2011-03-14

I am a DKK (yang faham saje tau apa ni)



RM100 saje. Macam-macam citer ada kat dalam. So takyah nak berkira ye.


Sangat frust bila tau buku ni sold out dalam masa sehari selepas di-launch.
Macam punah harapan bila call 2 MPH kat area-area dekat rumah aku, diorang cakap stok belum datang.

Last-last, Syana offer nak belikan.
Kebetulan Sabtu lepas dia nak datang rumah ambik ukuran lelemak ngan babat aku ni, so dia belikan buku ni sekali.
Before dia datang tu aku dah thaw-kan daging, konon nak buat daging masak bifstik (bukan steak macam kat Milwaukee Steakhouse tu ye). Lepas Syana balik, daging aku ke mana, aku ke mana. Lagi setengah jam En Wan nak balik dari opis baru gelupur masak nasik segala. Aku dah gabra-gabra ni kalau nasik tak sempat masak bila dia balik mampus aku nak menjawab ni. Apa nak kelentong ni?

Err...elektrik takde.
Yes!
Elektrik takde!!!

Elok je aku pikir nak guna alasan tu untuk mencover diri (read : menipu), dia sms 'Abang balik lambat, maybe pukul 3pm. Makan lah dulu'.

Makan lah dulu????!!! Sorry la aku nak makan.
Masak pun terus tak jadi.

Now baru Chapter 3.
So far best.
Sebak ada. Kelakar pun ada. Aku nak citer lelebih pun malas, korang beli la.
Pastu saper yang dah habis baca tu, citer balik kat aku. Nak harap aku habiskan buku ni dalam waktu terdekat memang payah la.

Dek kerana too excited dapat buku ni, aku pun letak gamba buku ni as BBM pic profile. Pastu letak status kat FB.

Eh ada pulakkkkkkkkkkkkkkk yang nak tunjuk pandai kat aku.

Malas aku nak re-write apa message/komen dorang sebab aku percaya yang dalam list BBM and FB aku pun mostly blog reader. Dia akan tau jugak siapa yang dimaksudkan bila baca entry ni.

Pendapat aku la, aku rasa kita tak payah lah nak emotional sangat. Perlu respek pilihan orang lain. Kau beria-ia kondem buku Tun ni macamkan ko ngan Tun tu berkawan rapat. Kalau kau tak suka, dah. Takde saper pun paksa kau baca buku ni. Tapi aku nak baca. So, ada masalah?

Same goes to anonymous yang tak puas hati bila aku buat entry pasal Hai-O tu.
Ni lagi satu benak.
Nak bagi pendapat pun, tolong lah pahamkan teks dulu.

Ada aku cakap JANGAN BELI?
Kau kalau nak beli, beli je la. Yang taknak beli tu cuma aku. Aku tak suruh pun orang lain jangan beli. Aku kata kalau nak beli boleh, cuma kena banyak buat TIMBANG-BALIK. Maksudnya pikir dulu sebelum beli sebab bendalah ni mahal. Kang kalau benda tu tak memuaskan hati, yang meroyan pun kau, bukan orang lain. Masa tu mula la memekak sana-sini kondem pasal MLM padahal yang beli tu kau.

Yang aku menyampah pasal MLM ni adelah sesetengah tukang jual yang sangat tak paham bahasa bila orang kata tak berminat. Ha, stok-stok ni yang aku rasa nak hempok ngan batu giling.

BTW, kalau aku betul-betul anti, aku takkan tolong iklankan MLM product kat blog ni. Nampak tak ada Premium Beautiful and Herbalife kat sidebar aku?

Takyah la nak membingit tak tentu pasal kat komen box aku pasal entry MLM tu.
Takde sape pun marah kalau kau nak jual. Dan takde sape marah pun kalau ada orang beli. Aidid Muadib je la kot yang marah.

Orang buat bisnes, kau pun nak. Tapi tak reti bersabar.

Orang kalau berbisnes kena berlapang dada beb. Hak kau cuma jual barang, hak membeli bukan hak kau. Optimis la sikit. Kalau kau yakin apa yang kau buat tu betul, apa yang ko nak pedulik orang lain cakap? Nak sentap-sentap lak. Selalunya yang sentap ni adelah orang yang bisnesnya tak laku. Ni la perangai baik orang Melayu. Kalau tak berjaya, salahkan orang lain. Kalau berjaya 'inilah hasil titik peluh saya'.

Aku rasa orang benci MLM ni bukan pada produknya.
Tapi lebih kepada orangnya.

To be fair to those yang terlibat dengan MLM, aku akan buat entry pasal one of the MLM produk tak lama lagi.