2010-06-25

Rasukan ablasa



Semalam En Wan ajak tengok Karate Kid. Tetiba la pulak baik hati hari Khamis nak ajak aku layan movie. Ni semua kes nak jek-jek aku la kan, nak tinggalkan aku la katakan next week.

So janji lepas Isyak gerak ke Sunway Piramid. Sekali, anak sedara dia kat Puchong call. Bagitau yang bibik dorang macam kena rasuk, meracau-racau. Kebetuan parents dorang outstation so 3 beradik ni tinggal ngan bibik. Disebabkan bibik dorang dah macam tak betul, dorang semua takut nak duduk dalam rumah, semua duduk luar rumah. Tapi kitorang pesan bawak keluar semua pisau gunting segala. Mana nak tau tetiba bibik ni naik minyak habis satu rumah dia rodok.

En Wan tak kasik aku ikut sebab takut aku lemah semangat. Eh, sape kata nak ikut? Aku memang taknak pegi pun. Aku nak tengok bola.

Sampai kat sana, aku call En Wan tanya keadaan kat sana. En Wan cakap masa dia masuk rumah, bibik ni halau dia sebab tak kenal. Tengkorak dia. Padahal bibik tu sebenarnya bibik pertama aku dulu, aku ambik masa Redza umur 40 hari. So, En Wan pun malas nak perkenalkan diri, dia suruh bibik tu masuk dalam bilik, rest. Dia tunggu luar.

Aku suruh En Wan call Pak Aji tanya apa yang patut kot la boleh tolong. Nak carik orang surau kat sana, kitorang pun tak kenal. Budak-budak ni lagi la tak kenal. Duduk kawasan kondo macam tu, masuk rumah tutup pintu, mana nak ada masa sembang ngan jiran-jiran.

Pak Aji dengan baik hatinya datang malam-malam (dengan Mak Aji of cos) untuk tengokkan bibik tu.

En Wan kata the moment bibik ni nampak muka Pak Aji terus dia menangis cakap 'Mbah, saya mau pulang'. Mbah tu tak salah aku dalam bahasa Jawa maksudnya Datuk.

Cemana dia tau bapak aku Jawa eh? Ke bendalah tu orang Jawa jugak?


Pak Aji : Datang dari mana?

Bendalah Jawa : Jauhh.

Pak Aji : Datang dengan apa ni?

Bendalah Jawa : Naik kuda.



Gila kauuuuu, siap naik kuda bagai. Ni bendalah kurun keberapa pun aku tak tau la. Seb baik dia tak tunjuk muka, kalau tak mesti macam pakaian zaman Radin-Radin eh?

Apa ntah jadik lepas tu tapi En Wan cakap bibik tu siap merangkak-rangkak lagi jalan kat dapur. Seb baik aku tak tengok okkkk.

So Pak Aji pujuk dia, kalau nak balik dia hantarkan balik tapi kena ikut apa dia baca. Seb baik bendalah ni jenis yang baik okk, nak mengikut cakap. Kalau dapat yang bangsa Yahudi mabuk jenis degil takmo keluar, tak ke satu hal! Aku lupa nak tanya En Wan ayat apa yang Pak Aji baca tapi En Wan cakap bila Pak Aji pegang je tangan bibik ni terus bibik ni macam kena renjatan elektrik. Yang ada dalam bilik tu tetiba semua bulu meremang. Walahweiiiiiiiiiii, mujurlahhh aku takde sekali. Kalau aku ada, toksah kata meremang okkk, sumpah bulu boleh tertanggal terus. Aku mana boleh benda-benda macam ni, kang bibik tu tak apa-apa, aku yang pengsan bangun pengsan bangun tujuh kali.

En Wan kata, lepas dia kena renjatan tu, terus tersedar and terpinga-pinga. Aku pun tak tau la camne Pak Aji hantar benda tu balik. Balik Bangi kang aku tanya.

Tak tau pulak aku Pak Aji boleh handle kes-kes macam ni. Patutlah jiran sebelah rumah dia, asal anak kecik melalak sampai mata naik ke atas je, dia panggil Pak Aji.

Bapak boleh tahan. Anak macam syaitonnnnnnnnnnn. Iskkk, bahaya kedudukan aku skang ni. Kang kot aku tersilap cakap mau dia hantar aku kat mana-mana pulak. Celik-celik mata je, aku dah ada kat Sekolah Pondok Kampung Imam Lapar. (Kampung ni memang ada kat Tganu ok. Aku pun tak tau kenapa nama kampung ni Imam Lapar).

Pastu Mak Aji pesan kat En Wan balik rumah nanti ambik wuduk dulu kat luar pastu ambik apa-apa batu ke apa ke baling ke luar rumah and cakap 'Dah, jangan ikut'. (petua orang tua-tua).

Bila En Wan sampai rumah aku jenguk dari tingkap bilik. Nampak la dia tengah ambik wuduk kat luar pastu carik batu and baling. Tapiiiiiii, dia punya baling tu siap ngan jerit 'PERGIIIII!!!'. Eh, kuang ajaqq sungguh la orang tua ni siap tengking-tengking. Kang bendalah tu bengang dia tunggu lam keta pulak kangggggg. Tapi jangan masuk keta aku ok?