2011-03-16

Email dari peminat



From: T**** <********@gmail.com>
To: Diana Ishak
Sent: Wed, March 16, 2011 12:33:16 PM
Subject: Blog


ASW Di,

Sy salah seorang pembaca and peminat blog Di. Sy dah ikuti blog Di sejak tahun 2007 lagi. Masa tu blog Di masih nothing. But I found something special everytime I read your blog. Di jujur dalam penulisan. The words you speak come from the heart. Itu yang membuatkan Di 'glow'. Sy percaya bukan sy seorang yang berkata begitu.

Dalam setahun dua kebelakangan ni, melalui pemerhatian dan pembacaan sy, sy dapati ada beberapa blogger yang seakan-akan meniru gaya penulisan Di. Pendekatannnya cukup sama. Dari cara penulisan, gaya carutan dan makian (maaf, no offense), hinggakan entry pun seakan-akan sama cuma di olah. Tapi kata orang, yang asli itu tetap yang terbaik.

Sy meluat bila melihat sesetengah blogger yang masih di tahap suam-suam (some are wanabes) hold a contest like 'Makan Bersama..', 'Menonton wayang bersama...'. Sedangkan Di yang saya percaya jauh lebih popular pun belum pernah berbuat begitu. Ada yang meletakkan syarat untuk menang contest mestilah bergambar dengan apple! WTH (sy percaya Di kenal blogger yang sy maksudkan). Sebelum ini pun Di pernah menerima komen yang sama mengenai blogger tersebut (merujuk entry Di yang lepas2). Sy tau Di tak akan ambil peduli dengan sesiapa pun yang cuba meniru karakter, meniru cara penulisan Di, mencuri limelight Di. Tapi Di seharusnya sedar bahawa ada orang yang mengambil kesempatan di atas sikap tak kisah Di.

Contohnya iklan.

Merujuk kepada entry Di yang lalu, Di mengatakan bahawa iklan-iklan di blog Di tidak akan di-charge. Sehingga sampai ke suatu tahap Di memohon agar mereka bersabar kerana list untuk diiklankan sangat panjang menjangkau puluhan request. Sy tau Di tak kisah membantu. Tapi kerana sikap tidak kisah inilah membuatkan mereka mengambil kesempatan. Sy hairan, mereka ini semuanya ingin ber-bisnes. Tapi mahukan free marketing. Lumrah berbisnes, mesti menggunakan modal. Saya yakin mereka menggunakan khidmat Di kerana mereka tahu Di tidak akan kenakan bayaran. Pasti yang bukan pembaca tegar pun tiba-tiba mengaku peminat setia blog Di. Pertanyaan mereka tentang charge yang Di kenakan hanyalah sebagai pemanis mulut saja. Orang melayu kata 'berbudi bahasa'.

Sy harap Di fikirkan balik apa yang saya katakan ni. Saya bukan menghasut, tetapi sebagai seorang peminat, sy terpanggil untuk mengingatkan Di tentang apa yang boleh dan apa yang mungkin perlu Di pertimbangkan. Tapi jika niat Di ikhlas untuk membantu, sy yakin ramai mendoakan kesejahteraan Di.

Wassalam.

p/s : sy harap di faham 'sy' = saya :)


_____________________________________________________________________________________

Thanks to T.

First, pasal blogger yang meniru karakter ke apa ke, itu no komen.
Yes, aku tau siapa yang dimaksudkan sebab kelmarin ada reader BBM aku bagitau pasal ni. Concern betul korang eh?
Still, aku taknak komen lebih-lebih. Maybe semua tu kebetulan je.

Nak buat contest makan eskrim bersama ke, lepak di surau bersama-sama ke, itu terpulang. Aku percaya dia/diorang buat tu bukan sebab bajet hot. Itu semua kreativiti masing-masing nak naikkan blog.

Mungkin satu hari nanti aku buat aktiviti 'Gotong-royong di rumah Green Apple'. Berus sabut, kloroks, pongkes semua disediakan. Siapa yang berjaya mengumpul sampah terbanyak, hadiahnya adelah aku hantar balik sampai depan rumah. Boleh?

Second, about iklan.
Yes, iklan tak dicharge. Memang lah free tapi ko kena beratur. Kalau sanggup tunggu, sila tunggu. Bukanlah maksudnya sebab kau tak bayar jadi aku pun berlengah-lengah. No!

Aku memang ikhlas nak tolong.
Aku pun berbisnes jugak. Aku pernah lalui zaman-zaman susah nak bangunkan nama company. Dengan competitor yang ramai, company baru nak naik, memang susah. Pulak tu aku start bisnes dengan takde preparation yang kuat dari segi financial. Yang aku ada cuma determination.

So bila ada yang mintak tolong aku war-warkan bisnes (some of them aku tengok baru 5-6 entry up kat blog) so apa salahnya aku tolong. Kalau aku ni layak dijadikan 'kabel' untuk bantu korang berbisnes, maka gunakanlah aku. Some yang aku iklankan tu memang dah establish pun cuma dorang nak expand the market je. Jadi aku tolong tepek je la kat sidebar.

Reason aku tak letakkan charge selain dari sebab kat atas, adelah sebab aku tak rasa blog aku glemer sangat sampai juta-juta nak view sehari. Yang masuk pun belum tentu nak klik kat ruangan iklan. So tak kosser aku nak mintak charge. Cuma tu la, aku ada keje lain jugak nak buat. Insyallah, mana-mana yang request tu aku akan tolong cuma aku tak janji cepat.

Anyway thanks pada semua yang me-report dan membagi pandangan.
Well, bunyiknya memang macam menghasut tapi aku tau kau (T) berniat baik. Tima kasihlah sebab sayangkan aku (ecehhh drama pulak).

Ok aku nak sambung buat keje.