2011-03-03

Teilet (bak kata Redza).



En Wan : Hello? Di kata mana now?

Aku : Home. Baru balik dari MARDI. Nape?

Wn Wan : Ok, good. Now pi ambik Redza kat skolah. Cikgu dia call, dia terberak dalam seluar.


Terbakar telinga aku dengar.
Panasssssssssssssssss je.
Memang terbakar habis time tu.

Sepanjang-panjang perjalanan ke skolah, aku dah membebel-bebel sensorang dalam kereta. Aku dah bajet kalau aku nampak kelibat Redza jap lagi, first thing aku buat adelah kasik dia pelempang sedas. Aku tak kira, depan kawan ke, depan cikgu ke, aku lempang.

Kebetulan masa aku sampai tu dah memang waktu nak balik.
Berlari-lari aku ke pak guard tanya mana toilet Darjah 1. Yang aku ni pulak tanya ke, tak tanya ke, serupa je blur. Dah dibagitau toilet Darjah 1 kat belah bawah, kanan. Tetap gak aku nak carik belah kiri. Last-last satu skolah aku pusing. Tak jumpa gak. Apa yang aku carik pun aku tak tau.
Budak-budak dah start keluar time tu. Lagi la aku gabra.

Last-last call cikgu dia tanya mana Redza.
Cikgu dia turun carik dalam toilet, takde.
Ah, sudah.


Dalam kepala aku budak ni mesti menyorok takut kena belasah ngan aku.
Lagi kau menyorok lagi macam-macam aku plan nak buat kat kau. Time ni muka aku dah memang takde rupa. Sampai cikgu tu takut kot aku sesah Redza cukup-cukup, dia cakap 'Ala, takpe. Biasa ni, Puan. Budak-budak Darjah 1'.

Ahhhhhhhh, sadap youuuuuuuuuuuuu!

Puas tawaf satu skolah, alih-alih nampak dia tengah berdiri kat entrance skolah sambil makan eskrim!
Boleh???

Bontot kau penuh taik, ko ada selera lagi nak mentekedarah eskrim??????
Sah, nak kena.

Aku pergi kat dia, dalam 7 langkah lagi nak sampai aku dah pekik.

First thing first.
Pelempang 3 das.

Pastu aku tarik dia masuk toilet sebab nak salinkan seluar.

Masuk je toilet, DEM!!
Now I know why Redza berak dalam seluar.
Ni memang bukan kes TERberak.
But SENGAJA berak.

Actually dalam minggu yang sama, Redza ada bagitau aku kawan dia kena berdiri luar kelas sampai time balik sebab terberak dalam seluar. Tapi lagi sadis, budak tu terberak pukul 10pagi. Skolah call parents, mak bapak keje KL. Takkan nak tempuh sesak balik ke Shah Alam semata-mata nak cuci berak anak? Jadi, biarlah kau ngan taik sebati kat situ.

Aku boleh bayangkan kering berkerak taik kat bontot budak tu. Kesian.
(ada sesape tengah breakfast now?)

Tapi tu la, kau sibuk cerita kat aku pasal kawan kau. Last-last kau pun sama berak dalam seluar.

Toilet Darjah 1 ada 3.
Tapi hazab.

Yang satu tu aku bukak pintu nampak toilet bowl tertutup.
Dalam hati aku dah bajet ni mesti ada taik terapung.
Aku bukak.
Sah!

Ok, pi sebelah pulak.
Jamban cangkung.
Lagi sialpalis.
Taik sampai berselepet atas lantai.
Ni sape lah yang tak reti guna jamban cangkung ni. Elok-elok dah ada lubang besar, kau nak jugak berak atas lantai betul-betul tepi lubang untuk air keluar tu.

Toilet ketiga toilet cangkung gak. Takde la bersih sangat. Tapi takde taik.

Aku : Apesal tak masuk toilet ni?

Redza : Takde sabun (sambil nangis-nangis)

*Sigh*

Aku : Abis, kalau takde boleh berak dalam seluar la? Seluar kau ada sabun?

Bengang memang bengang. Tapi tetiba rasa menyesal lempang Redza. Aku yang ajar dia kena basuh bontot dengan sabun tapi now aku marah pulak sebab dia taknak guna toilet yang tak bersabun.

Memang la aku hangin kau berak dalam seluar.
Selama ni tak pernah-pernah buat perangai berak kat seluar, tetiba hari tu pulak jadi. Mujur aku dah balik keje.

Tapi bila difikirkan balik, macamana la budak nak masuk toilet kalau toilet dah rupa loji taik? Si Redza ni pulak feeling-feeling pembersih. Masuk toilet nenek aku pun menjingkit-jingkit. Tau je la toilet sesetengah orang kampung kat luar. Kena bawak baldi dari dalam rumah lagi. Nak je aku siat-siat kulit dia masa tu. Tu belum lagi kejap-kejap bluekkkkk bluekkkkkk.

Memang kesian budak-budak yang nak pi toilet kat skolah tu.
Nak berak kat mana cuba kau cakap?
Tu kalau bangsa boleh tahan. Kalau yang bangsa tak boleh ditahan-tahan like cirit-birit?

Ni kalau 'member baik' aku tau Redza punya skolah camni, wah kemain suka ni. Konfem!

Sekolah aku dulu mujur takde kes macam ni. Eh, tapi masa skolah rendah ada. Kejap-kejap aku nampak budak menangis depan toilet, menangis depan kelas. Semuanya kes terberak dalam seluar. Tak pun, dah berak tapi tak tau nak basuh.

Aku ni jenis biar takde tempat tido. Jangan takde tempat nak mengencing. Kalau nak mengencing pun biar tempat tu selesa. Blaja tak feel takpe. Berak mesti mau feel. Kalau tak, mesti aku asik nak marah-marah. Angin toksik berkeliaran dalam badan.

Toilet skolah aku dulu bersih.

Sebab pertama ia bersih adelah kerana tandas tu kat blok paling last.

Motif letak tandas kat blok D sedangkan aku blaja kat Blok A?

Jauh gila tandas tu. Kau berjalan sempat kencing dua kali baru ko sampai tandas. Jadi aku rasa ramai student malas kencing tu pasal toilet skolah aku bersih.

Sebab kedua adelah takde lock.
Toilet kemain lagi berderet sampai 7 tapi 2 je boleh guna. Yang lain boleh gak kalau nak guna, tapi ko akan berak dalam keadaan yang tak tenang la. Anytime orang leh tolak pintu toilet kau.

Sebab ketiga, toilet manjang takde air.
Memang konfem la toilet kau jadik bersih kan. Dah la takde air, tisu pun takde. At least kalau ada tisu boleh gak aku calit-calit sementara nak tunggu balik rumah.

Sebab keempat Rentokil penuh dengan pad yang terkangkang.
Geli okk! Ni satu perangai pompuan yang aku paling tak suka.
Aku rela tengok taik dari tengok pad penuh darah.
Kau ingat darah pepek kau tu kaler rainbow eh yang kau nak tayang kat semorang?
Kot ye pun takde air nak basuh, kau tak reti bungkus baik-baik ke?

Sebab kelima adelah akibat dari penyebab ke-empat (agaknya la)
Toilet berhantu.

Kepada bekas pelajar-pelajar SMBBB ni aku nak bagitau toilet blok kat padang tu memang ada hantu sebab aku pernah nampak.
Tapi bukan muncul dalam bentuk hantu la.

Masa tu aku pi toilet sorang (time ni cikgu-cikgu dah tak kasik pergi toilet berteman). Masa aku masuk tu ada sorang budak tengah betulkan rambut depan cermin.
Budak tu tengah ikat rambut buat tocang dua ikat dengan riben besar kaler merah.
Aku kan pemawas dulu, so aku selamba tegur tapi tak pandang muka dia.

Pernah nampak tak pemawas kerek kalau tegur orang? Tegur sambil berjalan dengan tak pandang lansung ke arah orang yang ditegur 'Riben tu kaler merah ye..' (seb baik aku cakap baik-baik woooo)

Dalam toilet, aku rasa macam ada yang tak kena dengan budak tu.
Cepat-cepat aku keluar sebab nak check if budak tu ada lagi.
Takde.
Padahal aku masuk kejap je, seluar pun tak bukak lagi.

Bila aku on the way balik ke kelas, aku terfikir.
Mana ada budak skolah menengah yang still bangang tak tau kat skolah takleh pakai any color selain dari biru, hitam and putih?? Nak jumpa budak pakai hairband kaler cokelat pun payah, inikan merah??? Merah terang and the riben sangat besar.
Pastu masa budak tu berdiri depan cermin, sink tu ada kat paras peha dia. Average budak kat skolah tu (or mana-mana budak skolah) sink tu akan ada takat perut je. Apesal budak tu tinggi sangat? Aku tak pernah tengok ada budak tinggi macam tu kat skolah aku.

Anddddddd....kalau dia tinggi macam tu, what's the point dia pintal rambut pandang cermin? Tinggi cermin adelah standard. Konfem kepala dia akan lagi tinggi dari cermin kat situ.


Seingat aku la, aku dah tak masuk dah toilet tu walau untuk salin baju PJ. Aku salin baju PJ kat surau.



Eh kenapa tetiba jadik citer hantu lak ni?