkan pintu bilik, tak bangun. Tapi keje malas.

Aku kan kalau nak cerita pasal bibik yang sorang ni, ubat darah tinggi kena spare siap-siap kat tepi. Dia punya ke-batak-kan tu buat aku troma sampai skarang.

Contohnya semalam En Wan nak makan mangga, dia mintak aku tolong kupaskan. Terus mengimbau kenangan lama....

Dulu, pinggan mangga tu dah ada atas tangan aku and aku dah on the way nak naik ke living hall untuk hidangkan kat En Wan, dia dari dapur boleh berlari sambil bawak garfu tup tup tup dia cucuk garfu tu cantekkkk je atas mangga yang aku tengah bawak. Dengan selamba masukkan mangga dalam mulut and cakap 'Uihhhhhh, manisnyaaaaaaa'. Muka gila feel masa bercakap.
Aku tengking dia 'Hoih! Apa ni biadap ambik makanan macam tu je?'.

Dia jawab 'Kan rejeki elok dimakan samaaaaaaaaaa'.

Ewah, kau pulak tazkirah aku.

Sampai skarang kalau diingatkan balik, aku rasa bibik aku tu bukan bodoh, sakai, batak ataupun jakun. Mungkin dia ni pesakit jiwa.

So, untuk yang sedang looking for maid, jangan paranoid pulak bila baca entry aku ni. Aku citer berdasarkan pengalaman. Mungkin nasib korang jauh lebih baik.



Oh ye lagi satu, bibik cantek and tetek besar is not allowed.
posted by aveo757 @ 9:14 PM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER