Rupanya masih ada orang yang beranggapan bila dah berumahtangga, SUAMI lah yang sepatutnya lagi bergaji tinggi dari isteri.
Ok, ni kes yang bukan melibatkan klorga aku or klorga En Wan, tapi situasi yang berlaku depan mata aku sendiri.
Ada la satu makcik ni, dok la mejaja cerita anak laki dia tak bagi pun dia duit tiap-tiap bulan semenjak kawen.
‘Ni bukan apa ni, bini dia tu la control duit dia. Habis dia kikis duit anak aku’.
Itu cerita 5-6 tahun dulu la.
Baru-baru ni, anak laki dia kawen lain sebab dah bercerai dengan bini yang dulu. So nak dijadikan cerita, rezeki pun bertambah agaknya, maka dapatlah anak jantan dia ni hantar duit kat mak tetiap bulan. Wahhh, kemain lagi si makcik ni. Jaja cerita anak dia mampu bagi duit kat dia.
‘Boleh punnn anak aku bagi duit kat aku rupanya. Dengan bini dulu haram nak merasa duit dia. Bini sekarang bagus, takde control-kontrol duit anak aku’.
Yang tukang dengar cerita pun sengih je, takde la reti nak membalas. Maka, bila takde orang nak balas, tanduk setan aku pun keluar. Nak dijadikan cerita bini baru anak laki dia tu aku agak kenal jugak la. So dia takleh kat aku buat-buat cerita la kan.
Aku : Makcik, bini dulu tu bukannya control duit anak makcik.
Makcik : Mana kau tau? (dengan muka tak puas hati)
Aku : Bini dulu tu tak bekerja. Bila tak bekerja, belanja rumah tak cukup, sebab anak makcik yang kena tanggung sorang. Sebab tu dia tak mampu bagi duit kat makcik. Bini skarang ni, bekerja. Lagi tinggi gaji dia dari anak makcik tau. Jadi, bila dia sama-sama keje, belanja rumah kongsi-kongsi. Tu yang anak makcik boleh bagi duit kat makcik.
Terus makcik ni sentap. Aku nak salam time dia nak balik pun dia tak bagi tangan dia.
Kelakar pulak aku rasa.
Well, mungkin cara aku tegur tu agak biadap la. Tapi aku cukup menyampah dengan set-set macam ni yang kepala dia takde pikir lain melainkan anak dia sorang yang bagus. Nak pulak kalau anak dia tu lelaki. Ohhh, segala-galanya hebat. Kalau anak dia beli kereta besar, ohhh anak aku gaji besar. Kalau bini anak dia pakai keta besar, ohhhh pompuan ni kaki cukur. Pada dia, kalau namanya LELAKI tu mesti gaji lagi tinggi dari pompuan (wife).
Just like another case kawan aku yang sampai skarang mak mertua benci hanya kerana mak mertua dia datang rumah and nampak anak laki dia sidaikan baju kat ampaian. Habis dia canang kat ipar-duai yang anak laki dia kena nasik kangkang.
Yang kawan aku ni pulak satu bodoh, pi diam je bila mak mertua dia sound macam tu. Laki dia pun baghal, takde la nak explain kat mak sendiri kenapa dia sidaikan baju ke apa. Mujurlah tak kena kat aku, kalau kena kat aku memang aku keluarkan bazooka.
‘Makkkkkkk, saya ni bekerja, anak mak pun bekerja. Sama-sama carik duit, sama-sama penat. Jadi, keje rumah pun kenalah sama-sama buat. Kalau anak mak kaya, dah tentu dia carikkan maid untuk tolong saya kat rumah. Sebab dia tak kaya la maka dia kena sama-sama tolong saya buat keje rumah’.
Settle.
Sometimes, orang macam ni kau kena explain kasik teghanggggggggggggg kat dia bagi dia sedar. Jangan ingat zaman skarang ni sama macam zaman dia dulu. Zaman dulu lain, memang kebanyakkan isteri tak bekerja, duduk rumah jaga rumahtangga. Hanya suami yang bekerja. Memang patutla kau uruskan segala benda keje kat rumah tu.
Zaman skarang, kebanyakkan pompuan dah keje. Aku keje pun sebab nak tolong kau jugak. Jadi sama-sama la tolong ringankan keje kat rumah. Agak-agak kau memang jenis pemalas, tau nak membuta je keje, sila la carikkan maid.
p/s : Ni bukan entry nak menidakkan keupayaan SUAMI, tapi aku menyampah ngan makcik tu.